Kawan-kawan setia

Khamis, 31 Julai 2008

Zukri Akasah memilih PAS

BANDAR JENGKA, 31 Julai - Bekas Pengarah Gerak Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak) Pahang, Zukri Akasah 36, yang juga bekas Exco Angkatan Muda KeADILan semasa Ezam Mohd Nor menjadi ketua, mengambil keputusan untuk menjadi ahli PAS.
"Saya mengikut Ezam meninggal KeADILan dan menubuhkan Gerak tetapi bila Ezam menyertai Umno saya tarik brek lah," katanya.
Dilahirkan di Kuala Terengganu, kini beliau menetap di Kuantan, Pahang.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.
Zukri terlibat dalam runding cara latihan dan pengurusan semenjak tahun 2001 lagi. Dari segi profesionnya, Zukri menyandarkan kepada keahliannya dalam beberapa institut pengurusan antarabangsa, termasuklah Asian Institute of Management Science (AIMS) dan juga sebagai Board Member kepada Licensed International Financial Analyst (LIFA) dan International Research Association (the-ira.org).
Beliau juga sedang dalam proses mendaftarkan dirinya sebagai ahli kepada International High IQ Society (highiqsociety.org) setelah lulus ujian IQ kemasukan dengan skor 131.
Di samping sibuk dengan kerja hariannya, Zukri juga telah dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi Biro Latihan, Pembangunan Cawangan dan Pemasaran untuk Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Negeri Pahang.
Beliau juga dikenali sebagai seorang penulis, hampir setiap keluaran akhbar lidah rasmi parti, Suara Keadilan (semasa di dalam parti itu) memuatkan tulisan-tulisan beliau.
Tulisan beliau juga biasa diterbitkan di dalam portal-portal berita internet seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Agenda Daily, Harakahdaily, juga oleh lain-lain laman web bebas.

Slogan baru PASBANGI

PASbangi merasakan perlu kepada penjenamaan semula blog dari MENJUNJUNG AMANAH DAN PRIHATIN kepada slogan yang lebih lebar maknanya iaitu GERBANG MEDIA UMMAH. Dengan slogan baru ini pasbangi berharap dapat meluaskan skop kepada pemberitaan dan artikel sesuai dengan keperluan maklumat terkini dari pembaca blog. Semoga dengan slogan yang baru diperkenalkan ini dapat mengeratkan lagi hubungan pembaca dengan pengendali. Ucapan terima kasih kepada para pembaca blog dan segala komen akan saya gunakan sebagai panduan dalam meneruskan misi media ummah.

Harga baru Harakah

Kuala Lumpur : Harakah pada masa akan datang mungkin akan dijual pada harga serendah RM1.50 senaskah. Begitulah saranan para pengedar Harakah pada program Seminar Pengedar Harakah yang diadakan di Anjung Rahmad Gombak Sabtu lepas. Program tersebut yang dihadiri oleh para pengedar dari seluruh negara diadakan dalam usaha mengambil pandangan dari para pengedar Harakah berkaitan pengedaran Harakah yang telah diluluskan oleh KDN untuk dijual dua kali seminggu.
Ucap utama dan perasmian dilakukan oleh Hj Mustafa Ali yang juga pengerusi Lembaga Pengarah Harakah. Dalam ucapannya beliau amat mengharapkan kerjasama bersungguh-sungguh dari para pengedar untuk memastikan kelancaran pengedaran Harakah dan dalam masa yang sama memastikan jualan Harakah terus meningkat.
Semasa sessi soal-jawab hampir semua yang mengambil bahagian menyatakan betapa perlunya harga Harakah diturunkan seminima mungkin untuk memastikan lebih ramai akan membeli harakah demi menjayakan tujuan penerbitan Harakah itu sendiri.
"Kita bukan kira sangat berapa untung tapi yang lebih penting, lagi banyak Harakah dapat dijual lagi ramailah yang akan mendapat maklumat tentang PAS" ujar salah seorang pengedar.
Beberapa permasalahan dan kelemahan pengurusan pengedaran juga dibangkitkan dan pihak Pengurus Pengedaran berjanji akan meneliti semua permasalahan yang dibangkitkan dan akan cuba diselesaikan sebaik mungkin. Semasa sessi penggulungan Hj Mustafa berjanji akan membawa semua hasrat dan pandangan yang telah diberikan oleh para pengedar untuk dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Harakah.
"Walaupun saya pengerusi tapi saya tidak boleh janji apa-apa kerana semua keputusan terutama dalam hal harga perlu diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah." Ujar beliau.

Pada akhir program tersebut, pihak pengurusan Harakah telah menyampaikan sijil penghargaan kepada pengedar-pengedar yang telah menjadi pengedar Harakah lebih 10 tahun. Antara yang menerima sijil tersebut adalah PAS Parit Buntar melalui Lajnah Penerangan yang telah menjadi pengedar Harakah sejak awal tahun 90an lagi. En. Bahrain, ketua Penerangan PAS Kawasan yang mewakili PAS Parit Buntar telah menerima sijil tersebut.
Beliau yang turut terlibat menguruskan Harakah sejak tahun 2000 melahirkan rasa terharu menerima sijil tersebut mengenangkan pelbagai masalah yang timbul dalam menguruskannya. Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Ust. Yahya Lebai Mat dan Cikgu Idris yang menguruskan Harakah bagi pihak PAS Kawasan sebelum diambil alih oleh Hj Shaari sekarang.
Sebagai Ketua Pengarang, beliau amat mengharapkan harga senaskah Harakah dapat diturunkan seminima mungkin agar lebih ramai akan membeli Harakah seterusnya lebih meluaslah penerangan mengenai isu-isu melalui organ parti ini. Pada pendapat beliau harga RM1.50 senaskah adalah yang paling sesuai..
Majlis pelancaran Naskhah edisi 2 kali seminggu tersebut akan dibuat semasa Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan di Ipoh pada 15, 16 & 17 Ogos 2008 akan datang.

PAS tolak kerjasama dengan BN bentuk kerajaan - Presiden PAS

Nyza Ayob dan Intan Abdullah Thu Jul 31, 08 4:34:28 pm MYT
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebarang tawaran untuk mewujudkan kerjasama politik tidak lagi berbangkit.
"PAS akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti politik, badan bukan kerajaan, institusi ataupun mana-mana individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
PAS mengulangi pendiriannya untuk terus kekal bersama pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan aktif dan positif termasuk perjuangan bersama untuk membuat perubahan.
"Kita mengajak ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk sama-sama sokong dan dokong perubahan yang hendak dilaksanakan," katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti."
PAS juga katanya menghargai sokongan bukan Islam dan mereka akan diberikan peranan lebih pada masa akan datang dalam arena politik bersama PAS.
Dalam pada itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyatakan bahawa pihaknya turut menyatakan sokongan dalam isu Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Isu tersebut hendaklah diselesaikan mengikut syariat Islam, berdasarkan perlembagaan 121 yakni kes yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah.
"Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan. Kalau sekiranya ia tidak boleh (dirujuk kepada mahkamah syariah) Umno kena buat perubahan.
"Ya, saya membela siapa yang kena zalim termasuk Dato' Seri Anwar," ujarnya.
Sidang media tersebut diadakan sebaik selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang dibuat secara bulanan, dengan turut dihadiri Majlis Syura Ulama' yang dipengerusikan Ustaz Abdul Hadi.
Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam sidang media tersebut.
Hadir sama, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah salleh. - mns

Pas, DAP ikrar bantu Anwar di Permatang Pauh

KUALA LUMPUR: Pas dan DAP menerima keputusan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil di situ. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, kedua-dua parti Pakatan Rakyat itu akan mengerahkan jentera parti masing-masing untuk memastikan kemenangan Anwar, yang juga Penasihat PKR. Mereka mengakui telah dimaklumkan berhubung keputusan Dr Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang.
Dr Wan Azizah, 55, mengumumkan keputusannya pada persidangan akhbar di ibu pejabat PKR hari ini, yang turut dihadiri Anwar dan anaknya Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Dr Wan Azizah itu adalah sesuatu yang baik dan bijak. - Bernama

Bernama: Tawaran Tajol bentuk kerajaan, 2 cawangan Pemuda PAS buat laporan polis

KOTA BAHARU29-07-2008 05:52:37 PM : Dua cawangan Pemuda PAS Kelantan, hari ini masing-masing membuat laporan polis mendakwa kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan sebagai berunsur rasuah politik.Ketua Pemuda PAS cawangan Kubang Kerian, Mohamad Nuri @ Nuri Mat Yaacob dan Ketua Pemuda PAS cawangan Kota Baharu, Mohd Baharuddin Mohd Noor, masing-masing membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini pada kira-kira 2.30 petang.Mereka diiringi kirakira 15 anggota Pemuda PAS dari kedua-dua cawangan itu.Tajol Rosli dalam kenyataannya semalam mengajak Pas bergabung membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan wakil PAS akan terus memegang jawatan Menteri Besar dan keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohamad Nuri berkata, mereka membuat laporan itu bagi meminta polis menyiasat tawaran Tajol Rosli itu yang didakwanya berunsur rasuah."Ini satu budaya rasuah politik yang perlu dikekang kerana ia boleh menggugat kedudukan mana-mana pihak dan kami berpendirian untuk membuat laporan polis untuk mendapatkan siasatan lanjut berkenaan tawaran itu," katanya.Sementara itu, Ketua Pemuda PAS pusat Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Tajol Rosli itu sebagai tidak bijak dan tidak menghormati PAS."Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu yang seolah-olah tidak faham dan tidak menghormati PAS sekarang bersama dengan Pakatan Rakyat."PAS menghormati beliau (Tajol Rosli) dengan Barisan Nasional (BN)... kenapa mesti beliau buat begitu (menawarkan jawatan) untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.Mengulas berkenaan laporan polis yang dibuat oleh dua cawangan Pemuda PAS itu, Salahuddin berkata Pemuda PAS Perak juga akan mengambil langkah yang sama."Mereka juga akan buat laporan polis, mungkin petang ini atau esok," katanya. BERNAMA

Belum Habis lagi isu Fitnah di Malaysia

Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia pun tak tahu lah, bangsa lain mengejar kemajuan, bangsa Malaysia sibuk dengan fitnah, lepas fitnah1 kini fitnah2, lepas tu fitnah3, sibuk seluruh media cetak dan elektronik memberi tajuk utama hal fitnah. Untuk menegak kebenaran kepada yang mendakwa, sanggup pula bersumpah dengan AlQuraan. Bersumpah dengan AlQuraan ni valid kalau dia percaya, yakin, mengamalkan isi AlQuraan, tetapi bagi yang goyah dengan AlQuraan, tidak mengamalkan AlQuraan tiada apa-apa istimewa bersumpah dengan AlQuraan, hanya mainan sahaja. Kalau percaya AlQuraan sudah jelas FITNAH LEBIH BAHAYA DARI MEMBUNUH, dan menuduh orang lain berzina ke, meliwat ke, kena bawa saksi. Jadi mana relevannya si pendakwa ni bersungguh-sungguh nak bersumpah dengan AlQuraan. Apa yang kita sangsi sebagai rakyat terbanyak ialah proses pendakwaan dan ketelusan. Pening kalau difikirkan, mangsa buat aduan, tetapi laporan aduan rahsia, mangsa sendiri berada ditempat rahsia, yang bercakap pulak bagi pihak mangsa, mana mangsaya, betul ke mangsa yang bercakap atau mangsa sendiri alat yang dipergunakan, lagipun kalau ikut prosidur biasanya yang kena dakwa boleh tengok mana dakwaannya, butir laporan pendakwaannya. Dari segi proses perbuatan jenayah tu pulak, dia mengaku di...... berulang kali, lagi pelik di tempat sendiri pulak.., tu macam sukarela saja... Tentang DNA yang kita diberitahu DNA ni tahan beribu-ribu tahun sehingga dinosor yang beribu tahun diberitakan boleh diambil DNA, Firaun yang beribu tahun boleh di ambil DNA (kalau betul lah), inikan pula baru 10 tahun, berubah ke DNA kita ni, kesian kawan kita tu jadi mangsa mainan politik...
cukuplah dengan berita-berita seperti ini kita teruskan topik lain yang memberi kemajuan kepada bangsa Malaysia yang tercinta ini. Bagi peluang kepada pasukan keselamatan kita membuat kerja-kerja yang diamanahkan oleh rakyat menjaga keselamatan yang mana saban hari kes bunuh bertambah, kes rompak bertambah, dan macam-macam kes yang genuine terlepas pandang disebabkan tumpuan telah lari kepada isu peribadi dan politik.

Rabu, 30 Julai 2008

Suara Keadilan: Peguam Saiful Enggan Jawab Soalan Wartawan

Rabu, 30 Julai 2008
KUALA LUMPUR, (SK)- Peguam Kepada Saiful Bukhari, Zamri Idrus gagal menjawab hampis kesemua soalan yang dikemukan oleh wartawan yang hadir dalam sidang media yang diadakah beliau di sebuah hotel lima bintang di sini.
Kebanyakan jawapan yang diberikan hanyalah, “I dont want to answer that question, let police do their investigations” (saya tidak mahu menjawab biar polis jalankan siasatan).
Peguam berkenaan juga berkata Saiful berada dalam keadaan selamat dalam perlindungan polis, namun beliau enggan memberi sebarang jawapan samada Saiful diugut atau diancam oleh pihak-pihak tertentu, apabila ditanya mengenai keselamatan Saiful.
Wartawan yang hadir ke sidang media berkenaan kelihatan hampa dan kecewa dengan sidang akhbar yang dibuat kali kedua ini.
Sebelum ini, Peguam berkenaan telah mengadakan sidang akhbar yang pertama di Hotel Seri Pacific yang bersebelahan dengan Ibu Pejabat Umno.
Sidang akhbar berkenaan telah dihadiri oleh bapa saudara Saiful yang hanya mahu dikenali sebagai Uncle Pet dan dalam sidang akhbar hari ini pula, kelibat Uncle Pet tidak pula kelihatan

Selasa, 29 Julai 2008

Kisah muqabalah 2008

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Rombongan PAS menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja selesai pilihan raya ke 12, 8 Mac lalu bertujuan untuk mendengar apa tawaran pemimpin Barisan Nasional (BN).Pemergian mereka juga bertujuan untuk membeli masa (buying time) agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor ekoran masalah yang dihadapi oleh Pakatan ketika itu.“Kerana itu, ketika kami berunding dan mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri Khalid selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PAS mengeluarkan surat sokongan lepada dia,” kata salah seorang delegasi PAS ke pertemuan itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika menghubungi Siasah.Khalid disebut oleh Presiden PAS sebagai salah seorang dari tiga anggota delegasi PAS bertemu dengan Abdullah di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.Dua lagi delegasi PAS adalah Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.Pada asalnya, kata Khalid, Presiden PAS yang akan mengetuai delegasi itu. Namun selepas berbincang, mesyuarat memutuskan Presiden digantikan oleh Datuk Mustafa Ali.Khalid juga berkata, Datuk Dr Hassan Ali juga dikeluarkan dari senarai delegasi itu kerana kelihatannya perbincangan adalah mengenai Selangor dengan kehadiran Datuk Seri Khir Toyo di sebelah sana.“Kerana itu saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan Ali untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku,” jelas Khalid yang merupakan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.Pada peringkat awalnya, beliau sendiri tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas dibincangkan atas dasar janji telah dibuat, mereka bersetuju untuk bertemu dengan pimpinan BN yang diadakan di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen itu.“Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan.“Jadi kami dengar dan kata ya ya…tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu,” jelas Khalid. Atas alasan itulah juga, katanya, Presiden tidak pergi ke pertemuan itu kerana tidak mahu sebarang komitment dibuat atas kuasanya sebagai presiden.“Khir Toyo bukan main tawadhuk dalam perbincangan itu. Kepada saya saja tiga kali dia tolong tuangkan air,” kata Khalid lagi.Ketika ditanya, apa punca jemputan itu dibuat oleh Umno, Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno selepas DAP banyak menang di Selangor dan nasib orang Melayu selepas itu.Namun, bagi Khalid, keikhlasan Abdullah untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam hancur selepas beliau mengumumkan tentang pertemuan ini.Bagi beliau, Abdullah cuba menimbulkan kesangsian di kalangan anggota Pakatan Rakyat terhadap PAS dengan mendedahkan perkara ini ketika berita angin tersebar kononnya PAS hendak bekerjasama dengan Umno.Padahal, katanya, delegasi itu tidak ada mandat langsung dari parti untuk berbincang soal kerjasama dengan BN.“Misi kami adalah fact finding (mendengar) dan engagement (berbincang) dan tidak ada langsung usaha untuk bekerjasama dengan Umno,” kata Khalid.“Nampak sangat Abdullah berniat jahat untuk sabotaj usaha-usaha untuk membawa masuk anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan. Ini kerana, jika PAS tidak bersama Pakatan buat apa mereka mahu masuk Pakatan,” beritahu Khalid.Mengulas soalan kononnya PAS dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat, Khalid berkata, ia tidak benar sama sekali.“Benar kita menang 83 Dun, DAP 73 dan PKR 40 kerusi lebih. Tetapi dalam masa yang sama kita dapat tiga MB, PKR ada satu dan DAP pun dapat satu sahaja. Takkan PAS nak lebih dari itu. Tak kan nak jadi MB di Selangor juga….itu tamak namanya,”kata Khalid.

Harakahdaily: Umno gagal gugat Pakatan Rakyat - Anwar

Wan Nordin Wan Yaacob Mon Jul 28, 08 8:02:36 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan, bahawa Umno gagal menggugat muafakat dalama Pakatan Rakyat.
"Semalam di Bandar Tun Razak dan malam ini di Kulim saya memperakui kenyataan sebenar bersabit isu pembentukan Kerajaan Negeri Selangor selesai Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu.
"Saban hari saya berhubungan terus dengan pimpinan PAS khususnya Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga pimpinan DAP. KeADILan, PAS dan DAP tidak berganjak dari ketetapan memperkukuh muafakat Pakatan Rakyat," katanya.
Anwar berkata demikian hari ini dalam satu ulasannya mengenai isu kerjasama Pakatan Rakyat dalam keadaan Umno cuba memecahbelahkan pakatan tersebut.
Justeru itu ujar beliau, Pakatan Rakyat harus waspada dengan muslihat Umno, termasuk dakwaan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menyelar beliau sebagai penghalang utama ke arah pembentukan kerajaan PAS-Umno di Selangor.
"Ternyata Umno terdesak lemas lantaran pergelutan dalaman dan kegagalan mengatasi kemelut politik dan kegawatan ekonomi," tegas Anwar.
Perlu dijelaskan bahawa sehingga kini beliau tidak dapat mengesan sebarang langkah atau kenyataan dari pimpinan ketiga parti induk Pakatan Rakyat yang boleh ditafsirkan sebagai keretakan, katanya.
"Malah dalam perbualan telefon saya pagi Ahad (27 Julai) dengan Ustaz Hadi Awang, saya singkap perundingan di antara kami dan DAP tatkala memutuskan cadangan perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor," ujar Anwar lagi.
Ketika itu Tuan Guru Abdul Hadi menghubunginya, Anwar menolak desas desus dan menegaskan bahawa beliau telah pun mengirim faks mengesahkan keputusan PAS menyokong pencalonan Tan Sri Khalid.
Justeru Anwar mengulangi kenyataannya bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat sehingga kini tidak menunjukkan sebarang keretakan, malah Umno sebenarnya gagal menggugat pakatan.

Malaysiakini: Ezam teringin cabar Anwar di Kulim

Muda Mohd Noor Jul 28, 08 2:24pm
Bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor bersedia bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil.Bagaimanapun, beliau mengakui peluang sebagai calon BN menang adalah tipis kerana faktor-faktor politik dan ekonomi negara ketika ini."Saya adalah underdog tetapi yang penting, saya berani mencabarnya secara habis-habisan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau akan bertanding di kerusi tersebut jika kemenangan PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac diisytiharkan tidak sah.Mahkamah akan mendengar petisyen pilihanraya calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir bulan depan.Dalam ceramahnya di Kulim malam tadi, ketua umum PKR menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding setelah penyandangnya Zulkifli Nordin menawarkan kerusi berkenaan kepada beliau."Jika tidak ada aral melintang,dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Baharu ini. "Terima kasih kepada Zulkifli yang menawarkan kawasan ini," kata Anwar di hadapan 10,000 yang hadir.Pada pilihanraya lepas, Zulkifli memenangi dengan majoriti 5,583 – beliau memperolehi 22,255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672. Kulim Bandar Baharu mempunyai 67.93% pemilih Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang. Bagaimanapun, Mohamad Ezam berkata pucuk pimpinan Umno akan menentukan sama ada beliau bertanding di kerusi itu atau seorang calon yang lain."Jika parti mahukan saya bertanding, saya sedia menerima dan mencabar Anwar di kawasan tersebut.Mohamad Ezam, yang juga bekas pemimpin angkatan muda PKR berkata, ramai pemimpin parti pembangkang itu di peringkat bahagian dan negeri kembali ke pangkuan Umno tidak lagi."Saya telah menerima panggilan dari pemimpin berkenaan yang kebanyakannya dari Sabah, Selangor dan Perak untuk kembali semula ke Umno," katanya.Mengenai hubungannya dengan pemimpin PKR, Mohamad Ezam berkata, masih ada yang masih bersahabat dengannya.Mengenai Anwar, Ezam berkata beliau akan mendedahkan rahsia bekas timbalan perdana menteri itu apabila tiba masanya."Ketika ini saya tidak mahu mendedahkannya kerana ia membabitkan maruah Anwar dan keluarga."Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tahu mengenai rahsia tersebut, sebab itu beliau mendiamkan diri apabila saya mencabarnya," katanya Iagi

MStar:Polis nafi tahan doktor bantu siasatan, Anwar adakan sidang med

PETALING JAYA29-07-2008 01:41:57 AM Oleh G.MANIMARAN
Sebulan yang lalu negara dikejutkan dengan dakwaan meliwat terbaru, yang kedua dalam tempoh 10 tahun membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, portal berita Malaysia Today mendakwa polis telah menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Malah, portal berkenaan juga mendedahkan salinan laporan pemeriksaan doktor di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Lumpur, menjelaskan tiada kesan meliwat terhadap bekas pembantu kepada Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23. Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan polis menahan seorang doktor yang didakwa oleh portal berkenaan.
Pagi ini Anwar dijadual mengadakan sidang media di ibu negara, dipercayai mengenai isu berkenaan.
Sementara itu dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim pula berkata, laporan perubatan yang 'bocor' dengan sendiri mengesahkan "apa yang kami percaya selalu - dakwaan terhadap Anwar tiada merit dan berunsur politik."
Kata beliau, pihaknya bimbang dengan tindakan polis menyiasat doktor berkenaan selama tiga hari dan keluarga pegawai perubatan harus diberi jaminan keselamatan dan perlindungan.
Ismail pula menambah, dakwaan seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysia Today adalah tidak berasas kerana doktor lelaki itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
"Laporan itu adalah tidak berasas. Kita hanya mengambil keterangan mengikut prosedur biasa, tidak timbul isu tahantahan seperti yang dilaporkan," kata beliau dipetik Bernama semalam.Beliau berkata, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini.
Ismail bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan portal Malaysiakini yang mendakwa laporan perubatan pemeriksaan Mohd Saiful yang dikeluarkan oleh sebuah hospital swasta tidak menunjukkan kesan liwat."Saya tidak mahu komen kerana siasatan kes itu masih berjalan," katanya.
Pada 28 Jun lepas, Mohd Saiful membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Sebelum membuat laporan polis, Mohd. Saiful telah mengunjungi Pusat Rawatan Islam di Jalan Tun Razak dan kemudian Hospital Kuala Lumpur.Pada 16 Julai lepas, Anwar ditahan selama kurang 24 jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes tersebut tetapi dibebaskan dengan jaminan polis keesokkannya.Ketika ditahan Anwar turut di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan namun beliau enggan membenarkan darahnya diambil bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Anwar telah berkali-kali menafikan dakwaan tersebut manakala pelbagai pihak minta beliau membuat sumpah, yang turut dipersetujui Mohd. Saiful.Sementara itu, Majlis Peguam pula meminta penyiasatan terperinci dilakukan terhadap kes itu."Majlis menggesa mereka yang menjalankan penyiasatan kes itu melakukannya dengan betul dan profesional," kata Presidenya, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan semalam.

Berita Harian Online: Pas beri amaran DAP jangan campuri urusan parti

ALOR STAR: Pas hari ini memberi amaran kepada DAP untuk tidak mencampuri urusan parti itu sambil menegaskan bahawa ia berhak untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang diingininya, termasuk Umno. Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata Pas sama sekali tidak rela untuk mengikut telunjuk sesiapa dalam perjuangannya dan ekoran itu DAP yang menjadi sekutunya dalam Pakatan Rakyat tiada hak untuk menghalang atau menentukan tindak tanduk Pas. “Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bekerjasama sebagai satu Pakatan Rakyat untuk menghadapi BN (Barisan Nasional) dalam pilihan raya lalu, bukan gabungan macam BN.
“Malaysia adalah negara bebas dan mengapa kita mesti mengikut telunjuk orang,” katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar Pakatan Rakyat mengkaji semula keanggotaan Pas berikutan tindakannya mengadakan rundingan dengan Umno demi perpaduan Melayu. Semalam, Karpal menganggap tindakan Pas itu sebagai tidak ikhlas kerana ia mengundang keraguan tentang kredibiliti parti itu dalam Pakatan Rakyat dan oleh itu keanggotaan Pas perlu dikaji semula. Kenyataan terbaru Karpal itu dilihat sebagai tanda perpecahan mula ketara dalam pakatan parti pembangkang itu.
Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, Karpal tidak berhak untuk mempertikai sebarang tindakan yang diambil Pas atau meminta Pas merujuk dahulu kepada DAP atau Pakatan Rakyat jika ingin berbincang dengan Umno. “Karpal sendiri pernah menyatakan langkah mayat dia dulu kalau mahu Pakatan Rakyat berunding dengan Umno. Pas sudah melaksanakannya. Sekarang terpulang kepada dia (Karpal untuk tindakan lanjut),” katanya.
- Bernama

Utusan Online: Tawaran kepada Pas - Bentuk kerajaan baru bersama UMNO di Perak

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
IPOH 28 Julai – UMNO negeri ini menawarkan kepada Pas cadangan untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak yang jika dapat direalisasikan bakal menjadi simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, UMNO juga bersedia menerima wakil Pas sebagai Menteri Besar Perak dengan beliau sendiri tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana tidak mahu dikata hendak menguasai pentadbiran negeri.
Menurut beliau, Perak boleh menjadi medan terbaik untuk Pas dan UMNO memulakan kerjasama antara kedua-dua parti itu memandangkan penduduk negeri ini terdiri daripada pelbagai kaum berbanding Kelantan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu.
‘‘Pada saya, kalau hendak mulakan kerjasama atau penggabungan, elok dimulakan di Perak kerana negeri ini mempunyai penduduk Melayu, Cina, India dan Orang Asli... mentadbir Perak dan Kelantan tidak sama.
‘‘Kalau boleh, wujudkan dasar-dasar macam mana hendak mentadbir. Kita boleh perluaskan kerjasama itu ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia dan ia membolehkan UMNO dan Pas mewujudkan dasar yang lebih praktikal kepada semua rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tajol Rosli berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin yang mengesyorkan supaya UMNO dan Pas dibubarkan bagi membuka laluan kepada penubuhan sebuah parti baru berlandaskan Islam.
Mengulas lanjut, Tajol Rosli yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata, kerajaan baru Perak yang dianggotai UMNO dan Pas serta komponen BN akan mengukuhkan kerajaan negeri yang pada masa ini hanya mempunyai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ketika ini BN memiliki 28 wakil rakyat dalam DUN Perak, kurang dua kerusi berbanding pakatan pembangkang yang memerintah Perak.
Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas memerintah Perak selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas. DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Besar.
Tajol Rosli berkata, wakil rakyat PKR dan DAP juga boleh turut serta dalam kerajaan baru Pas-BN sekiranya mereka berminat kerana apa yang penting adalah mewujudkan kerajaan negeri yang kukuh.
Jika Pas dan BN bergabung membentuk kerajaan, ia mempunyai 34 kerusi dalam DUN Perak.
Menurut beliau, kerajaan negeri Perak hari ini dilihat begitu lemah dan ini terbukti semasa pelantikan Speaker DUN baru-baru ini apabila ada pihak terpaksa pergi dari meja ke meja untuk memastikan wakil rakyat DAP, PKR dan Pas mengundi calon yang mereka pilih.
“Kalau kita hendak wujudkan kerajaan yang stabil dan kukuh, ia mesti menggabungkan BN dalam kerajaan. Atas sebab itu, saya menerima baik syor Nik Abdul Aziz bahawa UMNO dan Pas kena bekerjasama dahulu.
“Selepas bekerjasama, terpulang kepada pucuk pimpinan parti iaitu Presiden UMNO dan Presiden Pas untuk membincangkan pembubaran kedua-dua parti itu dan tubuhkan sebuah parti politik baru bagi mewakili orang Islam dan kaum bumiputra,” ujar beliau.
Katanya, kerjasama antara UMNO dan Pas adalah penting untuk mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan Malaysia dan Perak mencapai status negara dan negeri maju pada 2020.
“Sebenarnya, perpecahan orang Melayu di Malaysia tidak akan dapat mewujudkan kestabilan politik bagi negara ini.
“Kita mesti mula dengan kerjasama antara kaum dahulu. Jika orang Melayu tidak boleh bersatu, bagaimanakah kaum-kaum lain boleh bersatu?'' katanya.
Tajol Rosli memberitahu, kerjasama dan penggabungan antara Pas dan UMNO lebih mudah berbanding gabungan Pas dengan DAP kerana perbezaaan ideologi yang ketara antara kedua-dua parti itu.
“Apabila DAP mahu mengkaji semula keanggotaan Pas dalam pakatan pembangkang, kita memberi laluan kepada Pas untuk bekerjasama membentuk kerajaan negeri di Perak,” katanya.

UMNO Makin Gelabah

Mutakhir ini UMNO semakin galak mempromosikan pertemuan dengan PAS tanpa mengira tajuk apa pun, bermula atas tajuk ketuanan Melayu dan terkini atas tajuk kerajaan campuran di Selangor dan Perak. Media utama cuba memainkan isu antara PAS dan DAP dengan dan perlunya PAS bergabung dengan BN membentuk kerajaan. Dengan menonjolkan beberapa tokoh membicarakan situasi ketidak-serasian antara PAS dan DAP juga kewajaran gabungan PAS dan UMNO. Situasi ini bagi orang yang mampu melihat yang tersirat menunjukkan BN benar-benar memerlukan talian hayat dari PAS. PAS sebenarnya berada dalam kedudukan yang demand sementara UMNO dalam keaadaan amat terdesak. Walaupun ada suara-suara sumbang yang menyebut PAS memerlukan UMNO, UMNO cuma mahu membantu PAS. Benarkah begitu atau hanya untuk menyedapkan suasana yang gelisah dalam UMNO. Rakyat melihat pergolakan yang serious dalam UMNO dan BN yang menyebabkan rakyat terbanyak hilang kepercayaan kepada kerajaan BN yang ada. Semua komponen BN bermasaalah, dan kebanyakan pemimpin utama UMNO juga bermasaalah, bermula dari no 1, no 2, no 3 dan seterusnya sedangkan dalam komponen Pakatan Rakyat dan PAS khususnya amat stabil. Jadi mana rationalnya PAS memerlukan UMNO bahkan kedudukan Pakatan Rakyat dan kedudukan DS Anwar sendiri semakin kukuh dengan laporan terkini doktor yang memeriksa Saiful benar-benar memberi tekanan kepada pihak pendakwa. Pada saya Ezam yang cuba menjadi jaguh dengan menawarkan diri menentang DS Anwar di Kulim nanti cuma untuk menyedapkan perasaan gundah gulana dirinya sendiri yang tersilap strategi menganggotai UMNO. Mengapa UMNO sendiri perlu memilih Ezam yang baru melompat parti sedangkan ramai lagi ahli UMNO yang di akui setia kepada parti masih ada. Bolehkah Ezam diharapkan, sedangkan perjuangan yang panjang dalam PKR pun dipijaknya semula.

Ahad, 27 Julai 2008

DUN Paroi keluarkan kalender RM5 satu

Tahun 2009....masih jauh lagi dan ada 4 bulan lagi sebelum tahun 2008 melabuhkan tirainya, pihak MTD Paroi telah mula menjual kalendar 2009 yang memaparkan gambar-gambar Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi 5 buah negeri Pakatan Rakyat. Dengan harga RM5 sekeping,secara automatik pembeli akan menyumbang kepada Tabung Dana DUN Paroi. Dalam keadaan tidak ada peruntukan dana untuk DUN Paroi, sumbangan anda akan dapat membantu kami meringankan bebanan kehidupan orang miskin , ibu tunggal dan anak-anak yatim di DUN Paroi ini. Boleh dapatkan kalendar 2009 di pejabat DUN Paroi di Taman Tasik Jaya atau hubungi Pegawai Khas DUN Paroi , Sdra Shaharudin (KUDIN) di talian 013-2799700 atau 06-6794609. Ramai pimpinan PAS telah memiliki Kalendar cetakan terhad ini antaranya Timbalan Speaker DUN Kedah , YB Ust Abd Ghani Ahmad, Exco Kerajaan Negeri Kedah , YB Amirudin dan Exco Kerajaan Negeri Selangor (YB Dato' Dr Hasan Ali dll).

Serangan balas MB Terenganu? - siasat projek mega kerajaan Idris dahulu

Setelah berminggu isu mercedes nampaknya menuju ke garisan penamat dengan arahan terakhir dari PM supaya menggunakan kereta Proton Perdana bukan 14 mercedes. Saya tak pernah memiliki Proton Perdana tetapi pernah berminat memilkinya berdasarkan penglihatan mata kasar boleh dikatakan anggun juga. Sebelum membelinya saya meminta pendapat sahabat-sahabat yang sudah menggunakan Proton Perdana dan jawapannya mengejutkan. 2 orang memberitahu saya kereta Proton Perdana milik mereka terbuka bonet depan semasa memandu laju di lebuhraya, nasib baik tidak berkau apa-apa lebih dari itu, beberapa orang mengadu masaalah gear, masaalah stereng macam nak tercabut walaupun baru dibeli. Masalahnya bukan sahaja kos penyelengaraan tinggi seperti kata Dato Ahmad Said, tetapi susah terpaksa menunggu berminggu-minggu kerana tak ada spare part, kena order?. Jawapan-jawapan tersebut membuatkan saya terus mengambil keputusan kansel Proton Perdana dan ambil kereta lain. Jadi berbalik kepada usaha MB Terengganu mempertahankan isu pembelian 14 buah mercedes yang dikatakan membazir, Ahmad Said juga meminta kerajaan pusat menyiasat kos projek mega di Terengganu iaitu pembinaan masjid kristal dan program tahunan monsun cup (Taman Tamadun Islam juga ke?). Beliau meminta kerajaan mengambil langkah tegas dengan mengkaji dan menyiasat pelbagai projek kerajaan terengganu sebelum ini samada yang biasa atau mega yang melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah. Dengan cara inilah salah satu usaha kerajaan untuk membenteras masalah rasuah yang amat berleluasa. Kita pernah dikejutkan dengan satu tender kerajaan yang melibatkan sebuah sekolah dimana kosnya bernilai 6.4 juta jika tendernya dibuat secara terbuka tetapi bila tender tertutup ianya menjangkaui sehingga 20 juta lebih. Sudah sampai masanya kerjaan melakukan usaha secara besar-besaran bagi membenteras rasuah yang telah bermaharajalela sejak kita merdeka lagi.

Pertandingan ratu cantik diKB?

KOTA BHARU - Seorang guru berusia 20-an merupakan antara 16 pondan yang ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) kerana menyertai pertandingan ratu cantik 'mak nyah' di sebuah pusat perangi- nan di Bachok kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 9 malam itu, seramai 300 tetamu yang sebaha- gian besarnya terdiri daripada golo- ngan pondan sedang asyik menyaksikan pertandingan yang disertai lebih 50 peserta.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAIK, Mohd. Abdul Aziz Mohd. Noor memberitahu, serbuan tersebut disertai oleh 50 orang pegawai penguat kuasa JHEAIK dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam.
Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah menerima maklumat daripada orang ramai dua hari sebelum majlis tersebut berlangsung.
"Maklumat tersebut memberitahu majlis makan malam itu akan bertukar menjadi pertandingan ratu cantik 'mak nyah' dan hiburan yang melampau," katanya ketika ditemui malam kelmarin.
Tambahnya, semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 7, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan nombor 2 1985.
"Seksyen tersebut menyebut, seorang lelaki yang berpakaian dan berlagak seperti perempuan, boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Seorang 'mak nyah' yang ditahan, Su (nama samaran), 29, memberitahu, kesemua peserta yang menyertai pertandingan tersebut terdiri daripada 'mak nyah' dari Kelantan.
"Kami dikenakan bayaran sebanyak RM38 untuk menghadiri majlis yang dikenali sebagai Glemm Nite 2008 Miss Universe Asia.
Peserta dikehendaki memperagakan empat persalinan iaitu gaun malam, kasual, tradisional dan bikini," jelasnya

Umno, PAS dibubar tubuh parti baru satukan orang Melayu

MACHANG:26-07-2008 11:58:56 PM. Menyusul isu muzakarah-muqabalah, hari ini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya UMNO dan parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
Selepas tiga hari pemimpin kanan PAS bertemu dan tiga hari selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang menyentuh isu syor muzakarah-muqabalah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan manamana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.
"UMNO bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," kata beliau dipetik Bernama selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan Ke-37 di sini.
Nik Abdul Aziz memberitahu, UMNO tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.
"Kalau tidak kena dengan Islam di manamana, cuba beritahu dan kalau UMNO itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.
Nik Abdul Aziz berkata, dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.
"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya

UMNO hargai kesediaan Pas terus bermuzakarah

Nampaknya betul-betul UMNO mendambakan talian hayat yang sedang dihulurkan oleh PAS. Dalam media perdana hari ini rata-rata meletakkan tajuk PAS sedia bermuzakarah sebagai tajuk utama. Walaupun umum mengetahui PAS tidak berminat bermuzakarah dengan UMNO ketika ini kerana keikhlasan UMNO tak pernah ada. Kalau UMNO ikhlas membincangkan masaalah ummah, kenapa sekarang?, masa yang sangat kritikal bagi UMNO/BN mempertahankan kerajaan mereka dari diregut oleh Pakatan Rakyat. Dengan isu BN dan UMNO yang berlambak-lambak mengalahkan pasar lambak, umpama orang yang hampir lemas UMNO akan buat apa saja untuk survival politik dan kehidupan. Kebanyakan pimpinan UMNO dikelilingi dengan skandal, yang kalau BN jatuh dari kerajaan pusat tentu sekali skandal ini akan terdedah dengan maraknya. Inilah membuatkan pimpinan UMNO terus lemas, lalu merekacipta bermacam isu termasuk isu MUZAKARAH ini. UMNO menyambut baik kesediaan Pas untuk meneruskan muzakarah bagi membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan ummah dan perpaduan orang Melayu di negara ini?, kita nak tanya bilakah UMNO begitu perihatin dengan masalah ummah. Contoh nyata, masih ingatkah bagaimana kerajaan Kelantan dikhianati, kerajaan PAS Terengganu dibelasah, Kerajaan PRKedah dibelasah oleh TV3, Kerajaan PR Selangor digoncang sekuat-kuatnya sehingga RTM sanggup memindahkan stesen Selangor FM dari bangunan SUK ketempat lain, begitu juga kerajaan PR Perak dan Penang. Tiba-tiba bila hayat BN tinggal beberapa saat UMNO sudah bagai nak gila canangkan tajuk MUZAKARAH.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berkata, pintu parti itu sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan Pas yang dilihat mampu memberi kebaikan kepada orang Melayu dan Islam. Tetapi bagi saya kalau benar UMNO sudah insaf dan perihatin masaalah ummah dan agama, umno sendiri berubah dulu. UMNO kena minta maaf denganrakyat Malaysia semua kaum atas tindakan kejam BN selama ini. Kembalikan apa saja yang diregut kerajaan BN dari rakyat selama ini. Selesaikan isu-isu utama yang membelenggu kehidupan rakyat seperti kenaikan harga bahan bakar diesel dan petrol, PTPTN kepada biasiswa, penangkapan tanpa bicara ISA, rasuah dalam jabatan-jabatan kerajaan, kos perubatan dan berbagai lagi.

Sabtu, 26 Julai 2008

Pemimpin Bersama Rakyat







Kajang: Gabungan Pakatan rakyat bakal menemui rakyat Kajang pada 27 Julai ini dimana para pemimpin yang terdiri dari YB Dr Shafie Abu Bakar, YH Teo Nie Chee dan YB Lee Kim Sin akan hadir. Rakyat Kajang khusunya diminta hadhir beramai-ramai untuk bertemu dan beramah mesra dengan para pemimpin rakyat. Program yang dijadualkan bermula jam 2.30petang akan berlangsung di Taman Bukit Mewah Fasa 6.

International News:Opposition Leader accept sharia law?

I'd like to report a stolen bicycle, officer
By Ben Russell, Political Correspondent Friday, 25 July 2008

David Cameron's bike has got him into political trouble more than once but the final embarrassment may have come on Tuesday evening when thieves left him stranded after carrying away his two-wheeler for good.
The angry Tory leader, clad in shorts and T-shirt, found that his transport home had been taken after emerging from a five-minute stop at a supermarket in Notting Hill, west London.
Yesterday he joked: "I'm contemplating introducing sharia law for bicycle theft. I will consult the Mayor of London."
Cycling groups sympathised but said Mr Cameron should not have chained his bike to a two-foot-high bollard. The culprits had apparently simply lifted the bicycle and its lock over it. Mr Cameron said he had reported the theft to the police but was "not holding my breath" for the vehicle's return, which he has owned for five years. Only one in 20 stolen bicycles are recovered.
"I was cycling home and stopped to pick up some things for supper," Mr Cameron explained. "I chained the bike through the wheel then put it around one of those bollard things. I reported it using the police's new online facility but I'm not expecting to get it back any time soon. If anyone has seen it I would very much like it back. To me it was priceless."
The Cyclists' Touring Club said people should always lock bicycles to a proper cycle rack so they can clamp both wheels and the frame together.
Chris Peck, the CTC's policy co-ordinator, said: "It's very bad luck for him, even though he does not seem to have followed the correct procedure. We would definitely encourage him to continue and we hope he buys himself a nice new bike and takes a bit more care of it."
Charlie Lloyd, from London Cycling Campaign, added: "Mr Cameron should probably have taken more time to find somewhere to lock up his bike, but when you are in a rush it is a very easy mistake to make." However, a spokesman for Mr Cameron insisted that he had locked the bicycle up "pretty well".
The Tory leader cycles five miles to work at the House of Commons every Wednesday before Prime Minister's questions. But he faced ridicule when it emerged that he was followed by a driver carrying his clothes, shoes and official documents in his official Lexus.
He also faced criticism this year when he was photographed ignoring red lights and cycling the wrong way up a one-way street. He has been repeatedly seen riding around with his helmet slung over the handle bars.
Tesco said it would donate the estimated value of Mr Cameron's bike to the cycling charity Sustrans. "We are very sorry that David's bike was stolen from outside our store," a spokesman said. "David's setting a great example to everyone by using his bike to get around."

Hajah Ainul akur dengan keputusan pembatalan konsertnya

Sekali lagi Inul terpaksa menelan kepahitan kerana konsert goyang gerudinya tidak diterima di Malaysia.Konsert penyanyi dangdut Indonesia itu yang dijadualkan Ahad ini di Stadium Putra, Bukit Jalil dibatalkan seperti juga konsert di Johor Bahru sebelum ini kerana gagal mendapat permit Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pengarah Urusan IMS Sdn Bhd Nasir Abu Bakar yang menganjurkan konsert itu berkata, DBKL memaklumkan ia dibatalkan atas sebab keselamatan. Beliau yang enggan mengulas lanjut sama ada ia ada kaitan dengan campur tangan parti pembangkang berkata, pembatalan telah dimaklumkan kepada suami Inul, Adam Suseno yang kemudian memberitahu Inul tentang keputusan itu. Inul sendiri ketika dihubungi oleh wartwan Malaysia di Surabaya, berkata beliau akur dan menerima keputusan kerajaan Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia sangat mual dengan goyang gerudi yang merupakan identiti Inul selama ini. Dengan hasil goyang gerudilah Inul menunaikan Haji sebelum ini. Susah untuk digambarkan betapa pada kita diMalaysia dangdut merupakan tariah ghairah yang mencemarkan imej Islam, namun bagi Inul ianya suci dan seni malah beliau tidak merasakan dosanya bila beraksi goyang punggung dihadapan khalayak dengan pakaian yang amat seksi. Bila ditanya apakah perasaannya bila konsert di Johor Bahru dibatalkan, dengah selamba Inul menyatakan "mungkin Tuhan sedang mengujinya, dia terima dengan redha"

Kos penyelenggaraan Proton Perdana munasabah

KUALA LUMPUR: Proton, pengeluar kereta nasional, mengulangi pendiriannya yang kos selenggaraan bagi model Proton Perdana adalah munasabah berdasarkan rekod daripada pusat servis dan cawangannya yang berdaftar. Katanya, purata kos selenggaraan bagi setiap unit Proton Perdana milik kerajaan Terengganu yang dihantar ke Proton ialah RM542 setahun, berdasarkan rekod bagi 35 kereta yang diservis di pusat servis Proton yang berdaftar.
“Umumnya, biasanya perbatuan perjalanan sebuah kenderaan bagi penggunaan biasa ialah antara 20,000km hingga 30,000km setahun. "Berdasarkan ini, kos purata selenggaraan bagi tempoh itu dianggarkan RM2,300 dan kos ini akan meningkat dengan penggunaan lebih kerap,” katanya dalam kenyataan hari ini. Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata Proton memandang serius perkara itu dan sedang menyemak semua data dan rekod servisnya bagi semua kenderaan Proton yang diserahkan kepada kerajaan, khususnya Perdana.
“Kami sedia memberikan semua bantuan yang diperlukan kerajaan negeri jika mereka memerlukan penjelasan berkaitan dengan model Perdana, atau mana-mana kenderaan Proton yang dibeli mereka,” katanya. - Bernama

Jumaat, 25 Julai 2008

PAS Melaka seru ahli UMNO masuk PAS

MELAKA, 24 Julai (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman menyeru orang-orang Umno supaya masuk ke dalam PAS dan meninggalkan Umno yang jelas telah hilang halatuju dalam memperjuangkan Islam serta bangsa Melayu.
"Kalau nak muzakarah dengan Umno ini kita tidak bersetuju tetapi dalam masa yang sama kita menyeru mereka supaya masuk ke dalam PAS, kerana kita pernah ditipu dulu.
"Isu muzakarah ini sudah lama dari zaman Dato' Asri dulu yang menjadi masalahnya sekarang ini mengapa mereka mahu bermuzakarah setelah mereka berada di dalam keadaan tersepit dan lemah," kata Ustaz Ghani.
Beliau turut mempertikaikan tindakan Umno yang tidak mahu bermuzakarah pada tahun 2004 ketika pada kedudukan yang cukup selesa pada masa itu dan hanya menganggap PAS sebagai parti nyamuk sahaja.
"Ini hanya sekadar sandiwara daripada Umno, bila mana kerajaan Umno Selangor kalah mereka ajak PAS berbincang kerana mereka mengakui PAS sebagai parti penentu.
"Ianya mesti dibincangkan oleh peringkat tertinggi PAS Pusat tetapi kalau sekadar untuk bertemu sesiapa pun boleh bertemu, itu tidak menjadi halangan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek menyarankan supaya pemimpin Umno berubah sikap seperti boros berbelanja dan menekan Pakatan Rakyat kerana ini yang menyebabkan rakyat merubah sokongan mereka.
"Ketua Menteri Melaka jangan berlagak untuk menjadi juara dalam isu muzakarah ini kerana beliau tidak layak disebabkan kezaliman yang dilakukannya ke atas PASTI di Melaka, kontraktor dan klinik panel dahulu," tambah Ustaz Kamaruddin.
"Perkara begini sudah lama dibuat di dalam PAS dan keadaan sekarang ini mengambarkan kepada kita bahawa Umno sudah semakin tenat," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man berkata, Umno sengaja mencipta isu ini kerana ingin menutup pelbagai isu yang melanda negara seperti pembunuhan Altantuya, tuduhan liwat ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya.

MB Selangor akan rasmikan Jambori Amal 26 Julai ini

Roy Rasul Thu Jul 24, 08 5:04:30 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan merasmikan Jambori Amal ke-8 peringkat negeri Selangor pada 26 Julai ini.
Jambori tersebut diadakan selama tiga hari bermula 25 Julai hingga 27 Julai ini dan ia akan diadakan di Pantai Kelanang Morib.
Pengarah Amal Selangor Aszmi Anuar, berkata, kira-kira 600 ahlinya akan menyertai jambori tersebut dan pendaftaran bermula pada petang 25 Julai ini.
Katanya, turut hadir pada perasmian itu nanti ialah Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali; Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Mukhyi Solehin dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus.
Katanya, jambori tersebut yang terbuka kepada orang ramai akan dipenuhi dengan pelbagai program menarik dan terbuka kepada orang ramai
Antaranya program yang dirancang ialah gotong royong perdana, sukan dan pertandingan nasyid, katanya.
"Saya rasa tahun ini lebih meriah kerana selain gotong royong membersihkan masjid, surau dan tanah perkuburan di sekitar kawawan tersebut kami juga mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan yang disertai ahli yang hadir dan turut mengambil bahagian bersama kami ialah pasukan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuala Langat," katanya./wann

Pendirian PAS: Isu Bahasa Jalan di Pulau Pinang

PAS membantah penamaan jalan dengan pelbagai bahasa di Georgetown seperti mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.Pengerusi perpaduan nasional PAS Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan usaha exco kerajaan tempatan negeri Chow Kon Yeow "menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia" dan boleh "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan"."Walaupun niat untuk mempromosikan warisan sejarah nama tersebut bersesuaian dengan ciri-ciri budaya di kawasan itu, namun kegunaan bahasa lain daripada bahasa kebangsaan akan menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia," kata Dr Mujahid."Saya menyeru kepada pihak berkuasa tempatan menolak keputusan ini bagi memartabatkan bahasa kebangsaan dan mendesak kerajaan Pulau Pinang membatalkan hasrat untuk menulis dalam bahasa lain daripada bahasa kebangsaan."Dr Mujahid, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, menyifatkan keputusan menambah bahasa-bahasa Cina, Inggeris dan Tamil di papan-papan tanda jalan dan bangunan di bandar raya itu "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan"."Lagipun sejarah budaya pada sesuatu tempat telah diserapkan dalam budaya kita dan nama yang digunakan walaupun dari perkataan dari bahasa lain, ia tetap menjadi sebahagian daripada bahasa kebangsaan. "Oleh itu tidak perlu untuk menuliskannya dalam bahasa selain yang diterima pakai oleh bahasa kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Chow semalam dilaporkan berkata kerajaan negeri, yang dipimpin oleh DAP dan PKR, bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan, selepas mendapat desakan Gerakan awal minggu ini.Mengulas kontroversi panas isu dialog sulit PAS-Umno seperti didedahkan oleh perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Mujahid menyalah presiden Umno kerana "membocorkan maklumat" kepada media. "Muzakarah Umno-PAS peluang terbaik Abdullah untuk dilihat ‘bersinar’ sedikit dalam kesuraman politiknya. "Abdullah juga dilihat terdesak untuk manipulasi isu muzakarah Umno-PAS dengan ‘membocorkan’ maklumat-maklumat pertemuan seolah-olah hubungan telah sampai ke tahap yang serius antara kedua-dua parti, sedangkan pertemuan antara parti-parti politik adalah perkara lumrah," katanya. Tambahnya, DAP bertemu dengan perdana menteri untuk kepentingan Pulalu Pinang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Abdullah dalam kemelutnya didakwa meliwat, "maka apa istimewanya PAS bertemu dengan Abdullah?" "Melainkan ia disensasikan untuk kepentingan survival Abdullah," kata Dr Mujahid. "Soal muzakarah tidak pernah timbul pun, ia hanya manipulasi perkataan supaya ahli PAS menjadi keliru, yang berlaku hanyalah pertemuan biasa (muqabalah) yang menjadi hak PAS untuk berjumpa dengan sesiapa yang dirasakan perlu. "Apa yang dikesali ialah sikap Umno yang menangguk di air keruh dalam niat ikhlas PAS untuk bertemu dan mengemukakan hal-hal untuk kepentingan nasional."

Rice menggesa Malaysia telus

KUALA LUMPUR: Dalam perkembangan yang kemungkinan menyinggung Malaysia sekali lagi, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice hari ini menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan meliwat, yang kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 10 tahun."Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik," kata Rice yang berada di Singapura untuk menghadiri persidangan keselamatan serantau sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN."Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini," kata beliau hari ini.Beliau yang dipetik AP menambah, AS sentiasa bercakap mengenai hak asasi manusia dan politik tetapi dilakukan dalam semangat menghormati Malaysia.
Dalam ulasannya itu Rice menolak pendirian tegas Malaysia bahawa kes Anwar adalah isu dalaman negara ini."Amerika Syarikat tidak menganggap ini sebagai hal ehwal dalaman apabila keadaan seperti ini muncul, tetapi kami akan terus bekerjasama dengan Malaysia," katanya.
Ia merupakan respons Rice yang pertama sejak Malaysia mengemukakn nota bantahan kepada AS awal bulan ini ekoran campur tangannya dalam isu terbaru Anwar ini.
Pada 4 Julai lalu, Rais berkata,Kementerian Luar telah menghantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat.Menurut Rais, surat yang dikeluarkan oleh Wisma Putra itu telah dihantar kepada Rice.Surat tersebut dihantar bagi menyatakan rasa dukacita Kuala Lumpur berhubung kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Tom Casey mengenai dakwaan liwat ke atas Anwar.
Kelmarin Anwar telah memberi taklimat kepada 38 orang duta asing berhubung dakwaannya bahawa kerajaan Malaysia mahu mengekang penglibatannya dalam politik.Semalam laporan Bernama yang memetik Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, AS bersetuju dengan pandangan Malaysia berkenaan kedaulatan undang-undang."Sewaktu mesyuarat dengan Amerika Syarikat hari ini, Malaysia membangkitkan fakta bahawa kami mengiktiraf peranan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia dan kami menghargai apa yang diberikan dari segi bantuan, dan apa yang bermakna kepada kebebasan, persamaan, demokrasi dan sebagainya."Bagaimanapun kami menekankan kepada kedaulatan undang-undang - sistem di setiap negara yang perlu dihormati. Ini kami nyatakan dengan jelas kepada Setiausaha Negara Amerika (Dr Condoleeza) Rice dan beliau memberi maklum balas dengan berkata itu adalah hak setiap negara dan demokrasi mestilah dilihat dilaksanakan berdasarkan hak sesebuah negara," katanya.

Khamis, 24 Julai 2008

Sakitnya masyarakat kini
















Mengkuti perkembangan semasa melalui berbagai media dewasa ini membuatkan suasana semakin menakutkan. Apalah yang terjadi pada masyarakat kita kini, kes menjadi perantara pelacur belum habis lagi, diiringi dengan kes membunuh diri disebabkan stress dengan kepincangan hidup, menembak orang dengan brutal sekali didepan keluarga mangsa, merogol dan membunuh dengan kejam anak jiran yang baru berusia 5 tahun...dan bermacam-macam lagi. Ini belum lagi dikira dengan kes mencuri, dari besi penutup jamban,besi penutup longkang, besi divider jalan, besi menara TNB, besi tiang TMB dan macam-macam lagi. Bila menyebut tentang besi penutup longkang, teringat besi penutip longkang depan rumah saya sendiri. Buka pintu pagar rumah, nasib baik tak terjerumus ke dalam longkang yang dalam tu, rupa-rupanya besinya dah hilang. Bukan saja depan rumah saya, saya dapati mereka sapu (kalau ramai), habis di kesemua penutup longkang sekitar kejiranan saya. Bagi kes begini kepada siapa penduduk perlu mengadu?, ADUN?, MPKj, Polis?....mungkin tuan/puan ada cadangan.

Harakahdaily:Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah - Mursyidul Am

Lanjusoh & Salmah Mat Husain Wed Jul 23, 08 8:19:30 pm MYT
KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah). "Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.
"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.
Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.
Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud.
Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.
Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).
Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.
Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.
Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.
"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.
"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya.
Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.
Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.
Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.
Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.
"Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.
"Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa," katanya.
Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.
Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.
"Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya.
Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.
Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.
"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya. - mj/mks.

Rabu, 23 Julai 2008

Beradu kekuatan antara kerajaan Terengganu dengan Menteri pusat


Kerajaan Terengganu akan terus guna Mercedes
23/07/2008 3:02pm

KUALA LUMPUR 23 Julai – Kerajaan Terengganu akan terus menggunakan kenderaan Mercedes sebagai kereta rasmi menggantikan Perdana V6 Executive kerana tindakan itu sejajar dengan kandungan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, jika kerajaan beranggapan langkah itu tidak tepat, maka pekeliling berkenaan juga perlu ditarik balik dengan segera.
Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD).
Penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.
Kerajaan Terengganu baru-baru ini telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Kerajaan Terengganu tetap perlu beli kereta nasional - Shahrir
23/07/2008 7:13pm

PUTRAJAYA 23 Julai — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kerajaan Terengganu tetap perlu membeli kereta nasional dan bukannya Mercedes Benz yang dipasang dalam negara untuk anggota pentadbirannya.
Beliau berkata kerajaan Terengganu telah tersilap tafsir maksud kenderaan yang dipasang dalam negara mengikut Arahan Penbendaharaan kerana ia tidak melibatkan kereta tetapi hanya melibatkan kenderaan lain termasuk jip dan pacuan empat roda.
“Kadangkala ada keperluan kenderaan seperti pacuan empat roda untuk jabatan kerajaan. Jabatan kerajaan juga ada guna jip, jika nak beli jip bukan yang diimport tetapi yang dipasang di sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bahawa kerajaan negeri akan menggunakan kereta jenis Mercedes Benz sebagai kereta rasmi menggantikan Perdana V6 Executive kerana ia tidak melanggar Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan.
Shahrir berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet hari ini dan perbincangan berasaskan kepada Arahan Perbendaharaan itu.
“Memang dari segi kerajaan adanya Arahan Perbendaharaan yang membolehkan membeli kenderaan yang dipasang dalam negara tetapi bagi anggota pentadbiran, ianya khusus kepada kenderaan Proton Perdana Executive. Mungkin itu yang jadi salah faham.
“Mereka mungkin tak baca untuk anggota pentadbiran, maknanya menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, setiausaha politik dan juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang perlu pakai Proton Perdana, bukan terbuka kepada kenderaan yang dipasang di dalam negara,” katanya.
Shahrir berkata tiada keputusan baru dibuat berhubung perkara itu.
“Keputusan sudahpun dibuat bahawa sebenarnya sudah ada Arahan Perbendaharan menyatakan bahawa untuk kegunaan anggota pentadbiran iaitu termasuk ahli majlis mesyuarat kerajaan, digunakan Proton Perdana Executive,” katanya.
Beliau berkata jikapun ada masalah mengenai kereta Proton, maka kerajaan negeri perlu memberi input kepada Proton untuk meningkatkan kualiti produknya. — BERNAMA

Laporan terkini MStar: Notis Karpal panggil lima saksi termasuk Bala, Najib ditolak

(Mutakhir) SHAH ALAM23-07-2008 01:26:54 PM
Mahkamah Tingga Shah Alam menolak permohonan peguam Karpal Singh untuk memanggil semula penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam (gambar) bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia itu selain meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta tiga yang lain menjadi saksi dalam kes berprofil tinggi itu. Notis usul itu didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin pagi ini sebelum mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak di akhir kes pendakwaan.Kelmarin Karpal selaku peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya Shaariibuu (gambar) memfailkan notis usul tersebut.Di dalam notis usul itu, Karpal memohon mahkamah menggunakan peruntukan Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi memanggil semula Balasubramaniam yang merupakan saksi pertama pendakwaan untuk memberi keterangan.Karpal Singh juga memohon mahkamah mengguna pakai seksyen yang sama untuk memerintahkan Najib, pegawai polis DSP Musa Safri, dan Ketua Bahagian Jenayah balai polis Brickfields DSP Idris, serta peguam Dhiren Rene Norendra menjadi saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.Selain itu Karpal Singh juga memohon satu perintah untuk menangguhkan semua prosiding kes perbicaraan Altantuya pada Rabu ini sementara menunggu keputusan permohonan beliau.Dalam notis usul itu Karpal mempertikaikan keterangan Balasubramaniam dalam perbicaraan kes bunuh tersebut sebelum ini, kerana Balasubramaniam membuat Akuan Berkanun pada 1 Julai lepas yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri serta tiga individu berkenaan.Bagaimanapun Karpal mendakwa melalui satu lagi Akuan Berkanun bertarikh 4 Julai, Balasubramaniam menarik balik keseluruhan kandungan akuan kanun yang pertama itu dengan alasan bahawa beliau dipaksa mengikrarkan akuan berkanun pertama.Kata Karpal, adalah amat penting untuk mahkamah menentukan sama ada kenyataan di dalam akuan berkanun pertama itu benar dan sekiranya benar, mahkamah perlu memanggil semula Balasubramaniam dan memerintahkan Najib untuk memberi keterangan bagi memberi keputusan yang adil dalam kes itu.Pada 23 Jun lepas, pihak pendakwaan telah menutup kes bunuh wanita Mongolia itu setelah memanggil seramai 84 saksi termasuk Balasubramaniam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang memakan masa selama 124 hari.Mohd Zaki menetapkan perbicaraan disambung semula hari ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan.Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian hingga ke peringkat antarabangsa itu melibatkan Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, yang dituduh membunuh Altantuya, 28, antara 10 malam, 19 Okt 2006 dan 1 pagi keesokannya, di satu kawasan di Bukit Raja dekat sini.Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, pula dituduh bersubahat dengan mereka. Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Kelantan memulakan pendaftaran SAR dengan Kementerian Pelajaran

KOTA BHARU: Kerajaan PAS negeri Kelantan menjangka semua 66 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu akan didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam tempoh selewat-lewatnya lima tahun.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri akan terlebih dulu menilai sekiranya langkah pendaftaran 20 buah SAR yang akan dibuat dalam masa terdekat, mampu memberi kesan positif kepada kedua-dua pihak. Katanya kerajaan negeri akan mendaftar 20 buah SAR dengan Kementerian Pelajaran dalam satu majlis yang akan diadakan pada 12 0gos ini dengan disaksikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.“Untuk tidak membebankan kementerian, kami tidak tetapkan tempoh masa untuk mendaftar sekolah yang selebihnya, kami serahkan kepada mereka.
“Tapi kami harap (kementerian) tak ambil masa lama sangat untuk melaksanakan janji mereka, dalam empat hingga lima tahun boleh buktikan pendaftaran SAR beri kesan positif,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Nik Abdul Aziz, di sini hari ini

Tawaran mencari kerja


Satu inisiatif yang membanggakan telah dilakukan oleh DUN Bangi , yang tidak pernah dilakukan sebelum ini iaitu mencarikan pekerjaan kepada warga DUN Bangi. Inisiatif ini memberi peluang dan kemudahan kepada mereka yang sedang pening lalat dalam menjawat sebarang jawatan bagi menyara kehidupan seharian. Tepat pada masanya, tindakan ADUN Bangi ini patut dipuji yang mana memang sedang menterjemah secara praktikal janji Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang lalu iaitu negeri BERKEBAJIKAN. Kalau mampu kerajaan negeri berhasrat menjadikan Selangor sebagai penganggur sifar yang berbeza dengan motto kerajaan Selangor yang lalu "Pembangkang Sifar"

Datuk Fauzi sertai PKR

PETALING JAYA, 21 Jun (SK)- KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengumumkan penyertaan seorang bekas Timbalan Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman ke dalam KeADILan.
Fauzi adalah Bekas Timbalan Menteri Penerangan, Ahli Parlimen Kuantan serta jawatan terakhir beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah.
Beliau melepaskan jawatan sebagai Adun pada bulan Mac, 2001 setelah membuat satu laporan polis terhadap Setiausaha Agong Umno ketika itu Tan Sri Khalil Yaakob, kerana mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara ketika menjawat Menteri Besar Pahang antara 1986 hingga 1999.

Pukulan KO untuk kereta Proton Perdana V6

Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6
Oleh NOR AZIAH JAAFAR, KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.
Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.
“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive.
“Sekiranya diperlukan, kerajaan negeri sedia mengemukakan bukti terperinci kos penyenggaraan dan kerosakan sejak mula Proton Perdana V6 Executive digunakan sebagai kereta rasmi,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah memberitahu Utusan Malaysia, semua kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu dibeli terus daripada syarikat pengedar kereta Edaran Otomobil Nasional (EON).
“Penyenggaraan kereta-kereta itu terbuka untuk dilakukan di mana-mana bengkel kerana tidak semua daerah di Terengganu mempunyai pusat servis Proton,” katanya.
Menurut kenyataan pejabat Menteri Besar, pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 sedia ada selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).
Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD). Kenyataan itu menyebut, penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.
Kerajaan negeri baru-baru ini telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.
Pembelian itu dipertahankan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang menjadikan kualiti kereta keluaran Proton sebagai alasan pembelian tersebut.
Kereta-kereta Mercedes itu bakal digunakan oleh Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan kerajaan negeri.
Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli pada harga RM245,000 yang dikatakan lebih murah daripada harga pasaran, namun banyak pihak mengecam kerajaan Terengganu yang membuat pembelian berkenaan kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan Pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.
“Pembelian kereta Mercedes ini adalah telus serta wajar dan tidak sekali-kali menggunakan wang royalti minyak. Kewajaran pembeliannya adalah berdasarkan kelasakan serta kos penyenggaraan yang rendah,” ujar kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor.
Keselamatan, katanya, merupakan perkara yang penting memandangkan Exco dan pegawai kanan yang menggunakan kereta itu merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan negeri yang keselamatan mereka perlu diutamakan.
“Menteri Besar sendiri masih menggunakan kereta Mercedes sedia ada bernombor pendaftaran TAR 567 yang berusia 18 tahun,” tambah kenyataan itu.
Selain itu, kerajaan negeri juga membuat keputusan pembelian itu dengan mengambil kira kenaikan harga minyak petrol dan nilai terpakai yang tinggi dalam pembelian kereta berkenaan

Isnin, 21 Julai 2008

Bapa Mohd. Saiful menuduh Anwar berdolak-dalik isu liwat

Utusan Malaysia online 21/07/2008 9:12pm
KUALA LUMPUR 21 Julai — Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil sikap “berani kerana benar” sepertimana yang diamalkan oleh anaknya itu apabila membuat laporan polis bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah meliwatnya.
Katanya, Anwar sepatutnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk membuat siasatan dakwaan liwat itu dan bukannya memberikan pelbagai alasan dan berdolak-dalik.
“Anak saya mengambil sikap berani kerana benar dan beliau tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis,” katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh peguam Mohd. Saiful, Zamri Idrus di sini hari ini.
Mengakui sedih dengan apa yang berlaku terhadap Mohd. Saiful, 23, Azlan berkata, anaknya itu berkali-kali memaklumkan kepada beliau sekeluarga bahawa tindakannya membuat laporan polis itu semata-mata kerana kebenaran.
Azlan juga berkata, anaknya itu juga sanggup untuk bersumpah di masjid mengikut cara Islam dengan disaksikan para ulama demi untuk menegakkan kebenaran bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar, 61.
Beliau berkata, langkah mengangkat sumpah itu boleh dibuat bila-bila masa sahaja tetapi sebaiknya biarlah selepas polis selesai membuat siasatan.
“Yang terpenting, saya dan keluarga saya memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin,” katanya.
Mohd.Saiful pada 28 Jun lepas membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya pada 26 Jun di Kondominium Desa Damansara, di sini.
Anwar yang menafikan tuduhan itu telah memfailkan saman terhadap bekas pelajar Universti Tenaga Nasional itu pada 30 Jun lepas.
Sementara itu, Zamri berkata, bapa Mohd. Saiful berpuas hati dengan penyiasatan polis tetapi kecewa dengan tindakan Anwar yang didakwa enggan memberikan kerjasama dengan memberikan pelbagai alasan.
Zamri juga berkata, beliau telah melihat salinan laporan polis Mohd Saiful terhadap Anwar.
“Saya tidak tahu mengenai Anwar (yang mendakwa tidak diberikan salinan laporan polis Mohd Saiful terhadapnya).
“Polis mungkin mempunyai alasan mereka. (Tetapi) Saya telah melihatnya,” kata Zamri.
Peguam itu berkata, beliau mewakili Mohd. Saiful dalam saman sivil yang dikemukakan oleh Anwar terhadap Mohd. Saiful.
“Tujuan Mohd. Saiful melantik saya sebagai peguamnya ialah untuk mewakili Mohd. Saiful dalam saman sivil. Anda semua tahu yang Datuk Seri Anwar memfailkan saman sivil (terhadap Mohd. Saiful).
“Saman sivil itu akan diserahkan kepada Mohd. Saiful, lambat laun. Jadi, saya mewakilinya dalam saman sivil. Dan juga jika ada perbicaraan jenayah, saya akan bertindak sebagai peguam pemerhati,” katanya.— BERNAMA

Mursyidul Am tidak mahu sejarah hitam berulang kembali

Salmah Mat Husain Mon Jul 21, 08 7:19:24 pm MYT
KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) PAS dibimbangi akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga.
Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.
PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti. Itu perangkap namanya,? katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim petang ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan muzakarah bersama PAS sudah tiga kali diadakan bagi membincangkan beberapa isu berkaitan agama dan orang Melayu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini menegaskan muzakarah yang dicadangkan perlu bersyarat di mana Umno perlu meminta maaf secara terbuka kepada PAS terhadap banyak kesalahan yang dilakukan sebelum ini. Beliau berkata, PAS tidak akan menerima nasib buruk diperangkap Umno kali kedua, cukup hanya sekali.
Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita. Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia.. sepatutnya begitu,? ujarnya. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan meminta anggota parti menyoal diri masing-masing sama ada mereka ingin menjaga parti atau Islam.
Katanya, sekiranya hanya untuk menjaga parti, ia bukan hala tuju perjuangan parti yang sebenarnya. Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno. Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerja sama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata,? ujarnya.
Katanya, soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin Umno. Ditanya isu muzakarah sengaja diperbesarkan media, beliau berkata, ia sudah menjadi agenda media untuk melariskan jualan. Itu kerja orang surat khabar, dia akan berbuat sesuatu untuk melariskan akhbar masing-masing, itu jelas. Jadi untuk melebarkan perjuangan PAS hanya melalui ceramah dan internet. Apa yang menjadi isu di media sekarang kerana mereka mempunyai agenda sendiri, sebab semua suratkhabar harian proUmno belaka,? ujarnya. Beliau juga turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu muzakarah.
Katanya kewujudan berbezaan pandangan tidak bererti parti itu mengalami masalah kepemimpinan. Sehingga hari ini ia tidak menjadi masalah, sebab kita hidup tidak boleh senyap, banyak mana yang kita nak luah, kita luahkan, kemudian kita dengar balik.
Sekarang masing-masing sudah meluahkan pandangan, jadi terpulang kepada penyokong untuk membuat penilaian,? ujarnya. Beliau juga berkata, biar pun sudah ada pertemuan pemimpin PAS dengan Presiden Umno, ia tidak bererti sudah ada persefahaman antara kedua-dua parti tersebut. Ditanya adakah beliau kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi parti Umno beliau berkata, tidak juga. Benda atas dunia ni begitulah, masalah perkara biasa berlaku seperti dalam rumah tangga antara suami isteri, kesilapan dilakukan suami adakalanya tidak disedari. Saya setuju benar biar Umno jadi pembangkang bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh negara termasuk di peringkat pusat,ujarnya. Beliau juga meminta ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat bertenang dalam menghadapi situasi sekarang serta tidak mudah termakan taktik yang dimainkan musuh. Mursyidul Am juga berharap perwakilan membahaskan isu tersebut di Muktamar PAS di Ipoh Ogos depan. - mj

Ahad, 20 Julai 2008

Menjengok blog Prof Dr. Hamirdin

Sudah lama Prof Hamirdin "pause" penulisan kerana menunaikan umrah dan kini kembali bersemarak dengan kupasan-kupasan menarik. (kalau nak tahu jengoklah selalu http://hamirdin.blogspot.com). Saya dapati Prof Hamirdin memang mempunyai ramai peminat, apa tidaknya belum pun setahun jagung telah mencecah hit menghampiri 10K. Tahniah prof, saya pun tumpang berbangga sebagai salah seorang yang mengkagumi analisis beliau sejak mulai mengenali Dr Hamirdin. Berikut saya capture sedikit tulisan beliau yang terbaru mengenai Mercedes di Terengganu. SELAMAT MEMBACA

Sunday, July 20, 2008

KALAU TERENGGANU, MESTI MERCEDES LA
Assalamualaikum,
Hari ini kita baca berita mengatakan Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM3.43 juta bagi membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri.Kereta berkenaan yang dibeli dengan harga tanpa cukai RM245,000 sebuah adalah bagi kegunaan 10 orang Exco kerajaan negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan.Beberapa ahli Exco kerajaan negeri serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong dilihat menggunakan kenderaan berkenaan pada majlis-majlis rasmi yang dihadiri mereka hari ini.
Kalau lah PR yang melakukan pembelian ini, maka UMNO/BN dan media perdana akan berkurun kurun menghentam tindakan ini, tetapi kalau puak mereka yang buat, apa reaksi mereka? mundane? lame duck?
Tetapi bagi orang UMNO Terengganu, Mercedes tu perkara biasa. Kalau tok penghulu cabok pun pakai mercedes, tak kan lah exco nak pakai Perdana pula.
Posted by Hamirdin b Ithnin at

Mesyuarat Umno cawangan terpaksa dibatal

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Umno cawangan Taman Setapak Indah Fasa Satu, bahagian Wangsa Maju, yang dijadualkan berlangsung di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat semalam, terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum.Ketua Umno cawangan merangkap pemangku Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Mejar (K) Datuk Zainal Nazeri Zainuddin, berkata mesyuarat kali kelima itu sepatutnya bermula semalam selepas perasmian serentak mesyuarat Umno cawangan Wilayah Persekutuan minggu lalu.Bagaimanapun, mesyuarat itu dibatalkan kerana kehadiran anggota tidak memenuhi korum, iaitu 25 peratus daripada jumlah seluruh keahlian.Yang hadir ialah 68 anggota daripada 71 yang ditetapkan.
“Kita akan menunda mesyuarat itu ke tarikh lain, sejajar dengan peraturan Majlis Tertinggi Umno yang tidak membenarkan mesyuarat dijalankan jika korum tidak mencukupi,” katanya.
Umno cawangan itu mempunyai 281 anggota yang berbayar, selain satu daripada 40 cawangan dalam bahagian itu.Sebanyak 571 cawangan Umno di Wilayah Persekutuan mula mengadakan mesyuarat pemilihan masing-masing mulai 17 Julai hingga 24 Ogos ini. — Bernama

Sabtu, 19 Julai 2008

Petikan Berita BBC London: Anwar challenges sodomy accuser

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has asked an Islamic court to investigate a former aide, who accuses him of sodomy, for alleged slander. Under Islamic law, anyone making accusations of a sexual crime, such as sodomy, has to produce four witnesses to back up their claim. Mr Anwar says the sodomy allegation is a "conspiracy" by the authorities aimed at ending his political comeback. The government in Kuala Lumpur denies any involvement. If Mr Anwar's male accuser is found guilty of making a false allegation, he could be jailed for up to three years and fined. Mr Anwar, a former deputy prime minister, is being investigated by police over the sodomy claims - a crime punishable by up to 20 years in prison in predominantly Muslim Malaysia. He was jailed for six years after allegations of sodomy and corruption emerged in 1998. That sodomy charge was later overturned.
On Wednesday, Mr Anwar submitted a complaint against his 23-year-old accuser at the Federal Territory Religious Department in Kuala Lumpur. The truth will prevail. Falsehood will surely be exposed Mr Anwar's accuser "This slander is a major issue particularly because it involves a sexual crime, and the attempt is, of course, to mislead the Muslim population to attack me and my character," Mr Anwar told reporters. "It's demeaning to me and my family," he said. Under Islamic law, anyone who alleges unlawful sex must produce four credible male witnesses to back their claim, Mr Anwar's lawyer said. "Otherwise, they cannot allege. It's a very serious allegation," lawyer Ainiah Kamaruzaman said. Mr Anwar has also filed a defamation suit at a civil court.
On Monday, Mr Anwar's accuser, who has been under police protection since he made the claim in June, made his first public comments on the sodomy case. "The truth will prevail. Falsehood will surely be exposed," the accuser was quoting as writing in an e-mail by the Star newspaper. Malaysia has a dual court system. Islamic courts consider civil matters relating to Islam, while civil courts decide issues not related to the religion. 1998 trial Mr Anwar had appeared a spent political force before his three-party opposition alliance made a strong showing in March polls.
Once the deputy and presumed successor to former Prime Minister Mahathir Mohamad, Mr Anwar was sacked to face charges of sexual misconduct in 1998 and went on to serve six years in jail for sodomy and corruption. The sodomy count was later overturned, and a ban on public office relating to the corruption conviction expired in April. Mr Anwar has filed complaints against police chief Musa Hassan and attorney general Abdul Gani Patail over his sodomy trial in 1998. He accuses the two men - then respectively the police investigating officer and prosecutor - of faking evidence against him.

DUNIA: Yusof Islam menang saman terhadap media

LONDON - Penyanyi terkenal Britain yang kini telah memeluk agama Islam, Yusuf Islam (gambar) semalam menerima bayaran ganti rugi dan permohonan maaf dari sebuah agensi berita. Agensi berita tersebut, World Entertainment News Network melaporkan Yusuf enggan bercakap dengan wanita yang tidak memakai tudung dalam satu majlis anugerah. Seorang peguam Yusuf, Adam Tudor memberitahu mahkamah Tinggi London bahawa cerita itu disiarkan pada Mac tahun lalu dan digunakan oleh sebuah laman web yang dilayari oleh 2.2 juta pengguna internet sebulan.
"Artikel itu menggambarkan Yusuf adalah seorang yang berfikiran sempit kerana dia enggan bercakap atau menegur wanita yang tidak bertudung," katanya. Yusuf atau namanya ketika bergelar penyanyi rock, Cat Stevan terkenal dengan lagu Catch Bull at Four dan albumnya dijual melebihi 60 juta unit di seluruh dunia.

Jumaat, 18 Julai 2008

Pelik bin Ajaib (petikan beberapa bloger), betul ke?

1) DSAI ditangkap cara komando kerana berdasarkan aduan saiful, saiful bebas
2) Raja Petra Kamarudin ditangkap kerana membuat aduan berkenaan isteri TPM, isteri TPM bebas.
3) Umur DSAI melebihi 60 tahun, menanggung kesakitan tulang belakang, dan tidak selesa, didakwa melakukan liwat berkali-kali terhadap seorang pemuda gagah perkasa, tinggi lampai berumur 20an, yang kalau dia jentik pun DSAI jatuh.
4) Debat sepatutnya berkisar kepada "wajarkah penurunan harga minyak", mendapati DSC hanya asyik menyerang peribadi DSAI, lari tajuk.
5) Seorang TNC sebuah U yang didakwa hebat, bila diberi peluang menyoal DSAI ketika debat tidak mampu menafaatkan peluang menyoal DSAI secara tepat dan jitu, bahkan memuntahkan soalan hampeh yang dengan mudah dipatahkan oleh DSAI.
6) Penyokong DSC bersorak riang bersetuju jika minyak tidak diturunkan, dia bawa kereta tak pakai minyak ke?.

Selasa, 15 Julai 2008

Ahmad Shabery Perjelas Kenapa RTM Tak Siarkan Secara Langsung Debat Beliau Dengan Anwar Hari ini

KUANTAN, 14 Julai (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata beliau bersetuju supaya debat beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok mengenai isu kenaikan harga minyak disiarkan secara langsung supaya tidak timbul tanggapan kononnya program itu ditokok tambah atau disunting.Namun, katanya, siaran langsung itu tidak disiarkan oleh RTM tetapi oleh Bernama TV, Astro Awani dan TV9, kerana beliau berpegang kepada amalan tidak mahu menggunakan RTM untuk sebarang wawancara rasmi melibatkan beliau.Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Kompleks Penyiaran dan Auditorium RTM Pahang yang disempurnakan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini, Ahmad Shabery berkata beliau juga bersetuju dengan siaran langsung itu kerana ia mempunyai nilai berita dan bukannya untuk beliau mendapatkan populariti."Jangan jadikan saya orang ketiga (terpenting mendapat liputan selepas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri)," katanya ketika diminta mengulas mengenai debat yang bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu yang dijangka bermula pada 9 malam di Dewan Bahasa Dan Pustaka.Anwar dilaporkan pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak sebaik sahaja sekiranya pembangkang berkuasa, dengan berkata : "Jika Pakatan Rakyat mengambil alih memerintah Malaysia, maka harga minyak akan turun serta merta esoknya."Ahmad Shabery berkata debat itu akan membolehkan beliau selaku Menteri Penerangan menjelaskan mengenai alasan kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini ekoran kenaikan mendadak harga minyak mentah di pasaran dunia."Kalau Menteri Penerangan tidak boleh menerangkan dasar kerajaan, siapa lagi? Sebab itu, saya beritahu Perdana Menteri, kalau sya tidak berupaya menerangkan isu ini, saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk mencari Menteri Penerangan yang lain," katanya.Ahmad Shabery berkata beliau yakin rakyat akan dapat menilai secara rasional tindakan kerajaan menaikkan harga minyak."Rakyat boleh menilai sendiri perkara itu, dan perkara ini (debat) boleh jadi trend negara kita, kalau kita ada perbezaan pendapat, kita berdebat, ini adalah lebih baik daripada membuat demonstrasi, mengganggu ketenteraman awam, buat konsert tak senonoh," katanya.-- BERNAMA

Bernama: Anggota Parlimen Kesal Seorang Menteri JPM Sering Tidak Hadir Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Seorang anggota Parlimen hari ini mempertikaikan mengenai ketidakhadiran seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat.Datuk Paduka Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas) yang bangkit selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Amirsham A. Aziz selesai menggulung perbahasan, menyatakan kesal kerana menteri itu, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga portfolio undang-undang kerap tidak hadir untuk menjawab soalan dan mendengar pandangan anggota Parlimen."Menteri kena hadir dan jawab...sudahlah dia tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum lepas, jika dia tidak jawab menunjukkan kredibiliti kerajaan menurun," katanya.Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau ada menerima notis daripada Zaid yang memaklumkan bahawa beliau kini berada di luar negara.Jawapan Dr Wan Junaidi itu, bagaimanapun tidak diterima Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang turut kecewa kerana suara Ahli Yang Berhormat amat penting untuk menteri mengambil sesuatu tindakan.Terdahulu, tiga menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggulung usul itu dengan menghantar jawapan bertulis kepada para anggota Parlimen manakala Amirsham menggulung perbahasan itu di dewan.Dr Wan Junaidi kemudian meluluskan usul Kajian Separuh Penggal RMK-9. Persidangan Dewan Rakyat disambung esok.-- BERNAMA

Isnin, 14 Julai 2008

Hentikan pembohongan

KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta pihak tertentu supaya menghentikan pembohongan demi pembohongan yang dicipta untuk memburukkan namanya.“Hentikan pembohongan yang tidak berfaedah ini. Malah satu perintah mahkamah telah dikeluarkan untuk menghalang saya dari berada di Parlimen dan sekitarnya,” katanya.
Beliau berkata, aparat-aparat penguasa mengambarkan dirinya seolah-olah pengacau ketenteraman sedangkan yang menyusahkan rakyat ialah mereka yang takut akan bayang-bayang sendiri.
Dalam perkembangan yang sama, Anwar turut kesal bila diberitahu keadaan lalu lintas di sekitar ibu kota amat sesak berikutan tindakan pihak polis yang mengadakan sekatan jalan raya yang kononnya untuk menghalang perhimpunan di Parlimen.
“Kenyataan media yang diedarkan semalam jelas menyatakan bahawa saya dan Pakatan Rakyat tidak terlibat dalam mengadakan sebarang perhimpunan di Parlimen dan sekitarnya.” tegasnya lagi sebagai mengulas dakwaan beliau dikaitkan sebagai individu yang akan memobilisasikan perhimpunan tersebut

Presiden PAS di IJN, kini stabil dan ceria

M Khaleel Kas Sun Jul 13, 08 9:16:39 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi setelah mengadu tidak sihat. -->
Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir,keadaan Ustaz Hadi tidak perlu dibimbangkan.
"Setelah menjalani pemeriksaan beliau dinasihatkan berehat dan kini ditempatkan di wad di hospital berkenaan. Keadaan beliau bagaimanapun stabil dan ceria,"jelas Roslan dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Dalam pada itu, beliau menyeru kepada seluruh ahli dan para pendukung PAS dipohon agar mendoakan kesihatan beliau.
"Semoga Allah SWT memberikan beliau kekuatan untuk terus memimpin parti dan ummah,"ujarnya.