Kawan-kawan setia

Jumaat, 26 September 2008

Petrol, naik macam roket, turun macam kura-kura...

Turun RM0.10 sen amat tidak memadai, rakyat kecewa dengan BN
harakah.net.my, KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat.
Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal.
"Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?" katanya kepada Harakahdaily.
"Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal,"
Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato' Seri Najib Razak.
"Menteri baru pun tidak yakin untuk memberikan sesuatu yang lebih kepada rakyat.
"Sudahlah rakyat kini terbeban dengan kadar inflasi tertinggi sebanyak 8.5 sepanjang 26 tahun ini," ujarnya.
Jelasnya, apa yang sedang berlaku sekaligus menggambarkan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara.
Bahkan menurutnya, dalam kiraan tertentu mengenai hal ini menunjukkan bahawa rakyat pula yang perlu menanggung subsidi minyak bagi pihak kerajaan.
"Apa pun saya tetap mencadangkan agar kerajaan mengembalikan harga asal minyak,"
Penurunan minyak semalam adalah merupakan kali kedua selepas kali pertama dengan kadar RM0.15 menjadikan jumlah setakat ini adalah RM.25 dengan kadar harga semasa minyak dunia pada tahap USD92 setong.
Sesetengah pihak mengandaikan contoh formula yang kerajaan gunakan untuk menaikan harga minyak semasa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong.
Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.
Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :
Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82) 1 Tong bersamaan dengan 159 liter Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45 Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Penipuan internet, jangan terpedaya bank palsu

KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.
Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.
Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.
"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.
Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.
Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.
"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya.
Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel.
Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.
Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank

Murugiah jawab Syed Hamid: 'Ini urusan saya'

Mstar, KLANG: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah mempertahankan tindakannya berhubung isu makanan bagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kelmarin yang meminta beliau supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya, Murugiah berkata, beliau terkejut mendengar komen sedemikian daripada seorang menteri yang senior.
Kata Murugiah, beliau hanya melakukan tugasnya iaitu menerima aduan dan menyelesaikan masalah.
“Kenyataannya (Syed Hamid) yang meminta saya tidak campur tangan dalam urusan orang ramai adalah seperti meminta saya dan 270 kakitangan di Biro Pengaduan Awam supaya tutup kedai.
“Biro menerima kira-kira 180 aduan tentang setiap kementerian daripada Januari hingga Ogos dan bagaimana saya boleh lakukan tugas saya jika saya tidak boleh ‘campur tangan’ dalam kementerian lain,” soal beliau di sini semalam.
“Biro Pengaduan Awam berada di atas semua kementerian lain apabila tiba hal mengendalikan aduan,” katanya selepas melawat SJK (T) Batu Ampat di Jalan Kota Raya di sini.
Syed Hamid semalam berkata, Murugiah tidak sepatutnya mencampuri urusan kementerian lain.
Katanya, tindakan Murugiah bercakap bagi pihak Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung aduan yang beliau tidak dihidangkan makanan yang sesuai ketika ditahan di bawah ISA adalah seperti menjadi "jurucakap kepada pembangkang."
Murugiah berkata, Syed Hamid sepatutnya bercakap terus berhubung hal itu kepadanya dan bukan memberi komen kepada terbuka.
“Saya cuba melakukan sesuatu yang baik untuk orang ramai, melayan setiap orang dengan adil tanpa mengira sama ada aduan itu daripada kerajaan, pembangkang atau orang awam.
“Sebagai menteri yang baru, saya akan selalu menerima dengan hati terbuka jika beliau (Syed Hamid) mahu membimbing saya atau menunjukkan saya cara terbaik dalam menjalankan tugas saya,” katanya.
Ini adalah kali kedua Syed Hamid meminta rakan-rakan sekerjanya dalam Barisan Nasional (BN) supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya.
Awal bulan lalu, beliau mengkritik pemimpin-pemimpin BN yang mempertikaikan keputusannya menahan tiga orang awam di bawah ISA termasuk Teresa.
Sesuai dengan gelaran Bangi Bandar Ilmu, ADUN Bangi bersama IMPACT akan mengadakan majlis khatam AlQuraan perdana bertempat di Dewan Seminar Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini akan bermula jam 8 pagi pada 21 Ramadhan bersamaan 21 September iaitu hari Ahad nanti.


Khamis, 25 September 2008

Anwar: 'Deadline' bukan isu, Pakatan hantar surat kepada Agong

MStar, KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pihaknya akan menghantar sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang dan permintaan untuk diadakan satu sesi khas Parlimen.
Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, sekali lagi mendakwa telah mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baru.
"Surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyentuh mengenai proses peralihan kuasa secara aman dan sidang khas Parlimen bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).
"Kita (Pakatan Rakyat) masih mengemukakan tuntutan supaya Perdana Menteri menghormati hak rakyat yang memilih kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.
Anwar ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, dan anak mereka Nurul Izzah, yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai.
Ketika mengulas mengenai suratnya yang meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas Parlimen, Anwar berkata Abdullah tidak memberi sebarang jawapan berhubung perkara itu kecuali membuat kenyataan untuk tidak memenuhi tuntutan berkenaan.
Anwar juga masih enggan mengumumkan nama anggota-anggota Parlimen yang beliau dakwa akan menyertai Pakatan Rakyat.
"Saya ada bilangan majoriti. Pasal deadline (tarikh untuk menubuh kerajaan baru) bukanlah satu isu," katanya.
Sementara itu dalam blognya hari ini, Anwar berkata, beliau dan teman-teman dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan.
"Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara."
Kata Anwar, beliau tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri.
"Kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalah tafsir," katanya lagi

Utusan Malaysia:Dua tren LRT berlanggar, empat cedera

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Hampir 300 penumpang terkandas kira-kira 30 minit apabila dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid-KL Aliran Ampang berlanggar kira-kira 200 meter dari stesen LRT Bukit Jalil di sini petang ini.
Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 6.32 petang itu, empat penumpang cedera ringan termasuk Ah See Nean, 21, iaitu sepupu Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, diberi rawatan sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dekat sini.
Tiga lagi mangsa ialah Khoo Chin Lay, 34, Kwai Sai Bean, 55, dan Yap Sau Yee, 29.
Keadaan diburukkan lagi apabila alat penghawa dingin dan lampu tren tersebut tiba-tiba tidak berfungsi menyebabkan penumpang terutama wanita dan kanak-kanak mula panik.
Kejadian itu menyebabkan penumpang bertindak sendiri membuka pintu kecemasan tren bagi menyelamatkan diri.
Mereka terpaksa berjalan seorang demi seorang di lorong kecemasan di tepi landasan sebelum bantuan tiba 20 minit kemudian.
Perjalanan melalui landasan LRT itu menimbulkan kesukaran kepada penumpang yang mempunyai anak kecil, golongan tua, wanita mengandung dan penumpang yang membawa beg pakaian.
Ekoran kejadian itu, pengoperasian tren di tiga buah stesen iaitu stesen Sri Petaling, Bukit Jalil dan Sungai Besi dihentikan sehingga lewat malam ini dan ia dijangka hanya kembali beroperasi pagi esok.
Sejak perkhidmatan LRT laluan Bukit Jalil-Kuala Lumpur dilancarkan pada tahun 1998, dianggarkan sebanyak 120,000 pengguna menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu setiap hari.
Ketua Pegawai Eksekutif RapidKL, Suffian Baharuddin ketika ditemui pemberita di tempat kejadian berkata, pihaknya menyediakan bas ‘shuttle’ di stesen Bandar Tasik Selatan dan Sri Petaling bagi membolehkan orang ramai menggunakannya sebagai perkhidmatan ‘pengganti’.
“Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai kejadian ini sama ada disebabkan kecuaian pemandu atau kerosakan teknikal.
“Tunggulah sehingga jurutera kami selesai menyiasat perkara ini, baru kami akan maklumkan punca kejadian,” ujarnya.
Keadaan dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang berlanggar berhampiran Stesen Bukit Jalil, Kuala Lumpur, petang semalam.
Menurut beliau, kerja-kerja pemulihan masih diteruskan dan sehingga pukul 9 malam ini, kedua-dua tren itu masih belum dialihkan lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Amir Mohd. Hashim berkata, polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu meliputi pelbagai aspek.
Jelas beliau, polis akan mengambil keterangan kedua-dua pemandu tren yang berusia 30-an dan beberapa penumpang bagi mendapat gambaran yang sebenar.
Tambahnya, kira-kira 20 pegawai dan anggota dari balai polis berhampiran dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.
Sementara itu, salah seorang mangsa yang terperangkap, R. Perumal, 48, memberitahu, dia yang menaiki tren di gerabak pertama tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat sebelum penumpang-penumpang yang berdiri terjatuh di dalam tren.
“Kami berasa cemas selepas hampir 20 minit terperangkap kerana tiada sebarang bantuan diberi.
“Jadi kami terpaksa membuka pintu kecemasan dengan sendiri dan menolong satu sama lain,” katanya yang baru pertama kali menaiki tren LRT.
Perumal memberitahu, mereka yang menyelamatkan diri menerusi pintu kecemasan terpaksa berjalan hampir 20 minit menggunakan lorong kecil di tepi trek hingga tiba di stesen Bukit Jalil.
Seorang lagi mangsa, Fariz Anuar, 26, berkata, dia dalam perjalanan ke rumahnya di Bukit Jalil selepas habis bekerja dengan menaiki tren dari Masjid Jamek di Kuala Lumpur.
“Dalam keadaan letih berpuasa, saya terpaksa berjalan kira-kira 20 minit ekoran insiden ini,” ujarnya.
Seorang wanita yang sarat mengandung, Wendy Wong, 27, berkata, dia panik dan cemas apabila alat penghawa dingin dan lampu tiba-tiba tertutup sebelum disusuli dengan pengumuman daripada pihak LRT berhubung kerosakan tren tersebut.
Bagaimanapun, ujarnya, pihak pengurusan LRT tiba dalam masa 20 minit dan membuka pintu kecemasan.
“Saya terpaksa berjalan kira-kira 30 minit untuk sampai ke stesen ini (Bukit Jalil),” jelasnya.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat mengadakan lawatan ke lokasi kejadian kira-kira pukul 11.30 malam ini.
Turut menemani beliau ialah Ketua Polis Kula Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman.
Tee Keat meminta pihak RapidKL menyiasat insiden tersebut dan memastikannya tidak berulang lagi.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada salah seorang mangsa yang cedera dalam kejadian itu merupakan sepupunya, Tee Keat berkata, beliau belum belum dapat memastikannya

Selasa, 23 September 2008

AMK kesal tuduhan ejen Amerika

AMK dalam kenyataan yang disiarkan dalam Suara Keadilan menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri, Dr. Rais Yatim dalam media perdana sebagai dangkal, biadap dan yang cuba menimbulkan spekulasi mengenai hubungkait Amerika Syarikat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Rais dipetik sebagai berkata Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia. Kenyataan ini dipercayai adalah satu usaha terdesak Umno-BN melalui propaganda murah dalam media utama cetak dan elektronik yang kelihatan mahu mengucar-kacirkan sokongan rakyat di sebalik kemelut kepimpinan negara yang dihadapi oleh Umno khususnya. Propaganda mengenai 'Anwar Agen Amerika' ini telah disebarluas sebegitu lama, paling hangat sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada bulan Ogos lepas.Tanpa mereka sedari, di bawah kerajaan Umno-BN jugalah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Malaysia-Amerika Syarikat begitu hebat digerakkan dalam keadaan FTA ini ditentang oleh kebanyakan ahli ekonomi dan rakyat peringkat pertengahan.Kebergantungan ekonomi Malaysia ke atas Amerika Syarikat juga memperlihatkan ia menyumbang hampir 53.2 peratus jumlah eksport Malaysia sehingga Jun 2008. Ini pastinya berlaku di bawah pentadbiran Umno-BN tanpa sebarang campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Malah, Umno sendiri pada tahun 2002 sanggup menggadai sebanyak RM4.6 juta wang rakyat hanya semata-mata mahu mengupah pelobi Yahudi, Jack A. Abramoff untuk mengatur pertemuan antara Mahathir Mohamad dengan Presiden George Bush. SIapa ejen Amerika sebenar ?AMK yakin dan percaya propaganda murah sebegini begitu terdesak direncanakan memandangkan mereka gagal menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya dalam tempoh terdekat. AMK juga mendesak agar Rais Yatim memberikan justifikasi jelas mengenai tuduhan beliau dengan segera. AMK menambah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan menyaman media tertentu kerana bertindak mengapi-apikan sentimen rakyat dengan nilai pemberitaan yang rendah dan jumud sekiranya mereka gagal menarik balik berita tersebut.

Lagi kemenangan moral PAS: Petisyen Umno bagi Dun Ladang ditolak

Mahkamah Pilihan Raya semalam telah menolak petisyen pilihan raya oleh Umno Terengganu yang memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan undi pos bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang. Laporan Bernama menyebut keputusan itu telah dibacakan oleh Hakim Dato' Ramly Ali berikutan pempetisyen telah gagal mengemukakan bukti munasabah berhubung dakwaan bahawa kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tugas dalam mengendalikan kertas undi pos tersebut. Pada 28 April lepas, Umno Terengganu telah memfailkan petisyen memohon pemeriksaan semula dilakukan terhadap 127 undi pos bagi Dun Ladang yang ditolak SPR pada hari pengundian 8 Mac lepas. Petisyen tersebut dikemukakan oleh Ketua Umno Cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut yang menamakan tiga pihak iaitu Pegawai Pengurusan Pilihan Raya bagi Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Md Razali Kassim, SPR dan Anggota Dewan Undangan Negeri Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar sebagai responden. Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, calon Barisan Nasional (BN) Dato' Wan Hisham Wan Salleh kalah dengan majoriti tipis 31 undi kepada Tengku Hassan daripada PAS.

Jumaat, 19 September 2008

Situasi keselamatan kini menakutkan rakyat

Menakutkan, begitulah ayat yang paling tepat dalam situasi kini. Laporan media hari ini memaparkan tragedi bunun, bakar, tembak menjadi trend biasa yang boleh berlaku hari-hari. Dulu seingat saya kes-kes brutal macam ini hanya berlaku di barat sahaja, namun dewasa ini telah menular ke negara kita. Tangkapan, hukuman nampaknya tidak menggerunkan penjenayah, bahkan makin menjadi-jadi. Saya rasa inilah masanya kita mesti kembali kepada hukum hakam Pencipta kepada manusia, hukum Allah kerana Allah berjanji bila hukumNya dilaksanakan hati manusia akan menjadi akur dan takut melakukan jenayah.

Kes 1: JOHOR BAHRU - Hendak cari besi buruk, terjumpa mayat rentung! Itu nasib dua sahabat yang terjumpa satu mayat yang hampir rentung di dalam sebuah kereta di belakang sebuah kuil di Kampung Plentong Baru, di sini pukul 2.10 petang semalam.
Salah seorang daripada mereka yang enggan dikenali berkata, pada mulanya dia dan rakannya sedang mencari besi buruk untuk dijual di sekitar kawasan tersebut.
"Tiba-tiba saya ternampak sebuah kereta yang telah terbakar. Saya pelik kerana beberapa hari lalu kereta itu tiada di situ.
"Ketika diperiksa, saya terkejut sampai melompat apabila melihat ada mayat yang ditemui terikat di dalam kereta itu," katanya di sini semalam.
Mayat yang masih belum dikenalpasti identitinya itu dipercayai mati lebih daripada 24 jam.
Sebelum ini, pelajar cemerlang, Lai Ying Xin, 16, telah diculik, dibunuh dan dibakar kejam sebelum mayatnya ditemui hangus di kawasan semak di Taman Putri, Kulai Jaya di sini Selasa lalu.Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainudin Yaakob semasa dihubungi berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk dibedah siasat dan dipercayai mangsa bunuh

Kes 2: SERDANG 18 Sept. - Seorang peniaga mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di Seri Kembangan, Serdang di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Abdul Aziz Abdul Majid berkata, mangsa, K. Gunasegaran, 47, ditembak tiga das ketika sedang makan bersama rakannya, K. Subramaniam yang berusia 27 tahun pukul 4.15 petang.
''Dua lelaki yang memakai topi keledar penuh itu datang dari arah belakang sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan tersebut.
'' Mangsa mati di tempat kejadian setelah tiga das tembakan menembusi perutnya manakala satu das mengenai kaki rakannya itu,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Menurut Abdul Aziz, kedua-dua suspek bertindak hanya beberapa saat sebelum melarikan diri dengan motosikal tersebut.
Beliau memberitahu, ketika kejadian seorang pelanggan sedang membeli makanan di gerai tersebut tetapi sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan rakannya turut mendapatkan rawatan di sana," katanya.
Abdul Aziz menambah, polis akan mengecam identiti suspek melalui kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit.
Menurutnya, gerakan memburu suspek kini giat dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
''Kami masih menyiasat motif pembunuhan dan meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut agar menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan," katanya.

Khamis, 18 September 2008

Buang yang keruh ambil yang jernih

KOTA BHARU, 18 Sept: “Selesai,” kata Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali sebaik sahaja selesai pertemuan antara beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini.
Setelah dilihat bertembung dalam akhbar rasmi parti mereka, Harakah, Mustafa bertemu dengan Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10 jam 10 pagi ini.
Pertemuan itu berlangsung lebih satu jam dalam suasana yang sangat harmoni.
"Ia umpama pertemuan anak dan ayah," kata Mustafa kepada wartawan.
Kedua-dua mereka dilihat bertembung apabila Harakah menyiarkan wawancara khas dengan Mustafa berkait dengan 16 September dan usaha menubuhkan kerajaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mustafa, dalam wawancaranya, tidak pro sangat dengan projek itu.

Nik Aziz tidak bersetuju dengan Mustafa lalu membuat satu kenyataan kepada Harakah selepas lidah rasmi PAS itu menyiarkan wawancara Mustafa itu.
Harakah telah menyiarkan pula kenyataan Nik Aziz itu dan dijadikan berita utama muka belakang.
Tidak cukup dengan kenyataan itu, Nik Aziz telah sekali lagi mengkritik Mustafa dalam ceramahnya di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar beberapa hari lepas.
Sesetengah pihak mendakwa Harakah menyekat kenyataan Nik Aziz seolah-olah tidak menyiarkannya dengan menuduh Harakah mengISAkan kenyataan itu.
Padahal apa yang dilakukan Harakah adalah menyiarkan kenyataan itu dengan mengambil fakta penting kenyataan itu dan dibuat dalam bentuk berita.

Pertukaran portfolio

Abdullah serah kuasa, Najib kini Menteri Kewangan
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan menyerahkannya kepada Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Bernama melaporkan,Abdullah mengumumkan yang beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan dari Najib.
Abdullah memberitahu sidang akhbar tengah hari ini bahawa pertukaran portfolio tersebut berkuatkuasa serta merta.
Perdana menteri yang memegang jawatan tersebut sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai keputusannya.
Kedua-dua juga mengesahkan komitmen mereka untuk berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.
Bagaimanapun, kata Abdullah, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib. - mks

BN semakin teguh?:SAPP isytihar keluar BN

KOTA KINABALU - Parti Progesif Sabah (SAPP) mengisytihar keluar daripada Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta.
Presidennya, Datuk Yong Teck Lee semasa mengumumkan keputusan tersebut hari ini berkata ia dicapai dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi parti itu.
"Majlis Tertinggi SAPP dengan ini mengisytiharkan bahawa SAPP bukan lagi anggota komponen BN.
"Anggota SAPP yang memegang jawatan politik secara lantikan dalam cabang eksekutif kerajaan akan meletak jawatan mereka dengan memberi notis seperti yang dikehendaki perlembagaan, peraturan dan undang-undang berkaitan, bermula dari peringkat Kabinet," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di ibu pejabat SAPP di Luyang.
Teck Lee mendakwa BN telah hilang 'semangat BN' dan bukan rakyat yang tidak mahu BN, tetapi BN yang meninggalkan rakyat.
Bagaimanapun Teck Lee menolak khabar angin bahawa SAPP akan menyertai Pakatan Rakyat.
Teck Lee berkata, dalam mesyuarat MT partinya, dua daripada anggota MT yang hadir menolak keputusan untuk keluar BN iaitu Timbalan Presiden Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Naib Presiden Jimmy Wong. - Bernama

Musim seterusnya: Musim ISA (RPK, Theresa,Tan, Kickfella....)

Penulis blog Kickdefella ditahan bawah Akta Hasutan
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Penulis blog Kickdefella yang dikatakan pernah mencadangkan supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, ditahan di bawah Akta Hasutan hari ini.
Syed Azidi Syed Aziz, 38, ditahan oleh polis yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero putih dan bercermin gelap di rumahnya di Demit, Kota Bharu kira-kira pukul 6 petang.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini, mengesahkan penahanan itu.
Beliau juga mengesahkan bahawa penahanan Syed Azidi dilakukan di bawah Akta Hasutan.
"Buat masa ini, saya cuma boleh sahkan setakat itu," katanya.
Syed Azidi yang juga Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, melalui laman blognya pernah mencadangkan agar bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa negara menyambut ulang tahun kemerdekaan.
Beliau sebelum ini pernah mengarahkan filem pendek bertajuk Lautan Biru di Waktu Subuh.
Sementara itu, di Kota Bharu, isteri Syed Azidi, Bariah Ishak memberitahu Bernama, polis yang datang ke rumah mereka menaiki sebuah Pajero menahan suaminya pukul 5.05 petang.
"Tiga lelaki, yang berpakaian preman, datang ke rumah kami dan memaklumkan bahawa mereka datang untuk menahan suami saya di bawah Akta Hasutan.
"Mereka datang dengan baik walaupun tidak mempunyai waran untuk menahan suami saya," katanya ketika dihubungi

Selasa, 16 September 2008

Zaid tetap letak jawatan

PUTRAJAYA: Datuk Zaid Ibrahim tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun diminta oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memikirkannya semula.
"Saya sudah memikirkan sedalamdalamnya untuk melepaskan jawatan walaupun dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam beliau menasihatkan saya untuk bercuti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zaid berkata antara sebab peletakan jawatannya ialah kegagalan beliau memperkenalkan beberapa dasar baru dalam sistem perundangan selain kecewa dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang pada anggapannya sudah disalah gunakan.
Beliau turut mengakui menerima banyak tentangan bukan sahaja daripada rakan dalam kabinet malah daripada anggota Umno.
"Banyak desakan yang suruh saya letak jawatan dalam persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kononnya saya bukan pejuang Melayu, pejuang bangsa dan pejuang Islam tetapi bagi saya bangsa Melayu akan lebih baik dengan dasar-dasar yang saya utamakan," katanya. Zaid berkata ekoran keputusannya itu, beliau tidak akan bercuti sebaliknya terus meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan mengekalkan kedudukannya sebagai senator.
Menghurai tindakannya meletakkan jawatan itu, Zaid berkata beliau tidak mahu membebankan Perdana Menteri dengan permasalahan yang diwujudkannya kerana adalah lebih baik membiarkan Abdullah menyelesaikan isuisu lain yang lebih penting terutamanya berhubung Perhimpunan Agung Umno.
Pada awalnya, katanya, beliau menerima tawaran memegang jawatan itu dengan harapan untuk menukar beberapa dasar dan dapat melaksanakan undang-undang yang adil serta mengurangkan unsur-unsur salah guna kuasa.
"Sebagai menteri yang dikira menteri undang-undang, setiap perkara yang berkaitan dengan undangundang, saya perlu bertanggungjawab," katanya.
Zaid berkata bahawa disebabkan pandangannya kebelakangan ini, banyak masalah timbul.
"Semua masalah ini membebankan Perdana Menteri yang turut berdepan dengan tekanan.
Maka saya tidak mahu bebankan beliau lagi, jadi saya membuat keputusan yang terbaik untuk saya, untuk parti, untuk negara, untuk semua dan untuk PM," katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan kekal dalam Umno atau menyertai Pakatan Rakyat, Zaid berkata : "Soalan ini sukar kerana dalam satu hal, Umno tidak melayan saya dengan baik selama ini.
"Keahlian saya digantung kerana perkara yang bukan saya lakukan, pencalonan saya (bagi Ketua Umno) Kota Baharu juga bermasalah, tak sah semua, dan ramai yang membidas saya, jadi saya fikir saya perlu ubah tetapi saya tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa," katanya.
Ketika ditanya mengenai rancangannya selepas ini, Zaid, yang juga seorang peguam, berkata beliau tidak akan kembali berkhidmat sebagai seorang peguam tetapi akan menubuhkan sebuah yayasan bagi merapatkan hubungan antara kaum.
Zaid, yang bukan seorang Anggota Parlimen, dilantik sebagai senator untuk menyertai kabinet yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas. BERNAMA

Calon PAS pemenang sah DUN Sanglang, tidak perlu pilihan raya kecil

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang di Perlis yang dimenangi oleh Abdullah Hassan daripada Barisan Nasional(BN) dan kosong hampir tiga bulan lepas, diberikan kepada calon PAS Hashim Jasin.
Ketika membenarkan rayuan Hashim, panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff dan HakimHakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria serta Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara memutuskan Hashim yang sepatutnya dipilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sanglang.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dengan keputusan itu pilihan raya kecil bagi kerusi itu tidak perlu diadakan.
"Dengan ini kes (petisyen) ini selesai. Keputusan mahkamah ini adalah tepat," katanya.
Kata beliau, perkembangan hari ini sama dengan keputusan ke atas petisyen membabitkan kerusi Parlimen Pasir Puteh dalam pilihan raya umum 2004.
Mahkamah turut memutuskan bahawa Abdullah yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 8 Mac tidak dipilih sebagai ADUN kawasan Sanglang.
Pada 18 Jun, Mahkamah Tinggi Kangar mengisytiharkan kerusi DUN kawasan Sanglang yang dimenangi oleh Abdullah sebagai kosong selepas membatalkan petisyen yang dikemukakan oleh Hashim yang memohon perisytiharan bahawa beliau adalah pemenang bagi kerusi berkenaan.
Dalam keputusannya, Hakim Pilihan Raya Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani memutuskan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengisytiharkan Hashim sebagai wakil rakyat bagi kerusi berkenaan memandangkan Seksyen 35(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, yang memberi kuasa kepada Mahkamah Pilihan Raya untuk membuat perisytiharan seperti itu, dimansuhkan pada 2003.
Hakim Zainal Adzam berkata, mahkamah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan sama ada akan mengadakan pilihan raya kecil dan bila untuk mengadakannya.
Hashim, yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis, memfailkan petisyen pada 24 April untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi DUN Sanglang atas alasan beliaulah yang sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang.
Hashim menamakan Abdullah, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi Parlimen Arau Muhamad Daud Abdull Hamid dan SPR sebagai responden.
Beliau kemudian merayu kepada Mahkamah Persekutuan.
Dalam pilihan raya itu, Abdullah menang dengan majoriti 149 undi setelah memperoleh 3,384 undi manakala Hashim mendapat 3,235 undi.
Abdullah, 46, yang dihubungi di Putrajaya dari Kangar, menyifatkan apa yang berlaku sebagai suratan takdir.
Anggota jawatankuasa Umno bahagian Arau itu berharap apa yang berlaku akan memberi kekuatan baru kepada Umno agar kerusi Sanglang dimenangi semula oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke13 kelak.Ekoran perintah mahkamah itu, PAS kini mempunyai dua kerusi di Dewan Undangan Negeri Perlis dan BN 13.

Mahkamah Persekutuan sahkan kemenangan Pas di Manir

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan kemenangan Datuk Harun Taib daripada PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Manir setelah menolak dengan kos petisyen pilihan raya calon Barisan Nasional, Wan Sagar Wan Embong.
Panel tiga hakim terdiri Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohamed Sheriff dan Hakimhakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa petisyen Wan Sagar untuk membatalkan keputusan pilihan raya kawasan Manir adalah cacat.
Mahkamah Persekutuan mendapati dakwaan Wan Sagar dalam petisyennya kononnya agen-agen Harun telah melakukan rasuah seharusnya lebih spesifik.
Hakim Zulkefli, yang membacakan penghakiman itu, berkata hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dalam mendapati petisyen Wan Sagar itu cacat kerana ia tidak mengandungi butirbutir mengenai amalan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Harun.
Wan Sagar membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Mei yang menerima bantahan awal oleh Harun dan mendapati petisyen Wan Sagar untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi Manir adalah cacat kerana ia tidak mengandungi butiran mengenai amalan rasuah, dan menolak petisyen itu.
Dalam pilihan raya 8 Mac lepas Harun menang dengan majoriti 406 undi.
Harun diwakili peguam Mohd Ariff Yusof manakala Wan Sagar diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin. BERNAMA

Isnin, 15 September 2008

Datuk Zaid Ibrahim letak jawatan?

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengotakan janjinya meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri berikutan penahanan 3 individu di bawah ISA yang bagi Datuk Zaid berlawanan dengan prinsip yang dipegangnya. Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang tadi. Datuk Zaid telah dilantik sebagai senator untuk membolehkan beliau menjawat jawatan Menteri Di jabatan Perdana Menteri bertanggung jawab terhadap perundangan negara.

Antara Zaid dan Syed Hamid

Syed Hamid jawab Zaid
Oleh SHARILFUDDIN SAARI
Utusan Malaysia, KUALA LUMPUR 14 Sept. – Penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) kelmarin adalah keputusan kerajaan dan ia tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi peringatan itu sebagai reaksinya kepada kenyataan Zaid di Kota Bharu hari ini bahawa kerajaan tidak sewajarnya menggunakan ISA untuk menahan mereka sebaliknya perlu diadili mengikut sistem perundangan negara.
Menurut beliau, tindakannya meluluskan penahanan di bawah ISA itu adalah bagi pihak kerajaan yang memerintah, selaras dengan kedudukannya sebagai menteri Kabinet, bukannya ‘orang di luar kerajaan’.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa Malaysia akan berdepan krisis pemerintahan jika setiap menteri yang ada pandangan tersendiri mula mempersoal dan membahaskan tugas menteri yang lain secara terbuka melalui media.
“Zaid ada dalam Kabinet, jika dia ada pendapat yang tersendiri, dia seharusnya membawa kepada Perdana Menteri. Jika setiap ahli Kabinet yang ada pendirian sendiri berbahas secara terbuka dalam media, kita akan berdepan dengan krisis pemerintahan.
“Kalau seorang ahli Kabinet melaksanakan tugasnya, yang lagi satu mengkritiknya secara terbuka, saya tak tahu ke mana kita dan saya tak tahu apa akan terjadi,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kenyataannya kepada pemberita hari ini, Zaid yang tidak bersetuju dengan penggunaan ISA dalam penahanan terbaru itu memberitahu, pelbagai undang-undang terdapat di negara ini yang boleh digunakan bagi mengadili atau menghukum individu yang dikatakan menimbulkan ketegangan kaum.
Zaid juga sama sekali tidak menerima alasan Syed Hamid untuk menahan ketiga-tiga individu terbabit iaitu dilakukan selepas polis mendapat cukup bukti bertujuan mengelakkan ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.
Kelmarin, tiga orang ditahan di bawah ISA dalam satu operasi polis ke atas individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.
Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.
Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Bagaimanapun Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang semalam.
Syed Hamid mengakui bahawa di kalangan anggota Kabinet perlu ada tanggungjawab bersama tetapi katanya, sebagai anggota Kabinet, Zaid tidak sepatutnya mengkritik dirinya secara terbuka.
“Saya faham berkenaan apa makna tanggungjawab bersama. Saya percaya yang terpenting adalah disiplin untuk memelihara keutuhan Kabinet.
“Mesti ada semangat setiakawan dan berpasukan dalam kerajaan, saya bertindak sebagai kerajaan, lain pula kalau saya di luar,” jelasnya.

Ahad, 14 September 2008

Fobia musim perayaan



Harapan rakyat jelata supaya kerajaan melalui PBT, Polis, JKR dan lain-lain agensi kerajaan atau pun swasta memberi fokus kepada pengawalan kadar kemalangan musim perayaan khasnya menjelang Idilfitri nanti. Dengan jumlah pengguna jalanraya yang besar dan suasana emosi yang tak setabil dikhuatiri peningkatan jumlah kemalangan dan kemalangan maut akan berlaku. OPS Sikap yang sinonim dengan kempen keselamatan jalanraya hendaklah diperkemaskan ke arah yang lebih efektif. Pemantauan pihak Polis perlu bagi memperlahankan pelumba-pelumba jalanraya pada musim parayaan. Begitu juga para pemandu berharap pihak berkuasa meneruskan pemantauan terhadap pelanggar-pelanggar peraturan jalanraya yang menyusahkan pemandu lain. Biasanya setiap musim perayaan seperti ini kebanyakan jalan utama akan sesak teruk dan waktu inilah pemandu kreatif akan mula memotong barisan untuk mengelakkan kesesakan walaupun mereka maklum perbuatan ini akan menerbitkan kemarahan pemandu lain. Perasaan marah semasa memandu kalau tidak dibendung pasti akan mewujudkan suasana emosi yang tak stabil, berlaku potong memotong, cabar-mencabar, mengasari pemandu lain dan sebagainya.

Rakyat masih berharap institusi mahkamah

Media melaporkan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dibebaskan pada pukul 2.30 hari ini semalam setelah polis berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan terhadapnya. Wartawan berusia 33 tahun itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Menteri Dalam Negeri, ketika mengesahkan pembebasan itu berkata, penahanan wartawan wanita akhbar berbahasa Cina itu adalah sebahagian daripada tindakan segera polis bagi menjamin keselamatannya selepas beliau menerima panggilan ugutan dan Polis mendapati nyawa wartawan itu terancam selepas Hoon Cheng melaporkan berita yang memetik kenyataan kontroversi bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang berbaur perkauman pada satu kempen sempena pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lalu. Selain Hoon Cheng, masih ditahan dibawah akta tersebut ialah Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok dan RPK .
Sebagai rakyat biasa pada pandangan kita kerajaan perlu mengikis fobia rakyat dengan wujudnya ISA. Kita masih mempunyai institusi mahkamah yang rakyat masih bergantung harap untuk mendapatkan keadilan. ISA hanya akan memburukkan imej kerajaan, imej BN sendiri dimata rakyat kerana ISA hanya membuktikan pihak berkuasa tidak mampu berhujah dengan fakta dan bedepan dengan cabaran dimahkamah dalam beberapa kes kritikal seperti kes RPK. Ramai yang tidak bersetuju dengan RPK yang dipaparkan beliau dalam blog Malaysia Today, namun rakyat berharap beliau diadili dimahkamah bukan dengan cara ISA yang akan membantutkan creativiti penulis-penulis blog yang lain dan akhirnya minda rakyat menjadi beku. Amaran yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DZH semalam juga seolah mengingatkan bloger-bloger supaya jangan seronok sangat menulis perkara yang menyetuh sensiviti agama dan kaum, pemantauan sedang dilakukan dan bila-bila masa para bloger boleh dicekup ISA jika salah lapor.

Sabtu, 13 September 2008

Menunggu teknologi

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca pasbangi. Sudah lama saya tidak menulis kerana tiada kesempatan kerana masih lagi berada di luar Klang Valley. Mula-mula pergi ke Kelantan dan sekarang berada di Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Disini juga seperti di Kelantan, terpaksa guna gprs, slow sangat untuk akses internet. Kepada yang masih "stay" bersama pasbangi terima kasih banyak-banyak, harap bersabar dan terus bersama saya. Mungkin kita boleh ambil iktibar dari kes saya ini bahawa kemajuan yang diwar-warkan masih lagi ditahap terkebelakang berbanding dengan negara membangun yang lain. Sepatutnya sebagai menuju negara maju pengguna telah boleh menikmati kemudahan 3G bahkan 3.5G hingga ke kampong-kampong. kalau setakat gprs teks pun lambat, apalagi grafik, imej, foto dan video jauh sekali. Kalau boleh kita mahu akses internet dengan HSBB 10Mbps baru ngam. Jadi buat sementara ini nasihat saya pada blogger janganlah banyak sangat grafik, flash atau foto, orang-orang kampong terkial-kial nak melayari web anda.

Perkara kedua yang saya ingin sentuh dalam tulisan ringkas ini ialah suasana yang kita hadapi kini iaitu suasana Ramadhan dan persiapan sesetengah dari kita menyambut Syawal. Bagi mereka yang menunggu-nunggu ketibaan Ramadhan untuk mengaut sebanyak-banyaknya pahala yang dijanjikan berganda-ganda tentulah musin ini dihabiskan dengan membanyakkan solat sunat, solat tarawih, membaca dan bertadrrus AlQuraan, berderma dan sebagainya. Disatu pihak lagi pulak yang ditunggu-tunggu ialah Syawal, lalu tidak sabar-sabar menunggu Syawal dengan persiapan langsir dan aksesori rumah yang baru, baju yang baru, ditambah dengan ketupat rendang serta macam-macam lagi. Jadi mereka sanggup tidak ke Masjid atau surau bertarawih semata-mata untuk shoping persiapan hari raya.

Lu pikir lah sendiri kata Nabil

Sabtu, 6 September 2008

Selamat datang ke dunia blogger - AlBrangi

Saya dihubungi oleh sahabat saya, orang lama dunia politik, walaupun tak pernah menjadi calon atau berjawatan hingga ke AJK tertinggi tetapi telah bergelumang dalam dunia politik berpuloh tahun. Dengan pengalaman politik beliau seeloknya dihamburkan pengalaman tersebut ke dunia penulisan blog supaya rakyat ramai dapat merssai bersama kenangan-kenangan pahit manis beliau. Sebagaimana saya kagum dengan penulisan prof Hamirdin saya rasa sahabat saya Albrangi juga mempunyai gaya penceritaan yang menarik untuk dikongsi. Kepada sahabat yang ingin menyokong beliau sila layari http://al-brangi.blogspot.com/. Cuma pinta beliau supaya jangan komen banyak-banyak, pening..masih lesen L.

Kenderaan milik Pegawai IT PAS dicuri

Harakahdaily semalam melaporkan kereta Proton Wira milik sahabat saya pegawai IT Pejabat Agung PAS, sdr Abdullah Atan telah dicuri ditempat letak kereta Stesyen Komuter Sungai Buloh. sdr Abdullah memberitahu kehilangan kereta berwarna merah hati dengan nombor plat WJE 2413, disedari sebaik tiba di stesyen tersebut kira-kira jam 7.40 malam. Laporan polis mengenai kehilangan kenderaan beliau telah dibuat di IPD Gombak malam tadi. Abdullah merayu kepada sesiapa yang terlihat kereta tersebut supaya menghubungi beliau ditalian 013-3403454 atau pegawai penyiasat Mohd Aziz Kashimiri ditalian 013-3692655. Menurut Abdullah, akibat kehilangan kenderaan beliau mengalami kesukaran untuk menjalankan tugasnya di Pejabat Agung PAS dengan sempurna. Jadi para sahabat sekalian bersama kita doakan supaya sahabat kita sdr Abdullah dapat keretanya secepat mungkin.

Banjir bandar Kajang






Perkara ini sudah lebih satu minggu berlalu, namun fikir punya fikir kalau tak diluahkan rasa tak kena, sebagai seorang rakyat yang perihatin terhadap masaalah rakyat yang lain yang menjadi mangsa kepada kejadian. Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sebelum hari merdeka 31Ogos lalu sebagaimana ramai sedia maklum telah berlaku banjir di bandar kajang berikutan hujan lebat tanpa henti. Kawasan yang menjadi serangan utama ialah kawasan yang berada sekitar tepi sungai seperti Metro kajang. Semasa saya ke Kajang esoknya, saya rasa sedih dengan mangsa yang terdiri dari pengunjung Metro dan peniaga bahagian bawah(mungkin G dan UG) dimana semasa banjir berlaku dengan begitu pantas mangsa tidak sempat menyelamatkan barang-barang perniagaan juga kereta yang pakir di UG dan G atau mungkin bawah lagi. Saya menerima laporan lebih 50 buah kereta tenggelam ditempat pakir Metro masa itu. Saya sempat melihat kerja-kerja pembersihan oleh peniaga-peniaga Metro dan pengunjung yang masih dalam proses megeluarkan kenderaan dari pakir. Pada saya pihak berkuasa Kajang mestilah mengambil tindakan serious bagi mengelak kejadian ini berlaku lagi samada mencari punca laluan air yang menyebabkan banjir dan sebagainya.

Sindrom Nafi melanda di media lagi

Kebelakangan ini, mengiringi kepanasan suasana politik negara ialah saat kecemasan bagi 2 gabungan politik BN dan PR. BN cemas dalam mempertahankan kerajaan sedia ada, PR berdebar dalam merealisasikan perjuangan menawan Putra Jaya. Apa yang kita dapat perhatikan sikap cacing kepanasan pemimpin BN ketara bila menerima tembakan saikologi bertubu-tubi PR, maka berlaku tepis-menepis dan pelbagai penafian supaya terlepas dari serangan ini. Jadi tidak hairan bila serangan demi serangan di balas nafi demi nafi seperti yang dipaparkan media hari ini.

MStar.
> Dua parti BN Sarawak nafi pengumuman lompat parti
> Najib nafi anggota BN-BBC cuti luar negara berkait pelan Pakatan
> 70% setuju, lawatan BN-BBC diteruskan - Bung Moktar
> Bernama nafi keluar berita SMS 7 komponen keluar BN
> BN Sabah nafi khabar angin lompat parti

Utusan
> Saya sihat tidak nazak, tidak lumpuh – Musa
> Program pemukiman bukan halang wakil rakyat BN

Berita Harian
> Polis nafi beri tekanan kepada Dr Osman
> Bernama nafi keluar berita SMS tujuh parti komponen keluar BN

Rabu, 3 September 2008

Disebalik gembar gembur perpecahan PR, ini hakikatnya

Guan Eng, DAP negeri berbuka puasa bersama PAS Pulau Pinang esok
Mohd Sabri Said, PULAU PINANG, 3 Sept (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berminat berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Pulau Pinang ada 4 September ini (esok) di Restoran Kasim Mustaffa, Seberang Jaya.
Rombongan beliau dijangka akan sampai jam 6.45 petang bersama barisan Exco dari Parti DAP Pulau Pinang.
Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man memberitahu, dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri baru-baru ini memutuskan untuk mengadakan majlis berbuka puasa sesama sendiri untuk mengeratkan lagi tali silatulrahim.
"Tiba-tiba suatu hari Lim bertanya bila masa beliau boleh berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Pulau Pinang. Mungkin beliau berjenaka tapi memandangkan kami pun ada program tersebut beliau pun berminat," katanya.
Justeru itu, Ustaz Salleh mengingatkan semua Jawatankuasa Badan Perhubungan agar datang bersama ke majls berkenaan kerana selain berbuka puasa boleh juga mengadakan perbincangan ringkas berkaitan pentadbiran negeri dan perkembangan negara.
Selain Ketua Menteri antara yang akan hadir ialah wakil-wakil rakyat DAP iaitu Chow Kon Yeow, Chong Eng, Lim Hock Seng, Ohee Boon Poh, Lew Chin Tong, Ng Wei Aik. - mr

Perlukah sejarah negara diperbetulkan?

3 Golongan yang mestii dijelaskan semula didalam penulisan sejarah:
1) Penentang penjajah,
2) Pejuang kemerdekaan,
3) Penerima kemerdekaan

Umno Palsukan Fakta dan Nafikan Ibrahim Yaakob
(Tarmizi Mohd Jam-Harakah)

NAMPAKNYA kerajaan begitu giat berkempen bagi menjayakan sambutan '50 Tahun Kemerdekaan Negara' tahun lalu. Kini kempen itu kian suram. Tiada gerakkan yang menyanggah atau membetulkan fakta palsu yang disogokkan kononnya Tunku dan Umnolah yang menggerakkan usaha kemerdekaan. Bagaimanakah laungan 'Merdeka' oleh Ibrahim Yaakob? Dan apa kaitannya dengan gerakkan merdeka yang diperjuangkan oleh PKMM, KMM, API dan AWAS sebelum diharamkan penjajah? Ikuti pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, CIKGU ISHAK SURIN yang juga antara aktivis yang terlibat diperingkat awal gerakan kemerdekaan, ketika aktif bersama API bersama Pengarang Berita,
Harakah: Saban tahun, menjelang Ogos nampaknya kerajaan giat berkempen melalui media cetak dan televisyen sambutan hari kemerdekaan. Tujuannya untuk tanamkan kepercayaan bahawa Umnolah yang mempelopori kemerdekaan. Walhal faktanya palsu...
CIKGU ISHAK SURIN: Memanglah itu yang sedang berlaku. Usaha ini giat dijalankan untuk menafikan gerakkan awal kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kerajaan cuba menonjolkan Umnolah yang mempelopori kemerdekaan.
Bagi saya, usaha terancang begini amat dayus dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk mempengaruhi genarasi muda kini akur bahawa Umno dan pemimpin hari ini adalah kesinambungan pejuang kemerdekaan. Umno cuba menafikan fakta sejarah yang sebenar. Siapa Tunku pada waktu merdeka dulu? Siapa Umno? Macam mana Umno itu ditubuhkan?
Semuanya ini perlu dikaji semula oleh kita supaya fakta sejarah yang sebenar dapat diketahui oleh genarasi akan datang dan seterusya. Pada saya, Umno begitu takut untuk membongkar rahsia sejarah sebenar berhubung gerakan kemerdekaan ini. Pejuang-pejuang terdahulu seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boeastamam, Dr. Burhanuddi Helmy dan lain-lain cuba dihapuskan dalam buku-buku dan dokumentasi sejarah.
Gerakan KMM, PKMM, API dan AWAS juga tidak disebut sebagai pelopor kemerdekaan sedangkan hakikatnya, kumpulan inilah yang mula-mula melaung dan membakar api kemerdekaan.
Maknanya kita ada pandangan kedua dalam isu ini. Umno bukan pelopor kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman bukan Bapa Kemerdekaan. Begitu...
Ya. Ini patut di ketengahkan. Ia bukan idea atau sanggahan membabi buta tetapi ia adalah fakta sejarah. Ia tak boleh ditipu. Sejarah tetap sejarah. Dengan adanya kempen-kempen media cetak dan televisyen ini, kita amat bimbang genarasi muda sekarang dibohongi kerajaan dan Umno khususnya. Mereka mahu fakta sejarah dipesongkan, diseleweng!
Dalam hal ini, saya amat bertegas bahawa Umno bukan pelopor kemerdekaan. Umno ditubuhkan untuk menentang pembentukan Malayan Union. Tidak langsung disebut pada masa itu soal kemerdekaan.
Sebelum itu, telah ada kumpulan tertentu yang bergerak secara tersusun, selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua. Umpamanya penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Diikuti penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhamad. Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.
Merekalah yang memulakan gerakan tersusun untuk menentang penjajahan Inggeris di tanahair kita. Inilah golongan yang sebenarnya patut diketahui oleh rakyat dan genarasi kini.
Bukannya seperti yag diwar-warkan, Umno atau Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya, orang-orang ini dilupakan langsung. Akibat laungan kemerdekaan mereka dan keberanian mereka menentang penjajah, maka mereka akhirnya disumbat dalam penjara dan KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh penjajah.
Jadi, bila Umno muncul dalam catatan sejarah sebagai pejuang kemerdekaan?
Selepas pejuang kemerdekaan tulin macam Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman dan lain-lain dipenjarakan. Selepas KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan. Barulah mereka muncul. Seolah-olah pemimpin-pemimpin Umno inilah yang beriya-iya mahukan kemerdekaan setelah ruang kosong yang ditinggalkan oleh KMM, PKMM, API dan AWAS. Kita kena tahu, Umno ketika ini adalah anak didik penjajah dan bukan penentang penjajah.
Tadi disebut kumpulan awal macam KMM, PKMM, API dan AWAS adalah pejuang tulin kemerdekaan. Kemudian ditahan dan pertubuhan mereka diharamkan. Penjajah pula mengetengahkan Umno hasil kekosongan ini sebab hanya Umno yang boleh meneruskan dasar-dasar penjajah. Soalnya, mengapa penjajah menentang atau tidak bersengkongkol dengan kumpulan pejuang gerakan kemerdekaan tulin yang awal?
Inggeris tahu, mereka yang menggerakkan KMM, PKMM, API dan AWAS terdiri dari pejuang kemerdekaan tulin yag tidak mahu bersengkongkol dengan penjajah. Mereka ini tidak dapat diperkotak-katikkan oleh Inggeris.
Jika ditakdirkan mereka ini berjaya memerdekakan tanahair kita, tentu sekali lanskap politik negara kita tidak seperti hari ini. Selepas diberikan kemerdekaan pada 1957, kita masih dibelenggu dengan pemikiran penjajah, dasar-dasar penjajah diteruskan, pendidikan penjajah dijalankan, ekonomi penjajah diperkenalkan dan macam-macam lagi.
Kita diikat oleh penjajah. Dan yang sanggup menjalankan dasar-dasar penjajah ini ialah Umno. Inggeris percaya, jika kemerdekaan diberi kepada pejuang tulin macam Ibrahim Yaakob, dasar-dasar Inggeris tak dapat berjalan.
Sekarang jelas, sejarah dipalsukan dari segi gerakan menuntut kemerdekaan. Ini kerana Umno yang diberi kemerdekaan oleh Inggeris telah menggunakan kesempatannya sebagai kerajaan untuk memalsukan sejarah dalam semua aspek. Dokumentasi, buku sejarah dan seumpamanya. Bagaimana Cikgu melihat, 'jenayah' ini boleh dibetulkan?
Perkara ini harus ditangani secara serius. Lihat balik pemalsuan sejarah dan sejarah sebenar. Betulkan fakta dalam buku sejarah yang jadi rujukan sebagai teks bacaan pelajar kita di sekolah-sekolah. Ini penting.
Kerana melalui paparan dari buku-buku sejarah inilah, pemalsuan berjalan secara rasmi dan terancang. Pelajar-pelajar kita adalah genarasi akan datang yang bakal mentadbir negara.
Tetapi, fakta sejarah yang melekat dalam kepala mereka hanyalah fakta palsu. Mereka tak kenal siapa itu Ibrahim Yaakob, iaitu orang yang mula-mula melaungkan kalimah ?merdeka? kepada rakyat untuk mengnyahkan penjajah ketika itu.
Mengapa Cikgu kata Ibrahim Yaakob yang mempelopori kemerdekaan bukan Tunku Abdul Rahman?
Saya setuju dengan satu kajian yang dibukukan oleh Umno Johor. Buku itu dakwa orang yang mula mempelopori gerakan kemerdekaan tanahair ialah Ibrahim Yaakob. Berpusat gerakanya di Maktab Perguruan Idris, Tanjung Malim.
Bagaimana kita lihat, dia membentuk jaringan dari sini hingga idea kemerdekaan bertaburan ke seluruh tanahair hingga ke Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ibrahim aktif menanamkan api kemerdekaan dalam kesatuan pelajar di Maktab.
Dari sini, pelajar Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak yang tamat pengajian mereka, bawa balik idea dan perjuangan kemerdekaan ini. Jadi menyeluruh. Di sinilah mula bibit kemerdekaan tercetus. Fakta ini dinafikan oleh Umno yang cuba meletakkan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan. Bagi saya, Ibrahim Yaakoblah patut dinabatkan Bapa Kemerdekaan sebenar bukan Tunku yang tak tahu apa-apa.
Jika begitu realitinya, apakah terdapat usaha dari pihak PAS untuk membetulkan senario ini atau menggerakkan suatu penulisan semula sejarah kemerdekaan Malaysia?
Kita kena betulkan fakta palsu Umno itu. Gembelingkan tenaga. Kumpulkan pejuang-pejuang yang terlibat diawal gerakan kemerdekaan tulin. Kumpulkan kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh universiti-universiti.
Bagi saya, penulisan semula sejarah kemerdekaan wajib dibuat. Kita jangan asyik menyanggah soal kemerdekaan ini dalam tulisan-tulisan picisan ketika menjelang setiap kali sambutan hari kemerdekaan. Kita mesti sedarkan rakyat bahawa Umno bukan parti yang mempelopori gerakan kemerdekaan di tanahair kita. Tunku bukan Bapa Kemerdekaan.
Semuanya ini kita mesti persoalkan semula secara serius. Bukan main-main. Kita kena buat satu jawatankuasa khusus untuk tujuan ini. Saya percaya, semua tokoh-tokoh sejarah dalam negara kita akan bersama dengan kita jika usaha terancang dibuat untuk membetulkan fakta sejarah ini.
Tidak mengikut acuan sejarah yang disediakan oleh Inggeris dan dipekik-pekikkan oleh Umno. Saya yakin, fakta yang ada adalah fakta orientalis Barat yang mahu dilihat sebagai tiadanya penentangan serius dari rakyat terhadap penjajahan mereka.
Pemerintahan diberi secara aman kepada Umno bagi menunjukkan baik dan bijaknya Inggeris pada mata dunia. Saya setuju, PAS mesti mempelopori usaha ini kerana ia penting untuk genarasi akan datang. Ia tak boleh tunggu lebih lama lagi. Kalau lebih lama, maka banyaklah penyelewengan sejarah akan dilakukan oleh Umno.- (TMJ)

Isnin, 1 September 2008

UMNO dah mula perihatin pasal SAR, dulu merekalah pembunuh SAR..

Ikuti komen Drs Idham Lim (Cina Islam)
Akhbar berbahasa Cina semunya memuji dan menyiarkan berita tentang bahawa pengumuman Menteri Besar Perak memberi 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak.
Menurut laporan itu, pemberian itu bagi membolehkan sekolah tersebut dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbiran sekolah.
Mohammad Nizar dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai.
Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah itu bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah tersebut.
Mengulas Isu berkenaan Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin berkata :
1.Perlu diperluaskan kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini.
2.Langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok.
3.Tidak harus mengetepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri.
4.Kami mendesak Menteri Besar turut memberikan lot tanah kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini dan tidak hanya kepada sekolah Cina
5.Pemuda UMNO menghormati keputusan kerajaan negeri memberikan tanah kepada sekolah Cina di Perak.
Seronok juga membaca 5 cadangan dan komen dari pemuda umno di atas, semacam cadangan dari orang PAS Pula.
Persoalannya kenapakah baru sekarang mereka sedar untuk membantu sekolah Cina sebagaimana yang kita lakukan dan terima kasih tolong peringatkan untuk membantu sama sekolah agama . Tidakkah mereka pernah memegang tampuk pemerintahan perak sudah 50 tahun lebih ?
Jangan ragui tentang perjuangan kami yang sekian lama mempertahankan SAR yang telah di "bunuh" oleh pemimpin UMNO.
Bayangkan semasa beberapa hari sebelum pilihanraya 8 Mac 2008, Tajol Rosli dan PM menganugerah puluhan ekar tanah setiap seorang untuk puluhan individu. Dasar ini hanya menguntungkan satu pihak sahaja. Sedangkan apa yang kami lakukan untuk kelompok ribuaan rakyat.
Sebuah syarikat dianugerahkan untuk projek gula di Beruas dengan keluasan 5000 ekar, tanah itu entah kemana dan projek juga tidak menjadi. Zalim namanya.
Paling manis kesedaran ini muncul setelah 31 ogos berlalu dan terbukti angan-angan mantan MB yang lepas telah berlalu sebagai mainan dan senda gurau dari lawan dan kawan.
Saya beranggapan mereka sudah tidak percaya kepada pimpinan mereka sendiri dan melihat apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri perak pakatan Rakyat lebih perihatin kepada rakyat.
Cadangan yang diberikan bagi saya baik walaupun Utusan Malaysia dengan tidak betul meletakan tajuk beritanya dengan "Perak dipersoal beri sekolah Cina 400 hektar tanah". utusan ...utusan....
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini dan 31 Ogos yang telah berlalu, saya mengajak Pemuda UMNO berganding bahu dengan kerajaan Perak yang ada sekarang demi untuk memajukan Perak yang kita sayangi. Yakinlah perjuangan UMNO sudah tidak relevan dan sudah ketinggalan zaman.

Istimewanya Kelantan: Yang tersirat dari 2 berita

Berita 1: Kelantan beri bonus walaupun hutang tinggi
KOTA BHARU - Kelantan akan tetap membayar bonus sebulan kepada kakitangan kerajaan negeri tahun ini seperti diterima kakitangan sektor awam di peringkat Pusat walaupun hutang kerajaan negeri telah melebihi nilai aset.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui, sumber kewangan kerajaan negeri pimpinan Pas itu lemah, tetapi telah mengambil langkah berjimat-cermat.
Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas itu tetap mempertahankan bahawa pentadbiran kerajaan negeri tidak pernah membazir kerana ia merupakan satu dosa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini semalam ketika mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2007.
Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, laporan Audit Negeri Kelantan 2007 menunjukkan kedudukan kewangan negeri itu tidak kukuh beriku- tan jumlah hutang ditanggungnya melebihi nilai aset.
Semasa pembentangan Bajet 2009 Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meng- umumkan pemberian bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakita- ngan awam negara.
"Tiap-tiap tahun kita beri bonus, yang tinggal lagi kita bincang macam mana nak beri... insya-Allah ada," kata Nik Aziz. - Bernama

Berita 2: Dalam TV yang saya tonton semalam, boleh dikatakan semua TV menayangkan sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka, kemudian di Kuantan Pahang dan last dan paling lama tayangan ialah upcara sambutan kemerdekaan di Kelantan. Pada saya memang pelik kerana selama ini Kelantan dianak tirikan oleh berita-berita media seperti itu. Kalau disiarkan pun hanya berita negatif yang dikira boleh menguntungkan pihak kerajaan BN. Puas saya menukar channel tak jumpa berita tentang ambutan kari kemerdekaan di tempat-tempat lain, yang diberitakan sambutannya agak besar juga seperti di Pulau Pinang, dan lain-lain negeri di bawah BN. Itu yang memang aneh, mungkinkah ada yang tersirat disebaliknya.

Juara yang tidak diraikan:kemenangan hadiah buat isteri

Ramlah Zainalroses@hmetro.com.my
SHAH ALAM:
“Saya tidak jangka kemenangan ini kerana saya menyertai Akademi Nasyid (AN) untuk suka-suka dan ia juga berlaku secara kebetulan. Sebab itu saya tidak membuat persediaan rapi pada persembahan malam ini (Sabtu). “Tapi, saya bersyukur kerana Tuhan memberi saya kekuatan untuk menjayakan persembahan malam ini sebaik mungkin. Apapun, kejayaan ini hadiah istimewa buat isteri dan empat anak yang sentiasa memberikan sokongan padu pada saya sejak minggu pertama AN lagi. “Setiap kali saya pulang ke rumah selepas menjayakan persembahan, merekalah yang menilai saya terlebih dulu,” kata finalis yang juga orang kurang upaya, Azhan Atan, 35, ketika ditemui selepas diumumkan juara AN musim pertama yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam kelmarin.Sempena kemenangannya itu, Azhan yang juga bapa kepada empat anak berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000 dan sijil sekali gus menewaskan lima finalis lain.

Selamat menjalani ibadah puasa

Hari ini rakyat Malaysia mula berpuasa bagi memenuhi tuntutan Ramadhan yang wajib dijalani sebagai umat Islam. Kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat puasa semoga puasa kita semua akan di terima Allah.

Kosmo memuji persembahan Avril Lavinge

Membaca laporan kosmo hari ini membuatkan saya terasa jelik dengan sikap sesetengah media negara kita yang masih berfikiran kebaratan, masih dalam pemikiran penjajahan budaya walaupun telah diwar-warkan merdeka melebihi 51 tahun. Sikap pro barat jelas kelihatan dalam penerbitan berita dan setiap penentangan rakyat Malaysia terhadap budaya barat di anggap extremis. Jadi bila Avril kelihatan tidak terlalu seksi sebagaimana tuduhan semua orang, maka media ini terlalu gembira membuat laporan menyangggah telahan orang ramai sebelum ini, walaupun masih seksi cuma kurang sikit.

sedutan laporan Kosmo
SEMASA penganjuran konsertnya diumumkan sebulan lalu, pelbagai bantahan untuk membatalkan konsert ini telah timbul. Ada pihak yang menyifatkan Avril Lavingne sebagai simbol seks yang tidak sesuai untuk tatapan masyrakat tempatan terutamanya golongan remaja.
Malah ada juga yang menyatakan tarikh 29 Ogos tidak sesuai untuk melaksanakan konsert artis antarabangsa memandangkan sambutan hari kemerdekaan hanya selang dua hari daripada konsert itu.
Bukan itu sahaja, bantahan juga dilakukan kerana ketibaan bulan Ramadan akan disambut tiga hari sahaja selepas persembahan Avril. Dan berita bantahan ini pastinya menyedihkan dan mengecewakan ramai peminatnya.
Tetapi hati 'terluka' mereka itu sudahpun diubati malam Jumaat lalu apabila penyanyi kelahiran Kanada itu akhirnya dibenarkan untuk beraksi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Seramai 15,000 audiens telah mengisi ruang stadium lebih awal berbanding konsertnya yang dijadualkan bermula pada pukul 8.45 malam.
Namun, Avril, 24, hanya muncul setengah jam kemudian iaitu pada pukul 9.15 malam untuk persembahan sulungnya di Malaysia. Tanpa membuang masa, Avril memulakan persembahan dengan lagu Girlfriend dan I Can Do Better.
"Apa khabar semua? Terima kasih kerana menghadiri konsert saya pada malam ini," kata Avril sebelum menyampaikan single pertama daripada album debutnya, Complicated.
Mengenakan seluar jean dan kemeja T sepanjang konsert, Avril tidak sama sekali kelihatan seksi seperti yang dikatakan oleh pihak yang membantah konsert ini.
Bukannya dia sengaja berpakaian sebegitu tetapi itu adalah cara pemakaian Avril selama ini. Stailnya yang lebih menjurus kepada imej pop dan rock juga dapat dilihat menerusi rekaan latar belakang pentas.
Dihiasi dengan poster besar bercorak tengkorak dan tulang dengan bentuk hati, konsert diteruskan lagi dengan lagu My Happy Ending, I'm With You dan I Always Get What I Want.
Jika sebelum ini ada laporan yang menyatakan Avril tidak sesuai untuk mendendangkan lagu secara live, rasanya kritikan itu kena tepat padanya.
Bukan sahaja suaranya tidak kedengaran seperti dalam album tetapi rasanya lebih teruk daripada rakaman albumnya. Mungkin kerana tidak mampu menghiburkan peminat seperti mana dalam albumnya, Avril memilih untuk menyampaikan lagu dengan cara lebih santai.
Menyanyi bagaikan tanpa tenaga tidak seperti mana yang sering ditonjolkan dalam albumnya, keseluruhan konsert kedengaran bingit tetapi tidak berjiwa.
HANYA mengenakan kemeja-T dan jean, penampilan Avril biasa-biasa saja.
Cuma persembahannya telah diselamatkan dengan penampilan muzik dan penata cahaya. Malah ada ketikanya wujud perasaan bosan di kalangan penonton dan ia boleh disaksikan menerusi segelintir audiens yang duduk di atas rumput pada pertengahan konsert.
Mereka telah membayar harga tiket yang mahal untuk menyaksikan Avril secara dekat tetapi kemudian telah memilih untuk duduk di bahagian belakang yang pemandangan pentas dikaburi oleh penonton yang berdiri di hadapan.

bla..bla...bla dan seterusnya malas nak sambung