Kawan-kawan setia

Rabu, 24 Disember 2008

Ujian HIV bagi bagi bakal pengantin

Sesekali ada juga kita bersetuju dengan tindakan kerajaan bila ia melibatkan rakyat awam seperti dalam kes ujian HIV ini. Bagi kita ujian ini bukan untuk menyusahkan bakal pengantin atau merendahkan moral mereka tetapi jika diketahui awal, membolehkan pencegahan awal dapat diambil tindakan. Namun begitu bagi Majlis Aids Malaysia, mereka tidak menyokong dasar baru kerajaan ini yang mewajibkan bakal pengantin Islam menjalani ujian saringan HIV secara mandatori, berkuatkuasa Januari tahun depan. Dasar baru itu telah diumumkan oleh TPM, ekoran peningkatan ketara kadar jangkitan HIV terhadap kaum wanita sejak kebelakangan ini.
Presiden Majlis Aids, pula berpendapat tindakan ujian tersebut bukan satu penyelesaian terhadap peningkatan wabak HIV tersebut di kalangan wanita. Ujian saringan HIV untuk bakal pengantin ini hanya dilakukan sekali sahaja, namun risiko bagi jangkitan HIV adalah seumur hidup. Keputusan negatif tidak menjamin seseorang akan kekal negatif sekiranya tidak meninggalkan tabiat buruknya dengan melakukan aktiviti berisiko tinggi seperti aktiviti seks yang tidak selamat dan perkongsian jarum dalam penagihan dadah. "Ini bermakna keputusan negatif ini tidak membawa sebarang jaminan keselamatan bebas HIV kepada pasangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Kedua, tambahnya, ujian HIV mandatori itu menampakkan kesan yang terhad dalam mengawal jangkitan HIV tanpa perantaraan yang khusus diambil untuk mencegah jangkitan ini.

Tiada ulasan: