Kawan-kawan setia

Sabtu, 1 November 2008

Tahap perkhidmatan pelanggan di Malaysia

Kes 1:EON janji baiki kereta Exco Selangor
SHAH ALAM: Pusat Servis EON Glenmarie yang menyelenggara kereta milik kerajaan Selangor akan membaiki kerosakan kereta rasmi Proton V6 Eksekutif Exco Kerajaan Selangor, Ronald Liu setelah bonet kenderaan itu tiba-tiba terbuka dan menghentam cermin ketika sedang dipandu, malam tadi. Pengurus pusat itu, Shamsudin Abdullah ketika dihubungi di sini berkata bahawa langkah membaik pulih itu akan dilakukan dengan kadar segera. Tengah hari tadi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor itu memberitahu pemberita mengenai kejadian yang menimpa kenderaannya jam 8.30 malam tadi apabila bonet itu terbuka dan terkena cermin semasa di Lebuh Raya Persekutuan.
Keadaan itu memaksa pemandunya membrek mengejut kerana beliau tidak nampak jalan di hadapan. Liu mendakwa pemandunya telah membawa kereta itu ke Pusat Servis EON di Glenmarie di sini Jumaat lalu kerana bonet kereta itu tidak boleh ditutup rapat. Bagaimanapun, katanya, aduan pemandunya tidak dilayan oleh kakitangan di pusat servis itu yang memberi alasan bahawa kerajaan Selangor masih lagi mempunyai tunggakan penyelenggaraan.
Shamsudin berkata perkara itu sepatutnya boleh dielakkan kerana kerajaan Selangor adalah pelanggan setia EON Glenmarie dan Liu adalah Exco kerajaan negeri. “Kita tidak tengok sangat bayaran tertunggak tapi kita mementingkan kesetiaan pelanggan,” katanya. - Bernama

Kes 2: Pos Malaysia Bandar Baru Bangi
Saya menghantar isteri ke kelinik kerana demam dan terus ke POS Malaysia seksyen 16 Bandar Baru Bangi untuk membayar bil letrik. Tiba di tempat mengambil nombor saya terpinga-pinga membuat pilihan nombor dari tiga butang di mesin itu lalu mengambil keputusan memilih butang pelbagai perkhidmatan. Bila tiba giliran dengan senyum saya ke kaunter tetapi petugas dikaunter dengan sinis bertanya saya encik memerlukan pekhidmatan lain ke selain dari membayar bil?. Saya jawab tidak, itu saja. Dengan muka kesal dia memberi amaran kepada saya lain kali kalau membayar bil tekan butang A bukan B encik tak baca ke?. Saya beritahu saya keliru dengan tulisan tersebut dahlah tulis tangan (sebuat syarikat koporat menggunakan tulisan tangan sebagai penuhjuk arah..kelakar, terlalu nak jimat bajet). Jawapan saya membuatkan petugas tersebut lebih meninggikan suara. Apa yang saya kesalkan di sini POS Malaysia telah di swastakan melebihi 10 tahun, tetapi mentaliti sebagai pegawai kerajaan masih menebal dijiwa petugasnya. Pelanggan dilayan seolah peminta sedekah, bukan sahaja kedekut dengan senyuman bahkan tiada langsung sikap mesra pelanggan. Saya sering perhatikan kakitangan POS Malaysia (bukan semua outlet), lebih rela bersembang dengan kawan setugas semasa pelanggan dihadapan daripada memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Kalau saya nak membuat hukuman saya boleh katakan petugas kaunter POS Malaysia tiada etika. Sepatutnya mereka memberikan senyuman manis kepada pelanggan yang memberikan mereka gaji bulanan, tetapi terbalik, pelanggan yang senyum kepada mereka dan mereka kekal dengan sikap bekerja sambil lewa.

Kes 3: Kaunter Bank, BSN Bandar Baru Bangi.
Saya pernah menjadi pelanggan BSN, tetapi disebabkan sikap petugas kaunter bank itu di Bandar Baru Bangi masa itu saya terus menamatkan akaun saya dengan bank tersebut. Saya rasa insiden ini berlaku bukan kerana sikap bank secara keseluruhan kerana saya dimaklumkan BSN memang meletakkan petugas yang dilatih khas dikaunter, tetapi sikap individu terbabit yang berkebetulan terkena kepada saya. Kes dengan bank BSN ini membuatkan saya cukup terhina sebagai pelanggan. Kes sebenarnya saya tersilap kaunter semasa tiba giliran, sepatutnya saya pergi ke kaunter 2, dah nasib saya nak kena marah pergi ke kaunter 3 yang pada masa itu kosong lalu dimarahi petugas kaunter 3. Saya kesal kenapa petugas kauter tersebut tidak bolehn menegur dengan beretika kesilapan pelanggan?, contohnya: senyum kepada pelanggan terus berkata "encik sila ke kaunter 2, terima kasih, ini kaunter 3". Itu saja yang pelanggan mahukan. Tetapi sebaliknya saya dimarahi dengan kata-kata kesat dihadapan umum lalu saya terus keluarkan habis simpanan dan terus tutup akaun. Kaunter 2 yang melayan saya bertanya mengapa encik tiba-tiba menutup akaun?, saya hanya menjawab, ada masaalah peribadi.

Tiada ulasan: