Kawan-kawan setia

Ahad, 2 November 2008

Menanti Roti Canai Teh Tarik Siri 2


Atas inisiatif beberapa individu pasbangi kami telah megadakan lawatan ke DUN Paroi Negeri Sembilan sebagai pembuka hubungan ukhuwwah antara pasbangi dan pasparoi mungkin juga memberi semangat kepada pasparoi yang masa itu baru memenangi DUN Paroi. xpdc ukhuwwah ini masih belum bernama, saya cadangkan namanya "siri Roti Canai Teh Tarik". Kebetulan roti canai yang dihidangkan oleh gerai tempat kami bertemu di Paroi ni memang sedap. Siri kita ini tidak bertemu dihotel mewah, santai sekadar di kedai kopi dengan hidangan santai juga iaitu Roti Canai Teh Tarik. Kesempatan ini rombongan kami bertemu mata dan bertukar maklumat dengan ADUN Paroi YB Hj Mohd Taufik yang melayan kami hingga sesi tamat. Sekarang saya tenanti-nanti ketua rombongan mengajak kami ke siri kedua pula, apa kata blogger terhebat negara, prof Hamirdin dan timbalan nya AlBrangi



1 ulasan:

al-brangi berkata...

albrangi sokong sangat. mungkin ambil sempena musim jemaah berangkat ke mekah ni, kita buat majlis ringan utk raikan jemaah ke mekah kawasan paroi. amacam?