Kawan-kawan setia

Rabu, 31 Disember 2008

Tembelang sebenar PEWARIS

Saya ternganga sekejap tengok tajuk utama media perdana "Pas dibidas kerana tolak Pewaris".
Tuduhan:
Pas bersifat 'pilih bulu' dalam membela nasib rakyat apabila menolak kehadiran ahli Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk menyerahkan memorandum supaya memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka semalam.
Walaupun tidak kena masa dan tempat, keperihatinan pemimpin PAS terima juga memo tersebut. Sebenarnya yang saya baca yang tersirat, PEWARIS ni nak pekena Pakatan Rakyat sahaja.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md. Harun berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Pas itu kerana pada masa sama parti itu menyokong pertubuhan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan demonstrasi.
Apa agenda sebenar Rahimudin ni?, babi tu kat Melaka bukan kat Bangi, majlis tu majlis GMI bukan majlis ceramah umum, lepas tu buat press statement pulak kecam PAS.

''Pihak kami hadir untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di kawasan Masjid Tanah yang mengalami masalah kesihatan serta pencemaran sungai akibat operasi ladang ternakan babi yang masih berleluasa. ''Pas sepatutnya lebih prihatin terhadap isu mengenai orang Melayu dan agama Islam seperti yang diuar-uarkan mereka sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kerajaan Melaka wat tak tahu saja dia tak kecoh kat press pulak..

Sementara itu, Rahimuddin berkata, pihaknya tidak berniat merosakkan majlis ceramah perdana anjuran Pas tersebut kerana sebelum ini telah memaklumkan hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
Kalau ada akai, lain kali pilihlah majlis yang sesuai untuk hantar memo. Kalau majlis BN dia dah kata PEWARIS ni kurang ajar, macam dia kata kat Hindraf masa hindraf hantar memo dalam majlis idilfitri lalu. berbulan hindraf kena belasah oleh media dan pemimpin BN

2 ulasan:

al-brangi berkata...

hey Pewaris, hang pi lah demo kat PWTC Mac nanti. Depa yg berkuasa bukan PAS. Hangpa jgn berselindung disebalik NGO. Kalau anak jantan masuklah politik

pasbangi berkata...

marah bona Al-Brangi kat pewaris ni..den pun tak do malam tu, kalau ado den nasiht yo jangan ganggu majlis, tunggu hari lain.