Kawan-kawan setia

Sabtu, 27 Disember 2008

Kampung aku pun ada wifi

Ada cerita orang Johor datang ke Kelantan bawa beras kerana terpengaruh dengan dakwaan Kelantan miskin, ada rombongan orang nogori berbas-bas untuk menyaksikan kemiskinan Kelantan kerana pemerintahnya seorang Tok Guru, alahai malangnya rakyat Malaysia sentiasa ditipu media perdana. Kalau engkau orang nak tahu kampong aku yang tercorot pun ada wi-fi, maka dapatlah aku masuk blog ni dan tulis cerita. Kampong aku ada jutawan yang memiliki banglo harga jutaan ringgit, bukan satu, banyak. Rumah aku sendiri kat KL sanoon tu pun harga tak sampai RM200k. Aku tabik spring dengan orang kampong aku, professor macam Dr Hamirdin tak ada tapi Professor Madya ramai, yang aku bangga adik beradik dan sepupu-sepapat aku pulak tu. Semalam aku ke TESCO KB, dalam jam 3 petang (lepas Jumaat) punya ramai orang, terpaksa tunggu 30 minit Q untuk dapat parking. Keluar dari TESCO melalui KB Mall pun punya ramai orang. Kalau nak cari peralatan komputer pergilah ke KBMall, tingkat berapa dah lupa, satu tingkat tu macam kat LowYatt, segala peralatan komputer ada di situ, harga pun macam Low Yatt, pilihan banyak.

Selamat datang ke Negeri Serambi Mekah

2 ulasan:

Hamirdin b Ithnin berkata...

Aku pun pernah jalan kaki dari TESCO KB ke hotel.

pasbangi berkata...

Bila balik kampong terikut-ikut cara bercakap orang kampong kalau membahasakan diri "aku" ia lebih mesra dari "saya" sebenarnya jangan silap faham.