Kawan-kawan setia

Selasa, 30 Disember 2008

Tok Mun akhirnya insaf?

Siapa tidak kenal Tok Mun KT bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, yang menjadi selebriti segera pada pilihan raya umum lepas. Nenek Maimun Yusof, 89, hari ini pula mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan datang. Alasan Nenek Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil ini kerana tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Ni ikut loghat Terengganu "Dok payoh jumpa lagilah, tok tak mboh tanding doh. Takdok pitih ... dok buleh buat apa doh... Nok kumpul duit pun dah dok dang" . Dalam pada itu Tok Mun mendakwa ada pihak yang mengambil kesempatan menipu dengan membina laman blog bagi mengutip dana kononnya untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu namun mengikut Tok Mun kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Sehingga ke hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada laman blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti siapa yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut. Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian tersebut. Bila ditanya adakah Tok Mun akan menyertai semula Pilihanraya pada masa akan datang?, dengan bangga dan penuh semangat beliau berharap masa itu akan tiba dan beliau dapat menjadi calon lagi. Jadi kesimpulan nya belum insaf lagi la..

2 ulasan:

Hamirdin b Ithnin berkata...

1.kau punya posting makin lama makin tajam. bagus. syabas!

2. Sekarang Tok Mun kata dia tak de sponsor.

3. Maknanya PRU dulu ada org sponsor.
4. Sapo org tu?

pasbangi berkata...

Ha ha tu betul, tok mun pandai, membuka rahsia secara berkias sahaja, namun..hanya orang berakal sahaja dapat tangkap kiasan tokmun