Kawan-kawan setia

Isnin, 29 Disember 2008

Muzik dan orang kampong


Masih lagi menceritakan perihal orang kampong saya, nun dipedalaman negeri Kelantan. Hari Sabtu lalu kakak saya mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak bongsunya dan jemputan terdiri dari saudara mara dan jiran sekampung. Suasana kenduri kahwin disini sunyi sepi tidak seperti di luar Kelantan yang selalu kita hadiri yang dipenuhi suasana hingar-bingar, muzik,nyanyian, kompang, karaoke, DJ dan sebagainya. Saya kebetulan bawa speaker PC, portable, kecil sahaja dan cuba untuk sedikit bising dengan memasang lagu-lagu nasyid yang dimulai dengan CD nasyid Ustaz Akhil Hayy. Terkejut saya, belum sampai 3 lagu saya ditegur dengan keras kerana memasang lagu-lagu tersebut. Mereka komen jangan kuatkan bunyi, malah cari lagu-lagu nasyid sahaja, kalau ada, kalau tak ada tutup saja. Cuba bayangkan, bunyi speaker PC kecil tu berapa kuat dia boleh berbunyi dan lagu Ustaz Akhil Hayy tu pun nasyid juga, cuma ada muzik. Saya berfikir dalam hati, rupanya aku tersilap tempat, salah target.., lalu saya buka, semua angkat set speaker masuk dalam kereta, dia orang happy saya pun tak sakit telinga dibebel. Nampaknya sebahagian besar orang Kelantan masih belum menerima budaya hiburan seperti di pantai barat ni (masih ori).

Tiada ulasan: