Kawan-kawan setia

Rabu, 24 Disember 2008

Abu Zahar akan sertai PAS?

Kalau berita in benar kita bersyukur, Alhamdulillah. Media Perdana dan Alternatif ada menyiarkan kemungkinan (?) bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Abu Zahar Hashim - yang digantung tiga tahun susulan mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - akan menyertai PAS. Ketua Pemuda Umno bahagian itu, Nor Azman Mohd Nor dilaporkan berkata, kemasukan Abu Zahar tersebut sudah tersebar dalam kalangan ahli-ahli Umno bahagian. Datuk Abu Zahar digantung jawatan tersebut awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin Umno, terutama Perdana Menteri dan timbalannya kerana menyalahguna kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Difahamkan bekas kapten itu akan menyerahkan borang menyertai PAS dalam satu majlis di di sebuah hotel di Ampang, pagi esok. Walaubagaimana pun menurut laporan dalam sebuah akhbar, yang menghubungi beliau, sebenarnya beliau belum memutuskan sama ada akan meninggalkan Umno atau terus bersara daripada dunia politik dan ura-ura yang dilaporkan dalam media hanyalah khabar angin sahaja. Kalaupun beliau akan menyertai parti politik juga, kemungkinan besar beliau akan menyertai PAS.

Tiada ulasan: