Kawan-kawan setia

Rabu, 24 Disember 2008

Musim membelasah PAS pula

Semasa PRK Permatang Pauh dulu, PKR dan kepimpinannya dibelasah teruk setiap hari oleh media perdana sehingga ke malam pengundian. Sehingga pada hari mengundi pun masih ada pengikut lawan menabur fitnah kepada calon, PKR dan Pakatan Rakyat dengan cara yang memualkan. Kini sebagaimana umum mengetahui calon PRK Kuala Terengganu akan di ambil oleh PAS maka sejak mula diistiharkan PRK lagi PAS, kepimpinan dan Pakatan Rakyat telah dibelasah saban hari. Semalam seluruh media mula mengungkit bermacam-macam termasuk azam PAS merealisasikan hukum hudud jika memerintah negara. Buka saja TV waktu berita, kita akan muak dengan hentaman demi hentaman terhadap PAS dan sekutunya, bahkan kenyataan-kenyataan kepiminan Pakatan Rakyat akan di isukan. Sebab itu pada saya pemimpin PR tidak boleh membuat kenyataan lepas mulut sahaja waktu ini kerana sudah pasti akan dieksploitasi besar-besaran oleh media perdana.

Antara isu yang dibesar-besarkan oleh media
> Isu pemecatan Khalid Samad
> Isu kenyataan DS Nizar terhadap pengidap HIV
> Isu Hudud
> Isu keretakan perpaduan PR
> Isu pemilihan calon dan lain-lain

Satu hari suntuk semalam menyiarkan kenyataan DS Najib bahawa Pas guna taktik lama tabur janji. DS Najib Razak, berkata isu yang digunakan Pas itu bukannya isu baru dan ia sudah lama ditimbulkan pemimpin parti berkenaan. Najib mendakwa, ketika pilihan raya umum lalu Pas menggunakan modal "Negara Kebajikan" bagi meraih undi, tetapi pada masa ini mereka menimbulkan kembali isu hukum hudud, tetapi tidak ada apa yang dilakukan kerajaan PAS pun. "Soal hukum hudud yang mahu dilaksanakan Pas itu cerita lama kerana ketika mereka memerintah Kelantan hukum itu tidak juga dijalankan. Masa di Terengganu dulu pun mereka tak buat, mereka hanya gunakannya sebagai politik,” katanya.

Tiada ulasan: