Kawan-kawan setia

Jumaat, 5 Disember 2008

Apabila mikrofon lebih bernilai dari nyawa manusia

Laporan media hari ini memaparkan seorang lelaki di Sandakan yang enggan beri mikrofon mati ditikam. Semuanya gara-gara tidak mahu berkongsi mikrofon dengan orang lain ketika berhibur di pusat hiburan di sini, seorang lelaki mati akibat ditikam di bahagian dada lewat malam tadi.
Mangsa baru mencecah 23 tahun, mati akibat ditikam dengan menggunakan objek tajam ketika berada di luar pusat hiburan tersebut oleh sekumpulan lelaki. Kejadian itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati beberapa pengunjung lelaki ketika di pusat hiburan tersebut, meminta mikrofon yang sedang digunakan mangsa tetapi tidak diberikan. Mangsa tetap enggan menyerahkan mikrofon tersebut walaupun didesak beberapa kali dan keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan lelaki tersebut. Lalu sejurus selepas itu, ketika keluar dari pusat hiburan itu, mangsa diserang oleh kumpulan lelaki tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.55 malam dan mendapati mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Apa nak jadi dengan manusia, harga nyawa tak lebih dari seunit mikrofon, atau wang RM50. Bukan hanya satu nyawa, jika ditangkap dan sabit kesalahan, satu nyawa lagi akan melayang hanya kerana satu mikrofon.

Tiada ulasan: