Kawan-kawan setia

Ahad, 31 Ogos 2008

Tahniah, Azhan Atan menjuarai akademi Nasyid

Sebagaimana yang diwar-warkan akhirnya dalam peringkat akhir yang diadakan malam tadi Azhan Atan telah menjuarai pertandingan Akademi Nasyid tersebut. Beliau mengalahkan 5 peserta yang lain dan menggondol hadiah berupa wang tunai RM 100,000. Beliau yang bekerja sebagai Tukang urut Reflaksi dan dalam PAS memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Tg Piai, Johor.

Tanda-tanda kiamat:Remaja upah gangster bunuh ibu


Rasulullah ditanya, siapakah yang wajib ditaati selepas Allah?, pantas baginda menjawab IBU sehingga 3 kali ditanya dengan jawapan sama iaitu IBU, hanya yang ke empat baru baginda menjawab AYAH. Betapa besar kuasa ibu, wajib ditaati dan tidak akan mendapat redha Allah selama-lamanya andainya tanpa keredhaan ibu. Rasulullah memerintahkan salah seorang sahabat dibakar hidup-hidup jika sebelum matinya tidakmendapat keredhaan IBU. Namun di HELSINKI – Sebuah mahkamah di Finland kelmarin menjatuhi hukuman pemerhatian polis selama lima tahun terhadap seorang remaja perempuan kerana mengupah gangster untuk membunuh ibunya sendiri. Ramaja berkenaan Elina Mikkola, 16, memberi bayaran AS$44,100 (RM149,631) kepada Teddy Kaksonen, 19 seorang gangster supaya membunuh ibunya sendiri serta memberi kunci serta melakar kedudukan apartmen ibunya. Allah Maha Pengasih, dengan izinNya wanita itu bagaimanapun terselamat setelah sempat meminta tolong. – Petikan AFP

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA

Seiring dengan lebih 50,000 warga kota berkumpul di Dataran Merdeka, malam tadi, bagi memeriahkan sambutan Ambang Merdeka termasuk menunggu detik simbolik ketibaan detik 12 tengah malam, PASBANGI juga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat HARI MERDEKA kepada semua rakyat Malaysia. Hargai nikmat kemerdekaan yang dikurniaan Allah kepada kita dengan mengadakan solat syukur, banyakkan membantu orang-orang kurang upaya dan jauhi maksiat yang boleh menyebabkan kemurkaanNya yang memungkinkan nikmat ini ditarik semula.

Laungan Merdeka sahaja tidak mencukupi, walaupun ianya perlu bagi menguatkan semngat kita mempertahankan negara yang kita cintai ini. Namun bersama pekikan MERDEKA kita hayati kemerdekaan dengan lebih patuh dan tunduk kepada Allah sebagai kemerdekaan sejati.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Tak ado kojo cari kojo

Kosmo: JOHOR BAHRU - Gara-gara memasukkan nat secara suka-suka pada kemaluan, seorang lelaki menanggung derita dan dikejarkan ke hospital setelah nat tersebut gagal dikeluarkan.
Mangsa berusia 20-an dipercayai melakukan perbuatan tersebut kira-kira pukul 2 pagi semalam.
Lelaki terbabit kemudiannya dipercayai tertidur dan apabila terjaga, dia mendapati kemaluannya sudah membengkak serta berusaha mengeluarkan nat setebal 1.5 senti- meter (sm) itu, tetapi gagal.
Dia kemudian mendapatkan rawatan tersebut di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini awal pagi semalam.
Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat bersama sebuah jentera dikejarkan ke HSA, tetapi gagal memberikan pertolongan termasuk memotong nat itu kerana dikhuatiri boleh mencederakan mangsa.
Kosmo! dimaklumkan, anggota Bomba dan Penyelamat telah meninggalkan hospital terbabit kira- kira pukul 7 malam semalam dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyela- mat Johor Bahru, Hamid Suari berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 2.30 petang semalam daripada pihak HSA mengenai kejadian yang menimpa lelaki berke- naan.
"Hasil perbincangan dengan pihak hospital, mereka akan berusaha untuk mengurangkan bengkak pada kemaluan mangsa.
"Sekiranya gagal, pihak hospital akan melakukan pembedahan dan mangsa perlu mendapatkan kebenaran daripada keluarganya.
"Bagaimanapun mangsa enggan berbuat demikian kerana malu," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.
Hingga pukul 9 malam tadi, nat tersebut belum lagi dikeluarkan.

10,000 tonton konsert Avril Lavigne

Malaysia Boleh, ungkapan keramat yang membolehkan Malaysia mengadakan apa saja, walaupun satu program lagho yang langsung tidak memberi faedah, bahkan dari pengalaman lalu pasti berlaku bermacam maksiat mengiringi konsert seperti ini. Penganjurnya memang tidak sensitif dengan majoriti rakyat Malaysia, timur, melayu, muslim, bahkan tetap berdegil walaupun banyak pihak cuba menghalang konsert ini yang secara sengaja dan maklum bahawa umat Islam sedang dalam persiapan menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Bahasa apa lagi yang perlu diucapkan kepada mereka ini, penganjur, pelulus dan penonton, mengundang dan merestui juga berhibur dengan seorang personaliti yang dimaklumi tidak berperibadi yang boleh dijadikan idola malah bercangggah sama sekali. Namun itulah dia berlangsung juga bahkan mendapat sambutan yang hebat sekali. Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia 08 ini telah berlangsung di Stadium Merdeka, malam tadi, yang diberitakan dibanjiri hampir 10,000 penonton terdiri dari penduduk negara ini juga negara jiran Singapura. Konsert yang hampir dibatalkan penganjurannya, ekoran sikap penganjur yang tidak prihatin apabila memilih tarikh konsert dua hari sebelum perayaan kemerdekaan yang ke-51 Ahad ini, dan tiga hari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan menyebabkan permit persembahan hampir tidak dikeluarkan.

Khamis, 28 Ogos 2008

Masih bermimpi di siang hari

Kenyataan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek semalam menyifatkan yang kemenangan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kelmarin tidak akan menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah seolah-olah masih bermimpi disiang hari. Mungkin juga cuba melindungi rasa resah BN dan UMNO dengan tsunami kedua ini yang rata-rata menjangkakan akan berlaku tsunami ketiga iaitu penghijrahan beramai-ramai AP BN ke PR menjelang 16 September. Apa lagi yang diharapkan dengan BN yang telah ditolak rakyat di semua negeri. Memetik ucapan DSC yang berkata tidak ada sebab bagi anggota BN untuk bersedih atau menganggap kemenangan yang sudah dijangka itu sebagai ‘kekalahan’ kepada BN kerana Anwar bertanding di kubu kuatnya.“Bagi PKR, pilihan raya ini (Permatang Pauh) ialah hidup mati mereka, bukan hidup mati Anwar sahaja tetapi hidup mati parti (PKR) dan juga Pakatan Rakyat.“Sedangkan bagi BN ini hanyalah satu kerusi yang bukannya kerusi BN tapi kerusi yang sudah dimiliki oleh PKR. Mungkin DSC terlupa yang tersirat atau tidak meneliti sejarah pilihanraya kecil di mana-mana sahaja. Adalah sesuatu yang luarbiasa, bukan biasa kalau Pembangkang memenangi pilihanraya kecil. Apalagi dengan majoriti yang begitu besar, melebihi majoriti dalam PRU12 dahulu walaupun rata-rata pemimpin BN cuba menafikan bahawa majoriti yang diperolehi oleh DS Anwar adalah satu majoriti yang besar.
Cuba kita amati petikan komen DSC. “Saya rasa kalau dilihat daripada hari penamaan calon dengan kehadiran penyokong dia (DS Anwar) 50,000...sepatutnya undi yang dia dapat pun 50,000 ataupun mendapat majoriti sekurang-kurangnya 20,000.“Tetapi dengan majoriti 15,000 perbezaannya adalah terlalu sedikit dengan apa yang diperoleh Azizah (isteri DS Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)...tak banyak beza,”.

Langkah pertama sudah, tunggu langkah seterusnya..

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah selesai langkah pertamanya iaitu mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen mewakili Permatang Pauh jam 10.03 minit pagi tadi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
YDP Dewan mengalu-alukan Anwar sebagai AP yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Hanya ada beberapa menteri yang hadir manyaksikan majlis angkat sumpah tadi iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Zaid Ibrahim.
DS Anwar tiba di Parlimen untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Dato' Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail, anaknya yang juga AP Pantai Nurul Izzah serta
diiringi oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Langkah seterusnya kita tunggu 16 September...

Tok Guru Ni Aziz: Rakyat jelak kempen melampau BN

Harakah, Salmah Mat Husain Wed Aug 27, 08
KOTA BHARU, 27 Ogos (Hrkh) - PAS menyifatkan kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam membuktikan rakyat sudah jelak dengan kempen politik melampau Barisan Nasional (BN).
Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat menolak calon BN walaupun pelbagai serangan dihala terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim terutamanya tuduhan liwat kali kedua.
"Zaman Umno dan BN menggunakan kempen politik melampau sudah berlalu kerana rakyat hari ini tidak sama berbanding zaman sebelum merdeka," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Ladang Rakyat dan Panmont Height Sdn Bhd bagi melaksanakan projek tanaman pokok jatropha (jarak) dan nanas.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat Malaysia termasuk penduduk bukan Islam kini mendekati perjuangan yang didokong PAS kerana mementingkan keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Kata beliau Umno seharusnya mengambil iktibar daripada kesilapan pilihan raya umum sebelum ini.
"Sekarang sudah ramai rakyat yang berpelajaran tinggi, di mana berpuluh ribu setiap tahun mereka tamat belajar. Sudah tentu mereka dapat membuat pilihan antara benar dengan yang batil.
"Sudahlah, zaman Umno guna perjuangan kebangsaan dah habis dah..," ujarnya.
Menurutnya juga Allah Taala menurunkan al-Quran untuk dijadikan perlembagaan hidup manusia, namun kerana ada kepentingan dunia perundangan itu diketepikan oleh pemerintah di negara ini. - mj

Seniman Ahmad mahmud meninggal dunia

Inna lilLah wainna ilaihi rojioon: Seniman yang popular dengan watak maco menerusi berbagai filem lakonannya seperti filem Ibu Mertuaku, Raja bersiong, Hang Tuah dan lain-lain Datuk Ahmad Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ahmad Mahmud 85, meninggal dunia malam tadi akibat penyakit buah pinggang. Menurut anaknya Rogayah, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 10 malam di rumah keluarganya di Kampung Tunku di sini.
Allahyarham menerima rawatan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sejak 22 Julai lepas sebelum dibawa pulang ke rumahnya. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Hadijah Mohamad, tiga orang anak dan sembilan cucu.
Ahmad Mahmud, anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu memulakan kerjayanya seawal tahun 1951 sebagai pelakon utama dalam filem Matahari dan telah membintangi lebih 20 filem, antaranya Istana Impian, Hang Tuah, Ibu Mentuaku, Dayang Senandung, Isi Neraka, Raja Bersiong dan Lela Manja.
Tauladan buat kita semua, insaf dan sedar bahawa betapa hebatnya manusia, maco, kaya, kuat, gedebe, namun akhirnya kita pasti menemui jalan akhir di alama maya ini, pasti akur kehendakNya, kembali kepadaNya. Jadi sebelum kembali carilah sebanyaknya pahala...lebih-lebih lagi Ramadhan bakal menjelang sehari 2 lagi, jangan lepas peluang.

Dr M masih lagi berfikir dalam kotak BN

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak yakin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mampu menarik 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang, sekali gus membentuk kerajaan baru yang diimpikannya sebagai tidak mungkin. Komen Tun M bahawa DS Anwar tidak akan dapat menggunakan wang untuk membeli Ahli Parlimen BN kerana pemimpin-pemimpin BN ada lebih banyak wang. Dr Mahathir telah diminta mengulas kemungkinan Anwar akan dapat membentuk kerajaan baru menjelang 16 September ini seperti yang diuar-uarkan sejak pilihan raya umum lalu dan lonjakan besar telah dibuktikan oleh kejayaan cemerlang PRK 26 Ogos lalu.
Saya nampak 2 perkara besar di sini. Yang pertama Dr M masih berfikir dildalam kotak BN iaiatu apa saja boleh dilakukan bila ada duit, ada wang banyak. Itulah amalan BN selama ini, sangat jelas seperti yang diulang sebut hingga kini oleh Dr M. Walau pun beliau sudah keluar kota BN tetapi mentaliti beliau masih dalam kotak BN iaitu segala-galanya mungkin dengan wang. Mereka akan masuk PR dengan mudah jika dibeli dengan jutaan ringgit.
Saya masih ingat kalau tak silap saya DS Anwar pernah berkata dan dipetik oleh media bahawa kemasukan MP BN bukan kerana duit yang dilambakkan tetapi kerana tidak mahu dan tidak tahan lagi berada dalam kotak BN. Hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk berpindah wadah perjuangan dari perjuangan kebangsaan kepada perjuangan keadilan untuk rakyat.
Yang kedua selepas politik wang/rasuah dalam UMNO ialah Dr M akui bahawa pemimpin BN memang banyak wang kaya raya dan mampu beli apa saja. Jadi mereka tidak hairan dengan kenaikan harga barang keperluan, kenaikan petrol, kenaikan pendidikan, kenaikan kos perubatan dan segala kaneikan lagi kerana mereka banyak wang. Kerana itu segakla rintihan rakyat marhain macam kita ni merupakan agenda BN yang terakhir, agenda pertama kontrak kerana mampu menjana lebih banyak WANG.

DS Anwar dilantik Ketua Pembangkang hari ini

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat, hari ini. Ketua Whip PKR, Mohamed. Azmin Ali berkata, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia petang ini bagi memaklumkan pelantikan Anwar itu.
“Semua parti dalam pakatan pembangkang telah bersetuju untuk melantik beliau sebagai Ketua Pembangkang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam. Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah.
PKR yang mewakili Pakatan Rakyat telah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah dengan majoriti besar 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan 26 Ogos lalu.
YDP Dewan Rakyat TS Pandikar Amin memberitahu, DS Anwar akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pukul 10 pagi ini. Dewan Rakyat sudah menerima surat rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengesahkan kemenangan DS Anwar semalam.
Mesyuarat ketiga penggal pertama Parlimen ke-12 bermula sejak 18 Ogos lalu dan akan ditangguhkan hari Jumaat esok selepas pembentangan Bajet 2009 oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ia akan disambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri pertengahan Oktober ini.

Rabu, 27 Ogos 2008

Kenangan PRK Parlimen Permatang Pauh, Khairi tidak disukai pengundi PP

MENANTU Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin telah diboo oleh para penyokong Pakatan Rakyat ketika Naib Ketua Pemuda Umno itu bersama ketuanya Hishamuddin Hussein melawat ke pusat pengundian di Penanti semalam. Khairi yang dilaporkan telah berkata dengan yakin BN akan membenamkan nama Anwar dari persada politik tanah air terpaksa menelan pahit tindakbalas dari rakyat Permatang Pauh. Dalam kejadian yang berlaku semalam, sebaik saja Khairy yang sampai dengan sebuah kereta pancuan empat roda bersama Hishamuddin turun untuk membuat tinjauan, kelihatan tidak disenangi oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang berada di pusat pengundian berkenaan.
Melihat kemungkinan keadaan akan bertambah buruk, polis telah meminta pemandu kereta yang dinaiki Khairy dan Hishamuddin supaya beredar segera dari pusat pengundian. Ketika itu Khairu telah diboo dan dimaki hamun termasuk dicerca sebagai "Menantu Perdana Menteri laknat". Kerana 'protes' itu Khairy dan Hishamuddin hanya sempat berberapa minit saja di pusat pengundian itu kerana tidak tahan dimaki hamun penyokong Pakatan Rakyat. Hari ini nyata bukan DS Anwar yang terbenam tetapi UMNO/BN yang akan terbenam oleh keangkuhan pemimpin mereka selama ini. DS Anwar telah berjaya dengan cemerlang bila dinobatkan semula oleh rakyat Permatang Pauh sebagai wakil mereka di parlimen dengan memperolehi majoriti yang besar walaupun terpaksa menelan bermacam fitnah dan provokasi oleh pihak lawan.
(Petikan pengalaman MSO)

PRK Permatang Pauh, BN terima dengan hati terbuka?, atau hati terluka. Apa kata depa

Timbalan Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata BN/Umno menerima keputusan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan hati terbuka dan tenang. Beliau berkata pengundi di Permatang Pauh telah membuat keputusan dan semua pihak harus menghormati pilihan mereka itu. "Bagi BN dan Umno, kami telah berusaha dan bekerja keras bagi mendapatkan kepercayaan serta keyakinan pengundi tetapi nampaknya takdir telah menentukan begitu dan kita terimalah apa yang telah ditakdirkan," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Naib Presiden Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan berkata BN perlu mengadakan post-mortem untuk mengenalpasti punca kekalahan parti itu buat kali keempat di Parlimen Permatang Pauh. "BN perlu menstruktur semula mekanisme tindakannya supaya parti itu tidak kehilangan sokongan pada masa akan datang," katanya.
Pengerusi MIC Permatang Pauh P.K.Subbaiyah pula berkata penduduk di Permatang Pauh berharap Anwar akan mengotakan janjinya untuk memberi khidmat yang baik kepada negara dan semua kaum.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada rakyat Permatang Pauh kerana telah berusaha memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim "Kemenangan ini bukan hanya kemenangan Anwar seorang tetapi seluruh rakyat yang mahu melihat demokrasi segar," katanya. Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengucapkan terima kasih kepada polis dan Suruhanjaya Pilihanraya kerana telah memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan pilihanraya ini.
Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub menyatakan rasa gembira dan bersyukur di atas kemenangan Anwar itu. Salahuddin menyifatkan kemenangan Anwar itu satu titik permulaan kepada perubahan untuk rakyat dan negara. "PAS ucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan ini dan selaku parti dalam Pakatan Rakyat, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR dalam menentukan halatuju perjuangan," katanya ketika dihubungi Bernama. Salahuddin menegaskan selagi Anwar tetap dengan dasar yang hendak dilaksanakan, permuafakatan Pakatan Rakyat berada pada landasan yang tepat dan PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PKR. "Apa-apa masalah yang sekiranya timbul dalam Pakatan Rakyat nanti, ia hendaklah dibincangkan dalam suasana bermuafakat," tambahnya.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dari DAP percaya BN tidak menangani pilihanraya itu dengan serius, yang membawa kepada kekalahannya. Beliau berkata BN nampaknya asyik menumpukan perhatiannya terhadap isu moral Anwar daripada memikirkan kebajikan rakyat. "Kami (DAP) tidak pernah ragu yang Anwar akan menang. Saya rasa orang-orang dalam Barisan Nasional (BN) fikir beliau (Anwar) akan mendapat undi kurang daripada (yang diraih) isterinya," kata Charles.

Menyorot kembali laporan MStar 24 Ogos, telahan hampir tepat, boleh jadi ahli nujum

Majoriti Anwar sekitar 15,000? Calon BN kata ia angka "mustahil"24-08-2008 02:06:30 AM Oleh G. MANIMARAN
PERMATANG PAUH: Selepas kempen hanya tinggal dua hari sebelum melangkah ke pusat pengundian Selasa ini, pelbagai pihak sudah mula bercakap mengenai siapa yang bakal dimahkotakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh?
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merampas semula kerusi yang pernah disandangnya dari 1982 hingga 1999? Ataupun muka baru tetapi orang lama Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah akan dipilih sebagai wakil rakyat yang baru?
Ataupun bukan kedua-dua mereka. Sebaliknya calon ketiga - Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat pula mengisi kekosongan yang wujud?
Di atas kertas Anwar dan Arif nampak sama hebat, sekali gus tidak menganggap Hanafi atau yang turut dikenali sebagai "Haji Pi" dalam poster kempennya bakal menggemparkan Permatang Pauh.
Jika mengambil kira Anwar dan Arif semata-mata siapa yang bakal menang? Jika salah seorang daripada mereka menang, apakah majoritinya?
Risikan mStar Online menunjukkan sehingga kini kelebihan masih memihak kepada Anwar. Ini turut diakui oleh pegawai jentera pilihan raya Anwar yang dihubungi malam tadi dan perkembangan sambutan kunjungan ceramah-ceramah dihadiri Anwar.
Semalam seorang pegawai kanannya mengatakan bahawa Anwar boleh menang dengan kelebihan 15,000 undi.
Hari ini anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi memberitahu, penilaian awal sehingga malam tadi menunjukkan Anwar sepatutnya menang dengan majoriti lebih besar berbanding keputusan 8 Mac lalu.
"Kami menjangkakan akan memperoleh majoriti lebih besar daripada pilihan raya umum lalu, sedikit lebih besar daripada majoriti Mac lalu.
"Tetapi perlu diakui bahawa wujud pelbagai taktik kotor dan penipuan sejak beberapa hari lalu. Ini antara kemungkinan yang boleh menjejaskan majoriti besar yang diharapkan," katanya

Fitnah tidak berkesan, DS Anwar menang besar majoriti undi 15,671

DS Anwar dari Pakatan Rakyat nyata menjadi pilahan rakyat bila memenangi dengan bergaya pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar iaitu 15,671 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim). DS Anwar memperoleh 31,195 undi, sementara lawan beliau DS Arif Shah (Adun Seberang Jaya) dengan 15,524 undi dan Hanafi yang (Presiden Akim) hanya memperoleh 92 undi. Keputusan telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya malam tadi dipusat penjumlahan undi pada jam 10.12 malam.
Sorakan kedengaran sebaik sahaja keputusan diumumkan dimana lebih 20,000 orang berkumpul di padang berhampiran sejak jam 5 petang lagi. Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, DS Dr Wan Azizah telah memenangi kerusi PP buat kali kedua berturut-turut menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,888. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi, manakala Pirdaus mendapat 16,950 undi. Pada pilihan raya umum 2004 pula, BN kalah dengan majoriti 590 undi.

Selasa, 26 Ogos 2008

Anwar dahului majoriti 10,000 undi di Permatang Pauh

Oleh G. MANIMARAN (MStar)
PERMATANG PAUH: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mendahului dalam pengiraan undi pilihan raya kecil Permatang Pauh yang diadakan hari ini.
Setakat pukul 8 malam, Anwar telah memperoleh 16,101 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 6,011 undi manakala AKIM menerima 21 undi.
Proses pengiraan di 28 pusat mengundi sedang dilakukan.
Setakat ini kira-kira 40 peratus undian telah dikira.
Keputusan itu diumumkan oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali di Pusat Operasi Utama parti itu di sini.
Setakat ini keputusan 10 daerah sudah diketahui dan Anwar menang di kesemua daerah itu.
Proses pengiraan undi di 110 saluran di 28 pusat mengundi dijangka selesai pada pukul 8 malam ini manakala keputusan penuh pilihan raya diketahui sebelum pukul 10 malam nanti.
Dalam pada itu, mStar Online dimaklumkan bahada sidang akhbar yang sepatutnya diadakan di Pusat Operasi Utama PKR pada pukul 7.45 malam ini ditangguhkan hingga 9 malam

Apa jadi dengan Nalla

Nalla gembira disaman Anwar?. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan surat saman kepada rakan sepermainan tenisnya, Datuk S Nallakarupan kerana mendedahkan beliau menerima RM60 juta wang dari syarikat judi Magnum Corporation. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Nallakarupan bahawa beliau telah menerima surat saman itu yang menuntut beliau membayar ganti rugi sebanyak RM50 juta. Apabila ditanya kepada Nallakarupan mengenai perkara itu, beliau memberikan jawapan yang mengundang seribu pertanyan bila Nalla berkata “Ini adalah hari paling gembira buat saya kerana pada akhirnya saya akan dapat jumpa Anwar di mahkamah". Nalla giat berkempen untuk BN bersama ramai lagi bekas ahli PKR. Namun tinjauan yang dibuat beberapa pihak menunjukkan kedatangan mereka ini ke PP tidak memberi impak apa-apa kerana umum tahu sejarah mereka yang keluar PKR.

Selepas Gerakan, MCA juga mahu keluar dari BN

KUALA LUMPUR: Selepas Gerakan, MCA pula mengugut untuk mengkaji kedudukan mereka dalam Barisan Nasional (BN) jika Umno terus menerus dengan slogan ketuanan Melayunya.
Calon Presiden MCA yang disokong oleh kepimpinan parti itu sekarang, Datuk Ong Tee Keat ketika bercakap di Pahang berkata, jika Umno terus dengan slogan ketuanan Melayu dan tidak membuat reformasi, anggota BN yang lain termasuk MCA akan meninggalkan BN.
Sebelum ini, Pemangku Persiden Gerakan, Datuk Dr Koh Tsu Koon memberitahu, bukan sahaja Gerakan mengkaji untuk keluar BN, parti-parti lain juga membuat kajian yang sama.
Penasihat Gerakan, Tun Lim Keng Yaik pula berkata, ia terserah kepada perwakilan parti itu yang akan bermesyuarat tidak lama lagi.
"Jika kami keluar BN nanti, kami tidak akan memperjuangkan satu kaum sahaja bahkan menjadi parti pelbagai kaum," kata Ong Tee Kiat, Naib Presiden MCA sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Cina, Nanyang Siangpau.
Sebelum ini, seorang lagi calon Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, berkata, "MCA perlu mengkaji sikapnya seumpama 'orang gaji' kepada Umno."
Ong Tee Kiat dan Chua Soi Lek, ketika mereka berlumba untuk merebut hati perwakilan MCA menjadikan Umno sebagai tempat mereka memukul (punching bag), tulis Leslie Lau, wartawan laman web malaysiainsider.com

Terkini dari PP

Saya telah sampai ke tempat ceramah terakhir Anwar Ibrahim. Ketika ini jam 1130pm Anwar Ibrahim sedang berceramah. Ribuan pendengar berada di sini. Mereka terus berada di sini walaupun hujan masih lagi turun. Kereta yang diletakkan di bahu jalan terpaksa disusun 3 lapis di samping ribuan motorsikal. Sambutan ke atas ceramah terakhir Anwar Ibrahim sememangnya sangat besar. Anwar Ibrahim terus menyampaikan ucapannya. Dia terus berlawak sambil berterusan mengutuk UMNO. Katanya jika menang malam esok, dia akan mengetuai pembangkang di Parlimen. Anwar juga turut menyanyi “tiada kata seindah bahasa” di samping menasihatkan kepada anak-anak muda supaya tidak mengadakan sebarang perarakan. Jam sekarang 1143pm. Lokman Adam cuba untuk menyampaikan ceramahnya di Bilik Gerakan Pusat UMNO Permatang Pauh pada jam 0930pm. Tetapi sehingga jam 1000pm ceramah masih belum dimulakan kerana kerusi-kerusi masih lagi kosong dan belum ada yang datang. Berita ini saya perolehi daripada Latheefa Koya, yang juga bekas peguam Lokman Adam dahulu. Menurut Azmin Ali, dalam ceramahnya pada jam 1000pm tadi, penonton yang datang ke ceramah Dollah Badawi hanyalah sekitar 400 orang sahaja. Tempat duduk yang disediakan adalah anggaran untuk sekitar 3 ribu orang Terdapat beratus ratus penunggang motorsikal daripada kalangan penyokong Barisan Nasional. Mereka memakai baju-t Parti Keadilan Rakyat. Sekarang ini mereka berada di sekitar kawasan masjid di Kubang Semang. Mereka menunggang motorsikal ke hulu dan ke hilir sambil membuat huru-hara. PadliSelangor

Pas All Out Bantu Anwar

by reformis Oleh MSO
KESEDIAAN dan kesanggupan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din turun ke Permatang Pauh semalam menguncikan langkah BN. Isu kononnya Pas tidak memberi kerjasama dan membantu calon PKR dalam pilihan raya kecil itu tamat.
Abdul Hadi dan Haron Din telah turun berceramah bersama Anwar di Guar Perahu dalam DUN Pasir Panjang. Manakala dari maklumat dan sebaran pihak penerangan PKR, Musyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dan Husam Musa juga akan turun dan berada atas pentas bersama Anwar malam ini.
Nik Aziz juga akan turut menghadir munajat di masjid Perda. Dijangka ribuan jemaah akan turut bermunajat bersama Tok Guru berkenaan.
Kehadiran tiga pemimpin utama Pas itu menafikan sama sekali dakyah yang disebarkan oleh pihak BN kononya Pas tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam pilihan raya berkenaan. Tentunya penglibatan sama ketiga pemimpin tertinggi Pas itu mereka lakukan atas kepentingan politik dan perjuangan serta mengenepikan soal-soal peribadi lainnya.Langkah BN kini terkunci dengan kehadiran itu! BN kena mencari hujah dan alasan lain pula bagi mempengaruhi rakyat kononnya Anwar tidak mendapat sokongan padu dari kalangan rakan Pakatan Rakyat terutamanya dari Pas.
Mungkin kehadiran Abdul Hadi, Haron Din dan Nik Aziz itu sebagai lambang saja atau lebih berkempen dengan mendoakan kemenangan rakyat menerusi Anwar. Namun apa yang dilakukan petugas-petugas Pas di Permatangan Pauh khasnya dari kalangan Pemuda sungguh memberangsangkan dan menyerlahkan semangat kerjasama yang kental.
Penglibatan Pemuda sesuatu yang boleh dibanggakan. Pemudalah yang menonjol membantu kempen, mengedar rialah, tunjuk jalan, ataupun menemani penceramah luar menjejaki ke kawasan pilihan raya. Walaupun ketua mereka Sallehudin Ayub tidak mendominasi kempen Pemuda dan sehingga semalam belum nampak batang hidung namun Pemuda seakan mendapat arahan secara ghaib memastikan kemenangan Pakatan Rakyat!
Apakah Sallehudin akan turun bersama Mursyidul Am Pas? Ataupun barang kali nama-nama tokoh Pemuda Pas tidak disenaraikan untuk menjadi penceramah utama kerana PKR ingin menunjukkan bahawa mereka mempunyai tenaga penceramah dan kempen yang mencukupi?
Selain daripada Anwar mendapat sokongan padu dari Pemuda Pas, beberapa ahli Jawatankuasa Agung juga turut bertumas di Permatang Pauh. Salah seorangnya ialah Dr lo' Lo' Ghazali yang juga ahli Parlimen Tititwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Nampaknya ahli Parlimen ini tidak kecukupan tangan untuk memastikan Anwar akan berada di Parlimen pada 27 Ogos nanti. Saya sempat melihat sendiri bagaimana Dr Lo' Lo' menjelajahi segenap penjuru dalam pasar yang Jalan Tengiri menemui orang ramai dan peniaga memohon agar memilih Anwar Ibrahim. Keseluruhan pasar berkenaan ditakuli jentera kempen Pas.
Dengan diiringi dengan beberapa orang petugas Pemuda yang bertindak menjadi pegawai keselamatannya, Lo' Lo' tanpa sengan dan penuh mengharap setiap orang yang didatangi supaya mengundi Anwar. "Jangan lupa Anwar Ibrahim, ya... dia pemimpin kita... jangan lupa kita sokong dia.." begitulah pesan Dr Lo' Lo' pada setiap orang yang ditemuinya.
Bukan itu saja, ahli Jawatankuasa Agung Pas ini juga turut sama memasuki ke pejabat-pejabat atau peremis kerajaan untuk berkempen agar memilih Anwar. Walaupun cara itu dianggap sebagai sedikit menyalahi adat, namun beliau tetap mempertahankan tidak menjadi masalah kerana ada juga kalangan pegawai kerajaan, baik negeri dan persekutuan tidak mendapat maklumat jelas mengenai calon, tujuan bertanding dan sebagainya.
Beliau mendatangi pejabat kerajaan dengan rasa tanggungjawab bagi menjelaskan mengenai apa yang berlaku di luar (dalam politik), tegasnya.
Berdasarkan pengamatan Dr Lo' Lo' calon PKR, mempunyai harapan besar untuk memang berdasarkan sambutan orang ramai terhadap kempen-kempen dijalankan. Dr Lo' Lo' juga merasa bangga dengan sikap orang ramai yang terbuka dan sedia menerima pandangan dan penjelasan yang diberikan walaupun ada orang yang didatangi itu jelas tidak sukakan kepada Pakatan Rakyat

Peralihan kuasa BN ke Pakatan Rakyat bermula di Permatang Pauh

Md Hakimi Mon Aug 25, 08
TUMPAT, 25 Ogos (Hrkh) - Pilihan raya kecil Permatang Pauh esok dianggap permulaan kepada peralihan kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat.
Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pilihan raya kecil ini sebagai bermulanya agenda besar ke arah peralihan kuasa di peringkat Persekutuan.
"Pilihan raya kecil ini bukan sekadar untuk memilih Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen atau menolak calon BN semata-mata.
"Tetapi ianya bagi memilih sebuah kerajaan baru di peringkat pusat bagi menggantikan BN yang dilihat sudah tidak lagi bermaya akibat krisis dalaman yang semakin kronik," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.
Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, Pakatan Rakyat mempunyai bilangan anggota parlimen yang mencukupi bagi membentuk kerajaan baru di peringkat persekutuan.
Menurutnya anggota-anggota parlimen BN sudah memberi komitmen yang jelas dalam beberapa siri pertemuan yang diadakan sebelum ini.
"Mereka hanya memerlukan Anwar masuk ke parlimen sebelum memulakan langkah untuk meninggalkan parti itu yang semakin tidak bermaya di bawah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Nama mereka yang bersedia menyertai Pakatan Rakyat bukan lagi menjadi rahsia kepada Perdana Menteri dan pemimpin Umno lain sehingga Presiden Umno terpaksa memujuk mereka.?
"Ada antara mereka yang diberi amaran berbentuk ugutan sekiranya sertai Pakatan Rakyat. Ada juga ditawar habuan menaikkan peruntukan anggota Parlimen daripada RM2 juta kepada RM10 juta," tambahnya.
Beliau juga mendakwa ada anggota parlimen di Sabah dan Sarawak ditawarkan menggunakan helikopter untuk membolehkan mereka melawat kawasan pilihan raya.
Menurutnya hasil habuan itu menyebabkan kerajaan pusat terpaksa menambah peruntukan sebanyak RM1 bilion lagi.
"Ini umpan yang ditawarkan dengan harapan mereka tidak menyertai Pakatan Rakyat. Perdana Menteri buatlah apa sahaja, bagi kita lebih penting komitmen anggota parlimen tinggalkan BN semakin jelas sekarang.
"Lagi pun Perdana Menteri juga tahu pertemuan-pertemuan yang kita atur dengan anggota-anggota parlimen terbabit," katanya.
Sementara itu, bekas penceramah Umno Kelantan, Ustaz Hamid Derani berkata, fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar kini menjadi senjata makan diri kerana rakyat semakin bersimpati kepada Ketua Umum KeADILan itu.
Hadir sama pada program itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim. - mj ?

Tanya khairy mana BN dapat duit biayai kempen - Shamsul Iskandar

PERMATANG PAUH (SK) -KETUA Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta agar menantu kepada Presiden Umno, Khairy Jamaludin, memberitahu bagaimana Umno dan Barisan Nasional (BN) memperoleh wang yang begitu banyak untuk membiayai kempen pilihan raya Kecil Permatang Pauh.
Dalam kenyataan yang di keluarkan bagi mengulas tindakan Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda Umno yang menuduh dengan melulu bajawa KeADILan menerima dana dari Amerika Syarikat sepertimana dilaporkan kepada media, Shamsul meminta Khairy supaya menarik balik kenyataan tersebut.
“AMK berminat untuk menanyakan Khairy bagaimana Umno-BN boleh memperoleh wang sebegitu banyak untuk membiayai kempen mereka,” katanya.
Jelas Shamsul Iskandar, KeADILan dan Pakatan Rakyat diterima baik oleh masyarakat, oleh yang demikian, pemberian sumbangan dan bantuan adalah begitu normal dari rakyat.
“Sokongan rakyat yang menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada KeADILan dan Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang normal,kerana perjuangan KeADILan dan Pakatan Rakyat sendiri berdiri di atas naluri rakyat yang mahukan perubahan,” jelasnya.
Dengan tuduhan oleh Khairy yang tidak terlihat dimana bukti dan faktanya, Pakatan Rakyat tidak pernah dimalukan untuk dihadapkan ke mahkamah kerana gagal melunaskan hutang sewaktu berkempen.
“Setidak-tidaknya KeADILan dan Pakatan Rakyat tidak seperti Umno-BN yang dihadapkan ke mahkamah kerana gagal melunaskan hutang sebanyak RM218 juta kepada Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung penyediaan bahan kempen pilihanraya umum Mac 2004,” jelasnya.
Seharusnya, menurut Shamsul, Khiry perlu menumpukan penghujahan yang berkaitan dasar dan polisi demi kebaikan negara, namun tindakan beliau yang bersikap seperti anjing menyalak bukit adalah berniat jahat.
“Tindakan biadap Khairy ini jelas sekali berniat jahat, bertujuan untuk melengkapkan kempen pembunuhan karakter Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh ini.
Sewajarnya bagi Khairy dan Umno lebih menumpukan penghujahan yang berkaitan dasar dan polisi demi kebaikan rakyat, bukan bersikap seperti anjing menyalak bukit, menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat sepanjang kempen,” jelasnya lagi.
Tambahnya,”Khairy juga perlu belajar untuk tidak bersikap seperti ‘kera kena belacan’, supaya berhujah dengan dalil dan fakta yang sahih, bukan bersikap bacul menyerang peribadi tanpa sebarang kesahihan yang munasabah.”

BPR, The Star disaman RM100 juta

Oleh AHAD SYAKIR SAZILIahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my
IPOH - Dua Exco kerajaan Perak semalam memfailkan saman malu terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan akhbar The Star berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam kes rasuah wang tunai dan seks.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perak, Kapten (B) Osman Mohd. Jailu, 57, dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi, 52, memfailkan saman ganti rugi am berjumlah RM100 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pukul 8.30 pagi.
Kedua-duanya menamakan BPR, Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Pengarah BPR Perak, Shamsiah Abu Bakar dan Star Publication (M) Berhad sebagai defendan dan menuntut ganti rugi am untuk salah tangkap, salah tahan dan pendakwaan berniat jahat.
Mereka turut menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan apa-apa relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Berdasarkan kandungan writ saman yang dikemukakan melalui peguam Mohamed Asri Othman itu, Jamaluddin selaku plaintif kedua menyatakan dua defendan iaitu Ahmad Said dan Shamsiah tanpa sebab yang munasabah, secara salah telah menangkap dan menahannya semasa dia diminta memberi kenyataan di pejabat BPR Perak.
Kedua-dua plaintif turut mendakwa kedua-dua defendan tersebut juga telah menyebabkan atau menyebarkan kenyataan kepada media secara salah dan niat jahat pada 20 Ogos lalu.

Isnin, 25 Ogos 2008

PRK Permatang Pauh: Media edisi perang saraf III

Magnum: Dedah sifat sebenar Anwar (UM)
BUKIT MERTAJAM – Pendedahan Datuk S. Nallakaruppan yang mendakwa bekas sahabatnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima wang sebanyak RM60 juta daripada Magnum Corporation Bhd. telah menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai.

9 ditahan timbul kekecohan di kuil (UM)
BUKIT MERTAJAM - Polis menahan sembilan orang termasuk dua wanita kerana menimbulkan kekecohan selepas berlaku salah faham mengenai penganjuran upacara sembahyang di sebuah kuil di sini hari ini.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kesemua mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan kira-kira 6.20 petang selepas bergaduh sesama sendiri.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Polis," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Anwar sanggup diperalat DAP hanya untuk jadi PM: Najib (BH)
BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Najib Razak berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup diperalatkan oleh DAP semata-mata mahu mencapai impian menjadi Perdana Menteri.

Ezam terima ugutan bunuh (BH)
BUKIT MERTAJAM: Seorang demi seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima ugutan supaya berhenti mendedahkan kepincangan kepimpinan parti itu dan meninggalkan kawasan Permatang Pauh menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Selasa ini

Nalla dakwa ada 5 pita rakaman dedah Anwar (BH)
PERMATANG PAUH: Bekas rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa mempunyai lima pita rakaman, yang kini disimpan di luar, yang jika didedahkan boleh menjejaskan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu

Lebih 200 ahli PKR isytihar keluar parti (MStar)
SUNGAI PETANI: Lebih 200 anggota jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR), termasuk lima ketua bahagian dan 10 ketua Pemuda daripada 40 bahagian parti itu dari negerinegeri di utara, hari ini mengisytiharkan keluar parti

Shabery: Era Anwar untuk jadi PM sudah lama berakhir (MStar)
BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menerima hakikat bahawa eranya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sudah lama berakhir, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek

Najib: Pakatan Rakyat tidak boleh tadbir negara kerana bercanggah ideology
(MStar)BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pakatan Rakyat tidak boleh mentadbir negara dengan baik dan mewujudkan kestabilan politik kerana partiparti gabungannya saling bercanggah daripada segi ideologi.

Ezam terima SMS ugutan bunuh (Kosmo)
BUKIT MERTAJAM - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor (gambar) menerima pelbagai pesanan ringkas (SMS) termasuk ugutan bunuh yang meminta beliau keluar meninggalkan kawasan Permatang Pauh.

Anwar jadi 'pak turut' DAP (Agendadaily)
Tembelang dan sikap sebenar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar terus didedahkan kerana semakin jelas beliau sanggup berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri yang diwar-warkannya akan jadi kenyataan 16 September depan

Anwar ambil RM60 juta duit judi - Nalakaruppan
(Agendadaily)Teman sepermainan tenis Anwar, Datuk S. Nalakaruppan Jumaat malam mendedahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengambil wang sebanyak RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation.

Ahad, 24 Ogos 2008

Khairy pembohong! - Hu Pang Chow

Harakahdaily 24 Ogos - Dakwaan Naib Ketua Pemuda Umno yang juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin bahawa PAS telah menolak sama sekali Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) serta tidak membantu kempen di Permatang Pauh dinafikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chow.
Ujar Hu, Khairy bercakap bohong dengan mengemukakan pelbagai alasan terhadap dakwaannya itu semasa berceramah di Bilik Gerakan Umno malam kelmarin.
"Saya ingin berpesan, kalau cakap bohong, menurut kepercayaan orang Cina, bila mati nanti turun ke neraka, lidah akan dipotong. Jadi tolong sampaikan kepada orang Umno, sebagai orang Islam hendaklah jadi manusia yang beriman dan bertakwa, jangan sekali-kali cakap bohong.
"Kita kena ingat, cakap bohong ini kena jawab sampai ke akhirat. Tak dapat jawab dengan baik (penghakiman di akhirat), nanti kena masuk neraka selama-lamanya," katanya pada ceramah sempena Expo Perpaduan Rakyat 2008 (EXPRA 08) di Taman Bandar Baru (TBB), di sini malam semalam.
Dalam ceramahnya itu, Hu turut mendakwa wujud kempen menggunakan wang pada pilihan raya kecil tersebut.
"Saya difahamkan, orang MIC dan MCA mula edar wang di Permatang Pauh. Kata mereka, jika majoriti DSAI dapat dikurangkan bawah 10,000, pengundi di Permatang Pauh akan terima RM200 lepas pilihan raya kecil ini.
"Dengan menerima RM200 dan menyebabkan Umno terus berkuasa serta melakukan pelbagai penyelewengan, maka ia juga merupakan satu dosa. Tetapi jika mereka beri RM200 tanpa syarat, ambil sahaja dan anggaplah ia rezeki kita. Lagipun duit itu memang Umno 'curi' dari poket kita.
"Kalau tidak percaya pergi tanya menantu Perdana Menteri yang baru berumur 30-an itu, macam mana boleh jadi jutawan? Kita kerja berpuluh-puluh tahun mahu kumpul RM10,000 pun susah. Oleh itu kita jangan biarkan lagi mereka curi duit kita," ujarnya menyebabkan hadirin ketawa

Tarikh mengundi bawa banyak tuah?

Nombor lagi, begitulah yang selayaknya dikatakan bila calon BN yakin akan menang kerana nombor-nombor yang beliau dapat akan membawa tuah. Terdahulu seperti yang dilaporkan oleh mdia, semasa penamaan calon beliau begitu yakin nombor 3 yang beliau dapat akan memberi kejayaan kepada beliau. Terkini tarikh pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh yang ditetapkan pada 26 Ogos ini akan membawa tuah kepada calonnya Datuk Arif Shah Omar Shah. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi Seberang Jaya berkata tarikh itu jika dicampur iaitu dua campur enam akan berjumlah lapan, dan bulan Ogos pula bulan ke lapan dan tahun ini pula 2008. "Bagi kaum Cina tarikh yang mempunyai banyak angka lapan dianggap sebagai bertuah kerana dalam budaya kaum Cina bunyi angka itu sama dengan bunyi kejayaan dan kemewahan,” katanya di sini hari ini.
Arif Shah, yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina sejak sekolah rendah hingga menengah, berharap tarikh berkenaan akan bakal membawa kejayaan kepadanya. Beliau juga yang dikenali di kalangan pengundi Permatang Pauh sebagai OCBC, “orang Cina bukan Cina”, berkata sebagai seorang Islam, beliau bagaimanapun menyerahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T akan takdir yang ditentukan terhadap dirinya.

Sabtu, 23 Ogos 2008

Bertemu mata dengan TG Nik Aziz malam ini si Kompleks Sukan Seksyen 15


Orang ramai khususnya warga Bangi disarankan mengambil peluang keemasan ini untuk menghadiri program bersama TG Nik Aziz dan Dato Husam Musa pada jam 9 malam ini bertempat di Kompleks Sukan S15.

Masjid Seberang Jaya, siapa sebenarnya yang berpolitik dalam masjid

Petikan Harakah Daily memaparkan sikap prejudis Pengerusi masjid Seberang Jaya yang tidak membenarkan TKM merangkap Exco Agama PP dari berucap di dalam masjid yang dibawah bidang kuasa beliau sendiri. Amat memalukan, bila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Exco Agama Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairudin dihalang menggunakan pembesar suara untuk memberikan ucapan selepas fardhu Jumaat di Masjid Jamek Seberang Jaya semalam.
Beliau yang merancang memberikan sepatah dua kata sempena Hari Jumaat di Masjid berkenaan dihalang oleh pengerusi masjid tersebut dengan alasan menggunakan masjid untuk tujuan politik.
Tetapi, walaupun dihalang menggunakan pembesar suara beliau tetap berucap dan meminta semua jemaah bersatu padu serta jangan terpaut dengan fitnah yang begitu dahsyat sekarang ini.
Menurutnya, sebarang fitnah yang ditaburkan tanpa ada saksi merupakan dosa besar di sisi Islam tambahan pula ia dipanjangkan oleh orang lain yang kadang-kadang hanya ambil isu berkenaan di tengah jalan tanpa melakukan pemeriksaan secara adil.
Ujarnya lagi, kejadian itu hanya berlaku di Masjid Jamek Seberang Jaya sahaja manakala di masjid lain seluruh Permatang Pauh program diatur berjalan lancar.
Kejadian tersebut disaksikan oleh calon Pakatan Rakyat Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Selepas berucap, Fairus ditemui oleh Ahli Jawatankuasa untuk memohon kemaafan terhadap isu yang tidak sewajarnya.
Calon Barisan Nasional (BN), Dato' Arif Shah Omar Shah juga kebetulan sembahyang Jumaat di masjid yang sama juga terasa malu terhadap kejadian itu bila bertemu Timbalan Ketua Menteri. - mns_

Jumaat, 22 Ogos 2008

Isu Anwar: Ustaz Sallehan akan saman Utusan Malaysia

Sebagaimana yang saya tulis sebelum ini, saya tidak percaya yang ungkapan yan disiarkan Utusan Malaysia itu datangnya dari Ustaz Solehan. Telahan saya terbukti dalam berita hari ini dimana Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana memutar belit dan mengubah kenyataan beliau berhubung perakuan sumpah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam laporan Utusan Malaysia pada Khamis, 21 Ogos semalam, menyebut "Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.
Merujuk laporan tersebut Ustaz Sallehen berkata beliau langsung tidak ada menyebut perkataan mencabar Anwar supaya bersumpah tetapi hanya memberi pandangan sumpah itu merupakan hak Anwar.
Apa yang disebutnya, Anwar tidak perlu bersumpah kerana dalam kes tuduhan meliwat tidak ada tuntutan syariah untuk melakukan perkara tersebut. "Sumpah hanya berlaku dalam kes lian (suami isteri) dan sumpah yang dilakukan oleh pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak ada dalam kaedah syariah," tegasnya. Oleh itu terpulang kepada Anwar untuk melakukan sumpah, kerana itu merupakan hak peribadi beliau.
Beliau juga mempersoalkan suatu perkara yang menimbulkan persepsi buruk apabila sumpah Saiful itu dilakukan sehari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil di Permatang Pauh.
Menurut beliau jika kes itu diselesaikan di mahkamah syariah terdapat dua cara, sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.
Bagaimanapun katanya, kes tuduhan liwat itu sebenarnya untuk dijadikan isu bagi mengaibkan Anwar yang menhadapai PRK Permatang Pauh. Sehubungan itu, beliau terkilan dan kesal dengan pihak akhbar tersebut yang membuat laporan bercanggah dengan kenyataan sebenar. "Ini suatu yang tidak bermoral, adakah akhbar tersebut terdesak untuk mencari isu yang boleh memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya di Permatang Pauh?" soalnya. Menurut beliau,Utusan Malaysia dan akhbar lain wajar bersikap profesional dan melaporkan berita yang tepat dan berfakta.

Khamis, 21 Ogos 2008

Media Edisi perang saraf II

1) Exco Perak ditahan, disyaki terbabit sogokan wang, seks projek RM180 juta(UM) > komen: Projek tu wujud ke?
2) Pemuda Pas Selangor cabar Anwar bersumpah (UM) > Betul ke ungkapan tu dari Solehan?
3) Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernah menghentak meja dan membuang fail meminta kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak (UM) > Yang lebih klasik tak mahu ungkit ke?
4) PERMATANG PAUH: “Kita buat muka tebal saja dan apa yang penting tidak terpengaruh dengan cubaan nakal mereka yang tidak senang tugas kita berjumpa dengan penduduk di kawasan ini,” kata wakil Pergerakan Wanita Umno Wangsa Maju, Jay Jalaluddin, 40-an semalam > Kena berkempen secara beradat, kita orang timur

MB Perak : Yang benar tetap benar

Thursday, August 21 Oleh cina-islam"IPOH:-Tiga parti dalam Pakatan Rakyat di Perak yang bermesyuarat lebih sejam bermula jam 5.00 petang tadi, mengeluarkan kenyataan resmi dalam sidang akhbar bahawa dua exconya dianiaya Barisan Nasional (BN) dan Umno menerusi tuduhan rasuah palsu.YAB. Menteri Besar Perak , Dato'Seri Ir. Muhammad Nizar Jamluddin menegaskan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan tergugat dengan apa yang berlaku dan masih kukuh.
Sidang akhbar selepas mesyuarat
Beliau mengatakan PR akan mendedahkan pula pembohongan dan penyelewengan BN dan Umno. Menteri Besar juga menafikan sekeras-kerasnya projek perumahan yang dikaitkan dengan penangkapan yang bernilai RM180 juta yang dikatakan di Seri Iskandar itu sebenarnya tidak wujud.
Katanya " mustahil kedua-dua exco berkenaan boleh melulus atau mempercepat kelulusan projek berkenaan. "
Wartawan yang hadir, kelihatan dari TV 3 dan RTM ikut sama.
Menteri Besar juga mengumumkan bahawa mesyuarat bersetuju Pakatan Rakyat akan menubuhkan panel peguam untuk membela dua exco ini. Ini satu konspirasi BN dan Umno. Kami yakin dua exco ini sudah dianiaya. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus mentadbir," katanya pada sidang media di sini.
Hadir sama, Pengerusi DAP Perak yang juga Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ismail Yusof, Ketua Dewan Ulama PAS, Ust. Shuid Din, Ketua Dewan Pemuda PAS, Ust. NorAzli Musa dan 26 Adun PKR, DAP serta PAS. Kelihatan sama Yb. Dr. Lim Boon Chai.
Mohammad Nizar berkata, semua Adun Pakatan Rakyat akan bekerjasama dan membela kedua-dua ahli exco terbabit. Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat berdiri teguh di atas prinsip amanah, menentang rasuah dan ketelusan serta menghormati tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Sebagai tanda sokongan kepada 2 exco berkenaan kata Ir. Nizar "semua ADUN Pakatan Rakyat akan bersama-sama hadir di mahkamah pada jam 9.00 pagi dan 2.30 petang esok". Dengan penuh keyakinan MB Perak mengatakan diakhir sidang bahawa "yang benar tetap benar ".
Dalam kenyataannya, Dato' Nga Ko Ham bertanya kenapakah laporan dari kami tidak pernah disiasat BPR, dan kenapakah ada double standard oleh BPR

MB Perak pertahankan anggota exco

20-08-2008 Bernama IPOH: Kerajaan negeri Perak mempertahankan dua anggota exconya yang ditahan Badan Pengecah Rasuah (BPR) kerana dipercayai terlibat dengan rasuah dan mendakwa ia berpunca daripada konspirasi politik, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Kerajaan Pakatan Rakyat menafikan ada meluluskan manamana projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Projek tak wujud jadi mustahil keduadua exco boleh membantu meluluskan projek.
"Kami yakin kedua-dua exco dan rakan-rakan telah dianiaya. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus tadbir dan urus negeri seperti biasa," katanya mengulas kes penahanan dua anggota exco atas tuduhan rasuah selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di kediamannya di sini, hari ini.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah naib presiden PKR Dr Lee Boon Chye, pengerusi PKR negeri Ismail Yusof dan pengerusi DAP Datuk Ngeh Koo Kham serta Anggota Dewan Undangan Negeri pakatan itu.
Menurut Mohammad Nizar, kerajaan negeri tidak akan menghalang BPR daripada menjalankan siasatan ke atas mana-mana adunnya.
Hari ini, BPR menahan dua anggota exco kerajaan negeri Perak yang ditahan bersama empat lelaki lain oleh kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.
Mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.
Menurut BPR, tiga daripada suspek termasuk seorang daripada anggota exco itu ditangkap sejurus selepas mereka disyaki menerima suapan lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan itu.
"Biarlah proses undang-undang berjalan," katanya, sambil menambah beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu untuk mendedahkan pembohongan dan penyelewengan kes itu.
Selain itu, Mohammad Nizar berkata Pakatan Rakyat juga akan menubuhkan panel peguam untuk membantu pembelaan.
Mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar itu berlangsung selama satu setengah jam. BERNAMA

Tuan Guru Hj Hadi mahu tiada diskriminasi banteras rasuah di semua negeri

20-08-2008 Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
SERDANG: Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu menjalankan siasatan berhubung kes rasuah di semua negeri secara telus sama ada negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional (BN).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu BPR membongkar kes salah laku rasuah di semua peringkat hingga ke pentadbiran kerajaan Pusat.
"Kita harap tiada diskriminasi dalam usaha untuk membanteras rasuah kerana ia melambangkan imej negara kepada masyarakat luar," katanya selepas mengadakan lawatan ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua anggota Exco kerajaan negeri Perak ditahan bersama empat lelaki lain oleh BPR kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, Perak.
Tambah beliau, negeri yang ditadbir BN sepatutnya menjadi contoh yang baik dalam usaha membanteras rasuah kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang masih baru mentadbir empat buah negeri kecuali Kelantan yang diterajui PAS.
"Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masih baru kerana pertama kali memerintah. Lain dengan PAS kerana sudah lama memerintah Kelantan," katanya.
Ditanya sama ada penahanan Exco Perak itu ada kaitan dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, beliau enggan membuat sebaran spekuklasi.
"Saya tak mahu tuduh. Saya kira rakyat Malaysia sudah biasa dengan situasi ini seperti yang berlaku kepada Tan Sri Eric Chia dulu.
"Kes beliau juga dibangkitkan ketika musim pilihan raya malah membabitkan jumlah yang lebih besar, namun rasuah tetap salah dari segi moral walaupun melibatkan RM100, " katanya.
Hadir sama dalam lawatan itu ialah Naib Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa

Sempena PRK PP: Kebetelulan seterusnya.....

EXCO Perak ditahan BPR kes rasuah
........Sementara itu, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan dakwaan wujudnya konspirasi politik berikutan penahanan dua Exco Kerajaan Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung dakwaan rasuah. "Kita tidak mempolitikkan setiap tangkapan yang dibuat... sesiapa saja yang disyaki terbabit dalam perbuatan rasuah, BPR akan mengambil tindakan. "Kita melakukan siasatan dan menahan pemimpin Umno begitu juga mendakwa pegawai tertinggi kerajaan dan kes penahanan dua Exco PKR yang terbaru ini juga tiada bezanya dengan kes rasuah lain," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Rabu, 20 Ogos 2008

Rileks sekejap: Tip kesihatan

Lebih ramai lelaki muda yang berusia kurang 40 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung dan setiap tahun, fakta ini merupakan sesuatu yang membimbangkan dan perlu diatasi. Ini kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular ini. Menurut Pakar Kardiologi dari Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Dr. David Quek, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dunia yang dianggarkan meragut 17.5 juta nyawa setiap tahun. Kejadian ini berlaku apabila salah satu arteri tersebut tersumbat disebabkan gumpalan darah.
"Gumpalan darah ini pula terjadi akibat pecahnya plak ateroma dalam salur darah arteri koronari itu. Sekiranya, gumpalan darah ini tidak dihilangkan dengan segera maka otot jantung akan mati dan seterusnya mengakibatkan kematian kepada penghidapnya. Pengambilan BYM boleh dijadikan alternatif dalam mencegah penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular manusia. jika diambil berterusan, ia mampu menurunkan tahap kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik) serta merangsang kesihatan sistem jantung. Apa itu BYM?, BYM telah digunakan di China sejak berabad-abad lalu. BYM telah dikenali sebagai sumber makanan perubatan di samping ia juga digunakan sebagai bahan pewarna dalam masakan China sejak zaman Dinasti Ming (1368-1644) lagi. BYM terhasil daripada penapaian sejenis yis yang dikenali sebagai Monascus purpureus yang sering digunakan secara tradisional oleh orang Cina untuk merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut dengan beras biasa. BYM juga diakui sebagai salah satu bahan alternatif dalam mengurangkan kolesterol selepas satu penyelidikan luas mengenai khasiatnya disiarkan dalam American Journal of Cardiology (AJC).

Siri "KEBETULAN" yang ke ?

Akta DNA 'kebetulan' dengan kes Anwar
Aug 19, 08 4:19pm
PM meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.Sambil menolak tanggapan kononnya rang undang-undang itu ada kaitan dengan kes meliwat yang dihadapi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri berkata hal yang berkaitan dengan DNA dan akta itu sudah lama hendak dibawa oleh kerajaan ke Dewan Rakyat.Kalaupun DNA menjadi satu isu dalam kes berkenaan, "itu satu kebetulan", katanya di Batu Berendam, Melaka."Akta ini baik untuk kita dan untuk masa depan kerana ia akan menjadi satu pendekatan penting dalam usaha pihak berkuasa untuk meningkatkan keberkesanan tindakan membasmi jenayah," katanya, lapor Bernama.Abdullah diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak penggubalan akta itu, yang mewajibkan suspek kes jenayah memberi sampel DNA mereka kepada pihak berkuasa, "bermotifkan politik".Pada 7 Ogos lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lepas.Semasa ditahan polis 16 Julai lepas, bekas timbalan perdana menteri itu enggan membenarkan sampel DNA beliau diambil dengan alasan ia boleh dimanupulasi.Abdullah berkata bukan menjadi niat dan tujuan kerajaan mewujudkan akta berkenaan kerana kes Anwar itu.Sebaliknya, kata perdana menteri lagi, undang-undang itu digubal bagi membantu penyelidikan yang mungkin memerlukan DNA untuk membuktikan sesuatu.Ditanya adakah kerajaan bercadang mewajibkan data DNA diambil semasa bayi baru lahir, Abdullah berkata itu akan diputuskan semasa rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen."Kalau ada apa-apa kekurangan mengenai akta itu yang perlu ditambah lagi atau perlu dibuat pindaan, maka pindaan itu dibenarkan walaupun semasa perbahasan nanti," katanya

Isnin, 18 Ogos 2008

Foto yang membawa seribu makna




Bagi individu berakal, waras lagi Muslim, apakah yang anda dapat tafsirkan dari gelagat dan tindakan Putera dan Puteri UMNO ini?. Satu foto Putera/Pemuda UMNO dan satu lagi Puteri UMNO yang di ambil pada hari penamaan calon PRK Permatang Pauh 16 August lalu. Reaksi yang ditunjukkan oleh Puteri dan Pemuda UMNO ini di tafsir sebagai menghina, memfitnah DS Anwar kerana sesorang itu tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Walaupun telah didapati bersalah, Islam melarang mengaibkan peribadi orang lain. Bahkan Rasulullah berpesan dalam sabdanya sesiapa yang melindungi aib orang lain nescaya Allah akan melindungi aibnya di hari Akhirat. Inikan pula DS Anwar masih dalam peringkat pertuduhan dan masih dalam peringkat pendakwaan dimahkamah. Pada saya, UMNO memang gagal mendidik pengikutnya dalam apakeadaan pun. Walaupun Putri UMNO bertudung, apa lagi tidak bertudung, akhlaq Islam tidak langsung dipedulikan. Putera UMNO, dari foto yang dipaparkan kita boleh lihat sendiri aksi yang kurang ajar yang mereka paparkan. Tak tahukah para pemuda dan pemudi ini bahawa dosa memFITNAH lebih berat dari dosa membunuh?. Kita semua maklum, DS Anwar masih lagi menderita akibat dari tuduhan lalu, kini di tambah lagi tuduhan baru. Kenapa kita yang mengaku Muslim ni tak habis-habis dengan melakukan fitnah demi fitnah. Dosa kepada Allah lebih mudah memohon ampun kerana pengampunan Allah lebih luas dari langit dan bumi(kalau sempat), tapi dengan manusia berbeza, walaupun tidak nampak pendendam tetapi dalam hati kecil siapa tahu.

Ahad, 17 Ogos 2008

Kerajaan PR masih belum menguasai MPKj?




Saya menerima aduan dari masyarakat Bandar Baru Bangi yang merasa malu melihat pemandangan yang tidak sepatutnya di bandar Baru Bangi ini. Maksud mereka ialah pemasangan banner/bunting menyambut kemerdekaan anjuran ADUN Bangi yang digantung di pokok-pokok, tiang tiang buruk dan seolah-olah tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu MPKj. Kelihatan pada pandangan umum ia dipasang oleh budak-budak sekolah sahaja bila melihat kepada kedudukan pemasangan tersebut. Saya faham maksud penduduk Bandar Baru Bangi bila melihat sendiri cara pemasangan dibuat. Dimana MPKj?, sepatutnya MPKj yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri Selangor mengambil tanggung jawab memasang bunting ini. Mereka kena ingat Dr Shafie ialah ADUN kerajaan Selangor bahkan menjawat jawatan Pembantu EXCO kerajaan Selangor . MPKj kena tukar mentaliti yang ADUN PAS masih pembangkang dan tiada kena mengena dengan MPKj. Lebih-lebih lagi program ini program menyambut kemerdekaan negara bukan ceramah politik.

Tiang TNB membahayakan penduduk


Tiang ini sudah beberapa lama condong dan pihak berkuasa masih belum mengambil tindakan sewajarnya. Tiang condong ini betu-betul berada dilokasi pasar malam seksyen 16 berhampiran pejabat pos. Adakah pihak berkuasa perlu menunggu berlaku kemalangan baru mahu bertindak. Dalam penelitian saya disekitar pasar malam ini, terdapat beberapa tiang lagi yang condong seperti ini. Diharapkan pihak berkuasa dapat bertindak segera. lagipun pemandangan begini tentu sekali mencemarkan imej Bandar Baru Bangi pada pemandangan orang luar.

Provokasi terancang, PR kena hati-hati

Merujuk kepada beberapa laporan media perdana, dilaporkan banyak berlaku tindakan aggresif petugas Pakatan Rakyat yang nampaknya brutal terhadap pihak lawan dan golongan yang tidak menyebelahi pihak kerajaan. Di antaranya diberitakan beberapa persatuan wartawan kesal dengan tindakan petugas Pakatan Pakyat khusunya ahli PKR yang didakwa menyebabkan berlaku beberapa insiden menggugat keselamatan petugas media semasa liputan pilihanraya kecil ini. Presiden (NUJ) Norila Md Daud berkata PKR tidak mengambil tindakan untuk melindungi anggota media yang membuat liputan pilihanraya kecil itu seperti yang dijanjikan sebelum ini bahkan menurut beliau banyak insiden memukul jurugambar tempatan dan luar negara oleh penyokong parti itu semasa penamaan calon hari Jumaat lalu yang merupakan "insiden yang amat memalukan kerana turut melibatkan jurugambar asing yang menjalankan tugas tanpa ada kepentingan politik. Kes terbaru dilaporkan jurugambar akhbar Guang Ming Daily, Loh Hooi Hoon telah dikasari oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong PKR semasa membuat liputan ceramah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya. SU PKR Pulau Pinang Abdul Malik telah memberi jaminan keselamatan terhadap petugas media yang membuat liputan sepanjang pilihanraya kecil itu namun ia masih lagi berlaku. Insiden keduaNorila berkata Malaysia bukan negara komunis atau autokratik, "kita mengamalkan demokrasi. Mengapa media diserang? Adakah PKR mengamalkan gangsterism memandangkan sudah banyak sangat insiden sedemikian."Sementara itu, pemangku Presiden Kelab Media Pulau Pinang Zuraida Abdul Rahman berkata ini merupakan insiden kali kedua dalam bulan ini dimana pengamal media dikasari dan dipukul oleh penyokong PKR dan ini amat membimbangkan kerana tindakan mereka semakin liar. Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan Mokhtar Hussain berkata "kami mahu semua parti politik memastikan keselamatan pengamal media tempatan dan asing yang membuat liputan pilihan raya kecil kerana mereka hanya menjalankan tugas untuk orang ramai." Beliau meminta semua parti-parti politik menghormati kebebasan media dalam menjalankan tugas.

Calon BN mempercayai khurafat?

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Arif Shah Omar Shah berkata, beliau percaya akan memenangi prk Parlimen Permatang Pauh ini mengalahkan bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kedudukannya sebagai calon nombor tiga dalam kertas undi pada pilihan raya kecil pada 26 Ogos ini yang jelas merupakan sebagai petanda baik untuk beliau. Tambahan lagi seprti dirancang beliau juga berada di petak ketiga dalam kertas undi. Bagi pengundi yang celik agama pada saya sepetutnya pengudi tidak mengambil pemimpin yang mempercayai khurafat begini. Umat Islam mesti percaya segala yang berlaku bukan disebabkan oleh perkara-perkara lain melainkan ketentuan dari Allah semata-mata. Bahkan mempercayai untung baik atau untung jahat berdasarkan nombor (seperti fengshui) dan tidak bersandar kepada kehendak dari Allah berkemungkinan boleh membawa kepada murtad (waliazubilLah).Cuma saya masih beranggapan DS Arif cuma bergurau semata-mata dan sebenarnya bukanlah menjadi pegangan beliau.

Sabtu, 16 Ogos 2008

Pemimpin PKR tarik diri hilang wang deposit

16-08-2008 04:20:45 PM Oleh G. MANIMARAN (MStar)
BUKIT MERTAJAM: Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman yang mengejutkan banyak pihak dengan menyerahkan borang penamaan calon 'mencabar' Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi menarik balik dua jam kemudian, hilang wang deposit RM10,000.Mansor mengambil pendirian untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh kira-kira 90 minit selepas penamaan calon ditutup.Beliau menyerahkan borangnya di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun kira-kira pukul 9.25 pagi.Beliau yang juga bekas Ketua PKR Pulau Pinang memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa mahu menarik diri daripada bertanding pukul 11.30 pagi."Oleh kerana dia menarik diri selepas penamaan calon ditutup, wang deposit hilang, ia tidak akan dipulangkan," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.Ketika ditanya sebab beliau tarik diri, Wan Ahmad berkata: "Saya tidak tahu apa sebab. Itu hak calon untuk berbuat demikian.""Dia tidak perlu memaklumkan alasan untuk berbuat demikian," katanya ketika dihubungi mStar Online.Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 menyediakan peruntukan wang deposit tidak dipulangkan, katanya.
Ketika sesi penamaan calon ditutup pukul 10 pagi, SPR menerima empat borang penamaan calon dan ia dipamerkan selama sejam bermula pukul 10 pagi.Pada pukul 12 tengah hari, Pegawai Pengurus, Roslan Yahaya mengumumkan yang pihaknya hanya menerima tiga borang penamaan calon.Roslan juga memberitahu pihaknya menerima lima bantahan berhubung borang penamaan calon.Selain Mansor, tiga yang lain mengemukakan borang penamaan calon ialah Datuk Arif Shah Omar Shah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hanafi Mamat.Ketika diminta mengulas lanjut mengenai lima bantahan itu, Wan Ahmad berkata, tiga bantahan berkaitan dengan nama calon yang diberi untuk dicetak pada kertas undi tidak sama dengan nama dalam kad pengenalan (yang dinyatakan pada borang penamaan calon)."Perkara ini dibangkitkan oleh ketiga-tiga calon dan ia tidak menjadi satu kesalahan sehingga boleh menyebabkan kehilangan kelayakan untuk bertanding," katanya.Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dikehendaki menyatakan nama sebenar mengikut kad pengenalan pada borang penamaan calon dan juga boleh memberi nama (yang berlainan) yang hendak tertera pada kertas undi.Dua bantahan yang lain berkaitan dengan dakwaan seorang calon adalah bankrap dan nama pencadang dan penyokong seorang calon bukan merupakan pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Permatang Pauh."SPR sudah memeriksa kedudukan calon yang dimaksudkan muflis dan didapati dia bukan merupakan muflis yang belum dilepaskan. Jadi calon berkenaan layak untuk bertanding," katanya.Daripada lima bantahan, dua merujuk kepada Hanafi, masing-masing satu terhadap Arif Shah, Anwar dan Mansor

Media Edisi perang saraf bermula

1) Penyokong pembangkang persenda BN (BH) >komen: Adat lah dalam perang Pilihanraya
2) Jurugambar NSTP dipukul penyokong PKR (BH) >komen: Buat saja laporan Polis, mungkin provokasi
3) Kereta Johari dikepung penyokong PKR (BH) > komen: teperangkap jem je tu
5) Anwar belum pasti jadi PM (UM) > komen: memang tiada siapa yang boleh menentukan
6) Saiful: Tindakan saya bukan bertujuan politik (MStar) > komen: tapi kenapa sekarang?, dah 9 kali?.. atau secara kebetulan?, sebiji macam cerita hindi, semua kebetulan)
7) Laungan liwat lwn reformasi (MK) >Komen: satu tu fitnah yang satu lagi tu gelombang baru
10) Saiful: Saya diliwat tanpa rela (MK) >Komen: Anwar guna gangster ke?
11) Puteri Umno dakwa diraba, diludah penyokong parti pembangkang (BH) > komen: Lapor Polis
12) Pas curiga Anwar (BH) > komen: kena percayakan pimpinan kecuali jelas lari dari perjuangan
13) Mahathir cabar Anwar turuti langkah Saiful bersumpah (MStar) > komen: Anwar sudah maafkan Tun, usahlah ulang lagi, banyakkan munajat mohon ampun, masa dah makin hampir takut tak sempat.

IB: UiTM dan AUKU, tiba-tiba je pelajar dibenarkan mengadakan demonstrasi

Tiba-tiba sahaja AUKU dimansuh (sekurang-kurangnya untuk sementara waktu) bagi semua para pelajar UiTM seluruh negara. Ini bagi membenarkan para pelajar UiTM untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara membantah cadangan MB Selangor, Khalid Ibrahim.
IB juga kurang bersetuju dengan cadangan MB Khalid, tetapi tidaklah sehingga perlu dikerah suruh seluruh warga UiTM berarak menunjuk perasaan – demonstrasi.
Apa yang IB ingin sebut di sini ialah tiba-tiba sahaja pihak pentadbiran UiTM tidak melarang para pelajar mereka berdemonstrasi. Apakah memang pentadbiran benar-benar memberi keizinan ini? Jika tidak ini bermakna, para pelajar tersebut tertakluk kepada tindakan disiplin kerana melanggar AUKU.
Atau apakah demonstrasi yang tiba-tiba berlaku di satu demi satu kampus UiTM seolah-olah secara teratur memang di”atur” oleh pihak tertentu? Jika ini yang sebenarnya, maka tindakan harus diambil terhadap mereka yang mengatur rapi demonstrasi di beberapa kampus UiTM.
Jika tiada tindakan diambil maka apakah ini suatu perkembangan terbaru bahawa AUKU dengan cara diam-diam telah pun dimasnuhkan – istimewa untuk pelajar UiTM?
Jika tidak, ini bermakna pihak pentadbiran UiTM ”double standard” apabila mengkerahkan para pelajar mereka untuk berdemonstrasi membantah cadangan hanya kerana ianya datang dari seorang MB yang bukan dari parti komponen BN. Itu sahaja

Terkini - 4 Calon sah bertanding

PERMATANG PAUH: Proses penamaan calon berakhir pada pukul 10 pagi tadi selepas empat calon mengemukakan borang penamaan calon masing-masing sebelum bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
1. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)
2. Datuk Seri Arif Shah Omar Shah (BN-ADUN Seberang Jaya)
3. Datuk Mansor Othman (parti Bebas)
4. Hanafi Hamad (AKIM)

Calon dan Matlamat

Pilihanraya KecilPermatang Pauh, matlamat calon:

DS Anwar Ibrahim :- 1 )Berikrar akan membentuk pembangkang yang kuat di Parlimen demi kesejahteraan rakyat Malaysia (2) Tarikh keramat 16 September, membentuk kerajaan baru Malaysia bersama Pakatan Rakyat, bertujuan memberi harapan baru kepada rakyat kepada kehidupan lebih baik dan harmoni.

DS Ariff Shah:- Menambah koleksi peribadi sebagai wakil rakyat selain ADUN Seberang Jaya kepada peringkat parlimen dan meneruskan agenda sedia ada BN disamping membawa suara rakyat PP ke parlimen pulak.

Hanafi Mamat:-Yakin penduduk Permatang Pauh akan menyokong AKIM."Malaysia sudah maju, bagus.... tapi ada banyak isu yang perlu ditangani. AKIM mahu bertanding dengan matlamat itu.

Baki 2 calon lagi:- Entahlah mungkin hobi menjadi calon seperti nenek di Kuala Terengganu dalam PRU12 ataupun dipaksa jadi calon ataupun mengambil sempena rukun Islam mesti dengan angka 5 tak boleh 4

3 parti sah tanding, ribuan penyokong 'banjiri' pusat penamaan calon


Oleh G. MANIMARAN (MStar) 16 August 2008
PERMATANG PAUH: Penamaan calon kerusi Parlimen Permatang Pauh diadakan pagi ini dengan para penyokong parti-parti politik bakal bertanding mula berkumpul di kawasan Bukit Mertajam - lokasi penamaan calon - sejak awal pagi.Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat sudah mengumumkan nama calon masing-masing bagi pilihan raya kecil ini.BN diwakili oleh calon Umno, Datuk Seri Arif Shah Omar Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Seberang Jaya manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Anwar merupakan Ahli Parlimen kawasan itu dari 1982 hingga 1999.
Parti AKIM juga telah mengumumkan akan bertanding tetapi hanya mahu mengumumkan nama calonnya pagi ini. mStar Online difahamkan kemungkinan akan ada calon Bebas.Jika ada pertandingan pengundian akan diadakan 26 Ogos ini.Penamaan calon diadakan di Institut Perguruan Tuanku Bainon, Bukit Mertajam.Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) akan diwakili oleh Presidennya sendiri, Hanafi Mamat.Ketika dihubungi 7 pagi tadi, Hanafi berkata: "Hanafi Mamat akan tanding wakili AKIM.""Borang akan serahkan pukul 9 pagi ini. Saya yakin penduduk Permatang Pauh akan menyokong AKIM."Malaysia sudah maju, bagus.... tapi ada banyak isu yang perlu ditangani. AKIM mahu bertanding dengan matlamat itu," kata beliau.Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya telah memilih lokasi yang lebih besar dan sesuai - Institut Perguruan Tuanku Bainun - dengan mengambil kira begitu ramai akan hadir kali ini.
"Kami berharap calon akan datang awal kerana waktu menyerahkan borang penamaan calon sejam sahaja, dari pukul 9 hingga 10 pagi.
"Dan, kali pertama kami menyediakan tiga penolong pengurus pilihan raya bagi memastikan proses perjalanan adalah lancarn," kata beliau ketika dihubungi malam tadi.Hampir 20,000 orang dipercayai akan hadir pada hari penamaan calon.

Bersama Tok Guru Nik Aziz dan Datok Husam di Bangi

Sebagai peringatan kepada warga Selangor khasnya, seminggu lagi (23 August) kita berpeluang bersama Tok Guru dalam program TTMU MATO dengan Tok Guru sempena menyambut Ramadhan Almubarak. Bagi pencinta Islam hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu dimana kita tak payah lagi ke Kelantan 500km jaraknya untuk bertemu Tok Guru, cuma datang saja ke Kompleks Sukan Bangi Seksyen 15 pada tarikh tersebut. Kalau Tok Guru depan mata pun tidak mahu dan tak suka ambil peluang bertemu ulamak tersohor ini,tak tahulah bahasa apa nak cakap. Perlu ingat sesiapa yang bertemu dengan ulamak adalah mempunyai kelebihan di akhirat. Jadi ayohlah semua warga Bangi juga warga Selangor dan mereka yang cintakan perjuanagan Islam kita beramai-ramai bersama Tok Guru.
walLahu A'lam

Saya bukan ahli politik Mat Jenin – Hadi

Oleh AZNAN BAKAR Utusan malaysia
IPOH 15 Ogos – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak berkelakuan seperti ‘Mat Jenin’ dengan berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri.
Katanya, soal siapa yang akan jadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan masih terlalu awal untuk dibincangkan.
“Saya tidak akan jadi ahli politik Mat Jenin,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Ke-54 di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Dewan Ulama Pas yang mahukannya menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang benar-benar dapat membentuk kerajaan pada 16 September ini.
Diminta mengulas adakah rujukan kepada ‘Mat Jenin’ itu bermaksud beliau tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Abdul Hadi hanya berkata: “Mat Jenin, baru panjat pokok kelapa saja, belum dapat buah dah bercita-cita nak jadi raja.”
Menurut Abdul Hadi, cita-cita beliau setakat ini adalah supaya Islam diperjuangkan dan dibuktikan kehadirannya di Malaysia tanpa mengira siapa yang menjadi Perdana Menteri.
Ditanya adakah kenyataannya itu bermakna Pas mengiktiraf dan mahukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Abdul Hadi menjawab:
“Apa pun kena tunggu Anwar menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh terlebih dahulu dan hingga berlaku perubahan di Parlimen.
“Kita tunggu beliau (Anwar) menang dahulu, lepas menang kita tunggu 16 September.”
Ahli Parlimen Marang itu menambah, pakatan pembangkang sendiri tidak pernah berbincang soal siapa yang akan menjawat jawatan Perdana Menteri jika ia berpeluang mengambil alih pemerintahan negara.
Abdul Hadi menegaskan, pengisian jawatan Perdana Menteri mesti berteraskan Melayu dan Islam.
Perkara itu, katanya, disedari dan tidak dipertikaikan oleh sesiapa termasuk para pemimpin DAP.
Katanya, prinsip politik yang sama juga berlaku dalam Barisan Nasional (BN) apabila parti komponen bukan Melayu menerima pemimpin Melayu dalam UMNO sebagai Perdana Menteri.
“Teras (siapa yang jadi Perdana Menteri) kepada Islam dan Melayu,” tegasnya.
Pas juga, ujar Abdul Hadi, tidak semestinya menjadi teras dalam pakatan pembangkang kerana ia lebih bergantung kepada penerimaan rakyat.
Ditanya kemungkinan Pas sedia menerima pemimpin DAP dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri jika impian menubuhkan kerajaan menjelang 16 September menjadi realiti, beliau berkata, semuanya bergantung kepada penerimaan rakyat.
“Kita tidak mahu buat keputusan dalam sidang akhbar,” katanya.
Mengenai tindakan beberapa wakil Dewan Pemuda Pas yang meminta parti itu berhati-hati dengan Anwar, Abdul Hadi berkata, itu merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.
“Yang akan buat keputusan ialah peringkat kepimpinan tertinggi Pas,” katanya

Umat Islam kini dah bercelaru

Hari ini muka depan media perdana dan blog dipenuhi dengan Mohd. Saiful Bukhari mengotakan janjinya bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim. Upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta semalam memaparkan si Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid tersebut. Inikah perjuangan kita yang diamanahkan Allah di atas muka bumi ini sebagai khalifah. Bersumpah dengan nama Maha Pencipta, bahawa sesungguhnya dia telah dipaksa melakukan liwat oleh sesorang yang sedang ghairah menuju ke jawatan paling penting di Malaysia. Di saat akhir dimana hamba Allah ini bakal dinobat sebagai pemimpin no 1 di Malaysia, tiba-tiba datang angin ribut yang menerbangkan segala angan-angan rakyat tertindas selama ini untuk melihat suasana Malaysia baru dibawah teraju pemerintahan baru menggantikan pemerintah kini yang penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa. Untuk membuktikan betulnya dakwaaan itu budak ini sanggup bersumpah LAKNAT ke atasnya dengan lafaz “A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh D... pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut D.... telah memasukkan anunya ke dalam lubang d.... saya. “Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”
Yang memningkan kita sebagai umat Islam akhir zaman ini ialah seolah-olah kemuliaan hari Jumaat ini dipermain-mainkan untuk melakukan upacara bersumpah tersebut. Dengan kehadiran VIP yang turut berada di masjid itu seperti Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali serta beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarga Mohd. Saiful seolah-olahnya bersumpah ini adalah satu agenda besar dalam negara. Satu agenda penting dalam kehidupan umat Islam. Adakah begitu ajaran Islam yang syumul?, berlakukah dizaman Rasululullah, zaman sahabat, zaman tabiin, sumpah menyumpah ni..walLah hu A'lam. Zaman Rasululullah, baginda bertungkus lumus menyebarkan Islam, sebagai memenuhi amanah Allah, zaman ini manusia yang menganut Islam berlumba memenuhi tekak, dan poket masing-masing. Sebelum ini umum mengetahui, saranan untuk bersumpah laknat atau bermubahalah ini dicetuskan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada 3 Julai lalu selepas Saiful membuat laporannya kepada Polis dengan menuduh Anwar meliwatnya beberapa kali, kali terakhir pada 26 Jun lalu. Walaubagaimanapun pada 7 Ogos lalu, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan Saiful. Yang menariknya timingnya tu, kebetulan atau dirancangkan?.

'PAS Untuk Semua' jadi hala tuju perjuangan

Lanjusoh Harakah Fri Aug 15, 08
IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - 'PAS untuk semua' menjadi halatuju perjuangan PAS tahun ini apabila ia dijadikan inti ucapan dasar Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar tahun ini.
Muktamar kali ini sebenarnya diselimuti dengan suasana pilihan raya kecil Permatang Pauh yang bermula dengan penamaan calon esok.
Malah ia membayangkan kepada rentasi politik baru negara kepada sistem dwi parti yang merupakan lanskap baru politik negara ini.
Presiden memulakan ucapan dengan sayu dalam suasana PAS semakin gagah mengharungi politik negara selepas melalui pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu dengan penuh bergaya bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Lebih mengarukan lagi dengan kehadiran ramai tokoh gerakan Islam dari seluruh dunia termasuk Dr Amman Said dari Jordan, Dr Amir Hidayah mewakili Parti KeADILan Sejahtera Indonesia, Sri Lanka, Maldives dan Pakistan.
Kesemuanya meliputi seramai 25 tetamu dari luar negara yang memeriahkan lagi muktamar PAS yang dilangsungkan di Stadium Indera Mulia, hari ini.
Presiden berkata, muktamar PAS kali ke-54 diadakan di Perak sebagai satu penghormatan kepada tempat PAS memulakan langkah pertamanya dalam lipatan sejarah perjuangan PAS.
"Di negeri inilah tertubuhnya Hizbul Muslimin pada 1948 di Maahad Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol.
"Di sini jugalah pada 1955 PAS mula mengenal erti demokrasi pilihan raya setelah wakil rakyat pertama iaitu Tuan Guru Ahmad Tuan Hussein yang bertanding memenangi Kerusi Majlis Undangan Persekutuan Krian.
"Di Perak jugalah Dewan Ulamak PAS ditubuhkan secara rasmi di Batu 20, Bagan Datoh pada 1957," katanya pada ucapan dasar.
Beliau berkata, sejak bermula 57 tahun lalu PAS masih utuh dan teguh, walaupun berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran dan tribulasi yang sentiasa mendatang.
Katanya, PAS tidak pernah mengalah untuk terus berjuang menerusi lunas demokrasi yang ada dalam negara walaupun dikepung dari pelbagai sudut menerusi akta-akta yang zalim.
"Marilah kita memperteguh dan memacu jamaah kita berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran yang akan sentiasa ada di hadapan kita.
"Kita juga sama-sama mengikhlaskan niat dan amal perbuatan kita semata- mata kerana Allah untuk melaksanakan tugas dan amanah yang amat berat di muka bumi ini," katanya.
Beliau juga berkata, tema PAS Untuk Semua berteraskan kepada keyakinan yang tinggi bahawa perjuangan kita merupakan suatu amanah untuk memakmurkan alam ini.
Katanya, perjuangan PAS adalah bersifat universal untuk seluruh umat manusia membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan PAS.
Antara usaha-usaha PAS kata beliau memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
Selain itu memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian kaum.
"Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta manghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan dan perhambaan," katanya. - mj

Zahid sokong penjualan arak diharamkan

Merujuk kepada laporan media tempatan mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang menyokong gesaan menghapuskan aktiviti perjudian serta dihadkan premis jualan arak di semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) membuatkan kita umat Islam rasa lega dan bersyukur. Kebelakangan ini sebenarnya kalau diperhatikan banyak ucapan-ucapan DAZH sehaluan dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS.
Seterusnya DAZH mengatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan PR adalah baik kerana penjualan minuman keras kini dilakukan di tempat awam secara terbuka jadi walaupun cadangan berkenaan dibuat oleh kerajaan PR dan pembangkang peringkat parlimen, tetapi ia sesuatu yang perlu disokong oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya memberi sokongan atas nama agama dan saya memberi komitmen untuk menyokong tindakan yang dibuat oleh mereka...pada hemat saya kerajaaan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional pun harus mengambil tindakan yang sama. Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud semalam yang meminta semua kerajaan negeri PR mencontohi Kelantan menghapuskan terus aktiviti perjudian dan mengehadkan premis jualan arak. Ahmad Zahid juga berkata masalah yang berlaku ialah walaupun penjualan minuman keras telah disebut tidak boleh dijual kepada orang Islam tetapi apabila ia dijual di tempat terbuka, ia menjadi kemudahan kepada orang Islam membelinya.
"Sebagai contoh baru-baru ini akhbar melaporkan ada pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah yang membeli minuman keras kerana ianya dijual di tempat terbuka".

Jumaat, 15 Ogos 2008

Istana Perak tidak memperkenan Mursyidul Am dan Presiden berkhutbah di Ipoh hari ini

Jumaat 15 August. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dipekenan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri di Ipoh) dan Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. Perkara itu disampaikan ketika presiden menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, titah itu adalah selaras dengan pendirian bahawa masjid dan surau di Perak haruslah bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.Kata beliau, hanya imam yang mendapat tauliah daripada Sultan Perak yang boleh menyampaikan khutbah di masjid-masjid di Perak. Laporan Bernama semalam menyebut, Raja Nazrin Shah telah memberi perkenan kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi untuk menyampaikan khutbah pada solat Jumaat di dua buah masjid di Perak.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam berkata, baginda menyampaikan perkenan itu ketika beliau menghadap Tuanku sebelum mesyuarat Exco kerajaan negeri diadakan. Ramai yang merasakan tindakan baginda berkemungkinan disebabkan oleh rasa tanggung jawab memastikan keharmonian rakyat yang bermungkinan disebabkan oleh adanya pihak tertentu yang bakal membuat sesuatu yang tidak diingini jika khutbah tersebut dibenarkan hari ini. Walaubagaimanapun sebagai rakyat dan umat Islam kita seharusnya tetap bersyukur kerana setelah sekian lama perjuangan PAS kini PAS telah dapat melebarkan auranya ke dalam negeri Perak sehingga mampu mengadakan Muktamar dan mengibarkan bendera PAS memenuhi Bandaraya Ipoh. Kesabaran dari ahli jamaah PAS perlu dan semoga ditahun-tahun akan datang akan tiba masanya bukan sahaja di Ipoh, pemimpin PAS boleh berkhutbah di seluruh negeri, InsyaAllah

Khamis, 14 Ogos 2008

Harapan kepada pemimpin muda PAS

Melihatkan komitmen dan jihad 2 contoh pemimpin muda PAS kini iaitu YB Hj Taufik dan YB Drs Idham Lim, saya teringat kepada semangat jitu YB saya Dr Shafie Abu Bakar. Mengapa saya mengambil Dr Shafie sebagai contoh kerana beliau ada didepan mata saya dan saya nampak secara realiti bukan dengar cakap orang. Dr Shafie seorang yang kuat bekerja, walaupun semakin berusia namun kudrat beliau mengalahkan saya yang jauh lebih muda. Beliau mampu melayani rakyat dengan menghadiri program-program yang dijalankan tanpa rehat, dan kami yang lebih muda ini tak sanggup mengikuti beliau kerana penat. Semoga Allah akan memberkati khidmat ikhlas beliau. Kembali kepada 2 YB muda Hj Taufik dari Paroi Negeri Sembilan dan Drs Idham Lim dari Perak kita dapat melihat kegigihan mereka ini dalam mendaulatkan imej YB PAS dimata rakyat. Program-demi program dijalankan tanpa henti yang kebanyakannya di laporkan dalam blog masing-masing. saya sendiri sempat menghadiri beberapa program YB Taufik di Paroi tetapi belum berkesempatan menghadiri mana-mana program Drs Idham Lim. Sebagai rakyat yang menyanjungi perjuangan Islam di Malaysia ini saya berharap lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin muda di dalam PAS ini yang akan terus berjuang menjulang bendera PAS ke era seterusnya.

MStar melaporkan:AMK sambut baik penjelasan Nasharuddin, kukuh kerjasama

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
IPOH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik penjelasan terbuka oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berhubung isu muzakarah dengan Umno. Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya menerima alasan yang diberikan oleh Nasharuddin kerana ia melibatkan persetujuan oleh Majlis Syura pimpinan tertinggi PAS.
“Pada umumnya kita faham dan mengerti tentang sebab-sebab pertemuan tersebut diadakan.
“Namun bagi saya isu ini telah berlalu. Perkara yang utama sekarang ialah menumpukan perhatian kepada kerjasama dalam Pakatan Rakyat,” katanya selepas menghadiri majlis perasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-49 di Stadium Indera Mulia di sini malam ini.
Katanya kehadiran beliau pada majlis tersebut ialah bagi memberi tanda sokongan dan membuktikan jalinan kerjasama erat sesama komponen dalam Pakatan Rakyat.
“Saya beranggapan ucapan dasar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub adalah isyarat yang cukup jelas bahawa pemuda dalam Pakatan Rakyat akan lebih bekerjasama dalam usaha memperjuangkan hak rakyat,” katanya.
Tambah beliau kerjasama sebegini akan lebih memantapkan semangat untuk meneruskan agenda menubuhkan kerajaan.
“Ini juga memperlihatkan bahawa hubungan erat antara kesemua komponen Pakatan Rakyat tidak mudah dipisah-pisahkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Selain itu beliau menyanjung tinggi arahan Salahuddin kepada jentera PAS agar sama-sama bergandingan bagi membantu Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pauh.
“Arahan kepada PAS untuk sama-sama turun (hadir) dan gempur di Permatang Pauh adalah sangat baik dan bijak.
“Saranan beliau agar kita menanggani semua isu dengan tertib adalah cukup berhemah dan penting dalam usaha untuk ambil alih kerajaan,” katanya.

Serpihan PAS, AKIM yakin menang Permatang Pauh?

PETALING JAYA: Angkatan Keadilan Insan Malaysia, (AKIM) melahirkan keyakinan memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.
Presidennya, Hanafi Mamat berkata, parti yang dipimpinannya itu akan memperoleh sokongan yang padu terutamanya daripada ahli-ahli PAS kerana teras perjuangan mereka adalah mahu menegakkan Islam dan memerlihara hak orang Melayu.
“Kami yakin akan memperoleh sokongan yang padu daripada pengudi di sana berdasarkan matlamat perjuangan AKIM,” katanya kepada mStar Online hari ini.
AKIM yang itubuhkan pada 1995 merupakan sebuah parti serpihan PAS.
Ahli-ahli yang keluar daripada Pas menubuhnkannya atas alasan tidak percaya kepada perjuangan parti itu.
Difahamkan parti itu mempunyai kira-kira 10,000 ahli di seluruh negara.
Parti tersebut pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 di kerusi Parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi tewas.
Jelas Hanafi, PAS hari ini telah banyak melakukan perubahan dan ini merupakan peluang menjelaskan kepada semua termasuk ahli-ahli PAS mengenai perjuangan AKIM.
“Dengan keadaan politik yang kurang stabil sekarang AKIM punya ruang untuk menang,” katanya.
Ketika ditanya siapakah calon yang akan diletakkan oleh Akim di Permatang Pauh, Hanafi berkata:
“Calonnya akan diumumkan pada 15 Ogos. Yang boleh saya jelaskan calon tersebut merupakan anak tempatan dan punya latar belakang agama yang bagus,” ujarnya.
Menurut beliau, sudah tiba masanya orang ramai membuka mata dan memberi sokongan kepada calon yang memperjuangkan Islam dan nasib orang Melayu bukan lagi memilih calon yang punya agenda tersendiri.
Tambahnya, jentera pilihan raya parti itu sudah bergerak biarpun mereka berdepan tugas getir untuk menghadapi calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Barisan Nasional.

Pas ingatkan Pakatan Rakyat

Petikan Berita Harian, laporan oleh Shamsul Kamal Amarudin dan Nazura Ngahbhnews@bharian.com.my
IPOH: Dewan Pemuda Pas akan bersikap tegas terhadap mana-mana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang mengambil sikap enteng atau mudah terhadap peranan Islam dalam pentadbirannya, kata Ketuanya, Salahuddin Ayub. Malah, beliau berkata, Pemuda Pas mahu kepimpinan di negeri PR memperjuangkan hak, nilai dan prinsip Islam yang termaktub dalam undang-undang tubuh di negeri masing-masing. Katanya, pergerakan itu akan menjalankan ‘check and balance' terhadap lima kerajaan negeri yang diperintah PR ke arah mewujudkan urus tadbir kerajaan yang baik.
“Kita bersedia untuk menegur secara diplomatik dan kita juga sanggup untuk mengambil pendekatan konfrontasi jika teguran-teguran kita tidak dilayan. “Saya mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Selangor kerana berani menegur beberapa kepincangan kerajaan negeri baik soal hukum agama mahupun soal ketelusan pentadbiran,” katanya dalam ucap utama Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat Ke-49 di Stadium Indera Mulia di sini, malam tadi. Muktamar Dewan Pemuda Pas itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.
Salahuddin berkata, pergerakan itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memperalatkan istilah Islam seperti siyasah syariyyah, maqasid al-syariah, fiqh al-awlawiyyat, fiqh at-taghyir dan fiqh al-waqi untuk mencapai maksud politik yang tidak diredhai Allah serta menolak pendekatan `Machiavelism' yang berasaskan doktrin matlamat menghalalkan cara dalam pentadbiran kerajaan PR. Selaras itu, katanya, Dewan Pemuda Pas akan mengadakan Seminar Pendekatan Siyasah Syariyyah selepas muktamar ini untuk mewujudkan panduan urus tadbir di negeri yang dikuasai PR ke arah ‘baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’. Beliau berkata, pergerakan itu juga mengesyorkan kepada pimpinan tertinggi Pas supaya meningkatkan sistem kawalan pusat-pinggir ke atas Badan Perhubungan Pas negeri yang diperintah parti berkenaan. Salahuddin berkata, pihaknya tidak mahu pimpinan negeri diberikan kebebasan penuh atau autonomi dalam menentukan dasar pentadbiran sehingga pimpinan keputusan Pas Pusat tidak dihormati oleh kerajaan negeri terbabit.
“Jika keadaan ini berlaku, ia bukan hanya memberi kesan buruk dalam penyelarasan keputusan tetapi mungkin boleh menjejas keberkesanan jentera Pas keselu-ruhannya,” katanya. Salahuddin berkata, Dewan Pemuda Pas sedia terima apa saja usaha dengan mana-mana pihak untuk kebaikan agama, bangsa dan negara, tetapi tidak akan bertolak ansur sekiranya ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama politik atau perkongsian kuasa antara Pas dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).