Kawan-kawan setia

Sabtu, 1 November 2008

Saya bukan isteri Nasrudin, kami tak pernah nikah - Noor Fadilah

"Saya bukan isteri Nasrudin dan kami memang tidak pernah bernikah.''Demikian pengakuan Noor Fadilah Ahmad, menafikan kenyataan pemuda Lombok yang melarikanya, Nasrudin Dahrom, 24, bahawa mereka telah berkahwin di kampung halaman lelaki itu di Lombok Timur.
Fadilah mendakwa, semua cerita itu tidak benar bahkan hanya rekaan Nasrudin, dan tiada hitam putih membuktikan mereka sudah bernikah. "Saya mahu melupakan segala-galanya, baik dia (Nasrudin) mahu pun pengalaman berada di sana (Lombok). "Kini hanya keluarga dan masa depan keutamaan saya. Semuanya yang dulu itu mimpi buruk,'' tegasnya. Walaupun kelihatan penat, Fadilah tetap melayan kehadiran saudara mara serta rakan-rakan yang mengunjunginya selepas tiba di rumahnya di Kampung Sungai Gedong, dekat sini lewat petang semalam.
Bahkan, kehadirannya sememang dinantikan tiga adik perempuannya kerana mereka sudah lima bulan tidak bertemu dengan Fadilah atau Kak Yong sejak dia bekerja di sebuah kilang elektronik di Johor Bahru, Johor. (Petikan KOSMO)

Tiada ulasan: