Kawan-kawan setia

Khamis, 27 Mac 2008

MB baru suntik semangat

Mungkin boleh menyaingi Kedah DA yang membelasah saudaranya PERAK 5-1, kita tunggu nyalaan semangat Selangor Baru, InsyaAllah

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR fakhrul@kosmo.com.my
SKUAD Selangor bakal menerima suntikan semangat daripada Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelang pertemuan dengan Perak di Stadium Shah Alam malam ini.
Abdul Khalid yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baru terlebih dahulu akan mengadakan sesi suai kenal dan beramah mesra dengan pemain skuad Liga Super Selangor pagi ini.
Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd. Amin berkata, majlis minum pagi di antara Abdul Khalid dengan pemain serta pegawai FAS itu akan diadakan pagi ini di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam.
"Pada majlis itu nanti, Tan Sri (Abdul Khalid) akan menyampaikan amanat terbaru dan kata-kata semangat kepada pemain Selangor menjelang perlawanan bertemu Perak," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selangor perlu menang atau seri kurang daripada empat gol pada perlawanan malam ini bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala FA selepas berjaya mengikat Perak 4-4 di Ipoh minggu lalu.
Ditanya sama ada Abdul Khalid akan turun menyaksikan perlawanan malam ini, Hamidin berkata, dia sudah menjemput presiden FAS itu tetapi segalanya masih bergantung kepada jadual tugasan rasminya.
"Tan Sri (Abdul Khalid) belum dapat beri jawapan buat masa ini. Katanya, kalau tiada apa-apa hal, insya-Allah dia akan turun ke stadium malam esok (malam ini)," jelas Hamidin.
Suntikan moral amat diperlukan memandangkan Selangor kini ketiadaan pengurus pasukan selepas Datuk Satim Diman meletakkan jawatannya 18 Mac lalu dan Hamidin kini bertindak sebagai pengurus sementara.

Rabu, 26 Mac 2008

Rakyat pilih ketua kampung


Berita Kosmo 26 March memaparkan kesungguhan kerajaan BA Perak untuk bersikap telus dalam segala hal melibatkan rakyat sehingga kepada perlantikan ketua kampong. Amalan kroni yang selama ii diamalkan oleh kerajaa BN dihapuskan. Semoga rakyat akan dapat melihat dengan hati yang terbuka betapa bertuahnya bila Islam memerintah sesebuah negeri.


IPOH - Mulai 1 Januari 2009, penduduk di 817 kampung di seluruh Perak berpeluang memilih sendiri ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melalui satu proses yang bakal diperkenalkan.
Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pelaksanaan sistem baru itu diharap mampu memberi lebih banyak peluang kepada penduduk terlibat memilih ketua mereka.
"Jika di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), kuasa memilih diserahkan kepada rakyat, tiada sebab konsep yang sama tidak dilaksanakan di peringkat kampung.
"Kalau rakyat merasakan ketua kampung yang sedang berkhidmat ketika ini baik dan tidak perlu ditukar, mereka boleh meneruskan khidmat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan ketua kampung dan JKKK seluruh Perak bersama Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.
Jelasnya, proses pemilihan ketua kampung akan dilakukan secara terbuka dan semua penduduk bebas mencadangkan nama calon yang difikirkan layak.
"Kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan berkaitan melalui pejabat-pejabat daerah," katanya.

Isnin, 24 Mac 2008

UPU Bandar Baru Bangi 3 meraikan petugas





Sabtu lalu 22 march 2008 UPU Bandar Baru Bangi 3 telah merakan para petugas PRU12 bertempat di Bilik Gerakan UPU BBB3, Seksyen 3 Tambahan Bandar baru Bangi. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Dr Shafie Abu Bakar dan satu pertunjukan Video lawatan YB Dr Shafie menemui pengundi Bangi Lama ditayangkan. Dalam ucapan serba ringkas pengerusi majlis Tuan Haji Ghazali mewakili ketua UPU, mengucapkan jutaan terima kasih kepada para petugas yang telah bertungkus lumus memastikan perjuangan pilihanraya PRU 12 ditahap maksimum dan seterusnya menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Hormat keputusan istana - Laporan Utusan Melayu


KUALA LUMPUR 23 Mac – Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dan tidak seharusnya menolak pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar secara terbuka.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.
‘‘Kalau kita ada masalah kita kena duduk berbincang, sultan adalah kedaulatan orang Melayu, saya khuatir rakyat hilang kepercayaan.
‘‘Bukan dengan cara macam ini (bantah), kurang ajar dengan Sultan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, MPPR mengeluarkan kenyataan yang menamakan Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.
Pelantikan tersebut mengenepikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang mendapat watikah pelantikan sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.
Ekoran kenyataan daripada Pejabat Sultan Terengganu itu, 23 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan itu dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris.
Syed Ali memberitahu, tindakan UMNO Terengganu itu sendiri tidak seiring dengan apa yang diperjuangkan oleh parti tersebut selama ini terhadap kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Malah katanya, perbuatan menentang keputusan yang dibuat oleh MPPR oleh UMNO Terengganu seperti ‘meludah ke langit, terkena muka sendiri’.
‘‘Kita marah apabila DAP memulaukan keputusan Istana Perak, malah, kita memaki-hamun DAP kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Terengganu keadaan terbalik pula, UMNO Terengganu sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong secara terbuka,’’ tegasnya.
Beliau memberitahu, UMNO Terengganu perlu mengambil iktibar dengan situasi yang berlaku pada ketika ini dan bukannya memalukan orang Melayu sebegini rupa.
‘‘Saya minta mereka hentikan perkara mengarut ini, jangan sampai rakyat hilang keyakinan,’’ ujarnya.
Syed Ali turut menggesa UMNO Terengganu agar menyelesaikan perbalahan mengenai jawatan Menteri Besar Terengganu mengikut saluran yang betul dan menanganinya dengan cara yang berhemah.

Sabtu, 22 Mac 2008

Kemalangan jalan raya: Adun Galas kini semakin stabil

Harakahdaily (Lanjusoh)

Sat Mar 22, 08 8:25:58 am MYT
KOTA BHARU, 22 Mac (Hrkh) ? Adun baru Galas, Chek Hashim Sulaima, 44 yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Ciku 2, Gua Musang petang semalam kini berada dalam keadaan stabil dan sudah sedarkan diri. -->-->
Yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad berkata, kejadian malang itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam, di mana Chek Hashim bersama isteri, Aida Zakaria, 40 dan anak-anak dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pasir Puteh.
?Kereta yang dinaikinya jenis Mercedes terbabas ke dalam parit berhampiran ladang kelapa sawit di tepi jalan,? katanya ketika dihubungi di Gua Musang, pagi ini.
Pada kejadian itu kata beliau anak bongsunya cedera agak parah di mana berlaku pendarahan di dalam bahagian perut, manakala isterinya patah kaki.
Dua lagi anaknya mengalami cedera ringan.
Ekoran kejadian itu menurutnya, kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Krai dan kira-kira jam 12 malam dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Kota Bharu.
Katanya, ketika dirawat di Hospital Kuala Krai keadaan Chek Hashim sudah stabil dan sedarkan diri selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.
?Ketika itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob datang menziarahinya sebelum mangsa dan anak serta isteri dipindahkan ke hospital di Kota Bharu,? katanya.
Dr Zulkifli yang juga calon PAS Parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum 8 Mac lalu memberitahu Chek Hashim dalam perjalanan menemui keluarganya di Pasir Puteh selepas lama tidak bertemu kerana sibuk menghadapi pilihan raya.
Oleh itu beliau menasihat penyokong PAS tidak bimbang dengan perkembangan kesihatan Chek Hashim yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang kerana keadaannya sudah stabil dan semakin beransur pulih. - mj

Exco Selangor?

KLANG - Seramai 11 Anggota Dewan Undangan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP di Selangor kelihatan memasuki Istana Alam Shah di sini ketika sesi raptai Istiadat Angkat Sumpah Exco Kerajaan Negeri diadakan.
Mereka memasuki pekarangan istana seawal 2.35 petang semalam dan keluar tiga jam kemudian selepas selesai raptai.
Antara yang kelihatan dari PKR ialah Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Rodziah Ismail (Batu 3), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Dr. A. Xavier Jayakumar (Seri Andalas) dan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan).
Bagi Pas pula, yang kelihatan ialah Datuk Dr. Hassan Ali (Gombak Setia), Dr. Halimah Ali (Selat Klang) dan Iskandar Abdul Samad (Chempaka) manakala ADUN DAP terdiri Ronnie Liu Tian Khiew (Pandamaran), Teresa Kok (Kinrara) dan Au Yong Hian Wah (Seri Kembangan).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengumuman rasmi senarai Exco akan dibuat Isnin ini. - Bernama

Khamis, 20 Mac 2008

Lawatan ADUN Bangi ke Bangi Lama






Tanggal 20 March, Adun bangi YB Dr Shafie Abu bakar telah mengadakan kunjungan terima kasih ke atas warga Bangi Lama dan pengunjung Pasar malam Bangi Lama. Disamping beramah mesra dengan warga Bangi YB mengambil kesempatan mengedar kad ucapan terima kasih kerana memilih PAS (BA) dalam PRU12 yang lalu. Didalam kad juga tertera no telefon yang boleh dihubungi sekiranya ingin membuat aduan. Lawatan singkat ini telah disambut mesra oleh warga Bangi Lama berbagai kaum (yang paling ramai keturunan India).

Khir Toyo letak jawatan UMNO, BN

Oleh Rozilan Salleh dan Yazid Alias

SHAH ALAM 19 Mac – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo malam ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkuat kuasa serta-merta.

Mohamad Khir mengambil keputusan itu sebagai rasa bertanggungjawab ekoran prestasi buruk BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Serentak dengan itu, katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju dengan keputusannya dan melantik Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib untuk mengisi kedua-dua jawatan tersebut.

“Saya meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana prestasi buruk ini dan kita akan berusaha untuk mengambil semula negeri ini (daripada parti pembangkang).

“Kalau saya lambat membuat keputusan, masalah lain mungkin akan timbul dalam usaha kita untuk menawan semula Selangor, ini kerana dengan prestasi buruk itu, wujud salah menyalah antara satu sama lain dan akan memburukkan parti yang saya pikul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan dalam masa kurang 10 minit, sebelum mempengerusikan buat kali terakhir mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor di Pejabat UMNO negeri di sini malam ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Muhammad sendiri dan barisan kepimpinan UMNO negeri serta ketua-ketua UMNO Bahagian.

Mohamad Khir, 43, yang mula memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor pada 24 Januari 2002, bagaimanapun menafikan keputusan itu berikutan tekanan mana-mana pihak termasuk oleh ketua-ketua UMNO bahagian di Selangor.

“Tidak ada tekanan mana-mana pihak tetapi rasa bertanggungjawab, kita pemimpin, kita bertanggungjawab dalam keadaan UMNO Selangor sekarang ini,” katanya.

Menurut beliau, hasrat melepaskan jawatan itu yang timbul ketika UMNO Selangor melakukan ‘post-mortem’ kekalahannya, telah dimaklumkan kepada Abdullah dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lepas.

Sehubungan itu beliau meminta semua ahli UMNO di Selangor menerima keputusannya dan meneruskan perjuangan bagi memastikan UMNO merampas semula negeri tersebut.

Pada pilihan raya umum lepas, BN hanya mampu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen di Selangor.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 15 kerusi DUN dan sembilan Parlimen manakala DAP 13 DUN dan empat Parlimen sementara Pas menang lapan DUN dan empat Parlimen.

Ekoran itu, parti-parti pembangkang berjaya membentuk kerajaan negeri dan melantik Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Mengulas lanjut, Mohamad Khir berkata, beliau akan terus memberikan sokongan kepada Muhammad yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah hari ini, untuk menerajui UMNO dan BN Selangor.

“Ini adalah keputusan yang terbaik untuk masa depan, ini bukan masa kita untuk berpecah tetapi ia masa untuk kita bersatu,” tegasnya.

Menurut Mohamad Khir, jawatan-jawatan lain dalam Badan Perhubungan UMNO dan BN negeri akan ditentukan oleh Muhammad selepas ini.

Sementara itu, Muhammad yang diminta mengulas keputusan Mohamad Khir, menyuarakan rasa terkejut dengan tindakan itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut atas alasan tidak bersedia memberikan sebarang kenyataan.

Rabu, 19 Mac 2008

Perhimpunan yang menyusahkan rakyat

Polis akan guna ISA bagi yang terbabit perhimpunan haram esok

PULAU PINANG: Polis hari ini memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan menyertai perhimpunan haram esok seperti yang diwarwarkan kerana ia boleh mencetuskan situasi panik di kalangan masyarakat. Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid, berkata kegagalan mematuhi arahan polis boleh menyebabkan mereka yang terbabit dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27(5) atau 27(5)(a) Akta Polis 1967 iaitu menyertai atau mengadakan perhimpunan tanpa permit. “Selain itu, mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menimbulkan kekecohan kepada keselamatan negara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini.
Amaran sama turut diberikan kepada pihak tertentu dan orang ramai yang menyebarkan pelbagai SMS mengenai perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan esok di Masjid Negeri, di sini. Difahamkan perhimpunan itu adalah lanjutan daripada perhimpunan yang diadakan Jumaat lalu di hadapan pintu masuk utama Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang kononnya mahu ‘membebaskan’ pentadbiran negeri daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan menuntut hak orang Melayu dikembalikan. — Bernama

PAS Bangi cemerlang

(PAS Bangi terletak dibawah Parlimen Serdang dan dimenangi oleh DAP Teo Nie Ching mengalahkan calon BN Hoh Lee Lee)
Alhamdulillah, kecemerlangan PAS Bangi dalam PRU ke 12/2008 telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh warga Bangi terutama pemimpin dan petugas yang telah bertungkus lumus berusaha bagi mencapai hasrat itu. Setelah bekerja keras dan memanjatkan doa kepada Ilahi hasilnya dengan izin Allah PAS telah berjaya merampas semula Bangi dari BN dengan majoriti diluar dugaan. Dr Shafie berjaya mengalahkan calon BN Mohd Fathil Daud dengan majoriti 6,192 undi. YB Dr Shafie sekali lagi dijulang sebagai pemimpin masyarakat Bangi untuk 4 ke 5 tahun lagi. Sekali lagi YB Dr Shafie akan berusaha melunaskan amanah rakyat sebagaimana yang telah dilakukan beliau semasa menjawat ADUN Kajang bagi penggal 1999 hingga 2004 dahulu. Bakti YB Dr Shafie terhadap rakyat Bangi telah semua maklum, dan dengan amanah 2008 hingga 2013 ini rakyat Bangi bertuah memperolehi khidmat beliau lagi, terutama kerja-kerja masyarakat ini akan manjadi lebih mudah dan luas bilamana BA juga telah menguasi Negeri Selangor. Jika dulu YB Dr Shafie menghadapi berbagai cabaran getir dengan kerenah penguasa Kajang yang didokongi oleh BN dan konco-konconya.

Sehubungan dengan sokongan cemerlang warga Bangi dalam PRU12, ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar akan mengadakan majlis kesyukuran dan terima kasih bertempat di pejabat ADUN Bangi. Majlis yang bakal di adakan pada hari Ahad 30 march 2008 nanti akan menjemput warga Bangi untiuk sama-sama meraikan kemenangan BA dalam PRU lepas. Majlis meraikan petugas telah di adakan setiap UPU masing-masing umpamanya UPU BBB3 diadakanpada hari Sabtu 22 march.