Kawan-kawan setia

Khamis, 18 Disember 2008

Jerit serah memorandum enam tuntutan kepada MB Selangor

SHAH ALAM: Seramai 120 peserta program 'Rakyat Pengayuh Perubahan' anjuran kumpulan menamakan dirinya Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) menyerahkan satu memorandum mengandungi enam tuntutan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.
Memorandum itu menuntut agar satu akta gaji minimum digubal, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, perumahan selesa diberikan kepada rakyat, harga barangan dikawal, pilihan raya Majlis Tempatan diadakan dan penswastaan perkhidmatan asas dihentikan.
Rombongan peserta yang mengayuh basikal serta memakai kemejat berwarna merah sebelum itu bertolak dari Taman Pertanian Malaysia di sini pada pukul 11.30 pagi dan tiba di Bangunan SUK pada pukul 1.05 petang.
Tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan mereka yang turut dikawal oleh polis. BERNAMA

Tiada ulasan: