Kawan-kawan setia

Rabu, 24 Disember 2008

Khabar angin tu memang benar

Media petang ini mengesahkan khabar angin yang mengatakan Datuk Zahar bakal menyertai PAS bila sebentar tadi beliau telah secara rasmi menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasha. Bukan beliau sahaja malah beliau membawa 28 Ketua Cawangan...Alhmadulillah, semoga lebih ramai lagi akan mengikut jejak beliau bersama PAS. Berita ini akan memberi tamparan hebat kepada kepimpinan UMNO Selangor yang dewasa ini galak mencanangkan melalui media massa bahawa PAS dan Pakatan Rakyat semakin pudar dan rakyat bakal menabalkan semula UMNO dan BN ke persada kuasa utama seperti sebelum PRU ke 12. PAS dan pakatan rakyat khususnya PAS Selangor pula tentunya mendapat suntikan moral yang hebat untuk meneruskan perjuangan yang semakin diterima masyarakat Malaysia.

Rujukan Berita1
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim secara rasmi menyertai Pas dalam satu majlis di Ampang hari ini.
Beliau bersama 28 ketua cawangan UMNO dalam bahagian itu menyerahkan borang keahlian Pas kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. - Utusan.


Rujukan Berita2
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS.
Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan dalam satu majlis khas yang diadakan di sini, hari ini.
Dalam sidang medianya, Zahar berkata, beliau menyertai PAS kerana dasar perjuangan parti itu yang memperjuangkan kaum Melayu dan Islam.
"Bagi orang-orang Melayu yang mahu aktif dalam politik, kita tidak ada pilihan lain kerana Umno pada hari ini banyak berbeza dengan Umno dengan yang saya sertai 26 tahun dulu.
"Saya tidak terfikir untuk menyertai PAS kerana ia parti alternatif sebaliknya PAS adalah lebih baik dari Umno," katanya selepas menyerahkan borang keahliannya dan 41 pemimpin bahagian tersebut kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Zahar berkata, keputusan untuk keluar daripada Umno dan menyertai parti pembangkang itu tidak ada kena-mengena dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung keahliannya selama tiga tahun berkuat kuasa 2 Disember lalu.
"Saya tahu kemasukan saya ke dalam PAS telah menimbulkan banyak spekulasi. Rata-rata media menganggap keputusan saya ini dibuat setelah saya digantung.
"Sebenarnya saya dan rakan-rakan di PJ Selatan sudah mula kecewa dengan Umno semasa berlaku peralihan pentadbiran di Selangor pada Mac atau April lalu lagi.
"Daripada situ, kita berbincang baik buruk kekal dalam Umno...mahu terus bersara dari politik atau menyertai parti lain. Tapi bila MT dah buat keputusan begitu (menggantung keahliannya), tak payah lah fikir lagi...kita terus keluar," katanya.
Zahar berkata, beliau sudah 'meluat' dengan Umno terutamanya di Selangor termasuk pelantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Ketua Penerangan parti peringkat negeri dan Senator.
Sambil mengakui bahawa hubungan beliau yang pada satu ketika dahulu amat baik dengan Muhammad kini telah menjadi renggang, Zahar berkata, ia berlaku disebabkan sikapnya yang suka berterus terang dalam menyuarakan pendapatnya termasuk tindakan pemimpin itu yang kadangkala tidak dipersetujuinya.
Beliau berkata, pemimpin Umno tidak menitikberatkan tentang isu agama dan banyak keputusan yang dibuat parti itu tidak mengambil kira kepentingan rakyat.
"Secara terus terang, saya tidak menghormati pemimpin tertinggi dalam Umno. Banyak keputusan yang dibuat tidak mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat khususnya orang-orang Melayu," katanya.
Ditanya sama ada kritikannya terhadap Umno ada kaitan dengan pembelian Eurocopter yang tidak memihak kepada syarikatnya, Mentari Services Sdn Bhd, Zahar berkata, hal itu memang dipertikaikannya berikutan pembelian Eurocopter tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.
Beliau berkata, dengan penyertaannya hari ini ke dalam PAS, pejabat Umno di PJ Selatan akan menjadi pejabat PAS bahagian itu mulai esok.
Beliau percaya, baki 68 ketua cawangan bahagian itu akan turut sama menyertai PAS selepas pejabat parti itu mula beroperasi.
Beliau turut menafikan bahawa beliau menyertai PAS kerana inginkan jawatan sebaliknya beliau mahu menjadi sebahagian daripada jentera PAS yang memperjuangkan kepentingan Islam dan orang Melayu.
"Saya sebelum ini pernah ditawarkan untuk bertanding menjadi ahli Parlimen selama tiga penggal dan Speaker Dewan Undangan Negeri pada tahun 2007 tetapi saya menolaknya kerana merasakan peluang itu patut diberikan kepada orang lain," katanya. (MSTAR)

Tiada ulasan: