Kawan-kawan setia

Sabtu, 1 November 2008

Noor Fadilah memulakan hidup baru

Remaja yang telah diselamatkan daripada pemuda Lombok, Noor Fadilah Ahmad 18, bakal mengikuti pengajian dalam jurusan diploma kejururawatan tidak lama lagi. Keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut berdasarkan minatnya serta dorongan kedua ibu bapanya. Fadilah telah mengisi dan menyerahkan borang permohonan kemasukan ke sebuah Kolej swasta di sini semalam. “Saya mahu menggunakan peluang ini untuk berjaya dalam hidup pada masa depan dan melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang permohonan memasuki kolej tersebut. Dia yang kelihatan semakin ceria juga menyatakan tidak sabar-sabar untuk memulakan pengajian di sana. Fadilah akan memasuki pengajian pada hujung bulan November depan bagi pengambilan bulan Disember ini. Sementara itu, ibu Noor Fadilah puan Masitah sedang berusaha mencari penawar bagi memulihkan semangat anaknya itu selain bimbingan dan kaunseling. Fadilah yang berasal dari Ladang Sungai Gedong, Perak telah dilarikan ke Lombok oleh Nasrudin Dahron, 24, pada 3 September lalu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah Noor Fadilah telah menikah di Lombok?. Sekiranya sudah adakah ianya telah diceraikan.?

Sekiranya belum dicerai, bolehkah mereka dipisahkan begitu sahaja?.

Sekiranya Noor Fadilah ingin bernikah dengan orang selepas ini..maka jadi bagaimana?.