Kawan-kawan setia

Selasa, 23 Disember 2008

Tahniah: Mahfuz dapat suntikan moral memenangi saman terhadap Utusan

Media hari ini menyiarkan berita Mahfuz menang saman fitnah terhadap Utusan. Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pokok Sena itu telah memenangi saman fitnah terhadapnya oleh Utusan Melayu Berhad dan diberikan RM120,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini sebagai ganti rugi. Pesuruhjaya Kehakiman dalam penghakimannya memutuskan, perkataan yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia tersebut yang bertajuk "Demonstrasi, Mahfuz isytihar bersama Keadilan" tujuh tahun lalu adalah fitnah dengan niat untuk mencemarkan reputasi Mahfuz yang juga pemimpin PAS Pusat. Katanya, perkataan yang digunakan itu menggambarkan Mahfuz sebagai seseorang yang mempunyai agenda politik yang sedang berusaha menggulingkan kerajaan sedia ada juga menyokong keganasan dan paksaan, yang tidak percaya dengan proses demokrasi untuk membawa perubahan dalam kerajaan yang memerintah dan berniat menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan terhadap keharmonian negara.

Hakim juga berkata, beliau memberikan pertimbangan itu kerana kedudukan plaintif sebagai tokoh politik, anggota Parlimen dan tokoh terkenal di kalangan rakyat dimana fitnah tersebut telah menjejaskan kedudukan politik, sosial dan reputasi plaintif kerana diterbitkan secara meluas dalam akhbar defendan yang mempunyai edaran cetak melebihi 200,000 naskhah sehari juga 7.8 juta pelayar laman webnya sebulan. Lebih dari itu defendan tidak mengemukakan sebarang permohonan maaf untuk mengurangkan kesan buruk terhadap reputasi plaintif.

1 ulasan:

Hamirdin b Ithnin berkata...

bagus. keep us informed