Kawan-kawan setia

Khamis, 11 Disember 2008

Melatah lagi.....




15 Tahun dulu berlaku tragedi Highland Tower, berbagai pihak melatah kerana terkejut beruk dengan kejadian tersebut lalu bermacam pelan tindakan dibuat oleh berbagai pihak supaya tragedi dapat ditangani dengan berkesan dan tentunya supaya tidak berulang lagi. Namun setelah demi masa, emosi sedih bertukar riang semula kisah itu dilupakan, pelan tindakan tinggal dalam bilik mesyuarat badan bertindak. Berlaku lagi tanah runtuh di Genting Highland, melatah lagi dan seperti sebelumnya pelan tindakan dibahaskan lagi dan hanyut juga dibuai masa yang Add Imageberlalu. Bermacam tragedi melibatkan tanah runtuh berlaku sepanjang 15 tahun selepas tragdei Highland Tower, begitulah sikap latah beulang dan hilang, berulang dan hilang. Terkini tambah lagi satu siri tragedi serupa di Bukit antarabangsa, kita melatah untuk kesekian kalinya dan begitu juga bermacam pelan tindakan dibuat bahkan petang tadi Parlimen mengadakan usul tergempar yang di bawa oleh YB Azmin Ali. Kita lihat selepas ini apa yang terjadi dari pelan tindakan dan usul tergempar adakah pembangunan di atas bukit terus meriah atau sesuatu sebaliknya supaya kita tidak lagi meneruskan sikap latah dan kemudia kembali sepi.
Bas terbalik: 20 penumpang terbunuh.

Satu lagi tragedi yang kita perlu tangani buka melatah sahaja ialah tragedi jalan raya. Apakah sudah di ambil tindakan supaya tragedi kemalangan ngeri dijalan raya yang melibatkan bas-bas ekspress dan pesiaran telah ditangani. Kita tidak mahu lagi peristiwa berdarah seperti 13 Aug 2007 berulang lagi dimana seramai 20penumpang maut manakala sembilan lagi cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 229, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang. Pemandunya dikatakan hilang kawalan, menyebabkan bas itu tergelincir sebelum terbalik dekat sebuah kampung di Km 229 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di Bukit Gantang. Kemalangan tersebut dianggap yang paling buruk yang pernah berlaku di negara ini. Mereka yang terbunuh adalah 13 penumpang lelaki dan tujuh penumpang wanita. Bas tersebut terjatuh ke dalam longkang sedalam lima meter selepas merempuh pembahagi jalan sepanjang 20 meter ketika menuruni jalan berbukit. Kesan rempuhan tersebut menyebabkan beberapa penumpang terpelanting keluar manakala yang lainnya terperangkap di bawa bas, dengan bumbungnya tercabut. Boleh dikatakan kebanyakan tragedi kemalangan bas seprti yang berlaku di Bukit Gantang ini dan lain-lain kemalangan berpunca dari memandu laju dan merbahaya. Kalau nak menyaksikan sendiri betapa laju dan kurang ajarnya pemandu bas-bas ini senang sahaja, buat satu perjalanan dari KL ke Melaka sahaja,kita dapat perhatikan sikap sebenar pemandu bas ini. Apa tindakan kita menanganinya?, tiada siapa peduli. Polis?, jangan di letakkan di atas bahu Polis atau pengusaha lebuh raya sahaja. KITA sendiri.?..berdisiplinkah kita dijalanraya?...

Tiada ulasan: