Kawan-kawan setia

Selasa, 30 Disember 2008

Harapan besar rakyat kepada pemimpin Pakatan Rakyat

Mengambil kesempatan dalam ceramah perdana "Mansuhkan ISA" anjuran PAS dan Gerakan Mansuh ISA di sini malam tadi, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) hadir untuk menyerahkan memorandum meminta kepimpinan PAS membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka. Kira-kira pukul 9.15 malam, lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan. Menurut jurucakap polis kumpulan berkenaan pada mulanya tidak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan dan disebabkan kehadiran mereka tidak mempunyai permit. Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun akhirnya berjaya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika isteri salah seorang tahanan ISA, Norlaila Othman sedang berucap. Pewaris, Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan kepemimpinan PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa. Rahimuddin menyatakan penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka setelah mereka berhempas pulas meminta pihak kerajaan mengambil inisiatif mengatasinya tetapi sehingga kini aduan tersebut seolah tiada layanan.
Katanya, pelbagai saluran telah dilakukan oleh mereka itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.

2 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Dari sudut lain pula
Pewaris: Tamparan Hebat Buat PAS Melaka

pasbangi berkata...

Kena teruskan proses membina imej ke tahap tertinggi pada pandangan rakyat