Kawan-kawan setia

Khamis, 25 Disember 2008

Tugas berat menanti Dr Mujahid dan KPP

Mengikut analisis yang di buat, undi penentu bakal datang dari pengundi China Kuala Terengganu. Jadi tanpa cerita panjang dan arahan formal, PAS telah meletak tanggung jawab yang besar kepada Dr Mujahid selaku orang kuat Kelab Penyokong PAS. Menurut sumber yang keluarkan oleh media alternatif kurang-kurangnya 1000 orang ahli-ahli Kelab Penyokong PAS Malaysia yang terdiri daripada kaum Cina dan India akan menyertai perarakan pada hari penamaan calun 6 Januari 2009 seterusnya akan menyertai kempen yang bakal digerakkan. Mengikut perancangan pada malam 5 Januari, 2009, satu Majlis Makan Besar akan di adakan sempena Perasmian Gerak Kerja Kelab Penyokong PAS Kuala Terengganu. Menurut Ketua Kelab Penyokong PAS dan NGO, Jentera Pilihanraya PAS Terengganu bagi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, sdr. Hanafiah Mat, PAS akan membuka satu markaz besar bagi ahli-ahli Kelab Penyokong PAS di jalan Banggol Kuala Terengganu dan majlis perasmian tersebut akan disempurnakan oleh YB Dr. Mujahid sendiri.
Strategi kempen: Seramai 100 orang petugas Kelab Penyokong dijadualkan akan berkempen setiap hari di kawasan parlimen Kuala Terengganu dengan penumpuan kepada DUN Bandar dan DUN Ladang. Antara strategi kempen yang akan digerakkan oleh ahli-ahli Kelab ialah menziarahi pengundi dari rumah ke rumah, menziarahi pesakit dan mereka yang tidak bernasib baik selain mengadakan pemeriksaan dan rawatan perubatan percuma.

Tiada ulasan: