Kawan-kawan setia

Rabu, 31 Disember 2008

Anak, ibu dirempuh treler 16 tayar

Sudah berulang kali saya membuat posting tentang treler, bas dan lain-lain kenderaan berat yang terlampau laju dijalanraya yang mengakibatkan terbabas dan memangsakan pengguna lain. Dalam kes semalam di Rembau dua beranak maut apabila motosikal yang mereka tunggangi dirempuh treler 16 tayar yang membawa muatan simen di Kilometer 43, Jalan Seremban-Tampin jam 7.45 pagi. Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, ketika kejadian, Noridah Ahmad, 18, dan ibunya, Tuty Sharioh, 48, sedang menunggang sebuah motorsikal untuk ke pekan Tampin telah dirempu sebiah treler yang terbabas di persimpangan Kendong, mengakibatkan Noridah diseret sehingga 50 meter,” Noridah mati di tempat kejadian manakala Tuty yang dikejarkan ke Hospital Tampin meninggal dunia kira-kira sejam kemudian. Noridah yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipercayai membantu ibunya yang mengusahakan kedai makan di Gerai Mara berhampiran tempat tinggal mereka. Sampai bila masaalah ini akan diambil perhatian oleh pihak berkuasa, memantau kenderaan berat yang terlampau laju dijalan raya. Setakat meletakkan pelekat tidak melebihi 70km sejam pada kenderaan tidak mencukupi, mesti dipantau. Jika tidak,...kita hanya mampu membilang berapa banyak korban yang akan berlaku lagi diakibatkan oleh kenderaan berat yang terbabas ini.

Tiada ulasan: