KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kekeliruan mengenai kertas undi mungkin menyebabkan 17 Anggota Parlimen pembangkang memilih calon Barisan Nasional untuk jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat semalam, kata Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini.Katanya kertas undi menetapkan mereka mengundi dua calon tetapi sesetengah daripada wakil rakyat tidak sedar bahawa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan mereka memilih seorang calon saja.Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) mendapat 157 undi untuk jawatan Timbalan Speaker, mengalahkan Datuk Ronald Kiandee (BN-Beluran) yang mendapat 140 undi dan Dr Tan Seng Giar (DAP-Kepong) yang menerima 81 undi.Dewan Rakyat mempunyai 140 wakil daripada BN dan 82 daripada pembangkang.Karpal Singh berkata kekeliruan itu juga mungkin disebabkan sesetengah Anggota Parlimen adalah muka baru dan mereka ini kurang faham mengenai proses memilih Timbalan Speaker.Mengenai identiti satu-satunya wakil rakyat pembangkang yang tidak memilih Dr Tan, beliau berkata pakatan pembangkang mengesyaki seseorang tetapi beliau enggan menamakannya.Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, yang mengisytihar dirinya seorang Bebas walaupun beliau bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya 8 Mac lepas, berkata satu daripada undi beliau adalah untuk Wan Junaidi."Yang satu lagi saya tak dapat nak sahkan," katanya.-- BERNAMA
Rabu, 30 April 2008
Ada ahli parlimen PR undi BN?
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kekeliruan mengenai kertas undi mungkin menyebabkan 17 Anggota Parlimen pembangkang memilih calon Barisan Nasional untuk jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat semalam, kata Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini.Katanya kertas undi menetapkan mereka mengundi dua calon tetapi sesetengah daripada wakil rakyat tidak sedar bahawa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan mereka memilih seorang calon saja.Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) mendapat 157 undi untuk jawatan Timbalan Speaker, mengalahkan Datuk Ronald Kiandee (BN-Beluran) yang mendapat 140 undi dan Dr Tan Seng Giar (DAP-Kepong) yang menerima 81 undi.Dewan Rakyat mempunyai 140 wakil daripada BN dan 82 daripada pembangkang.Karpal Singh berkata kekeliruan itu juga mungkin disebabkan sesetengah Anggota Parlimen adalah muka baru dan mereka ini kurang faham mengenai proses memilih Timbalan Speaker.Mengenai identiti satu-satunya wakil rakyat pembangkang yang tidak memilih Dr Tan, beliau berkata pakatan pembangkang mengesyaki seseorang tetapi beliau enggan menamakannya.Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, yang mengisytihar dirinya seorang Bebas walaupun beliau bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya 8 Mac lepas, berkata satu daripada undi beliau adalah untuk Wan Junaidi."Yang satu lagi saya tak dapat nak sahkan," katanya.-- BERNAMA
Selasa, 29 April 2008
Minta MPKj prihatin
Komen Dr Hamirdin tentang kebersihan
KOTORNYA TEMPAT TINGGAL KITA
Salah satu daripada cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah kebersihan kawasan kejiranan. Semasa pentadbiran kerajaan yang lepas, perkara ini walaupun sering dilaungkan, namun ia seolah-olah tidak diperdulikan, atau, kalau ada tindakan sekali pun, tindakan tersebut jelas tidak mencukupi dan kelihatan seperti melepas batuk ditangga.
Oleh kerana kehidupan sekarang lebih berbentuk kepada kehidupan dan suasana kejiranan taman-taman perumahan, maka kawasan-kawasan ini biasanya jatuh kepada bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Segala bentuk senggaraan adalah dalam bidang kuasa mereka. Juga oleh kerana mereka memungut cukai dari rakyat, maka semestinyalah mereka, PBT ini, bertanggung jawab untuk menyenggara prasarana yang diperlukan oleh rakyat. Kalau saya ambil contoh di Selangor, saya rasa keadaannya hampir sama dengan keadaan di negeri-negeri lain, atau Selangor berada pada keadaan yang lebih baik, kerana ia lelbih maju lagi. Apa yang ingin yang lontarkan di sini ialah keadaan kawasan-kawasan perumahan adalah kotor, tidak terurus dan dibiarkan begitu oleh pihak berkuasa tempatan. Cuba perhatikan gambar di atas.
Taman-taman perumahan dipenuhi oleh sampah sarap yang tidak terurus, dirimbuni oleh semak samun yang di trim entah bila-bila sekali, dan sisa pepejal yang dibuang merata-rata tempat. Kalau ada diantar kita yang tinggal di kawasan rumah pangsa atau flat, keadaan ini semakin menyakitkan mara lagi. Ini adalah kerana kawasan-kawasan flat merupakan kawasan yang paling sedikit menerima senggaraan oleh pihka berkuasa tempatan. Ada yang berhujah banyak diantara flat ini yang diusahakan oleh perbadanan ekonomi negeri, kalau Selangor oleh PKNS. Jadi bidang kuasa untuk menyenggara diserahkan kepada PKNS, sedang badan tersebut pula ada helahnya yang lain. Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Sebab itulah, antara kawasan-kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dan dengan itu merekodkan kes denggi yang tinggi. Saya dan student saya akan membuat liputan yang meluas mengenai hal ini dan akan membuat sebanyak proposal yang mungkin untuk diberikan kepada YB yang bertanggung jawab. Sekurang-kurangnya di Selangor
Isnin, 28 April 2008
Hi Tea bersama Hj Mohd Sabu di Pejabat ADUN Paroi



SUKAN PASTI KAWASAN SERDANG 2008
MASA : 7.00 PAGI - 1.00 TGH
TARIKH: 19 MEI 2008 (ISNIN - CUTI UMUM :WESAK)
TV3 tarik diri anjur Jom Heboh
IPOH: Stesen televisyen swasta TV3 menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada menganjurkan program bergerak Karnival Jom Heboh di Perak pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, di sini, Ahad.Beliau berkata hasrat menarik diri tersebut dinyatakan oleh pihak pengurusan tertinggi TV3 sendiri dalam satu pertemuan dengannya pada Rabu lepas.Bagaimanapun Mohammad Nizar menegaskan kerajaan negeri Perak tidak pernah mengeluarkan arahan supaya TV3 bertindak demikian."Kita tidak ada beri arahan pun, dia (TV3) sendiri yang hendak tarik diri. Mereka menghormati prinsipprinsip kita," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung tahunan ke14 Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).Karnival Sure Heboh TV3 yang berkonsepkan ekspo dan hiburan mula dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya kepada Jom Heboh pada 2006.Ia merupakan program bergerak yang diadakan setiap bulan secara bergilir-gilir di negeri-negeri di Malaysia.Majlis Mufti-mufti Malaysia, melalui Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada 30 Julai 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.Karnival tersebut membuat penampilan buat julung kalinya di Perak pada 5 dan 6 Mei 2007, berlangsung di Stadium Indera Mulia. Beberapa hari sebelum Karnival Jom Heboh 2007 itu berlangsung Harussani menegaskan bahawa program konsert 'Sure Heboh' itu tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi 'Jom Heboh'.Sementara itu, Mohammad Nizar berkata gelaran Datuk Seri yang diterimanya bukanlah untuk dirinya tetapi adalah untuk kesemua 2.3 juta rakyat Perak yang telah berani membuat perubahan pada pilihan raya umum lepas dan meraikan perubahan tersebut.Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena hari keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ke-80 pada 19 April lepas. BERNAMA
Laporan Utusan Malaysia - Misteri beg berisi RM1.2j terjawab
PETALING JAYA 27 April - Misteri pemilik sebuah beg mengandungi wang tunai RM1.2 juta yang ditemui di bilik persalinan gimnasium di Subang Jaya dekat sini pada 18 April lalu kini terjawab. Wang itu difahamkan milik sebuah syarikat yang berpusat di Shah Alam. Ia dipercayai dicuri oleh seorang pekerja syarikat itu sebelum menyimpannya di gimnasium tersebut. Suspek adalah ahli kelab itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siapa yang meletakkan wang tersebut di gimnasium itu terjawab apabila seorang lelaki, 41, menyerah diri dan mengakui perbuatannya kepada polis, semalam. Beliau menambah, lelaki itu telah dikenakan tahanan reman tiga hari mulai semalam bagi membantu siasatan polis. ‘‘Antara fokus siasatan polis ialah untuk mengenal pasti kebenaran keterangan suspek serta mungkin ada pihak-pihak lain terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mesra Polis dan Penduduk Damansara Damai di sini hari ini.
Difahamkan, suspek yang bertugas sebagai pengurus kanan kewangan di syarikat terbabit telah menggunakan kedudukannya untuk menggelapkan wang tunai RM1.2 juta itu. Jumlah wang tersebut ialah sebahagian daripada RM4 juta yang dikeluarkan dari akaun syarikat sebagai peruntukan bagi membiayai satu projek. Berita beg misteri itu diketahui umum apabila seorang penyelia menjumpainya ketika mahu menutup gimnasium itu pada pukul 12 tengah malam. Bagaimanapun polis yang menerima laporan mengenai kes tersebut turut menemui jalan buntu kerana tidak ada petunjuk dan kesan cap jari juga tidak ditemui pada beg, sehingga suspek menyerah diri, semalam. Ekoran perkembangan itu, polis juga difahamkan tidak lagi menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 22 Akta Polis 1967 iaitu harta yang tidak dituntut
Ahad, 27 April 2008
Gotong Royong perdana Bandar Baru Bangi
Perubahan kedudukan link PASBANGI dalam Tranungkite.net
Britney Spears converts to Islam?
Mungkin berita ini tidak berapa dipedulikan di malaysia, sebabnya berkemungkinan hanya rumors yang dicipta dan disensasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk memainkan emosi umat Islam kemudian ianya terbukti hanya khabar-khabar angin semata-mata. Kita masih ingat tentang kisah Islamya Niel Amstrong, begitu dramatik diceritakan dan umat Islam pun melopong terpesona lalu melupakan berita yang lebih bernilai dan prioriti. Begitu juga disensasikan dengan berita Islamnya Michael Jackson, Mike Tyson, Lady Diana dan ramai lagi. Abang Michael Jackson, Jeramine memang disahkan penganut agama Islam, pernah memberikan AlQuraan kepada Michael tetapi beliau mengatakan setakat ini Michael belum menunjukkan apa-apa respons. Audio yang disebarkan yang mempunyai mirip suara Michael menyanyikan lagu nasyid memuji Allah dan mengaji sebenarnya suara seorang penyanyi lain.Selain dari sebab untuk mengahwini Adnan, ada juga berita mengatakan Britney sebenarnya mencari kedamaian yang terdapat didalam Islam seperti ramai remaja-remaja lain di Amerika kini, lalu mengikuti kuliah-kuliah seorang ulama Islam yang terkenal di Amerika dan akhirnya membawa kepada pengIslamannya. Ekoran dari berita yang disensasikan ini laman-laman blog di Amerika, Eropah dan Timur Tengah tegang, dipenuhi dengan komen-komen pro dan kontra terhadap kehadiran Britney seorang yang rosak akhlaq menjadi salah sorang penganut Islam. Pada pandangan Islam jika ianya benar apa salahnya, manusia yang lebih terok lagi pun tak ada masaalah jika mereka ikhlas untuk kembali kepada Islam.
Apa-apapun jika berita ini memang sahih Alhamdulillah, kita alu-alukan beliau, dan berharap Adnan akan dapat membimbing kearah seorang muslimat yang sejati. Khabarnya Britney akan mengikut Adnan ke Pakistan dan kemungkin akan tinggal bersama mertuanya di nagara itu. RJTV berusaha mendapatkan video-video berita ini dan disiarkan dalam salah satu slot terkini, sila layari http://worldtv.com/rjtv. Dalam video ini memaparkan peristiwa pengislaman Britney Spears dan sedikit interview dengannya, tetapi tak berapa jelas benarkah yang mengucap syahadah bersama beberapa remaja Amerika yang lain itu sebenarnya Britney Spears, pembaca mungkin lebih mengenali beliau dari saya. WalLau A'lam.
Sabtu, 26 April 2008
Appreciation to the responses from pasbangi readers
Thanks
Regards
PASBANGI
Soal akhlaq lagi - Saluran TV Singapura Didenda Kerana Promosikan Gaya Hidup Seksual
Oleh Zakaria Abdul WahabSINGAPURA, 25 April (Bernama)
Sebuah rangkaian televisyen milik kerajaan Singapura didenda S$15,000 oleh pihak berkuasa penyiaran negara kerana menyiarkan satu episod televisyen yang mempromosikan gaya hidup homoseksual.Penguasa Pembangunan Media Singapura (MDA) berkata episod itu disiarkan dalam program kediaman dan hiasan "Find and Design" pada 13 Jan.Dalam episod itu, hos rancangan membantu pasangan homoseksual mengubah bilik permainan mereka menjadi sebuah bilik tidur kanak-kanak untuk bayi angkat mereka, kata MDA menerusi satu kenyataan semalam.MDA berkata episod itu mengandungi beberapa babak yang menunjukkan pasangan homoseksual bersama bayi manakala pengacara pula mengucapkan tahniah dan mengiktiraf mereka sebagai sebuah unit keluarga melalui cara yang melazimkan gaya hidup homoseksual dan struktur keluarga yang luar biasa.Perkara itu melanggari Kod Program TV yang Bebas Disiarkan, yang melarang penyiaran program yang mempromosi, mewajar atau membayangkan gaya hidup homoseksual sebagai penuh dengan tarikan.MDA berkata pihaknya telahpun berunding dengan Jawatankuasa Penasihat bagi Program Berbahasa Inggeris (PACE) dan jawatankuasa itu turut berpendapat bahawa hubungan homoseksual tidak boleh dikemukakan sebagai sebuah unit keluarga yang boleh diterima.Memandangkan program itu ditayangkan pada pagi Ahad, PACE merasakan langkah itu tidak wajar memandangkan waktu siaran itu berada dalam lingkungan waktu tontonan sekeluarga, kata MDA.Bulan lepas, MDA mengenakan denda S$10,000 terhadap sebuah stesen televisyen berbayar tempatan kerana menayangkan sebuah iklan lagu yang memaparkan babak lesbian sedang bercumbu.-- BERNAMA
Masih lagi soal akhlaq
Berita Harian - Hishammuddin mohon maaf isu hunus keris
“Kalau realitinya begitu, saya bukanlah seorang yang angkuh dan bongkak sehingga tidak boleh menerima hakikat. “Ia satu pengajaran sedih tetapi jika hari ini politik memang sebegitu rupa, kita sebagai pemimpin mesti besar hati dan jiwa untuk sanggup meletakkan kedudukan BN lebih penting daripada segala-galanya. “Sebagai Ketua Pemuda, saya secara peribadi sanggup memikul tanggungjawab itu. Kalau ia menimbulkan keadaan yang memerlukan saya memilih antara diri dan parti, saya pilih parti kerana ia penting untuk kita wariskan kepada generasi akan datang,” katanya.
Perubahan sikap atau pembaikan akhlaq?




Jumaat, 25 April 2008
DS Anwar - Betapa mereka benar-benar gelabah

ANWAR IBRAHIM 24April 2008
Utusan Malaysia melaporkan pemilik beg berisi RM1.2j dicari Polis
PETALING JAYA 24 April 2008
Akhirnya Pembaharuan permit Makkal Osai diluluskan
Khamis, 24 April 2008
Majlis Perbandaran Kajang kurang perihatin
Catatan Cina Islam - Mesyuarat di Kuil Cina membawa seribu makna.
24 April 2008Malam tadi saya hadir dalam satu pertemuan dengan persatuan kuil Cina Parit Buntar di dalam bilik mesyuarat yang terletak di bahagian belakang kuil tersebut. Seawalnya sekitar jam 8.00 malam saya telah berada disana untuk membincangkn masalah satu tapak perkuburan yang sekian lama digunakan di Denisstown. Kehadiran saya bersama pembantu peribadi, En Tajuddin Hawari dan En. syamsul Md. Isa.
Ucapan awal saya dalam pertemuan itu, ialah saya rasa gembira kerana berada di dalam satu kuil di mana sebelum ini juga saya penah hadir ditempat sebegitu di Kelantan sehinggalah saya memeluk Islam 22 tahun yang lepas. Kalau dulu saya pergi ke kuil untuk sembahyang sebagai penganut Buddha tetapi sekarang saya berada di sini sebagai wakil rakyat untuk menyelesaikan masaalah kaum tionghua dan penganut Buddha.
Penjelasan juga saya berikan bahawa tidak timbul masalah perselisihan antara bangsa dan kaum kerana dalam keyakinan orang Islam asal manusia adalah dari satu keturunan Adam dan Hawa seperti yang dijelaskan di dalam Al Quran. Namun kerana kedudukan pertempatan dalam keadaan geografi dan iklim yang berbeza meraka berbeza warna kulit dan sebagainya.
Saya menjelaskan di negara China terdapat sekitar 100 juta penganut Islam dari 1.3 billion jumlah keseluruhan penduduk China. Kebanyakan di Wilayah Lanzhou, Xinjiang, Xian dan semua tempat yang kita sampai di negara China pasti kita akan bertemu dengan orang Islam.
Ditegaskan juga dalam ucapan saya bahawa di negara China terdapat 56 suku dan saya adalah dari dari suku "Han" yang kebanyakan mereka telah berhijrah keluar termasuk ke Tanah Melayu suatu masa dulu. Asal orang Han adalah bukan beragama Islam. Kalau yang beragama Islam adalah bersuku" Hui" dengan nama belakangnya ditambah "Ma" . Bermaksud umat Nabi Muhammad S.a.w.
Termasuk apa yang saya jelaskan berkaitan perlaksanaan hukuman sebat oleh Maharaja Shi Huang Ti pada tahun 216 M telah melaksanakan hukum sebat/rotan seperti yang disebutkan dalam ajaran Islam kepada pesalah. Jadi tida ada alasan kaum lain takut kepada ajaran Islam dan penganutnya.
Pada pertemuan tersebut saya memberi kenyataan resmi kepada dua orang wartawan akhbar Cina yang hadir mengenai masalah parking.
"Sebagai wakil rakyat yang berada di kawasan parking di bandar Parit Buntar, saya tetap menyedari masaalah parking adalah masaalah utama yang perlu diselesaikan dan berharap semua penduduk bersabar dan bertenang sebelum keputusan resmi berkaitan parking diselesaikan. Semua keputusan akan diambil apabila kita telah meneliti segala unsur yang berkaitan dengan peruntukan undang-undang, perjanjian dan bidang kuasa yang diberikan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya tegaskan semua keputusan yang akan diambil nanti sangat berkait rapat dengan dasar kerajaan Pakatan Rakyat iaitu "negeri berkebajikan". Saya yakin dengan kerjasana yang baik dari semua pihak akan dapat menyelesaikan masalah ini"
Diposting oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Dr Hamirdin respons - PTPTN Mengikut Syara'?
Bagi anda yang ada anak yang belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi, bantuan PTPTN rasanya perlu digunakan untuk menampung perbelanjaan pelajaran tersebut. Ini adalah kerana sistem biasiswa atau pun dermasiswa tidak lagi diwujudkan dalam banyak keadaan, dan seorang pelajar average akan memerlukan pinjaman ini untuk membiayai kos pelajarannya.
Baru-baru ini ada menteri yang membuat komen bagi menyoal samada PTPTN ini selari dengan syarak' atau pun tidak, kerana pelajar yang meminjam diperlukan membayar semula pinjaman tersebut dengan ditambah satu jumlah lagi lebih daripada jumlah yang dipinjam. Tambahan ini disebut sebagai service charge. Soal yang timbul adakah ini riba'?
Jawapan kepada soalan ini sepatutnya diberikan oleh Majlis Fatwa Negara, akan sebarang bentuk kekeliruan yang timbul dapat dipadamkan dengan muktamad. Sekiranya fatwa mengenainya dibuat, maka pelajar dan ibubapa tidak akan berasa waswas samada mereka dijerumuskan oleh kerajaan ke dalam kancah riba' disebabkan pinjaman ini.
Riba' secara asasnya ialah apabila kita meminjam sesuatu dan pinjaman tersebut dibayar dengan benda yang sama dan pada masa bayaran yang telah ditetapkan jumlah tambahan dikenakan terhadap pinjaman tersebut.
Walau apa terminologi yang digunakan pun, riba' akan tetap riba'. Adakah kita sanggup menjerumuskan generasi muda Islam ke dalam kancah ini disebabkan kita tidak menyediakan mekanisma pinjaman yang diselaraskan dengan syara'? Oleh itu pihak yang berautoriti paling tinggi dalam masalah hukum Islam perlulah tampil untuk menyelesaikan keresahan orang ramai.
Posted by Hamirdin b Ithnin
Tiada Unsur RIBA dalam PTPTN
Saat penentuan...?
KOTA KINABALU, 23 April (Bernama) -- Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah telahpun membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan hanya menunggu masa yang sesuai."Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Anggota-anggota Parlimen ini belumpun mengangkat sumpah di Parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di sini.Beliau mendakwa jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos)."Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.-- BERNAMA
Utusan malaysia - Ustaz Hashim Jasin fail petisyen batal keputusan
Hashim yang diwakili peguamnya, Zulmi Sabri memfailkan petisyennya pukul 3 petang ini yang diserahkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Badrul Munir Mohd. Hamdy.
Petisyen itu dikemukakan Hashim bagi meminta mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya umum lalu bagi kerusi DUN Sanglang yang diisytiharkan dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Abdullah Hassan.
Zulmi berkata, petisyen itu difailkan mengikut peruntukan undang-undang iaitu sebarang bantahan hanya boleh dibuat dalam bentuk petisyen iaitu dalam tempoh 21 hari selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diwartakan.
"Petisyen ini dikemukakan setelah Mahkamah Tinggi di sini menolak saman pemula yang dikemukakan Hashim awal bulan lalu. Butiran petisyen ini menyamai saman pemula yang dikemukakan anak guam saya sebelum ini.
"Sekarang kita hanya menunggu pihak mahkamah menetapkan tarikh prosiding seterusnya," katanya.
Dalam pilihan raya umum lepas, kerusi DUN Sanglang diisytiharkan dimenangi oleh Abdullah dari BN dengan majoriti 149 undi. Berdasarkan kiraan, Abdullah memperoleh 3,384 undi manakala Hashim memperoleh 3,235 undi.
Hashim yang merupakan calon Pas bagi kerusi DUN Sanglang sebelum ini mengemukakan saman pemula melalui dua peguamnya iaitu Zulmi dan Mohamed Hanipa di Mahkamah Tinggi di sini pada 17 Mac lalu.
Dalam saman itu, Hashim menamakan Abdullah, pegawai pengurusan pilihan raya bagi Parlimen Arau, Muhamad Daud Abdull Hamid dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan-defendan.
Hashim mendakwa, defendan kedua dan ketiga telah melakukan kesilapan kerana mengisytiharkan Abdullah memenangi kerusi DUN tersebut.
Plaintif mendakwa, keputusan itu bercanggah dengan fakta pada Borang 14 penyata kiraan undi yang menunjukkan beliau menang dengan majoriti 47 undi selepas mendapat 3,333 undi berbanding 3,286 yang diterima oleh Abdullah.
Hashim mendakwa selaku pemenang bagi kerusi tersebut, defendan ketiga perlu mewartakan bahawa keputusan pilihan raya umum lalu bagi DUN Sanglang dimenangi olehnya dan melantik beliau sebagai ADUN Sanglang.
Berita Harian - Bicara kes Rasul Melayu ditangguh 28 Mei ini
Katanya, Jais sudah menerima salinan waran tangkap dan usaha menahan Abdul Kahar dijalankan penguat kuasa Jais pada 5 Februari, 29 Februari, 3 Mac, 20 Mac dan 22 Mac lalu, tetapi gagal menemui Abdul Kahar. Beliau berkata, pendakwaan berpuas hati dengan laporan pegawai penguat kuasa Jais dan memohon mahkamah supaya mengeluarkan semula waran tangkap sehingga tertuduh dapat ditahan semula. Beliau juga memohon supaya tarikh perbicaraan yang baru ditetapkan.
Rabu, 23 April 2008
Malaysiakini dan Karpal - DAP desak PAS gugur negara Islam
Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat - PKR dan DAP."Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam."Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik Dr Dzulkifly sebagai berkata parti itu tetap dengan agendanya untuk menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia.Menurut Dr Dzulkifly lagi, partinya tidak membangkitkan isu negara Islam kerana ia bukan sebahagian daripada agenda Pakatan Rakyat.Beliau berkata, pihaknya akan memberi lebih banyak masa kepada pengundi untuk memahami parti tersebut.Minta nasihat Tun SallehMenurut Karpal lagi, kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin PAS tidak membantu menjayakan kepentingan Pakatan Rakyat.Beliau berkata, PAS tidak boleh melakukan dua perkara dalam satu masa."Saya ingin menasihatkan PAS bahawa parti itu mungkin perlu mendapatkan pandangan Tun Salleh Abas yang penah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan exco kerajaan nengeri Terengganu, mengenai isu negara Islam," tambahnya.Menurut Karpal lagi, pada 1988, Tun Salleh bersama panel lima orang hakim Mahkamah Agung, dalam satu penghakiman, telah mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, tetapi negara sekular yang mengamalkan undang-undang sekular."Juga tidak boleh dilupakan kenyataan Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular," kata Karpal, sambil menambah bahawa Perlembagaan Persekutuan sendiri mengandungi negara sekular sebagai salah satu struktur asasnya.'Henti buat kenyataan'Sehubungan itu, katanya, PAS perlu memberi jaminan bahawa pemimpinnya, termasuk menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menguar-uarkan lagi hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.Menurut peguam terkenal itu lagi, tidak memberi sebarang makna bagi PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa ia menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat dengan matlamat menubuhkan negara Islam."PAS sendiri tidak mampu memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminta Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam."PAS mesti bersikap praktikal dan berkerjasama ke arah memastikan Pakatan Rakyat menang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang," kata Karpal, sambil menambah parti Islam itu tidak seharusnya melakukan sesuatu yang prejudis kepada gabungan pembangkang serta boleh menjejaskan usaha memperkukuhkan Pakatan.Untuk itu, katanya, cara terbaik ialah pemimpin PAS berhenti membuat kenyataan terbuka tentang perkara tersebut.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang - PAS, PKR dan DAP - berjaya menawan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Kerajaan campuran di Kedah terdiri daripada PAS dan PKR. Di Pulau Pinang pula antara PKR dan DAP.
Manakala ketiga-tiga parti tersebut menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.
Berikutan itu, pada 1 April, pucuk pimpinan ketiga-tiga parti berkenaan sepakat untuk merujuk keempat-empat negeri tersebut sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Fenomena menakutkan


Kali ini saya ingin berbicara tentang aktiviti vendalisma terhadap prasarana awam yang saya rasa pada tahap yang amat serious. Terbaru sebuah menara TNB tumbang menyembah bumi dek kerana skrunya dibuka untuk mengambil tiang-tiang besi penyokong untuk dijual. Peristiwa ini bukan peristiwa kelakar bujang lapok, tetapi menggambarkan betapa teroknya akhlaq sebahagian rakyat Malaysia. Kes-kes mencuri prasarana dan vendalisma ini bukan baru sekali malah telah berulang-ulang, menyebabkan semua pihak berkenaan menanggung kerugian dan kesan yang serious. Bayangkan bila menara TNB tumbang, kesannya sudah pasti melibatkan institusi kewangan yang menjalankan transaction elektronik berjuta-juta RM, hospital, klinik yang mengoperasikan life support, pembedahan, yang melibatkan nyawa manusia, petrol-petrol station kehilangan hasil jualan, supermarket, pejabat-pejabat kerajaan dan banyak lagi.
Polis mendapati besi palang itu telah dicuri beberapa hari lalu mengakibatkan menara tersebut tumbang dan menjejaskan penghantaran bekalan elektrik ke hampir 90 peratus daerah di negeri ini.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, polis sedang mengesan individu yang mencuri besi itu dengan bantuan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).
“Kes ini adalah kes jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," kata Ahmad Sofi kepada pemberita selepas melawat tempat menara kabel itu tumbang di sini hari ini.
Menurut beliau, polis yang menerima laporan daripada SESB lewat malam tadi menggerakkan anggotanya melakukan siasatan menyeluruh termasuk mencari bukti di kedai-kedai membeli besi buruk.
Sementara itu, Pengarah Urusan SESB, Ir. Baharin Din melahirkan perasaan kesal dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
“Mereka mencuri 20 palang besi pada menara kabel itu yang harganya dianggarkan cuma RM40. Kerana hendakkan RM40, ia menjejaskan ekonomi negeri yang bernilai jutaan ringgit,” katanya
Selasa, 22 April 2008
Kah Choon sedia dikritik
PULAU PINANG 22 April – Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon berkata, beliau sedia menerima sebarang kritikan berikutan persetujuannya menerima pelantikan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi InvestPenang dalam kerajaan negeri yang diterajui DAP. Katanya, beliau menunggu tindakan daripada pucuk pimpinan Gerakan berhubung kedudukannya dalam parti selepas menerima tawaran memegang kedua-dua jawatan itu daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Kerja saya dalam InvestPenang tidak ada kaitan dengan politik dan tak semestinya saya dalam InvestPenang saya kena berundur daripada parti,” katanya kepada pemberita selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menemui beliau di pejabat InvestPenang di sini hari ini.
Ditanya kemungkinan beliau menyertai DAP pada masa akan datang, beliau berkata: “Politik sudah menjadi sejarah buat saya. Biarlah ia begitu.” Menurutnya, ketika ini tumpuan akan diberikan untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya dalam PDC dan InvestPenang.Kah Choon yang memulakan tugas barunya Jumaat lepas, melepaskan semua jawatan dalam Gerakan pada 31 Mac berikutan kekalahan teruk parti itu pada pilihan raya umum lalu. — BERNAMA.
7-perkara-jaminan-pakatan-rakyat-Perak
Berikut adalah 7 perkara dasar yang disepakati dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak untuk dilaksanakan dengan kadar segera seperti yang diucapkan oleh YB Nga Kor Ming di Himpunan Rakyat di Ipoh baru-baru ini Antaranya adalah:1. Memberi hak milik kekal selama 99.99 tahun kepada penduduk-penduduk di Kampong Tersusun dan Kampong Baru. Menurut YB Nga, ada dikalangan pemohonan itu dibuat semenjak tahun 1947 lagi dan terdapat juga pemohon yang meminta tanah tersebut telahpun meninggal dunia.2. Seluruh kompaun yang dikenakan sebelum pengangkatan sumpah Menteri Besar Perak oleh pihak Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah dilupuskan serta-merta.3. Mengecualikan kutipan cukai ke atas semua institusi-institusi pendidikan yang meliputi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Cina, Sekolah Kebangsaan Tamil dan sekolah persendirian dengan hanya perlu membayar RM 1.00 sahaja setahun.4. Semua Barisan Exco dikehendaki mengisytiharkan harta masing-masing dan pengisytiharan ini akan didedahkan kepada rakyat negeri Perak untuk dibuat perbandingan sebelum dan selepas.5. Menetapkan 30% kuota terbuka diperuntukkan kepada semua pihak baik dari Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik ataupun rakyat negeri Perak yang berkemampuan sebagai Ahli Majlis Bandaraya/Perbandaran/Daerah.6. Bersetuju menghapus gejala dan unsur-unsur nepostime dan krosnisme dengan mengadakan tender terbuka.7. Menghapuskan politik dan parti perkauman dengan menjadikan semua masalah kaum adalah masalah bersama. Beliau mengakhiri ucapan dengan harapan agar semua kaum Cina di Perak berdiri teguh bersama-sama dalam Pakatan RakyatDiposting oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
PAS: Filem tempatan hina Islam
Isnin, 21 April 2008
Jom ramai-ramai bantu ADUN Paroi
Isnin 28 April 2008 – Jam 5 petang
Di Pusat Khidmat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya , Senawang
Tetamu :
YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi YBhg Tn Hj Mohamad Sabu , Naib Presiden PAS Sdr Zulkefly Mohamed Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan & Aktivis Sosial Kupon RM 10 seorang untuk Dana Tabung Khidmat Masyarakat DUN Paroi. Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-2171942
Dr. Fauzi Deraman - Cabaran Umat Islam Masa Kini
PENGHASILAN BERAS NEGARA SEMASA KRISIS MAKANAN

Ada pihak yang mencadangkan agar penanaman padi di negara ini diusaha sebanyak lima kali dalam masa 2 tahun. Ini adalah satu cadangan yang baik, malah telah pun dilaksanakan dalam skim penanaman padi di kawasan Penanaman Muda di Kedah. Walau apa pun, semua pihak sekarang ini telah menyedarai bahawa industri tani yang menghasilkan makanan adalah satu industri yang sangat penting bagi penduduk dunia.
Bagi kita di Malaysia, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan industri penghasilan beras ini, namun negara kita masih lagi belum boleh mencapai tahap self sufficient dalam bidang ini. Dengan itu kita masih lagi mengimpot sebahagian daripada keperluan kita dari negara luar.
Soalanya mengapakah setelah sekian lama kita berusaha untuk mencapai status self sufficient dalam penghasilan beras ini masih lagi kita mampun mencapainya. Menteri yang menerajui kementerian yang bertanggung jawab silih berganti, namun kita masih lagi berada di tahap lama. ini jelas menunjukkan selama 50 tahun kita sebenarnya tidak mempunyai satu wawasan yang jelas mengenai dasar penghasilan sumber makanan yang penting ini.
Kita malu misalnya untuk mengakui bagaimanakah USA, sebuah negara yang bukan menjadikan beras sebagai makanan asas bagi rakyatnya boleh menjadi pengekspot beras yang penting di dunia, sedangkan negara kita yang memerlukan beras setiap hari, tidak mampu untuk mencapai keadaan tersebut.Dalam keadaan sekarang, disebabkan oleh pelbagai faktor, bahan asas makanan menjadi semakin mahal dan sukar didapati. Ini telah mula dirasai oleh beberapa negara di dunia. Apakah keadaan tidak mungkin merebak ke negara kita?
Padi HumaSalah satu daripada variety padi yang terdapat di negara kita ialah padi huma atau padi bukit. Padi dari jenis ini boleh ditanam lereng-lerang bukit dan tidak memerlukan tanah rata yang sentiasa diairi untuk membolehkannya hidup. Jenis padi ini telah lama diusahakan oleh masyarakat bumiputra di Sabah dan juga di Sarawak, juga turut disahakan oleh masyarakat Orangt Asli di Semenanjung Malaysia.
Sekiranya padi jenis ini ditanam secara komersial dan secara besar besaran, ia mampu untuk menambahkan lagi jumlah penghasilan yang keluarkan oleh negara. Sekiranya semua kawasan yang sekarang ini tidak diusahakan dengan apa-apa tanaman, iaitu kawasan belukar dan semak samun yang tidak mendatangkan sebarang hasil kepada negara ditukarkan kepada kawasan penanaman padi jenis ini, sudah tentu penghasilan beras negara boleh meningkat, dan dengan itu negara kita boleh berada di kedudukan yang paling bersedia untuk menghadapi masalah kenaikan haraga makanan dunia. Cuma adakah kita benar-benar mau membuat persedian untuk menghadapi masalah makanan yang semakin meruncing ini?
Posted by Hamirdin b Ithnin
Ahad, 20 April 2008
Dr Shafie, Rakyat Bangi dan kabinet Mini DUN Bangi
Laporan PASBangi3
Sabtu, 19 April 2008
WebTV
Blog PAS Bangi semakin meriah


Sultan Selangor gesa umat Islam bersatu selepas pilihanraya
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa umat Islam di Selangor supaya bersatu semula selepas berbeza pendapat dan pendirian semasa pilihan raya umum lepas.
"Negara kita baru melalui pilihan raya dalam keadaan aman dan damai. Pemimpin yang baru telah dipilih untuk mentadbir negeri Selangor. "Oleh itu umat Islam di negeri ini hendaklah melupakan segala perbezaan ideologi dan pegangan politik yang telah lalu, tetapi hendaklah samasama bersatu semula untuk kemajuan agama, bangsa dan negeri yang kita cintai ini," titah baginda semasa merasmikan Masjid Bukit Indah di Ampang dekat sini, hari ini.
Baginda bertitah amat penting bagi umat Islam menjauhi perpecahan yang disebabkan perbezaan pendapat kerana ia hanya akan merugikan bangsa dan agama. Sultan Sharafuddin turut mengingatkan jawatankuasa masjid supaya mengemaskini rekod zakat, wakaf dan perkuburan bagi melicinkan pentadbiran.
"Walaupun perkara ini diurus dengan baik oleh Majlis Agama Islam Selangor, maklumat-maklumat terkini perlu disalurkan kepada mereka demi melicinkan lagi sistem pentadbiran zakat dan wakaf di negeri Selangor. "Sesungguhnya kita mempunyai aset yang banyak dalam bentuk wakaf, malangnya perkara ini tidak didokumenkan menyebabkan sebahagian aset tersebut dalam bentuk tanah tidak dapat diurus. Ini banyak berlaku apabila orang yang mewakafkan hartanya hanya melafazkannya dalam bentuk lisan," titah baginda.
Baginda bertitah sistem maklumat ahli kariah perlu dikemaskini agar agihan zakat dapat disalurkan dengan cepat, telus dan saksama bagi mengelak daripada berlaku keciciran dan hak zakat dapat ditunaikan kepada mereka sebagaimana ditetapkan oleh syariat Islam. Masjid Bukit Indah yang bernilai RM6 juta dibina pada Oktober 2001 dan siap sepenuhnya pada April 2003. Satu ciri menarik masjid itu ialah ia mempunyai sistem pengumpulan air hujan bagi kegunaan masjid dan untuk siraman pokok di pekarangan masjid. BERNAMA
Anwar saman Ka Siong RM10j
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa, Ka Siong telah mengucapkan kata-kata fitnah dalam ceramah di Machap, Melaka pada 11 April tahun lalu sehingga menyebabkan penerbitan artikel di laman sesawang Malaysiakini.com bertajuk Parties at their last leg of campaigning. Anwar selaku plaintif mendakwa, artikel mengandungi kata-kata menyinggung itu merupakan fitnah terhadapnya yang membawa maksud negatif sama ada secara semulajadi atau kiasan (inuendo) terhadapnya.
''Tindakan defendan tersebut dibuat dengan niat jahat sama ada secara nyata atau tersirat," katanya. Fitnah tersebut, dakwa beliau, telah menyebabkan reputasinya terjejas teruk sama ada di dalam mahupun luar negara dan telah menjadi skandal umum, kebencian ramai serta penghinaan mengakibatkannya mengalami kemurungan, kebimbangan dan malu.
Beliau mendakwa telah menuntut defendan menarik balik, meminta maaf dan ganti rugi tetapi Ka Siong enggan melakukannya. Plaintif antara lain menuntut ganti rugi pampasan sebanyak RM10 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi bagi menghalang defendan, ejen, pekerja atau sesiapa pun melafaz, bercakap atau menerbitkan fitnah berkenaan
Jumaat, 18 April 2008
Dr Hamirdin - TUN SALLEH ABAS
Syukur Alhamdulillah Tun Salleh Abas dan kawan-kawan bekas hakim bersama beliau telah akhirnya diberi pengiktirafan bahawa tindakan yang dilakukan oleh regim Mahathir kepada mereka adalah salah. Hakim-hakim yang telah teraniaya tersebut walaupun tidak dibersihkan nama mereka melallui proses undang-undang, namum yang haq telah diberi kemenangan akhirnya.
Ini adalah salah satu daripada buah kemenangan yang rakyat cetak dan paksakan kepada pemerintah untuk mereka lakukan. Kalau sekiranya BN menang besar dalam PRU12 yang lepas, jangan harap perkara-perkara seperti ini boleh berlaku.
Ini juga akan menjadi tamparan politik yang hebat kepada Mahathir, yang sudah tentu tidak akan berdiam diri dalam keadaannya sekarang ditindih ke bawah. Ini dengan sendiri akan menyemarakkan lagi percakaran dalam parti tersebut.
Apa yang rakyat perlu disedarkan ialah apabila mereka berani membuat perubahan secara politik melalui pilihanraya, bukan sahaja kedudukan kerusi parlimen dan DUN berubah, tetapi kesejahteraan kita juga turut meningkat. Sekarang kerajaan Malaysia sanggup memberi subsidi minyak sebanyak 19 bilion ringgit. Boleh pula meningkatkan umur persaraan, yang dulunya digembar gemburkan kerajaan tak mampu bayar, tetapi bila telah diajar melalui pilihanraya, mampu pula bayar.
Sekiranya rakyat ingin keselesaan yang lebih tinggi lagi, perubahan politik yang lebih besar lagi perlu dilakukan. visit hamirdin.blogspot.com
Posted by Hamirdin b Ithnin at 8:29 PM 0 comments
Wednesday, April 16, 2008



