Kawan-kawan setia

Selasa, 30 Disember 2008

TS Rashid bersara kekal mulai hari ini

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bersara sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini . Namun sikap TS Rashid yang bersara kelihatan semakin tidak mesra pembangkang bila memberi amaran akan mengambil tindakan mahkamah yang didakwanya tuduhan fitnah terhadapnya selama memegang pengerusi SPR. Bahkan beliau mengugut dengan katanya yang dipetik dari media perdana "Mungkin ada ahli Parlimen yang akan hilang kerusi nanti,". Abdul Rashid berkata, tindakan undang-undang itu nanti hanya melibatkan parti pembangkang memandangkan tiada pemimpin parti pemerintah yang memfitnah beliau. Abdul Rashid telah menerajui SPR sejak tahun 2001 dan telah mengendalikan tujuh pilihan raya umum sejak menjawat jawatan pengerusi dan sebagai setiausaha sebelum itu. Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mencadangkan kuasa yang ada pada SPR ketika ini dikaji semula supaya SPR mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan pilihan raya. Hal itu perlu supaya SPR tidak lagi dituduh sebagai badan yang lemah dan tidak mampu bertindak jika berlaku sebarang masalah.

Tiada ulasan: