Kawan-kawan setia

Isnin, 30 Jun 2008

Prof Dr Hamirdin Kembali

Setelah sekian lama berehat selepas menunaikan Umrah Dr Hamirdin kini kembali menggegarkan dunia blogger dengan kupasan-kupasan ilmiah dan analisis politiknya. Selamat kembali Prof, semua peminat ternanti-nanti. Selama saya berkawan dengan Prof Dr Hj Hamirdin saya kagumi analisis yang beliau pentaskan dan sangat berharap beliau tidak akan berehat lama dari penulisan. Dan mulai minggu ini telah kelihatan tulisan beliau dalam "hamirdin.blogspot.com" yang telah dapat mengubat kerinduan peminat beliau.
Kupasan terkini Prof Hamirdin adalah mengenai kehangatan kes terbaru fitnah terhadap DS Anwar. Mungkin prof kena buat sikit kronologi, analogi dan analisis terhadap kes ini supaya lebih mantap dan menarik.

Ahad, 29 Jun 2008

Konspirasi kedua?1998, 2008: Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas

Laporan Malaysiakini Jun 29, 08 2:19am
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.
Tegakkan keadilan
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.Sebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya

Sabtu, 28 Jun 2008

Konsert Akhil Hai bersama Hijjaz dan Merpati putih





Bandar Baru Bangi 28 Jun 2008


Dewasa ini saban minggu warga Bangi di meriahkan oleh program-program anjuran berbagai pihak. Kompleks sukan MPKj Bandar baru Bangi telah dimakmurkan sebaiknya dengan program-program dakwah kepada segenap lapisan masyarakat. Menunjukkan kesyumulan Islam itu sendiri dengan penampilan berbagai cara dakwah termasuk melalui hiburan seperti ini. Ustaz Akhil haiyy memang terkenal sebagai penghibur dan pendakwah dengan lagu-lagu syahdu menusuk jiwa dan lawak spontan dan bersahaja. Kehadiran begitu ramai warga Bangi menunjukan betapa masyarakat menyokong setiap usaha dakwah dan penampilan hiburan sebagai satu method dakwah diterima.

Rabu, 25 Jun 2008

MStar: Harakah dibenar terbit semula 2 kali seminggu

PETALING JAYA24-06-2008 12:15:47 PM Oleh G. MANIMARAN
Harakah, organ terbitan PAS telah menerima kelulusan untuk diterbitkan dua kali seminggu. Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi Othaman ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya menerima surat kelulusan semalam, kira-kira tiga bulan selepas mengemukakan permohonan rasmi. "Ekoran keputusan pilihan raya umum ke-12, selepas lima negeri dikuasai Pakatan Rakyat, kami mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran diterbitkan semula dua kali eminggu. "Kelulusan ini memperlihatkan sikap matang dan terbuka (kerajaan) dalam soal penerbitan," katanya. Harakah telah dilarang daripada diterbitkan dua kali seminggu sejak Mac 2000. Kata beliau, pengurusan akhbar itu akan memutuskan dalam waktu terdekat bagi menentukan bila ia akan diterbitkan semula dua kali seminggu. "Banyak perkara perlu diambil kira termasuk soal pasaran walaupun tiada masalah besar dari segi tenaga kerja. Kemungkinan kami akan menetapkan ia dikeluarkan setiap minggu sebelum menerbitkan dua kali seminggu," katanya. Kini ia diterbitkan dua kali sebulan pada harga RM2.50 senaskhah setebal 80 halaman. Menurut beliau, Harakah mempunyai edaran 250,000 setiap edisi, yang meningkat hampir dua kali ganda selepas pilihan raya umum lalu

Isnin, 23 Jun 2008

CERAMAH PERDANA DI SEKSYEN 15 BANGI








Bandar Baru Bangi 22 Jun 2008


Kompleks Sukan MPKJ Seksyen 15 bergegar lagi dengan siri ceramah perdana Pakatan Rakyat. Kali ini merupakan ceramah 5 bintang yang julung-julung kalinya menampilkan presiden PAS sendiri yang digandingkan dengan penceramah yang dikenali hebat iaitu Ahli Parlimen Machang, Kelantan YB Saifuddin Nasution Ismail. Siapa tidak kenal Saifuddin Nasution yang merupakan pemidato handal, telah mengasak warga Bangi khususya supaya terus menyokong kerajaan Pakatan Rakyat yang terbukti membela golongan yang susah dan tertindas.

Ceramah yang dihadiri lebih dari 10,000 orang ini telah membuatkan laluan jalan persekitaran seksyen 15 sesak dengan kereta yang parkir dikiri dan kanan sehingga ke atas divider. Keadaan ini berlaku kerana tempat letak kereta kompleks telah diberikan kepada usahawan dan peniaga malam untuk memperdagangkan jualan mereka yang terdiri dari berbagai-bagai jualan. Suasana yang meriah begini mulai dirasakan oleh warga Bangi di mana sebelum ini suasana disini suram kecuali semasa diadakan pasar malam 2 kali seminggu di seksyen 16.

Dalam pada itu semasa membuat ucapan mengalu-alukan kehadiran Datuk Sri Presiden dan YB Saifuddin Nasution, YB Dr Shafie selaku tuan rumah merangkap wakil rakyat Bangi telah mengingatkan warga Bangi kepada perlunya kesedaran tentang kepentingan ilmu untuk menjamin kesejahteraan semua pihak. Kekurangan ilmu akan mengakibatkan banyaknya berlaku perkara-perkara yang diluar jangkaan insan yang normal. Sesuai dengan pelancaran Bangi Bandar Ilmu, beberapa aktiviti dan program akan menyusul termasuk megadakan sesi perbincangan ilmiah, mencari jejak ilmuwan, mengadakan pintu garbang Bangi Bandar Ilmu dan berbagai lagi.

Ahad, 22 Jun 2008

Bangi Bandar Ilmu







Bangi 22 Jun 2008


Bertempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (KUIS) Bangi, telah berlangsung majlis pelancaran BANGI BANDAR ILMU yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim dam majlis penutup disempurnakan oleh YB Dr Halimah Exco Kerajaan selangor. Dengan pelancaran itu akan menjadi tugas yang besar kepada ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar yang bertanggung jawab merealisasikan Bangi bandar Ilmu.

Sabtu, 21 Jun 2008

International: Israel ready to strike Iran

One of the long-running debates here in Jerusalem is whether or not the US and Israel are preparing the ground for a military strike on IranThere is vast disagreement here on this issue - and there are no easy answers. But wheels are in motion. As McClatchy reported last week, Israel has been laying the psychological foundations for a strike on Iran. Today, The New York Times reports that Israel has also begun training for a military strike on Iran. While this doesn't mean that an Israeli strike on Iran is imminent, it does show that Israel's warnings are not simply Pyhrric saber rattling. "It should not surprise anyone that we are training and preparing operationally for this, and it should not in any way be interpreted as we're going to strike Iran," Israeli analyst Yossi Alpher of Bitterlemons told me this morning. Maybe not. But plans are cleary being fine-tuned. What remains to be seen is what impact these actions will have on the diplomatic moves to contain Iran's nuclear ambitions. The Israeli threats and military training may all be part of an effort to compel Europe, the US and the IAEA to treat the Iranian nuclear issue with more urgency. Some see the Israeli actions as an attempt to put pressure on the Bush administration to take more decisive action.
There's little doubt that there are folks in the Bush administration who are open to the idea of hitting Iran. "There is a real possibility that Bush will end his woeful second and final term with a bang, not a whimper," commentator Ari Shavit recently wrote in Haaretz. Vice President Dick Cheney came in March to confer with both Israeli PM Ehud Olmert. Even in leak-loving Israel, no Israeli officials were willing to tell reporters what Cheney came to talk about. At the time, White House officials denied that the vice president was traveling around to discuss a military strike on Iran. heney's talks were followed by Bush's second visit to Israel where the US president suggested that Iranian President Mahmoud Ahmadinejad was a modern day Hitler who had to be stopped at all costs. here have been a variety of unverified reports that the Americans and Israelis discussed the possibility of a strike during Bush's visit - an allegation swiftly and firmly rejected by the White House.
But the rumors continue to swirl. One rumor is that Bush told a GOP lawmaker on his Israel trip: "Even if it is my last day in the White House, I will order an attack on Iran." s my colleague Jonathan Landay noted in a recent piece in The Boston Phoenix about media coverage of this issue, the rumbling may be part of an elaborate psy-ops campaign meant to intimidate Iran and force them to submit to international pressure to curtain its nuclear program. If they want to turn up the volume, you end up helping them,” Landay says in the piece. “You have to be really careful. This is exactly what happened with the invasion of Iraq.” o how could it play out? One possibility would be a military strike after the November election so that it doesn't impact the vote. In some ways if the US were to attack, it doesn't matter who the next president is: If Obama wins, Bush could argue during the transition that he needed to act to stop the Iranian threat. It will be controversial, but Bush has shown that public polls don't sway his Middle East policies. If McCain wins, a post-election military strike by the outgoing Bush administration would allow McCain to try and distance himself from the attack. If the US isn't willing to launch a strike on its own, then Israel would almost certainly be willing to take the lead - so long as the US ensures that it will do all it can to protect Israel in the certain counter-strike.
Reported Nissenbaum

International: Muslim music for modern times

A spiritual hip-hop rejects misogyny and violence, but also traditionalism, writes Saeed Saeed.
DEXTEROUS RAPPING, DJ cuts, beat boxing and thumping instrumental tracks - these are not the elements normally associated with Islamic music. But for the Brothahood, Australia's renowned Muslim hip-hop group, their gritty sonic landscapes represent a growing global music movement.
Muslim hip-hop - notably from America's Native Deen and Britain's Mecca2Medina - is giving voice to a new generation of Muslim youth turned off by gangster rap's celebration of misogyny and the conservativeness of traditional Islamic devotional songs called "nasheed". Like all good hip-hop, its "halal" version is topical and confronting.This is to the dismay of Muslim scholars and hardliners who brand the style of groups such as the Brothahood a pop-ification of Islam's nasheed tradition; a genre in which spiritual songs are sung in Arabic a cappella or accompanied by a solitary frame drum.
Melbourne's the Brothahood is weary of the ideological gripes surrounding their craft. But for 24-year-old MC, Jehad Debab, the claim the Brothahood - whose members come from Lebanese, Egyptian, Turkish and Burmese backgrounds - is another symbol of Western corruption is disingenuous. Indeed, he proudly agrees he is a product of the West. "I was born and raised here in Australia," he says. "I don't listen to Arabic songs and I don't speak the language that much. I grew up as a Muslim listening to hip-hop."
However, this is where Jehad's spiritual beliefs come to the fore. "The problem I had was that I couldn't relate to a lot of the hip-hop out today with all this rapping of violence, girls and drugs. So I started writing about who I was and what I feel as a Muslim and Australian."The results are socially conscious tracks such as The Silent Truth, in which Jehad Debab and fellow Brothahood members Moustapha Debab (Jehad's brother), Ahmed Ahmed, Hesham Habibullah and Timur Bardan describe everyday life in Australia post-September 11 and Cronulla: From beer I refrain / Prayers I maintain/ Can't get on a plane without copping all the blame/ People can't ya see that we are all the same? / Children of Adam but playing the blame game. Jehad believes the Brothahood's ultra-Western medium of hip-hop could act as the catalyst to overcome misunderstanding and ignorance surrounding Islam. "We basically try to break down stereotypes and barriers that we face as Muslims in Australia.

"There is a huge gap between Muslims and everyone else. Muslims stick to each other and non-Muslims are scared of us because of what they see and read in the media.
"We hope that our music bridges the gap so that non-Muslims aren't so scared of us and can see us as regular people." South African artist Zain Bhikha has taken a very different approach to the Brothahood's post-modern take on nasheeds.
The pioneering Bhikha, 32, is one of the first notable nasheed artists to sing in English. His staunchly traditional songs all consist of vocals and minimal percussion. Such restrictions could produce derivative results but Bhikha is a master of the form. His soul-stirring hymns are built upon dynamic vocal arrangements and carried by his signature crystalline vocals. His deep meditations on peace, innocence and enlightenment have crossed the religious divide into the mainstream with recent performances in London's Royal Albert Hall and collaborations with Yusuf Islam, the artist formerly known as Cat Stevens.
Bhikha says the secret to performing nasheeds does not lie in vocal virtuosity. As in all spiritual pursuits, it's the intention that counts. "I've been lucky enough to keep my day job so that I could perform purely for the love of it. That has made it easy for it to come from the heart," he says.
"Many performances of youngsters in the industry today sing with beauty, but lack inspiration. It is hard to inspire others if you yourself are not by the words you are singing."
Sounds of Light is at the Vodafone Arena tonight. Proceeds of the concert go to Human Appeal International. Ticketek 132849.
http://www.soundsoflight.com.au/

Jumaat, 20 Jun 2008

Roslan Aziz Memohon Maaf

Assalamualaikum...Terlebih dahulu inzinkan saya meminta maaf atas kertelanjuran kata2 saya didalam malaysia kini tempoh hari. Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan2 saudara Jimadie tetapi sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam. Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak2 saya..saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina.Saya TIDAK sama sekali berniat untuk menghina jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara. Walaubagaimanapun ia tidak sepatutnya berlaku dan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.. bapa.. suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan KeredhaanNYA...saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khusus nya ahli2 PAS atas perlakuan saya itu. Saya berharap dan berdoa agar saya dimaafkan...Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Saya berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. dan dipelihara olehNYA.Selawat kepada nabi kesayangan kita Rasul ALLAH Nabi Muhammad S.A.W. dan Keluarga baginda A.S.

IKHLAS

Roslan Aziz@ Kampong Datok Keramat

Khamis, 19 Jun 2008

Masih mempertahankan Islam Hadhari walaupun sudah ditolak umat Islam?

Fahami dahulu pelaksanaan Hadhari (Tok guru Hj Hadi dah menjelaskan Hadharah Islamiah bukannya Islam Hadhari, ini kes rasa terlebih ulamak)
KOTA BHARU – Pas hanya sebuah parti politik dan Islam pula adalah agama yang suci, kata Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mad Alwi Che Ahmad. Mad Alwi berkata, untuk Pas mengatakan bahawa Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas itu tidak betul. “Kertas kerja untuk pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari dibuat oleh beberapa Mufti dan timbalan Mufti termasuk Kelantan. “Pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ia umpama contoh perubatan moden dan tradisional,” jelasnya ketika ditemui di Pusat Pembangunan Mukim Kok Lanas dekat sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap pandangan beliau mengenai Islam Hadhari. Nik Aziz dalam kenyataannya berkata, Islam Hadhari adalah sesuatu yang karut dan UMNO sepatutnya tidak mewujudkan Islam Hadhari, sebaliknya perlu mengikuti langkah yang telah dilaksanakan oleh Pas di negeri ini. Menurut Mad Alwi, Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak memahami dan tidak cuba memahami perlaksanaan Islam Hadhari. “Pas bukan Islam dan Islam bukan Pas. Islam agama yang diwahyukan manakala Pas pula ialah sebuah parti politik yang didaftarkan pada tahun 1951. “Islam Hadhari bukanlah satu ajaran, tetapi ia merupakan satu kaedah dan pelaksanaan. Sekiranya mufti mengatakan ia adalah satu pendekatan dan mampu menerimanya mengapa orang politik pula menafikannya,” katanya. Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep Islam Hadhari empat tahun lalu yang menekankan pendekatan ajaran Islam bagi mengeluarkan ummah daripada kemunduran. Islam Hadhari diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas beliau menerajui pucuk pimpinan negara. Islam Hadhari dilancarkan pada Pilihan Raya Umum Ke-11 dalam melaksanakan pendekatan Islam secara menyeluruh

Soal hukum agama boleh guna fikiran?, anih

Bercakap biarlah guna buah fikiran”-Mas Idayu
JIKA sebelum ini artis yang terkenal dengan jolokan Superman Malaysia, Faizal Tahir pernah dilarang daripada mengadakan persembahan di Perlis, kali ini giliran Ratu Rock, Ella dan Ratu Dangdut, Mas Idayu pula yang menerima nasib yang sama apabila mereka dihalang membuat persembahan di kejohanan bola sepak Piala Sultan Selangor sempena 100 hari Pakatan Rakyat di Stadium Shah Alam, Selangor yang akan berlangsung pada 6 Julai 2008 ini. Pembatalan konsert tersebut pastinya mengejut ramai pihak, sementelah lagi persembahan hiburan dalam setiap majlis adalah perkara biasa dan sudah menjadi satu kelaziman di negara ini. Malah tidak mustahil tempiasnya pasti dirasai oleh artis tempatan yang lain. Mas Idayu yang dihubungi semalam meluahkan rasa terkejut dengan berita tersebut kerana dia sendiri tidak tahu-menahu tentang konsert anjuran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang melibatkan dirinya itu. "Saya tak tahu tentang konsert itu kerana saya tak pernah dimaklumkan oleh pengurus saya. Soal saya tak dibenarkan mengadakan konsert itu, saya tak nak komen apa-apa sehinggalah pihak penganjur memberi maklum balas tentang perkara ini terlebih dahulu. "Tetapi saya ada berbincang dengan pengurus saya yang dia akan selesaikan masalah ini dengan pihak penganjur. Apa yang saya tahu, sehingga kini nama saya masih belum ‘confirm’ dalam konsert ini. Pada saya, siapa yang timbulkan isu ini dialah yang kena bertanggungjawab dan saya tak boleh nak beri komen lebih-lebih," katanya. Pun begitu penyanyi yang popular dengan lagu ‘Cinta seratus persen’ turut meluahkan rasa kecewa dengan bantahan yang dilakukan oleh Dewan Pemuda Pas Selangor yang mendesak kerajaan negeri agar membatalkan konsert tersebut dengan alasan ianya satu pembaziran dan akan mengundang gejala sosial serta risiko moral. "Pada saya setiap persembahan, baik dangdut, rock, jazz atau apa sahaja jenis muzik tidak ada kena-mengena dengan gejala sosial. Pokok pangkalnya ia berpunca dari diri individu itu sendiri. Kalau setiap persembahan atau konsert disekat, apakah pihak itu mampu menghentikan semua gejala sosial yang ada? "Saya kecewa bagaimana sesetengah pihak boleh meletakkan anggapan seperti ini terhadap artis seperti kami sedangkan kami tidak pernah menggalakkan orang buat maksiat, hisap dadah atau gejala sosial yang lain. Sedar atau tidak, sebenarnya kami artis-artis inilah sering membantu kerajaan berkempen, mengajak belia benci dadah serta membantu orang ramai yang dalam kesusahan. "Saya harap pihak yang mahu bercakap itu, gunalah buah fikiran terlebih dahulu dan jangan bercakap sesuka hati kerana ia seolah-olah merendahkan imej kami. Ada atau tidak persembahan itu, gejala sosial tetap akan berlaku jika tidak ada kesedaran dalam diri individu itu sendiri," jelas Mas Idayu yang telah berkecimpung dalam industri seni suara hampir 15 tahun. Mas Idayu juga menolak dakwaan yang konsert tersebut kononnya mengundang satu pembaziran kerana baginya, apa sahaja yang dilakukan oleh masyarakat pastinya sedikit sebanyak akan menjana ekonomi negara. "Saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan pembaziran itu. Pada saya, konsert itu ada atau tidak, orang akan tetap teruskan aktiviti harian mereka. Kalau ada pun konsert itu, saya percaya yang ekonomi negara tidak akan terjejas pun, lagipun bukannya kami dapat bayaran berjuta-juta pun untuk setiap persembahan," katanya. Biarpun kecewa dengan isu tersebut, bintang dangdut ini percaya dengan rezeki yang ditetapkan Tuhan untuknya. Namun dia berharap agar segala tanggapan negatif terhadap artis sepertinya dapat disingkirkan. "Saya percaya orang ramai boleh berfikir yang mana betul dan yang mana salah. Sepanjang saya berkecimpung dalam industri ini saya tak pernah terlibat dengan kontroversi yang buruk. Jadi tidak adil sekiranya saya diheret dalam situasi ini," jelasnya. Sementara itu, Ratu Rock negara, Ella, gagal dihubungi bagi mendapatkan kenyataan balasnya tentang perkara tersebut

Ella dan Mas Idayu boleh buat persembahan

18-06-2008 07:10:44 PM
SHAH ALAM: Persembahan yang melibatkan dua artis iaitu ratu rock Ella dan penyanyi dangdut Mas Idayu sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor tetap diteruskan dengan jaminan bahawa kedua-dua artis itu akan menampilkan persembahan serta pakaian yang sopan. Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Abdul Karim Munisar berkata kedua-dua artis berkenaan akan membuat penampilan yang bersesuaian dan persembahan yang menjaga sensitiviti semua pihak. KDEB ialah penganjur kejohanan tahunan tersebut. "Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah di dalam akhbar, Rabu dan kenyataan baginda jelas berhubung isu berkenaan. Perlawanan akan berjalan seperti dirancangkan begitu juga persembahan artis yang terbabit," katanya pada sidang akhbar, di sini, Rabu.
Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa baginda akan membatalkan perlawanan tersebut antara Selangor dengan Singapura, sekiranya Pemuda Pas Selangor terus membantah persembahan keduadua artis berkenaan pada kejohanan itu. Dewan Pemuda Pas Selangor pada Isnin lepas menghantar memorandum kepada pejabat Menteri Besar Selangor bagi membantah rancangan untuk membawa Ella dan Mas Idayu membuat persembahan di perlawanan tersebut pada 6 Julai ini.
Mereka berkata persembahan kedua-dua penyanyi itu tidak sesuai kerana ramai golongan belia yang akan menyaksikannya. Mereka mengancam akan membuat tunjuk perasaan di Stadium Shah Alam, venue perlawanan berkenaan, sekiranya Ella dan Mas Idayu dibenarkan membuat persembahan. Sultan Sharafuddin sebaliknya menyifatkan bantahan itu sebagai bersifat hipokrit dan remeh. Semalam baginda bertitah, kedua-dua penyanyi itu dipilih kerana mereka merupakan penghibur yang baik dan mampu menghiburkan orang ramai sebelum perlawanan bermula. Penyanyi lain yang akan membuat persembahan ialah David Arumugam dari kumpulan Alleycats. Abdul Karim berkata sehingga hari ini, sebanyak 30,000 keping tiket telah dijual dan dijangkakan kira-kira 70,000 penonton akan membanjiri Stadium Shah Alam. Selain pasukan pilihan, yang akan turut beraksi ialah pasukan veteran Selangor dan Singapura. Beliau berkata tiket perlawanan berharga RM5 boleh didapati di beberapa lokasi seperti Hotel Quality Shah Alam, Hotel Quality Kuala Lumpur, Hotel Concorde Shah Alam dan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur atau boleh dibeli pada hari perlawanan di kaunter stadium.
Terdahulu Abdul Karim menyampaikan 10,000 keping tiket perlawanan percuma kepada semua sekolah di Selangor bagi memberi peluang kepada para pelajar yang terpilih untuk menonton perlawanan edisi ketujuh itu. Piala Sultan Selangor diilhamkan oleh Sultan Sharafuddin bagi mengeratkan hubungan antara Selangor dan Singapura melalui bola sepak. Perlawanan bola sepak antara kedua-dua pihak bermula sejak sebelum Perang Dunia Kedua. BERNAMA

Rabu, 18 Jun 2008

Mana lebih baik, Memberi solution atau membantah: Roslan Aziz- Bantah konsert 'ego orang agama'?

Jimadie Shah Othman Malaysiakini melaporkan Jun 17, 08 4:59pm
Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella(menafikan kontrovesi skandal seks diatas kapal mewah) dan Mas Idayu (Terkenal dengan gelek maut, lucah yang mengairahkan penonton) sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik."Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini. Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam. Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.Menurut Roslan (foto), bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik."Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik. "Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul. "Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri."Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa."Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.Dihubungi Malaysiakini berhubung memorandum Pemuda PAS itu, setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata menteri besar sedang menelitinya. Tindakan selanjutnya bergantung kepada menteri besar, tambahnya lagi.Menurut Harakahdaily.net, ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum itu kepada Nik Nazmi semalam, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS.""Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella (foto). Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.Gaya hidup mewahSelain mendakwa konsert anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd itu sebagai "pembaziran dan gaya hidup mewah", Sallehen berkata ia "mengundang imej tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari" menguasai Selangor.Roslan menggesa seniman mencari alternatif untuk mengetengahkan idea mereka dan tidak tunduk kepada bantahan sebegini."Jangan tunduk. Jika tunduk, kita seolah-olah akui kita salah. "Kalau saya, waktu mula-mula masuk dulu, saya nak ketengahkan muzik Melayu ke seluruh dunia. "Saya akan buat. Tak apa, saya tak hairan kalau tak boleh pergi Kelantan. Saya cari jalan lain," tambahnya, yang mulai dikenali meluas selepas kejayaan album Sheila Majid dan Zainal Abidin pada akhir 1980-an.Seniman beragama Islam, tambahnya, tidak pernah berniat melawan nilai-nilai Islam. Mengulas larangan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap penyanyi Faizal Tahir, Roslan berkata: "Kalau nak ikut betul-betul, berapa ramai ahli parlimen tidak boleh masuk Perlis. Tengoklah perangai mereka dalam parlimen macam mana. Itu lebih teruk daripada Faizal Tahir."Kumpulan rock terkenal Nitrus pula berkata Pemuda PAS berhak membantah tetapi tidak boleh mengetepikan hak orang lain."Dia ada hak beri pandangan mereka. Pihak yang lain juga ada hak. Yang perlu dibuat adalah diskusi, mesyuarat. Soal aurat, suara perempuan itu tidak terperinci (dijelaskan). (Bantahan) itu sesuatu yang kritikal. Ramai orang Islam yang cari makan dengan muzik, macam kami. "Perkembangan budaya juga penting untuk pembangunan masyarakat. Diskusi patut melibatkan ahli akademik dan orang industri sendiri. Bincang, kemudian umumkan," kata vokalis kumpulan bebas itu Syed Helmy Syed Hood. Bercanggah dengan manifestoDitanya sama ada mereka bersetuju dengan alasan moral dan pembaziran yang diberikan Pemuda PAS, Syed berkata:"Kurang setuju. Tuduhan itu kurang konkrit, macam cakap tak ada dalil, tak ada alasan (terperinci). Kalau kata tak setuju, nyatakan batasan, garis panduan yang jelas."Budaya seni tidak boleh dipanjang remeh. Ia adalah sebahagian daripada kita," tambahnya.Sementara itu, penggiat muzik dan pelukis Mazir Ibrahim pula berkata, bantahan Pemuda PAS itu tidak wajar. "Kerajaan baru harus utamakan pembangunan masyarakat, bukan politik semata-mata. Takkan kerajaan baru kerjanya hanya mengharamkan. (Mereka) mesti sediakan (ruang) untuk semua. Bukan hal-hal yang dia suka saja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.Tambahnya, hujah Pemuda PAS bahawa konsert itu akan "mengundang risiko moral yang tinggi" sebagai tidak relevan."Hujah yang dikemukakan mereka tidak relevan sama sekali. Tujuannya satu, untuk 'menghijaukan' (melebarkan pengaruh PAS di) Selangor sebab bertolak daripada premis politik. "Tidak ada konsert, di Kelantan ada juga anak luar nikah. Ini soal pembangunan budaya. Ini juga tentang cari makan. Konsert kalau tidak benarkan, mesti beri alternatif lain," tambahnya, yang juga koordinator Music Forum.Aktivis politik Amin Iskandar berkata tindakan Pemuda PAS Selangor itu sebagai "menipu" rakyat kerana bercanggah dengan manifesto parti itu dalam pilihanraya umum lalu."Tindakan ini tidak demokratik. Kenapa tidak tulis dalam manifesto dulu? Tindakan ini menipu rakyat. Kalau dulu tulis, itu OK. Dia kena sedar, Pakatan menang, termasuk PAS, dalam kawasan berkomposisi pelbagai kaum. Jadi tuntutan itu tidak sesuai dengan aspirasi Pakatan. "Yang memenangkan mereka dulu bukan (penyokong) PAS saja, tetapi semua pihak. Jangan lupa pada Cina yang buka bilik gerakan untuk mereka dan India yang bertakbir selepas ceramah PAS dulu," katanya.Tindakan Pemuda PAS ini hanya menunjukkan parti itu tidak bersedia memerintah Malaysia, tambahnya.
(Penulis sahaja)
1) PAS kena mempertahankan syariat walaupun dibenci, ambil iktibar kisah Lokman tentang naik Kaldai.
2) PAS kena berjiwa besar sebagai pemimpin, melayani semua golongan dengan hikmah.
3)PAS mesti ada solution bukan sekadar membantah, bagi menunjukkan keikhlasan kita terhadap rakyat semua golongan termasuk golongan artis. Sampai bila PAS mesti bermusuhan dengan golongan ini. Talent seseorang artis anugerah Allah, dekati dan pandu mereka ikut syariat. Mereka manusia muslim seperti ita juga.

Isnin, 16 Jun 2008

Gula-gula kenaikan petrol




Tanggal 14 Jun para pemilik kenderaan telah bersesak-sesak mendapatkan gula-gula di setiap pejabat pos diseluruh malaysia. Gula-gula ribit yang dijanjikan dibayar lebih awal bagi menunjukkan kerajaan sangat serious membantu rakyat yang menderita ekoran kenaikan minyak. Untuk sementara waktu rakyat yang begitu gembira mendapatkan habuan masing-masing akan melupai siksa dan lara yang mencengkam kehidupan harian yang disebabkan oleh kenaikan petrol dan diesel seperti doktor menyuntik ubat tahan sakit. Berapa lama RM625 akan bertahan?, setahun seperti cukai jalan? atau akan habis langsai sebaik sahaja singgah dimana-mana haipermarket yang sedia mengunggu untuk menelan dengan lahap habuan yang diterima sebentar tadi. Dengan kadar inflasi yang meningkat sehingga 5%, rakyat akan berterusan terbeban dengan berbagai masaalah kehidupan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan dan persekolahan baru 2009. Apa-apa pun terima kasih kepada kerajaan yang sudi menghulur bantuan kepada kami rakyat jelata ini tetapi seperti yang saya sebut tadi RM625 hanya boleh boleh dipegang selama setengah jam bila singgah di pejabat TNB dan saya serahkan pula kepada TNB untuk melangsaikan hutang tertunggak.

Ahad, 15 Jun 2008

Nasihat pakar tentang Alat penjimat minyak: Pengguna dinasihat kaji sebelum guna

Petikan mStar 14-06-2008 03:34:27 PM
KUALA LUMPUR: Pengguna dinasihat lebih peka dan bijak ketika mahu membeli alat yang didakwa mampu menjimatkan petrol bagi mengelak daripada tertipu dan rugi kerana membeli produk yang tidak berkesan. Pengarah Pusat Pembangunan Automotif Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir. Dr .Azhar Abdul Aziz berkata ini kerana setakat ini kebanyakan alat penjimat petrol yang berada di pasaran tidak menunjukkan penjimatan yang ketara, selain memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendapat pulangan pelaburan. "Selaku pengguna mereka patut bertanya pada penjual berhubung bukti saintifik dan kesahihan sesuatu dakwaan sebelum membeli peralatan dan bahan kimia ini. Bukti saintifik yang saya maksudkan ialah carta gayalaku (prestasi) yang menunjukkan kelebihan pemasangan alat dengan keadaan tanpa alat itu dipasang," katanya. Tambahnya, penjual kadangkala menunjukkan data yang dikumpul di luar negara dan ini tidak sama keadaannya dengan kegunaan di negara tropika seperti Malaysia.
Sepatutnya mereka yang menjual alat sedemikian lebih bertanggungjawab dengan melakukan beberapa siri ujian prestasi alat mereka dalam suasana penggunaan di Malaysia dan ujian itu pula semestinya dalam satu julat waktu yang lama, katanya. "Pendek kata pengguna harus lebih bijak dalam mengajukan soalan yang bersifat prestasi dan kelasakan sebelum berpuas hati dan terpikat dengan peralatan ini. Mereka perlu menekankan kepada jaminan di samping perkara pokok tadi. Jika boleh pengguna perlu diberi masa untuk menilai prestasi alat yang mereka beli sebelum komited dengan barangan ini," katanya.
Mengakui sejak mengkaji dan menguji peralatan dan bahan kimia yang disifatkan mampu menjimatkan bahan api kenderaan, lima tahun kebelakangan ini, beliau telah menemui pelbagai alat penjimat minyak yang ada di pasaran kini. Bagaimanapun katanya kebanyakannya hanya boleh menjimatkan bahan api bagi enjin yang tertentu, pada julat halaju tertentu enjin dan kadar penjimatannya adalah tidak tinggi, iaitu dalam lingkungan antara tiga dan lima peratus sahaja.
Antara produk tersebut termasuk dalam bentuk magnet yang dikatakan boleh mengubah struktur molekul bahan api untuk pembakaran yang lengkap, ada yang dipasang pada bahagian "air intake" enjin yang dikatakan boleh meningkatkan kecekapan pembakaran udara bahan api dan ada yang dipasang pada sistem penyalaan enjin yang boleh meningkatkan keamatan arka pada palam pencucuh enjin, katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kajian, hanya sebahagian kecil alat penjimat minyak yang berada di pasaran menyakinkannya dalam erti kata baloi berbelanja, antara lain bermaksud melebihi penjimatan lima peratus dalam semua keadaan operasi enjin. Justeru nasihatnya, pengguna hanya digalak membeli alat penjimat minyak yang benar-benar telah menjalani ujian bukti secara saintifik (yang dibuat oleh organisasi piawaian seperti SIRIM, SISIR dan sebagainya) dan diuji secara "exhaustive" dalam suasana atau persekitaran di Malaysia.
Dalam masa sama beliau turut mengingatkan pengguna bahawa peralatan berkenaan mempunyai jangka hayat yang tertentu, selain penggunaannya juga tidak dijamin pembuat enjin disebabkan ia bukannya produk OEM (produk peralatan tulen pengeluar). Dalam pada itu, Dr Azhar turut memberikan beberapa tip berguna mengenai cara lebih mudah, murah dan efektif untuk meminimumkan penggunaan petrol, termasuk mencadangkan amalan pemanduan yang baik seperti tidak memandu secara agresif dan melampaui 110 km per jam bersamaan halaju enjin.

Rebat: RM116 juta dibayar pada hari pertama

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan ROHANI IBRAHIM dari Utusan Malaysia melaporkan
KUALA LUMPUR 14 Jun – Beribu-ribu pemilik kenderaan persendirian menyerbu 683 buah pejabat pos seluruh negara sejak awal pagi hari ini bagi menuntut bayaran rebat tunai subsidi petrol dan diesel. Setakat pukul 5 petang ini iaitu hari pertama ia diagihkan, sejumlah RM116.7 juta tuntutan rebat tunai telah dibayar kepada 239,414 pemilik kenderaan di semua pejabat pos. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, urusan pembayaran rebat di seluruh negara berjalan lancar dan terkawal sebaik sahaja pejabat pos dibuka mulai pukul 8.30 pagi hingga ditutup pada 5 petang. Beliau berkata, walaupun terdapat sedikit gangguan di beberapa pejabat pos, masalah berkenaan dapat diatasi dalam masa beberapa minit. “Sehingga pukul 10.30 pagi sebanyak RM24.1 juta sudah dibayar kepada pemilik 47,774 kenderaan di kesemua pejabat pos di seluruh negara,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses tuntutan pembayaran rebat subsidi petrol dan diesel di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi di sini hari ini. Shaziman berkata, bagi pejabat pos yang kehabisan wang tunai, para pengguna akan diberikan kiriman wang.
Mengulas mengenai beberapa perkara yang dibangkitkan oleh pengguna, beliau menjelaskan pembayaran rebat subsidi petrol merupakan satu perkara baru dan akan dikaji bagi memperbaiki sebarang kelemahan. ‘‘Unit Perancang Ekonomi akan membuat kajian bagi memperbaiki sistem ini pada masa akan datang,’’ katanya. Beliau turut menasihati kira-kira 1.7 juta orang yang memperbaharui lesen antara 1 April 2008 hingga 31 Mei 2008 supaya tidak terburu-buru untuk menuntut rebat subsidi petrol yang dibayar mulai hari ini. Menurutnya, pemilik kenderaan berkenaan boleh mendapatkan rebat subsidi petrol dan diesel masing-masing sehingga 31 Mac 2009. “Usahlah terburu-buru. Lebih-lebih lagi kalau melihat barisan orang ramai beratur terlalu panjang di pejabat pos, mereka masih boleh datang hari lain,’’ katanya.
Katanya, fasa pertama tuntutan rebat subsidi petrol dan diesel melibatkan 1.7 juta kenderaan dengan pembayaran berjumlah RM800 juta. Shaziman menambah, pengguna kenderaan yang menggunakan gas asli untuk kenderaan (NGV) tidak boleh membuat tuntutan rebat kerana harga NGV tidak naik seperti harga petrol dan diesel baru-baru ini. Katanya, mereka yang memiliki kad pengenalan sementara pula perlulah membawa laporan polis bagi mendapatkan pembayaran tersebut.
Sementara itu, Pos Malaysia Berhad dalam kenyataannya berkata, setiap urusan hanya memakan masa tidak lebih tiga minit kecuali di beberapa pejabat pos yang dikesan mengalami gangguan sistem.
Gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat dan berjaya dipulihkan pada pukul 9.05 minit. ‘‘Selepas ia dipulihkan, sistem kembali stabil hingga ke petang. Pos Malaysia meminta maaf terhadap kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan kami yang terlibat ekoran berlakunya gangguan tersebut,’’ kata kenyataan itu di sini hari ini. Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebelum ini memberitahu, kerajaan memperuntukkan RM5 bilion untuk pembayaran rebat selepas mengambil kira anggaran jarak perjalanan pengguna kenderaan itu sejauh 50 kilometer sehari. Peruntukan tersebut akan digunakan untuk membayar rebat tunai kepada pemilik kenderaan persendirian sebanyak RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500cc.
Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun selepas memperbaharui cukai jalan masing-masing. Dalam pada itu, Pos Malaysia turut mengumumkan beberapa pejabat pos terpilih termasuk semua Pejabat Pos Besar akan beroperasi esok (Ahad) bagi memudahkan pemilik kenderaan menuntut rebat tunai mereka. Dalam perkembangan yang sama kenyataan itu menjelaskan, rakyat asing termasuk mereka yang bertaraf Penduduk Tetap (PR) tidak layak untuk menerima rebat tunai.
Pemilik kenderaan juga boleh memuat turun borang tuntutan rebat daripada laman web http://www.pos.com.my/. ‘‘Borang ini kemudian hendaklah diisi dan diserahkan di kaunter pejabat pos berdekatan untuk tujuan tuntutan,’’ katanya.
Menurut kenyataan itu, Pos Malaysia turut diberitahu terdapat usaha individu yang tidak bertanggungjawab menjual borang tuntutan rebat. ‘‘Borang ini adalah percuma dan boleh didapati di pejabat pos atau di laman web kami. Kakitangan kaunter kami sedia membantu para pelanggan yang memerlukan bantuan dan tiada sebarang bayaran dikenakan,’’ katanya.

Sabtu, 14 Jun 2008

Ada yang dapat faedah dari kenaikan bahan bakar

Tidak dinafikan keresahan rakyat dengan kenaikan 78 sen seliter petrol dan RM1.00 disel membuat majoriti rakyat sengsara dan resah. Ramai yang mengambil langkah berjimat, mengurangkan perjalanan kecuali benar-benar mustahak, membeli bahan keperluan asas ala kadar sahaja. Keresahan mereka diterjemahkan ke dalam rasa benci terhadap pemerintah dan lintah darat minyak yang kita lihat beberapa demonstrasi awam diadakan di sana-sini walaupun di sekat dan dikenakan berbagai tindakan oleh pihak berkuasa. Disebalik situasi yang berlaku ada juga segelintir yang mendapat faedah dari kenaikan bahan bakar ini seperti pembekal tong NGV. Kalau sebelum kenaikan minyak menurut pemandu teksi yang prnah memasang tong NGV harganya sekitar RM3000 ke RM4000, tetapi kini ada yang melaporkan telah mencecah RM7000. Namun disebabkan tidak tahan dengan fenomena yang melanda negara ini mereka gagahi juga memasang alat yang menjanjikan penjimatan pengguanaan kenderaan ini.



Selain dari inovasi bersifat alternatif kepada minyak, terdapat beberapa produk yang di laporkan turut mendapat perhatian dari para pemandu ialah alat penjimat petrol yang boleh di dapati dalam berbagai bentuk. Ada di antaranya seperti pil yang dimasukkan ke dalam tangki bahanapi, ada yang dalam bentuk kiub magnet yang dilekapkan pada tiub atau saluran petrol dan yang terbaru dan sedang meningkat popular ialah alat yang dipanggil "voltage stabilizer" yang dipasang atau dicucuk pada soket lighter seperti charger handset. Jadi terpulang kepada pemandu untuk memilih cara yang sesuai sebagai usaha menjimatkan petrol atau disel kenderaan.

International: Oil settles below $135 after OPEC questions prices

Reports by By ADAM SCHRECK, AP Business Writer
NEW YORK - Oil prices pulled back Friday after OPEC questioned whether crude can remain so high and the dollar gained against the euro. Meanwhile, U.S. filling station operators pushed average gas prices deeper into record territory. Light, sweet crude for July delivery fell $1.88 to settle at $134.86 on the New York Mercantile Exchange. In its monthly market report, the Organization of Petroleum Exporting Countries said oil's recent volatility "reconfirms the view that current price levels do not reflect supply and demand realities." The cartel also lowered its 2008 global demand forecast, saying it now expects demand to increase by 1.28 percent to an average of 86.9 million barrels per day, down from a previous forecast of 1.35 percent. "A review of prospects for the remainder of the year also shows little support for prices to remain at current levels," OPEC said.
That downward revision follows similar moves by the U.S. Energy Department and the International Energy Agency earlier in the week. Phil Flynn, an analyst at Alaron Trading Corp. in Chicago, said the revised forecasts suggest global demand for oil is slowing. That trend could accelerate, he added, if prices don't come down soon. "It's a sign that maybe the bull run could come to an end. You don't want to say that for sure, but you're starting to see some shifts," Flynn said. Oil prices were also pressured by speculation that Saudi Arabia may boost production following a report in the Middle East Economic Survey, an industry publication. Crude prices have fluctuated widely since they surged nearly $11 in a single session to a trading record above $139 a week ago. The price for a barrel has swung back and forth in a $10 band since then. Some investors believe prices could yet push higher. Analysts call oil's current wavering "range-trading," as traders await direction from a significant move in the dollar or change in supply-and-demand fundamentals.
"There is no driver out there to cause prices to break out of this range yet," said Victor Shum, an energy analyst with Purvin & Gertz in Singapore. A stronger dollar also helped keep oil prices in check. The greenback gained against the euro after a Labor Department report showed consumer prices rose by the biggest increase since November, helping alleviate concerns that growing inflation could force shoppers to tighten their belts. Investors who bought commodities such as oil to protect against inflation when the dollar was falling tend to sell when the greenback gains ground. Also, a stronger dollar makes oil more expensive to investors overseas. At the gas pump, the average national price for a gallon of regular rose to a record $4.066 overnight, from $4.06 a day earlier, according to AAA and the Oil Price Information Service. Diesel also set a new record, rising 0.2 cent to $4.796 a gallon. The pain from the high cost of fuel is by no means limited to the U.S., where gas and diesel remains far lower than in Europe and some parts of Asia.
Many developing countries, which typically have far lower household incomes, hold food and fuel prices lower through subsidies. But higher commodities costs are forcing some governments to increase those subsidized prices as well. In Malaysia, more than 1,000 opposition supporters marched through Kuala Lumpur on Friday to protest the government's decision last week to hike retail prices 41 percent to $3.30 a gallon. Demonstrations have also broken out in India. U.N. Secretary-General Ban Ki-moon said soaring food and fuel costs could pose a threat to global stability. "Unless we properly manage this issue, this could trigger a cascade of other challenges and crises affecting not just social and economic issues, but also political and security issues," Ban said following talks in London with British Prime Minister Gordon Brown. In other Nymex trading, July heating oil futures slipped by 10.59 cents to settle at $3.8368 a gallon, and July natural gas futures fell 17.3 cents to settle at $12.625 per 1,000 cubic feet. Gasoline futures settled at $3.4626, down 6.34 cents over Thursday's close. In London, July Brent crude lost $1.54 to sell for $134.55 on the ICE Futures exchange

International: Fuel savings top car makers' plan

Ian Porter reports, June 14, 2008
GM HOLDEN and Ford Australia will accelerate the introduction of technologies that could lead to fuel savings for the Commodore and Falcon of as much as 20% from 2010. Improvements to petrol engines and other new technologies are also being fast-tracked, according to federal Industry Minister Kim Carr. Senator Carr was speaking from New York after meeting the chief executives of General Motors, Rick Wagoner, and Ford, Alan Mulally, in Detroit yesterday. Both were keen to come to Australia to continue discussions with Senator Carr and the Prime Minister, Kevin Rudd.
Senator Carr said the executives were encouraged by the Australian Government's new approach to the car industry and were ready to participate in the Green Car Industry Fund. ut Senator Carr said he had not made any promises regarding grants from the fund. "I have not talked specifics with them," he said. "They are aware of the fund. It is a significant attraction for new investment. That's what it was designed to do." He said it was new investment that would secure high-skilled, high-wage jobs, ease the burden on the environment and reduce the cost of motoring for Australian families. he Green Car Industry Fund will help accelerate the introduction of fuel-saving technologies by making available a pool of $500 million to help fund projects that will improve the fuel economy of locally made cars. The car makers must spend $3 for every $1 received from the fund, which could result in up to $2 billion being invested.
The fund is not a replacement for the Automotive Competitiveness and Investment Scheme, which offers tariff exemptions in return for investment in research and development, product or plant. "I will also be looking for the introduction of E85 capability in Australian-built cars for the domestic market, the production of a dual petrol/LPG Commodore, followed by LPG-only vehicles and the production of a diesel Commodore." E85 fuel comprises 85% ethanol and 15% petrol.
A GMH spokesman said the company was looking at all the technologies and that final decisions had yet to be made on some of them. Last week, GMH chairman and chief executive Mark Reuss said diesel was not a "silver bullet" for fuel economy and cost of operation. Senator Carr said changing the direction of a whole industry was like trying to turn around an aircraft carrier. These are very significant changes being proposed in what is an incredibly short time period," he said. He was optimistic about some of the technologies being introduced from 2010. "(GM and Ford) are talking about projects which would lead by 2010 in Australian-made vehicles to measures that would improve fuel economy by up to 20%."

Ringkas: GERAMM ajak Pemuda BN desak kerajaan

PETALING JAYA - Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM), mengajak Pemuda daripada Barisan Nasional (BN) supaya turut sama mendesak kerajaan menarik balik kenaikan harga minyak baru-baru ini melalui kempen yang bersepadu dan tersusun. “Kalau mereka prihatin kepada masalah rakyat, inilah landasan yang yang terbaik untuk sama-sama kita mendesak kerajaan akur dengan masalah rakyat yang begitu susah dan sengsara dengan kenaikan ini.

Perarakan aman bantah isu minyak

Laporan Malaysiakini oleh:Abdul Rahim Sabri Jun 13, 08 6:57pm
Perarakan membantah kenaikan harga minyak bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid Kampung Baru dengan teriakan "Turun-turun, turun minyak", "Turun-turun, turun BN", "Turun-turun, turun Pak Lah" dan "Rakyat-rakyat, rakyat bangkit. Kemudian kumpulan lebih 1,000 penyokong pembangkang bergerak menuju ke pintu keluar masjid menuju ke simpang empat Jalan Raja Abdullah-Jalan Raja Alang. Sekumpulan 20 anggota polis berada di sepanjang jalan di situ, hanya memerhati orang ramai bergerak keluar dari kawasan masjid.Bagaimanapun, setibanya di simpang tersebut, kira-kira 30 orang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah membentuk benteng halangan bagi menyekat orang ramai masuk ke Jalan Raja Abdullah untuk ke Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menuju ke KLCC.Ketika itu bilangan mereka menyertai perarakan tersebut telah mencecah kira-kira 2,000. Mengetuai perarakan tersebut ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian
Bagi mengelak bertembung dengan anggota FRU di situ, mereka meneruskan perarakan melalui Jalan Raja Alang, menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di kawasan Chow Kit.Kira-kira 20 anggota polis turut mengikuti mereka bagi memantau keadaan. Manakala di Chow Kit pula kelihatan kira-kira 10 anggota polis ditempatkan di situ.Bawa kain rentangSeorang anggota polis kelihatan memberhentikan lalulintas ketika perarakan itu hendak membelok masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.Perarakan itu terhenti seketika di situ, menyebabkan lalulintas menjadi sesak dan kenderaan merangkak perlahan-lahan di belakang mereka, sambil membunyikan hon masing-masing
Peserta perarakan membawa pelbagai kain rentang mengutuk kenaikan harga minyak. Satu daripada kain rentang tersebut berbunyi "Najib kata: Minyak tak akan naik selepas pilihanraya. Mereka tipu rakyat, Dollah kata petrol naik 78 sen, diesel naik RM1'.Mereka menyusuri jalan TAR dan kemudian sampai di persimpangan tetapi tidak membelok ke Jalan Sultan Ismail yang menuju ke KLCC. Bagaimanapun, mereka meneruskan perarakan menuju ke bangunan Kompleks Pertama, bersebelahan Sogo. Setibanya di situ pada kira-kira jam 2.37 petang, lebih 500 orang daripada mereka duduk di tengah-tengah jalan di simpang empat lampu isyarat Jalan TAR-Jalan Dang Wangi.
Manakala yang lain berdiri mengelilingi mereka yang duduk di tengah-tengah simpang tersebut.Ketika itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berucap kepada orang ramai. Selain Salahuddin, wakil rakyat Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin, timbalan ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi, naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib presiden PAS Mohamad Sabu.Bersurai jam 3.20 petangKesemua pemimpin Pakatan ini berada di tengah-tengah kumpulan yang duduk di simpang tersebut. Ucapan mereka disambut dengan tepukan gemuruh serta laungan "Turun-turun, turun minyak", "Turun-turun, turun BN", "Turun-turun, turun Pak Lah" dan "Rakyat-rakyat, rakyat bangkit".
Salahuddin kemudiannya bangun, diikuti pemimpin-pemimpin lain melalui jalan kecil antara bangunan Kompleks Pertama dan bangunan Sogo, menuju masuk ke Jalan Raja Laut. Lebih kurang 1,000 mengikuti Salahuddin dan barisan pemimpin Pakatan menuju ke bangunan ibu pejabat PAS yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ.Manakala anggota Unit Amal PAS membantu mengawal lalulintas dalam perjalanan mereka kira-kira 15 minit untuk sampai ke ibu pejabat PAS. Salahuddin sekali lagi berucap kepada orang ramai, meminta mereka supaya hadir menyertai satu lagi bantahan besar-besaran di ibu negara pada 5 Julai depan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes).
Beliau kemudiannya meminta orang ramai supaya bersurai secara aman dari situ pada kira-kira jam 3.20 petang. Walaupun mereka bersurai tetapi kira-kira 30 anggota FRU masih kelihatan memantau keadaan di depan pejabat pembangkang itu.Mereka bersurai kira-kira 20 minit kemudian. Tiada sebarang tangkapan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perarakan tersebut. Semuanya berjalan secara aman.Polis juga tidak menggunakan gas pemedih mata atau meriam air untuk menyuraikan mereka

Lagi kisah selebriti bertudung

STATUS ibu yang digalas penyanyi etnik, Noraniza Idris membuatkan dirinya begitu berhati-hati dalam menjalani rutin harian. Jika dulu dia lincah di pentas, namun per gerakannya kini harus dibatasi.Apatah lagi penyanyi dari Johor itu bertudung litup sejak mendirikan rumahtangga baru dengan seorang ahli perniagaan. Kata Noraniza, status ibu membawa makna besar buatnya sebagaimana diriwayatkan dalam satu hadis di mana Ra sulullah menyatakan darjat ibu tiga kali lebih tinggi daripada bapa.“Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini membesar dengan ibu dan mempunyai kisah nostalgia bersama orang tersayang. Pengorbanan dan jasa ibu tidak ternilai harganya serta tidak mampu dibalas dengan wang ringgit.“Namun, kini tidak semua orang mampu mencium tangan ibu mereka untuk menzahirkan kasih sayang mereka seperti saya yang kehilangan ibu dan ayah. Setiap kali menjelang sambutan Hari Ibu atau Hari Bapa, hati saya sayu me ngenangkan mereka berdua.“Jadi sementara ibu bapa anda masih hidup, zahirkanlah ucapan dan perlakuan kasih sayang terhadap mereka. Jangan apabila sudah tiada nanti, baru hendak menyesal dan menunjukkan kasih sayang,” katanya. Noraniza juga antara artis yang menjayakan persembahan di Anugerah Hari Ibu Harian Metro/Secret Garden di Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Penyanyi berusia 40 tahun yang mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Alif Haikal, 19, dan Alfee Haikal, 15 Kini membina rumahtangga baru dengan ahli per niagaan, awal tahun ini. Noraniza mengakui, sesibuk manapun tugasnya sebagai penyanyi dan ahli perniagaan berkaitan pelancongan yang diceburinya, dia tetap meluangkan masa untuk bertemu mata dengan dua anak lelakinya.“Bagi saya tiada harta yang lebih berharga melainkan memiliki keluarga bahagia yang menjadi idaman setiap wanita yang bergelar isteri dan ibu,” katanya.
Dalam anugerah yang julung kali dianjurkan akhbar ber bahasa Melayu nombor satu negara, Harian Metro ini, Noraniza diundang sebagai artis jemputan menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu popularnya seperti Hatinya Tak Tahan dan Zapin Beradat. Majlis yang berlangsung dalam suasana santai, turut diserikan dengan pertunjukan fesyen busana Mus limah dan kontemporari daripada barisan model jelita di bawah agensi milik penyanyi dan pelakon, Shila Lama Enterprise.Terdahulu majlis menghargai pengorbanan ibu seluruh negara tampak lebih ‘hidup’ dengan kehadiran keluarga terdekat penerima tiga anugerah iaitu Anugerah Ibu Mithali, Hasnah Hashim, 70; Anugerah Ibu Tunggal, Wan Maimun Mohamed, 70, dan Anugerah Ibu Istimewa, Norhayati Low Abdullah, 42.Semua penerima anugerah membawa pulang hadiah pakej pelancongan ke Bandung, Indonesia untuk dua orang bernilai RM2,500, baucar barangan elektrik bernilai RM2,000, plak anugerah, jambangan bunga dan hadiah iringan lain.

ADUN Batu Kurau buat laporan polis

BATU KURAU 13 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, Kapten (B) Najmudin Elias AlHafiz hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah yang dibuat oleh pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadapnya. Beliau mendakwa pemimpin Pas dan PKR di negeri ini menuduh beliau mengeluarkan fatwa mengatakan bahawa orang Pas haram memakan makanan yang disumbangkannya kepada ahli-ahli UMNO di Batu Kurau.
Menurutnya, fitnah itu dilemparkan sewaktu majlis perhimpunan politik pembangkang termasuk ketika lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin ke Batu Kurau baru-baru ini. "Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan dakyah tersebut yang hanya bertujuan memecahbelahkan perpaduan penduduk yang sudah terjalin selama ini. "Akibat fitnah itu keadaan rakyat di Batu Kurau sudah tidak tenteram dan reputasi saya sebagai wakil rakyat turut terjejas," katanya.
Najmudin menyatakan demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kurau dengan dihadiri beberapa pemimpin tempatan di sini hari ini. Beliau menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil jika pemimpin pakatan pembangkang terus menabur fitnah tersebut. Najmudin memberitahu, sumbangan berbentuk beras dan telur kepada ahli-ahli UMNO di Batu Kurau itu sebagai menghargai sokongan yang mereka berikan selama ini

Jumaat, 13 Jun 2008

Menepati hukum syarak jangan dilengahkan: Azizah Arifin TV3

JIKA bercakap mengenai isu bertudung dan TV3, Ezzah Aziz Fawzy merupakan pembaca berita pertama di stesen televisyen swasta berkenaan yang tampil dengan imej bertudung. Imej baru Ezzah sekitar tahun 1998 itu sememangnya mendapat reaksi yang positif daripada para penonton termasuk pimpinan TV3 sendiri. Baginya, bertudung ternyata tidak menghalangnya untuk membina karier yang lebih cemerlang bersama stesen TV swasta berkenaan. Keputusan Ezzah itu sedikit sebanyak membuka ruang kepada beberapa lagi personaliti TV3 yang kemudiannya mengambil langkah untuk mengenakan tudung di kepala. Terbaru, seorang lagi personaliti TV3 iaitu Azizah Ariffin tampil buat pertama kali di depan kamera dengan bertudung tatkala mengendalikan Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran pada pukul 12.02 tengahari, 10 Jun lalu.
Ayu dan anggun sekali Azizah ketika itu yang kebetulan menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 pada tarikh yang sama. “Sebetulnya, saya telah menetapkan sasaran untuk bertudung pada usia 40 tahun. Tetapi, Alhamdulillah, sasaran saya itu dapat dipercepatkan. Bagus juga, mana tahu usia tidak sempat mencecah 40 tahun. “Ramai juga yang terkejut tapi saya banyak terima komen positif,” katanya kepada Hits ketika ditemui pada majlis kesyukuran yang diadakan di rumahnya di Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. Menyambung bicara, bekas graduan jurusan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya ini menjelaskan bahawa jiwanya lebih tenang sebaik mengenakan tudung. Mendapat reaksi positif daripada pengurusan TV3, Azizah berkata, selain bertudung, dia berhasrat untuk menambahkan lagi perkara-perkara baik dalam kehidupannya. “Saya dan keluarga banyak pergi ke majlis-majlis ilmu dan ceramah agama. Usia pun makin meningkat. Oleh itu saya mahu menenangkan jiwa dengan perkara yang baik-baik,” katanya.

Selepas Jem kat Petronas kita lihat jem kat pejabat POS

Hanya bawa MyKad tuntut rebat di Pejabat Pos mulai esok
Laporan Utusan Malaysia Oleh Suwarni Mokhtar
KUALA LUMPUR 12 Jun – Para pemilik kenderaan persendirian hanya perlu membawa kad pengenalan atau MyKad untuk menuntut rebat tunai di pejabat pos di seluruh negara mulai Sabtu ini.Mereka perlu melengkapkan borang kiriman wang dengan butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan.Bagi pemilik yang memiliki lebih daripada satu kenderaan, mereka perlu mengisi borang berasingan bagi setiap kenderaan dan tuntutan terhad kepada lima jenis kenderaan bagi setiap orang. Pemangku Pengarah Urusan Pos Malaysia Berhad (PMB), Datuk Abu Huraira Abu Yazid berkata, pemilik kenderaan perlu datang sendiri ke pejabat pos bagi membuat tuntutan rebat tunai itu. Menurut beliau, bagi tempoh fasa pertama, pihak ketiga tidak dibenarkan membuat tuntutan bagi pihak pemilik kenderaan.
Katanya, sepanjang tempoh tersebut, pemilik kenderaan yang telah membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 April hingga 31 Mei tahun ini boleh membuat tuntutan mulai Sabtu ini sehingga 31 Mac tahun depan.Sementara bagi fasa kedua pula, pemilik kenderaan yang membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 Jun tahun ini sehingga 31 Mac 2009, boleh membuat tuntutan rebat tunai di semua pejabat pos mulai 1 Julai.‘‘Untuk pelaksanaan fasa pertama, Pos Malaysia menjangka 1.7 juta pemilik kenderaan persendirian akan mendapat rebat tunai,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas mengenai pembayaran tuntutan rebat tunai yang akan bermula di 683 buah pejabat pos berkomputer di seluruh negara. Abu Huraira berkata, bagi melicinkan proses itu, seramai 2,291 petugas telah ditugaskan di semua kaunter pejabat pos di seluruh negara.Selain itu, kata beliau, Pos Malaysia juga menempatkan pegawainya di setiap pejabat pos bagi membantu menangani sebarang masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan.‘‘Kami menganggarkan setiap urusan di kaunter bermula daripada serahan borang sehingga kepada pembayaran akan selesai dalam tempoh tiga minit,’’ katanya.
Beliau berkata, semua pejabat akan beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu kecuali di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Pejabat pos ditutup pada Sabtu pertama setiap bulan dan juga pada cuti umum.Abu Huraira berkata, semua langkah telah diambil bagi memastikan pelaksanaan pembayaran rebat tunai berjalan lancar dan beliau memberi jaminan pemilik kenderaan yang layak mendapat bayaran dengan segera. Beliau menasihatkan pemilik kenderaan supaya tidak menyerbu pejabat pos pada hari Sabtu ini kerana mempunyai masa sehingga 31 Mac tahun depan untuk membuat tuntutan rebat tunai itu.Tambahnya, petugas akan membuat pengesahan nama pemilik dan nombor kad pengenalan berdasarkan pangkalan data yang diperolehi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum membuat pembayaran.
Abu Huraira berkata, selain membuat bayaran tuntutan secara tunai, Pos Malaysia juga menyediakan kemudahan bayaran rebat tunai menerusi kiriman wang bagi pengguna yang tidak dapat menunggu lama atau yang akan ke luar negara.
Bagi mendapatkan bayaran melalui kiriman wang, katanya, pengguna perlu melakukan prosedur yang sama tetapi dikehendaki menulis alamat tetap atau alamat surat menyurat serta nombor telefon pada borang untuk dihubungi

Khamis, 12 Jun 2008

SEJARAH DARUSSYIFA'

Fakta:
i. 17-April-1988: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa') ditubuhkan secara rasmi.ii. 2-Januari-1990: Majlis pecah tanah pembinaan bangunan Darussyifa'.iii. 17-Mac-1991: Bangunan Darussyifa' mula digunakan. iv. 1-September-1991: Perasmian Bangunan telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Azman Hashim.
Darussyifa' merupakan sebuah klinik rawatan yang terkenal di kalangan penduduk Bangi dan masyarakat luar terutamanya orang islam ia menjadi satu altematif kepada orang ramai dalam usaha mencari kesembuhan penyakit yang dihidapi selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital. kebanyakan pesakit yang datang bukan hanya mengalami sakit fizikal tetapi juga melibatkan penyakit rohani seperti terkena ganguan makhluk halus dan seumpamanya. dengan kaedah yang diamalkan oleh darussyifa' iaitu menggunakan ayat-ayat al-qur'an, hadith dan doa menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadapnya.
Darussyifa' merupakan nama sebuah bangunan yang digunakan untuk kegiatan pengubatan Islam. Perkataan Darussyifa' adalah gabungan daripada perkataan dar (rumah) dan al-Syifa' (kesembuhan) yang bererti Klinik Rawatan.Idea penubuhan ini lahir daripada seorang pensyarah dan juga seorang ulama yang terkenal di tanah air. Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Berbahagia Dato' Dr. Haron bin Din lebih dikenali dengan pangillan Ustaz Haron Din. Ustaz Haron Din bergiat dalam bidang rawatan dengan menggunakan doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Qur'an, hadith serta sunnah Rasulullah s.a.w.Ustaz Haron Din telah lama menceburkan diri dalarn bidang rawatan tetapi tidak secara teratur dan serius berbanding dengan kegiatannya ketika di Kajang dan Bandar Baru Bangi. Selain memberi rawatan, Ustaz Haron Din juga merupakan tempat rujukan untuk mendapat khidmat nasihat oleh orangramai yang menghadapi pelbagai masalah.

Kegiatan yang dilakukan oleh Ustaz Haron Din telah menarik minat sesetengah golongan untuk belajar daripadanya. pada akhir tahun 1977, beberapa orang pelajar dari fakulti pengajian islam universiti kebangsaan malaysia telah datang menemui beliau meminta agar mereka ditunjuk ajar serba sedikit ilmu perubatan islam. setelah berlaku beberapa pertemuan dan mereka memperlihatkan kesungguhan, maka bemulalah beberapa siri pembelajaran ilmu perubatan secara kecil-kecilan. Kegiatan tersebut diadakan di tempat kediaman Ustaz Haron Din sendiri di Taman Bangi Jalan Reko, Kajang. pertemuan-pertemuan ini terus berlaku dalam keadaan yang kurang tersusun. setelah berpindah ke Bandar Baru Bangi (kediaman sekarang di no. 3, jalan 1/7d) bilangan pelajar yang menghadiri kelas semakin bertambah. Pelajar yang terawal ialah Ustaz Abdul Rahman Mustafa (1977-78), kemudian diikuti oleh empat orang pelajar lain iaitu Ustaz Ali Haji Ahmad, Ustaz Abdul Rahim Abdul Ghafur, Ustaz Wan Ismail Wan Ibrahim dan Ustaz Muhammad Shafie Yusof.Sejak pengambilan mereka, Ustaz Haron Din mula memberi rawatan kepada masyarakat umum di rumahnya secara terbuka pada setiap hari Selasa bermula selepas solat Zohor hingga hampir waktu Maghrib. Kuliah-kuliah yang dijalankan lebih tersusun apabila kumpulan ketiga (1979-80) bejumlah 32 orang diambil.
Kuliah-kuliah yang biasanya dijalankan setiap Selasa malam Rabu akhirnya ditukar ke Isnin malam Selasa atas nasihat seorang guru tariqat yang bernama Tuan Syeikh Nazim al-Qubrusiy. Beliau sering berkunjung ke Malaysia dan hadir bersama dalam kumpulan usrah ini untuk manyampaikan tazkirah. Menurut beliau, majlls berzikir dan ilmu seperti itu elok dilakukan pada malam Selasa ataupun malam Jumaat.Sejak itu ia diamalkan secara beramai-ramai selepas majlis membaca Yaasin.Bilangan pelajar semakin bertambah kerana gabungan di antara pelajar baru dan lama (yang belum diijazahkan) yang hadir bersama. Setiap pelajar perlu datang sekali dalam masa dua minggu. Keadaan tersebut berlaku kerana terdapat pelajar senior yang datang ketika kuliah disampaikan kepada pelajar baru. Dalam beberapa pertemuan, Syeikh Nazim telah datang bersama pelajar-pelajarnya dan turut berkumpul dengan pelajar baru dan lama. Pertemuan ini menyebabkan sebahagian daripada mereka yang hadir duduk di atas tikar di halaman rumah sepanjang majlis hingga larut malam.Ketika itulah Syeikh Nazim membisikkan kepada Ustaz Haron Din dengan berkata "Mungkin sudah tiba masanya untuk mengadakan satu bangunan lain yang lebih besar dan selesa bagi menampung pelajar yang begitu ramai".Ustaz Haron Din mendiamkan diri mendengar bisikkan tersebut kerana masih tidak terbayang dalam fikirannya bagaimana hendak melaksanakan cadangan itu.Tiga hari selepas itu, satu pertemuan diadakan di rumah Tuan Haji Ismail bin Haji Ali, beralamat di No. 26, Jalan Daud, Kg.Baru Kuala Lumpur. Majlis zikir diadakan diikuti dengan kuliah. Kehadiran pelajar tetap ramai hingga menyebabkan ruang tamu rumah menjadi sempit.Sekali lagi Syeikh Nazim rnenyatakan sesuatu kepada Ustaz Haron Din. Kata-katanya lebih jelas dan seumpama mendesak : "Tidak adil terus menerus berbuat begini kepada pelajar. Buatlah bangunan untuk mereka. Usaha ini adalah kerana Allah dan Allah akan tolong kamu ". Selepas itu mesyuarat jawatankuasa penubuhan bangunan rawatan Islam yang pertama telah diadakan di rumah Tuan Haji Abdul Rahman Haji Ahmad (Pegawai Daerah Seremban) pada 17 Ogos 1986. Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat tersebut diadakan ialah untuk membincangkan tentang pembinaan sebuah bangunan rawatan Islam. Hasil daripada mesyuarat tersebut satu jawatankuasa tetap penubuhan bangunan pusat rawatan Islam telah ditubuhkan. la terdiri daripada;
Pengerusi: Haji Abdul Rahman Haji Ahmad
Naib Pengerusi: Y. Bhg. Datuk Abdul Rashid Mahmud
SU Kehormat:: En. Mohd Salleh Haji Kassim
Pen. Setiausaha :: Haji Mohd Sharif Haji Ibrahim
Bendahari: En. Ahmad Mohd Yusof
Urusetia: En. Minhat Haji Budin A. Bahudin

Selain nama di atas, pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil juga dilantik untuk menguruskan hal tertentu iaitu En. Ahmad Mohd Yusof (kewangan), Haji Mohd Sharif Haji Ibrahim (tanah) dan En. Mohamad Ahmad (pelan). Beliau telah menyediakan pelan bangunan dua tingkat yang dianggarkan menelan belanja lebih kurang RM 200,000.00 (Dua ratus ribu ringgit).
Mesyuarat pada 26 Oktober 1986 di rumah Tuan Haji Jaafar Sidek dimaklumkan bahawa wang sebanyak RM3000.00 telah terkumpul sejak kutipan derma dilancarkan. Sidang mesyuarat uga diberitahu bahawa ada beberapa orang dermawan telah bedanjl akan memberi derma berjumlah RM70,000.00. Selain itu, tanah untuk tapak bangunan telah diperolehi iaitu bersebelahan dengan rumah Ustaz Haron Din yang berharga RM16.00 sekaki persegi dengan keluasan 12,000 kaki persegi. Ketika itu harga tersebut masih dalam rundingan dengan tuan tanah.
Ahli jawatankuasa bersetuju membayar pendahuluan sebanyak 10% daripada harga tanah tersebut. Tuan Haji Jaafar juga memberitahu bahawa beliau mempunyai dua orang rakan yang berhasrat ingin memberi khidmat percuma kepada penubuhan bangunan yang dirancangkan dalam bidang rekabentuk atau pelan dan kejuruteraan. Mereka ialah Tuan Hajl Shamsudin Ahmad dan Tuan Haji Johari Jaalam. Ahli mesyuarat bersetuju melantik mereka untuk menganggotai jawatankuasa kecil pelan. Pelan bangunan yang siap dilukis oleh En. Mohamad Ahmad telah ditunjukkan kepada Tuan Haji Shamsudin Ahmad. Beliau bercadang untuk membuat satu pelan lain apabila pelan yang disediakan sebelum ini tidak dapat diterima kerana pembinaan bangunannya menelan belanja lebih daripada setengah juta ringgit. Dalam masa yang sama Ustaz Haron Din mendapat galakan daripada teman-teman agar meneruskan rancangan membina bangunan mengikut pelan baru.Bemula dari tarikh tersebut, usaha mencari wang dimulakan dengan mengirimkan baucar-baucar dan surat-surat yang ditandatangani oleh Ustaz Haron Din, merayu sumbangan daripada orang-orang tertentu. Hasil daripada usaha itu pada peringkat awalnya agak mengecewakan kerana pulangannya terlalu sedikit, sedangkan wang yang diperlukan lebih daripada setengah juta.Pada hari Ahad 17 April 1988, bertempat dirumah Ustaz Haron Din satu mesyuarat penubuhan persatuan telah diadakan. Seramai 88 orang telah hadir.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Abdul Rashid ini telah bersetuju menubuhkan persatuan yang diberi nama “Persatuan Kebajikan dan Pengubalan Islam”.Dalam mesyuarat pada 12 Disember 1988, dimaklumkan bahawa tuan kepada tanah yang terletak bersebelahan dengan rumah Ustaz Haron Din telah bersetuju menjual tanah tersebut dengan harga RM76,776.00. Sebagai deposit wang sebanyak RM30,000.00 telah dibayar kepada tuan tanah.Wang tersebut hasil daripada jualan buku Rawatan Pesakit Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah.Tuan Haji Ismail bin Haji Abdullah telah memberi sumbangan sebanyak RM 28,000.00. Ahli mesyuarat juga diberitahu bahawa urusetia persatuan telah mengajukan surat permohonan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan.Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan yang diadakan pada 26 Mei 1989 telah dimaklumkan bahawa mesyuarat agung penubuhan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam telah diadakan di rumah Ustaz Haron Din bermula jam 9.15 malam.Selaras dengan perkara 15.4 Undang-undang Persatuan ahli mesyuarat telah bersetuju memilih Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Ahmad sebagai pengerusi, Haji Mohd Sharif bin Haji Ibrahim sebagai setiausaha dan En Mohamad Amin bin Hassan sebagai bendahari. Mesyuarat juga bersetuju mengagihkan tugas bagi menjalankan kegiatan persatuan kepada Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil (JKK).Pengerusi untuk setiap jawatankuasa kecil tersebut adalah seperti berikut;
Pembangunan dan Harta: Datuk Haji Abdul Rashid Mahmud
Kewangan: En. Mohamad Amin Hassan
Pengubatan dan Pentadbiran Klinik : Haji Mohd Sharif Haji Ibrahim
Kebajikan dan Sosial : Haji Abdul Rahman Mustapha
Latihan, Kursus dan Seminar : Cikgu Mohd Nasir Jali

Anggota lain juga dilantik untuk membantu hal-hal berikut:
Kebajikan dan Sosial : Haji Ali Haji Ahmad
Penolong Setiausaha : En. Minhat Haji Budin A. Bahudin
Latihan : Dr. Mohd Omar Haji Salleh

Ahli mesyuarat bersetuju membina bangunan tiga tingkat, bukan dua tingkat seperti yang dicadangkan pada peringkat awal.Ketika mesyuarat diadakan, persatuan mempunyai wang terkumpul sebanyak RM45,000.00 hasil daripada jualan buku perubatan, derma am dan derma perseorangan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor ketika itu juga menyuarakan hasratnya untuk memberi bantuan kepada pembinaan Bangunan Pusat Perubatan. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembangunan dan Harta yang diadakan pada 6 Jun 1989 di rumah Ustaz Haron Din merupakan mesyuarat yang pertama setelah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam didaftarkan. Usaha sedang dilakukan untuk menukar hak milik tanah daripada penjual kepada persatuan oleh Peguam Fadi. Sidang mesyuarat juga diberitahu bahawa bangunan yang dicadangkan itu dianggar menelan belanja sebanyak RM560,000.00 dengan pecahan belanja seperti berikut :
RM 400,000.00 kos pembinaan bangunan RM80,000.00 harga tanah RM 80,000.00 kelengkapanKetika ini masalah yang dihadapi oleh jawatankuasa persatuan ialah sumber kewangan yang tidak mencukupi. Setakat ini, usaha memungut derma tidak dijalankan secara terbuka tetapi ada juga individu yang sanggup menyumbangkan derma untuk projek ini. Biarpun jumlah wang terkumpul ketika itu sedikit, namun harapan untuk membina pusat rawatan tersebut tetap ada.Bagi Ustaz Haron Din rancangan ini bermula dari hasrat murni semata-mata kerana Allah s.w.t. Oleh itu ia mesti diteruskan kerana tugas manusia ialah berusaha dan merancang. Kebimbangan tetap dirasakan lebih-lebih lagi apabila tarikh memulakan kerja-kerja pembinaan semakin hampir.Tidak berapa lama selepas itu, salah seorang daripada ahli usrah memberitahu bahawa Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Azman Hashim ingin menemui Ustaz Haron Din untuk berbincang tentang pembinaan pusat rawatan Islam ini. Satu pertemuan diadakan di pejabat Tan Sri pada jam 6 petang keesokan harinya. Dalam pertemuan ringkas itu Tan Sri telah memberi jaminan kepada Ustaz Haron Din untuk memberi sumbangan bagi menyiapkan bangunan tersebut. Dengan bantuan kewangan yang diberikan oleh Tan Sri maka hasrat untuk melihat bangunan ini didirikan menjadi kenyataan. Mesyuarat Jawatankuasa persatuan yang diadakan pada 20 Jun 1989 bertempat di no. 3488, Jalan Ampang Hilir 5, Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman Haji Ahmad telah dimaklumkan bahawa JKK Pengubatan dan Pentadbiran Klinik telah mengadakan mesyuarat dan membincangkan tentang sistem giliran bagi rawatan di klinik-klinik iaitu di Bangi dan Kampung Baru. Hasil daripada perbincangan tersebut, mereka memutuskan bahawa Ustaz Haron Din hanya merawat seramai 130 orang pesakit dalam satu masa, manakala yang selebihnya akan dirawat oleh pembantu-pembantunya.Mesyuarat yang diadakan pada 29 Ogos 1989 pula dimaklumkan bahawa pelan bangunan persatuan telah siap. Emkay Associates Sdn. Bhd. menawarkan khidmat untuk membina bangunan tersebut dengan harga kos tanpa mengambil keuntungan daripadanya. Pihak yang berkaitan telah menjalankan kerja-kerja persiapan awal seperti menyediakan pelan disamping menguruskan perkara pindah milik tanah.Satu pejumpaan telah diadakan pada 19 Disember 1989.Di antara mereka yang hadir ialah ahli jawatankuasa pembinaan juga sebagai wakil daripada Tuan Haji Mustafa Kamal (Tuan Haji Abdullah Mardi dan En. Saflan Mohd Ali), En. Shamsudin Ahmad, En. Omar Ahmad, En. Nordin dan lain-lain.Mesyuarat bersetuju agar kerja pembinaan dimulakan pada 1 Februari 1990. Satu upacara majlis doa selamat diadakan di tapak bangunan pada 2 Januari 1990 jam 6:30 petang, Ahli mesyuarat juga bersetuju dengan kos awal pembinaan bangunan iaitu sebanyak RM354,258.85. Bayaran kepada kontraktor akan dibuat dengan lima kali pembayaran manakala pembayaran pelan bangunan yang diluluskan ialah RM2,791.00. Selain itu papan tanda pembinaan juga didirikan seperti yang dicadangkan oleh pihak kontraktor.Pada 11 Februari 1990 ahli mesyuarat telah berbincang dan bersetuju menerirna Tetuan Emkay Associates Sdn. Bhd. sebagai pemborong yang akan membina bangunan persatuan dengan kos bemilal RM354,258.85 dalam tempoh 12 bulan. Tarikh mobilisasi pula berkuatkuasa mulai 15 Januari 1990. Penyerahan tapak kepada kontraktor dilakukan pada 2 Februari 1990.Selain itu sumber kewangan juga datang daripada derma yang diterima setiap minggu di klinik Bangi dan Kampung Baru sebanyak RM200. Mesyuarat yang diadakan pada 26 Februari 1990 telah melantik seorang ahli persatuan iaitu Haji Ishak Haji Arshad untuk mewakili kepentingan persatuan dalam penyeliaan projek pembinaan. Mesyuarat juga meminta bendahari menyemak dan menyediakan senarai edaran buku yang bayarannya belum diterima. Mereka yang masih berhutang diminta menjelaskannya dengan segera. Setiap ahli juga diminta untuk mengambil 20 buah buku "Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah" untuk diedarkan. Dalam masa yang sama, hasrat untuk mendokumentasikan sejarah persatuan ini ditimbulkan oleh JKK Penerbitan.Mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 3 April 1990 dimaklumkan tentang perlu adanya sokongan moral untuk penubuhan klinik cawancan di Jitra Kedah begitu juga dengan penubuhan Klinik Perubatan Islam di Banting. Mesyuarat juga diberitahu bahawa derma sebanyak RM100,000.00 telah diterima daripada Menteri Besar Selangor. Pada 12 November 1990 kerja pembinaan telah siap sebanyak 50%. Tuntutan kemajuan ketiga sebanyak RM 79,000.00 telah dijelaskan.Bersempena dengan perasmian bangunan persatuan yang dicadangkan, satu risalah tentang penubuhan hasil tulisan Dr. Amran Kasimin akan diterbitkan. Ahli mesyuarat telah bersetuju mengeluarkan zakat pada tahun 1990 sebanyak RM 10,000 yang diberi kepada Sekolah Tasdikiah Songkhla Hatyai, Songkhla Thailand.Bangunan Darussyifa' mula digunakan pada hari Ahad 17 Mac 1991 bersamaan dengan 1 Ramadan 1411H. Anggota persatuan telah bersembahyang Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Haron Din. Upacara majlis diteruskan dengan solat tarawih. Bangunan ini terus digunakan untuk rawatan dan kuliah pengubatan. Perasmian Bangunan telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Azman Hashim pada 1 September 1991

International: Tornadoes kill 2 in northern Kansas

CHAPMAN, Kan. - Authorities say two people are dead in northern Kansas after tornadoes cut a diagonal path across the state. Sharon Watson, spokeswoman for the Kansas Adjutant General's Department, says one victim was found in a yard in Chapman, in Dickinson County. She says the other was found outside a mobile home in the Jackson County town of Soldier. The most extensive damage from the tornado outbreak Wednesday night appears to be in Chapman. Watson says a half-mile-wide tornado tore through the town, destroying more than 60 homes and numerous businesses. All three schools have been damaged. A tornado also hit the Kansas State University campus in Manhattan, damaging buildings and tossing cars. The university says no injuries have been reported.

Rabu, 11 Jun 2008

Bersedia untuk PRU sekali lagi?

PUTRAJAYA: Lebih 140,000 pekerja yang secara langsung terlibat dalam pilihan raya umum ke-12 telah dinasihatkan agar bersedia untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan kemungkinan pilihan raya umum tergempar.Sambil menegaskan tidak mahu membuat spekulasi mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, beliau telah meminta mereka supaya bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan.
Beberapa pemerhati politik, dengan mengambil kira senario politik semasa, tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan. "Saya tidak mahu membuat spekulasi, kami tidak boleh membuat spekulasi."Bagaimanapun kami bersedia untuk apa jua kemungkinan. SPR berupaya untuk menguruskan pilihan raya (tergempar jika diadakan) kerana kami mempunyai segara infrastruktur (untuk mengadakan pilihan raya)," kata Abdul Rashid.Pilihan raya tergempar merujuk kepada pilihan raya yang diadakan secara tiba-tiba tanpa sebarang penunjuk awal.
Abdul Rashid menyatakan demikian dalam temu bual khas dengan mStar Online di pejabatnya di sini.Malah, Abdul Rashid menjelaskan, ketika mesyuarat postmortem pilihan raya umum ke-12 sejak dua bulan yang lalu, beliau telah menyeru agar membuat persedian yang sepatutnya."Saya telah memaklumkan mereka dalam pertemuan sepanjang dua bulan yang lalu, sila membuat persediaan kerana pilihan raya (tergempar) boleh diadakan bila-bilan masa jua. Ini nasihat yang saya berikan kepada mereka," katanya.Katanya, beliau memberikan nasihat sedemikian kerana ia merupakan sebahagian daripada fungsi dan peranan suruhanjaya berkenaan."Saya tidak membuat spekulasi apa-apa, ia tidak baik untuk membuat spekulasi kerana ia hanya politik sahaja," katanya."Sebagai badan fungsian, kita perlu membuat persediaan. Ia merupakan tugas kami, tugas anggota panel Suruhanjaya untuk memberikan nasihat (agar bersedia)," katanya.Pertengahan bulan ini, Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu, pilihan raya umum yang baru boleh diadakan pada bila-bila masa meskipun tempoh mandat kerajaan yang memerintah kurang daripada dua bulan.Undang-undang tidak menghalang daripada membubarkan Parlimen dan Dewan Perundangan Negeri.Malah pada minggu lalu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya tergempar ekoran tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti.
Sementara itu, Dr. Chandra Muzaffar, pemerhati politik tanah air dan hubungan antarabangsa berkata, kemungkinan untuk diadakan pilihan raya tergempar dalam waktu terdekat memang ada.
"Ia adalah satu kemungkinan kerana ada laporan yang mengatakan terdapat ahli-ahli Parlimen yang akan masuk parti lain (Pakatan Rakyat). Jika ini berlaku, kemungkinan Pak Lah (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), dari segi lunas perundangan boleh menghadap Yang di-Pertuan," katanya.
Jika ramai wakil rakyat yang melompat parti, Yang di-Pertuan Agong boleh mengundang parti yang ada majoriti di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru ataupun memberi perkenan bagi membubarkan Parlimen.
"Bagaimanapun saya tidak menganggap ia sebagai satu kemungkinan serius. Tetapi dalam politik kemungkinan-kemungkinan seumpama itu tidak boleh ditolak begitu sahaja," kata beliau yang juga Presiden Pergerakan Just.
Jika keadaan itu berlaku, jelas beliau, ia boleh menjadi detik bersejarah kerana tidak pernah berlaku di negara ini.
Prof. Madya Dr. Abdul Muati @ Zamri Ahmad, pensyarah komunikasi politik dari Universiti Putra Malaysia memberitahu, tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya tergempar.
Bagaimanapun, jelas beliau, peluang untuk diadakan pilihan raya tergempar memang ada jika ada ahli Parlimen yang melompat parti.
Malah, keputusan mengadakan pilihan raya tergempar juga bergantung sama ada parti pemerintah boleh memperoleh lebih banyak kerusi daripada sekarang.
"Berdasarkan sentimen semasa, Umno dan BN kemungkinan tidak akan memperoleh lebih daripada kerusi semasa.
"Sentimen sokongan kepada Pakatan Rakyat masih kukuh. Jadi, jika BN berpendapat bahawa ia boleh mendapatkan lebih banyak kerusi, maka pilihan raya tergempar mungkin diadakan," katanya lagi.
Dalam pilihan raya umum lalu, BN memperoleh 140 kerusi di Dewan Rakyat dan pembangkang pula 82.
Katanya, langkah mengadakan pilihan raya tergempar juga tidak begitu baik kepada ekonomi kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat.
"Ini kerana ia akan menggambarkan suasana negatif di kalangan pelabur. Oleh itu, jika benar-benar BN merasakan boleh menang banyak kerusi, ia akan mengadakan pilihan raya tergempar," katanya.
Bagaimanapun, Profesor Datuk Dr. Syed Arabi Idid yang berada di luar negara berkata, setakat ini tiada kemungkinan pilihan raya tergempar akan diadakan.
"Tiada nampak apa-apa sebab pilihan raya tergempar akan diadakan," kata beliau.