Kawan-kawan setia

Khamis, 30 Oktober 2008

Produk media yang tidak bertanggung-jawab?

Membimbangkan, itulah ayat yang paling sesuai bila membaca berita bahawa terdapat 257,411 bayi luar nikah yang didaftarkan oleh Pendaftaran Negara. Laporan media hari ini menyebut data dari Pendaftaran Negara dimana sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai 2007. Menteri Dalam Negeri, DS Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat menyatakan, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.
Dari data tersebut, secara puratanya diangarkan lebih 30,000 setahun Malaysia melahirkan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf. Angka ini tentunya tidak tepat memandangkan disana terdapat anak luar nikah ini tidak didaftarkan atau dibuang seperti membuang sampah didalam longkang, dalam sungai, dalam bilik air dan sebagainya. Amat malang sebuah negara yang berteraskan Islam hadhari melahirkan begitu ramai anak luar nikah. Dimana silapnya?, adakah terdapat warga Islam mengambil berat dengan data ini dan melakukan sesuatu supaya data ini dapat dihapuskan. Anak luar nikah adalah produk daripada seks yang tak terkawal samada akibat nafsu bila berduaan atau tanpa rela seperti kes rogol. Sebab itu Islam melarang awal-awal lagi pada peringkat punca kepada produk, dengan menegah berpakaian seksi, pergaulan bebas, arak, menonton bahan-bahan lucah dan pengaruh media yang tidak bertanggung jawab. Dewasa ini media perdana cetak dan elektronik begitu galak mempromosikan pergaulan bebas dan cinta remaja dalam berbagai program. Media ini telah melupakan tanggung jawab sosial yang wajib dan akan disoal diakhirat nanti dengan hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata.

Ahad, 26 Oktober 2008

Penghujung Syawal

Hari ini 26 Syawal 1429, tinggal 3 hari lagi untuk layak puasa 6, Alhamdulillah saya habiskan awal-awal lagi, kalau tidak terlepaslah peluang pahala puasa setahun. Kenapa saya berkata begitu?, kerana semakin menghampiri sempadan akhir Syawal, semakin galak majlis ramah mesra Eidulfitr di adakan. Kalau pada awal Syawal satu hari dapat jemputan 2 atau 3 rumah, sekarang 6 atau 7 rumah mesti dihabiskan dalam satu hari. Semalam sahaja saya cuma dapat habiskan 4 rumah sahaja, dah malam dan keletihan beserta kekenyangan, baki 2 rumah lagi sms minta maaf tak dapat hadir.
Alhamdulillah semalam saya dapat hadir di dua tempat istimewa bagi saya iaiitu majlis ramah mesra Eidulfitri DUN Paroi yang dihoskan oleh ADUN Paroi YB Hj Mohd Taufik dengan dibantu oleh orang kuat beliau Sdr Hassan, Mr Yau dan lain-lain yang saya tak ingat nama mereka. Suasana meriah dengan kehadiran warga Paroi dari berbagai keturunan dan agama. Juga kelihatan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sdr Zukiflee Mohd Omar. Rumah yang kedua ialah rumah Hj Ahmad Yusof SU PAS Kawasan, yang terletak di Seri Putra Bangi. Saya hadir agak lewat namun masih ramai lagi tetamu yang datang ke rumah banglo atas bukit ini.
Apa-apa pun saya jelas melihat suasana berbeza yang dikurniakan Allah kepada perjuangan PAS kini di mana majlis-majlis anjuran PAS disertai oleh semua kaum yang menunjukkan bahawa perjuangan PAS telah diterima umum rakyat Malaysia. Tanggung jawab kita sekarang mengisi kurniaan ini sebaik mungkin supaya objektif baldatun toyyibah akan tercapai InsyaAllah.

Lanh Harakah: DUN Selangor

Dun Selangor: Speaker kecewa Ketua Pembangkang gagal hadir
SHAH ALAM, 24 Okt (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (Dun), Teng Chang Khim berasa bangga dengan minat dan keaktifan Adun khususnya daripada Pakatan Rakyat kerana mengambil bahagian dalam semua perkara yang dibawa oleh pihak kerajaan.
Beliau yang sentiasa tersenyum ketika menjalankan tugas sebagai Speaker berkata, sampai ke peringkat Jawatankuasa untuk Rang Undang-undang Perbekalan mereka serius membincangkannya.
Katanya, hampir setiap Jawatankuasa itu sudah ditentu masalah-masalah atau isu yang berlaku di kawasan mereka dibawa dengan begitu teliti dalam mesyuarat.
"Bagi saya ini satu perkembangan yang amat baik di mana Dun tidak lagi dipandang sebagai 'rubber stamp' untuk meluluskan usul ataupun cadangan daripada pihak kerajaan, semua diteliti dan disemak," tegas beliau ketika ditemui di dewan Annex.
Sekiranya sikap itu dapat dikekalkan maka Dewan akan memperolehi pendapat yang sepatutnya pada Dewan yang membuat satu badan perundangan, katanya.
"Saya ucapkan syabas kepada semua wakil rakyat khususnya Adun kerajaan Pakatan Rakyat kerana menunjukkan persembahan yang baik walaupun kebanyakannya adalah orang baru," ujarnya.
Tanpa mengambil pendirian parti beliau rasa kecewa kerana dalam sesi jawapan exco kerajaan sebelah petang Khamis dan Jumaat, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan majoriti Adun BN tiada dalam dewan.
Itu suatu teladan yang tidak baik," kata Teng. Ketika Teng menjadi Ketua Pembangkang, beliau akan memastikan setiap Adun mengikuti persidangan sehingga habis melainkan ada suatu perkara yang perlu disegerakan.
Menurut beliau, jarang sekali pihak pembangkang penggal lalu (DAP) melepaskan tanggungjawab mereka.
"Saya berharap pihak pembangkang (BN) jangan masih lagi berada dalam keadaan kekecewaan pada kekalahan pilihan raya umum yang lalu tetapi mereka patut menghargai sokongan rakyat kepada mereka untuk menjadi pembangkang bagi memberikan 'check and balance' kepada kerajaan," tegasnya.
Beliau berharap pada minggu hadapan dan masa akan datang mereka akan memandang lebih serius tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pembangkang untuk menyemak kerja-kerja pihak kerajaan

Lagi-lagi terlepas ke Lombok

Saya pun heran dengan tahap keselamatan anak-anak dara kita sekarang ini, macam-macam kejadian yang tak sepatutnya berlaku, sering berlaku didepan mata. Kisah pelajar melakonkan watak terlampau dan di videokan, kisah gadis-gadis muslim buat tatu nama kat kaki ikut trend, berpeleseran hingga berkesudahan dihotel dengan lelaki yang baru dikenal, dan berbagai lagi. Kalau kita tengok berita-berita dimedia rasa macam negara kita ni dah haru biru. Hari ini media kecoh lagi dengan kes gadis Malaysia yang dilarikan ke Lombok. Senagnya melarikan anak-anak kita ke Lombok ni, anak-anak sekolah pulak tu....Macam kes anak Ahmad Abdul Hamid, Nor Fadilah tak balik rumah, tau-tau ada kat Lombok. Di beritakan selepas lebih sebulan menanti, akhirnya hasrat bapa, Ahmad Abdul Hamid untuk bertemu dengan anaknya, Noor Fadilah di Lombok Indonesia tercapai, yang akan turut ditemani isterinya, Masitah Abdullah. “Saya dimaklumkan, kami berdua akan dipertemukan dengan Noor Fadilah di satu lokasi yang dirahsiakan kerana anak sulung kami itu telah ‘dikeluarkan’ dari Lombok oleh pihak berkuasa di sana,” katanya ketika ditemui pemberita di Ladang Sungai Gedong di sini semalam.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Mawi merancang mengundang idolanya, TG Nik Aziz

Majlis perkahwinan antara juara Akademi Fantasia Mawi dengan pelakon Ekin dikhabarkan akan diserikan dengan kehadiran beberapa tokoh ternama yang bakal diundang termasuk TG Menteri Besar Kelantan. Mawi yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, memang menjadi impiannya majlis bersejarah itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun, kata penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha, perkara itu masih dalam rangka senarai jemputan orang kenamaan dan belum ada perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan majlis. “Pada dasarnya tujuan jemputan ini bagi memenuhi impian saya" kata Mawi.

Sinar Harian: Bajet Negeri Selangor 2009

BAJET Selangor 2009 yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Isnin lalu mendapat reaksi positif pelbagai pihak walaupun ada sesetengah menganggapnya sebagai bajet populis. Golongan berpendapatan rendah dan miskin di Selangor terbela dengan mendapat lebih banyak manfaat dari bajet itu.

Tidak ketinggalan usaha pentadbiran baru kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk mengekalkan taraf negeri maju dan bersedia bekerja keras bagi ‘memewahkan rakyat Selangor’ menerusi pelaksanaan beberapa program dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Kami sempat mendapatkan komen dari Pakar Ekonomi Kanan Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Azwar Tajuddin mengenai bajet Selangor 2009. Ikuti pandangannya:

Secara keseluruhannya, Bajet 2009 Negeri Selangor dengan jelas menunjukkan suatu anjakan paradigma di mana kerajaan negeri cuba mencapai keseimbangan di antara pembangunan fizikal, kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta pemuliharaan alam sekitar menerusi hala tuju strategik dan perancangan berteraskan prinsip keupayaan (competence), kebertanggungjawaban (accountability) dan ketelusan (transparency) dalam segala urusan pentadbiran dalam kerajaan negeri, agensi, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan organisasi lain yang berkaitan.

Agenda Merakyatkan Ekonomi yang juga tema bagi Bajet Negeri Selangor 2009 dan objektif jangka panjang kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat ini sememangnya jelas mencirikan bajet ini baik secara harfiah atau atau dalam semangatnya kerana rakyat telah dikenal pasti sebagai aset utama dan nadi penggerak kemajuan.

Adalah ketara bahawa niat dasar serta segala langkah dan inisiatif Bajet 2009 ini adalah untuk menjana pembangunan yang memberi pengertian kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum, agama, usia, darjat atau pegangan politik di samping menggalakkan semangat keusahawanan terutamanya di kalangan belia (45% daripada jumlah penduduk negeri Selangor) dan menarik pelaburan domestik dan antarabangsa.

Memandangkan Selangor sudah berjaya menjadi ‘developed state’ sejak tahun 2005, fokus kerajaan negeri terhadap usaha pengagihan saksama (to spread the wealth) secara terus dan telus nikmat daripada kemajuan yang dikecapi oleh negeri Selangor selama ini dialu-alukan dan bertepatan dengan masanya.

Untuk melaksanakan agenda kebajikan ini, Kerajaan Negeri Selangor akan menyiapkan ‘Dasar Kebajikan Negeri Selangor’ di mana kumpulan sasar adalah golongan kurang upaya, orang miskin, warga emas, masyarakat orang Asli, ibu tunggal dan insan kurang bernasib baik. Dengan anggaran bahawa 90% penduduk negeri Selangor tinggal di kawasan bandar, definisi kemiskinan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGL) seisi rumah di bawah RM731 sebulan bagi kemiskinan menyeluruh dan di bawah RM419 sebulan bagi kemiskinan tegar tidak realistik dan tidak cukup untuk menampung keperluan minimum sesebuah isi rumah memandangkan lonjakan kos sara hidup diakibatkan oleh kenaikan harga bahan api, makanan dan sebagainya. Dengan menaikkan paras PGL kepada RM1,500 sebulan, lebih ramai rakyat Selangor layak mendapat bantuan kerajaan walaupun kadar kemiskinan Selangor kini berada pada sekitar 30% dan bukannya 1.1% seperti yang dicatatkan berdasarkan PGL lama.

Namun, Bajet 2009 ini sama sekali tidak mengabaikan sektor korporat dan menggariskan inisiatif ke arah menjadi destinasi pelaburan utama di Malaysia dalam semua sektor terutamanya perindustrian/pembuatan, perkhidmatan dan pertanian untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Selangor. Bajet 2009 juga menekankan betapa pentingnya agar sistem penyampaian kerajaan (public delivery system) ditambahbaik untuk menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelabur.

Kerajaan Negeri Selangor sememangnya berhasrat menarik pelaburan baharu berjumlah RM12 bilion setahun, bermula daripada tahun 2009 demi mencapai sasaran pelaburan melebihi RM35 bilion dalam tempoh RMK-9 (2006-2010). Menerusi Selangor State Investment Corporation (SSIC), Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka strategi seperti Lembah Kelang 2 sebagai zon pelaburan; konsep hub serantau dengan membangunkan Selangor sebagai hub industri halal merangkumi makanan halal serta kewangan dan perbankan Islam, hub pendidikan tinggi, hub industri solar, hub akua kutur moden dan sebagainya; penubuhan Industrial Park Management Group (IPMG), bermula di tiga kawasan dan akan perluas ke semua zon perindustrian secara berperingkat-peringkat dan berdasarkan keperluan semasa.

Bajet ini wajar diberi pujian kerana walaupun perbelanjaan sosial bagi kebajikan rakyat meningkat selaras dengan konsep kerajaan berkebajikan, Kerajaan Negeri Selangor masih mampu mengunjurkan suatu bajet berimbang (balanced budget) dan mengelakkan defisit dengan mengamalkan tadbir urus yang telus, berhemah dan berhemat. Bagaimanapun, adalah lebih berwaspada jika seterusnya Kerajaan Negeri dapat mengurangkan lagi perbelanjaan terutamanya belanja mengurus serta meningkatkan lagi hasil pendapatan untuk mendapat ‘surplus’ atau lebihan sebagai bekal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Memikul amanah mengurus kewangan negeri, Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan urus tadbir perbelanjaan yang telus, cekap dan berjimat-cermat berdasarkan prinsip ‘alah membeli menang memakai’ dan garis panduan perbelanjaan berhemat untuk Kerajaan Negeri dan segala organisasi berkaitan dengan:

(a) berhati-hati membelanjakan wang rakyat untuk mengelakkan pembaziran, ketirisan atau perbelanjaan yang tidak membawa pulangan atau manfaat yang wajar kepada rakyat

(b) memastikan tender terbuka dan telus untuk mengelakkan kenaikan kos pembinaan atau/dan penyelenggaraan bagi infrastruktur dan prasarana awam lain serta penyelewengan/rasuah dalam projek-projek Kerajaan

(c) mematuhi disiplin kewangan yang tinggi

(d) menggandakan hasil pendapatan Kerajaan Negeri melalui peningkatan royalti bahan batuan, program pembangunan sumber air khususnya sungai, perlesenan bahan pencemar (effluent discharge) dan perlaksanaan konsep “Let Polluters Pay!”, program rakan pintar (smart partnership) bersama PBT, NGOs dan pihak swasta, kajian semula kadar caj abstraksi air mentah, selaras dengan kenaikan kadar tarif air yang dirawat

(e) mengamalkan sistem kutipan tunggakan cukai secara tuntas

Sebelum meluluskan dan melaksanakan sesuatu projek yang melibatkan wang Kerajaan Negeri ataupun penswastaan sebarang utility/kemudahan awam, suatu “cost-benefit analysis” perlu dijalankan untuk mengelakkan situasi berat sebelah di mana projek tersebut akan memberi keuntungan hanya kepada syarikat-syarikat tanpa perlu menanggung sebarang risiko tetapi rakyat pula yang terpaksa menanggung beban kenaikan tarif atau harga yang tidak munasabah.

Bagaimanapun, sasaran pertumbuhan KDNK sebanyak 5.9% pada tahun 2008 dan 5.7% pada tahun 2009 bagi Negeri Selangor mungkin terlalu optimistik dan sukar untuk direalisasikan memandangkan kemelesetan ekonomi dunia yang semakin meruncing diakibatkan oleh kemelut kewangan global yang serius terutama di kalangan negara-negara maju di mana krisis sub-prima adalah penyebab utama serta kesannya ke atas eksport Malaysia.

Malah, sebilangan besar pakar ekonomi meramalkan bahawa KDNK Malaysia akan berkembang pada kadar sekitar 3% hingga 4% pada tahun 2009 dan di antara 5% dan 5.5% pada tahun 2008. Berkemungkinan besar Kerajaan Negeri Selangor perlu menyemak semula sasaran pertumbuhan KDNK khususnya bagi tahun 2009.

Secara kesimpulannya, Kerajaan Negeri Selangor berazam ‘memajukan negeri dan memewahkan rakyat Selangor’ yakni mentadbir untuk kebajikan rakyat dengan menjamin pertumbuhan ekonomi yang mapan dan memastikan ‘no Selangorian left behind’ atau tiada rakyat Selangor yang ketinggalan dalam arus pembangunan ini. Ini penting untuk memastikan kestabilan sosioekonomi dan politik Selangor, keharmonian antara kaum dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya

Tembok pemisah PAS dan bukan Islam





Perkembangan minda rakyat Malaysia mutakhir ini amat positif dari sudut hubungan antara kaum dan anutan agama. Tsunami politik yang berlaku telah mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang terbuka lebih-lebih lagi bila BN tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dan metos hanya BN yang boleh memerintah tidak lagi seratus percayai oleh rakyat Malaysia terutama bukan Melayu. Fenomena bukan Islam terutama masyarakat Cina dan India mendekati perjuangan PAS tanpa rasa takut apalagi fobia boleh dilihat dimana-mana. Kita boleh lihat kaum Cina dan India berduyun-duyun menghadiri majlis-majlis anjuran PAS bersama keluarga masing-masing memberi makna yang mendalam kepada perjuangan PAS. Suasana begini seharusnya disedari oleh pemimpin PAS supaya membanyakkan lagi program memujuk masyarakat bukan Melayu bersama PAS dalam mendaulatkan Islam di Malaysia ini. Masyarakat bukan Islam wajib dimaklumkan bahawa mendekati PAS tidak semestinya wajib menganut Islam, ia ditentukan oleh hidayah Allah disamping dakwah yang berterusan tanpa adanya unsur paksaan. Dalam menyatakan perkembangan ini PAS berterima kasih kepada Kelab Penyokong PAS yang banyak berjasa dalam mendekatkan bukan Islam dengan PAS. Sesuatu yang mustahil difikirkan 5 tahun dulu kini menjadi kenyataan. Dulu petugas PAS dihalau jika datang berkempen dikawasan bukan Islam, kini bukan Islam sendiri berkempen untuk PAS dikawasan mereka. Macam tak percaya tapi kenyataan didepan mata.

Mufti Perlis sokong bina Masjid Cina Muslim

KANGAR 24 Okt. – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersetuju dengan cadangan agar masjid komuniti Cina Muslim didirikan kerana ia boleh membantu golongan Muslim bukan Melayu mendalami agama Islam dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, penubuhan masjid itu adalah langkah terbaik kerana pengurusan masjid yang dikendalikan oleh golongan tersebut sendiri lebih memahami masalah yang dihadapi oleh komuniti Cina Muslim.

Katanya, jika imam-imam masjid itu terdiri daripada Cina Muslim, pengembangan agama Islam menjadi lebih mudah melalui pengunaan bahasa yang mudah difahami.

‘‘Saya telah mencadangkan perkara ini pada Januari 2007 tetapi ia telah ditentang oleh kelompok yang sempit pandangannya, mereka beranggapan Islam di Malaysia mestilah beridentitikan Melayu sahaja.

‘‘Masyarakat Cina Muslim telah lama memohon masjid seperti ini kerana orang Cina yang menganut Islam apabila terputus hubungan dengan masyarakat Melayu seperti bercerai atau bergaduh, mereka ada tempat dituju dan lebih memahami masalah mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di Parlimen semalam yang mahukan kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.

Dr. Asri berkata, masih terdapat sikap prejudis yang tinggi antara Muslim dan bukan Muslim dalam keadaan tertentu di negara ini walaupun selepas lebih 50 tahun merdeka.

‘‘Orang bukan Islam masih melihat Melayu itu sebagai lambang Islam sehingga perkara negatif yang dilakukan oleh Melayu dikaitkan dengan Islam walaupun perkara itu dilarang oleh agama.

‘‘Mengapa perkara ini berlaku? Ini bermakna dakwah tidak berjalan dengan baik, mesej Islam tidak sampai. Apakah Islam telah maju dalam hal ini dan ke mana perginya bajet besar yang diperolehi badan-badan agama setiap tahun,” katanya.

Beliau juga memuji keberanian Zulkifli bersuara demi menegakkan Islam walaupun terpaksa mengkritik kelemahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotainya dan juga Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, tindakan itu merupakan perkara yang bagus dalam perkembangan politik negara kerana ahli politik mula terbuka dan tidak terlalu taksub dengan politik kepartian masing-masing.

‘‘Saya harap budaya seperti ini berterusan kerana sebelum ini parti pembangkang dan kerajaan takut memberi pandangan yang berbeza atau menyentuh parti mereka, takut dikenakan tindakan.

‘‘Sikap seperti ini yang lebih terbuka dan matang merupakan refomasi yang seharusnya dilakukan oleh setiap ahli politik sama ada pembangkang atau kerajaan, bukan refomasi dalam bentuk lain atau terlalu taksub dengan parti masing-masing,” jelasnya

Jumaat, 24 Oktober 2008

Mahathir: Perwakilan terima ganjaran wang politik hingga RM20,000

PETALING JAYA: Ketika gejala politik dalam pemilihan Umno hangat diperkatakan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingg RM20,000.

Sambil menekankan amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai, Dr. Mahathir berkata: "Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000."

"Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok.

"Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa," kata beliau yang mengulas isu yang sama buat kali kedua dalam seminggu menerusi blognya.

JAWATAN DITENDER

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Lembaga Disiplin Umno akan mengumumkan beberapa tindakan yang akan diambil berhubung politik wang, dalam masa terdekat ini.

Beliau yang kini merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno berkata, parti itu telah menyerahkan mandat kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail itu untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati mengamalkan politik wang.

Baru-baru ini, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengesyorkan supaya semua jawatan tertinggi parti Umno dipertandingkan secara "tender" kerana muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan bahagian.

Justeru, dengan sinis Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno, yang pernah menyentuh mengenai gejala politik wang dalam perhimpunan-perhimpunan agung Umno sebelum bersara berkata:

"Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah."

"Tetapi seperti disebut apabila pengundi pilihan raya umum sudah benci dan bosan dengan Umno mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan Umno.

"Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang," katanya.

BANYAK LAPORAN

Dr. Mahathir berkata, beliau menerima banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam Umno.

"Demikianlah keadaan sehingga Datuk Seri Dr. Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender.

"Datuk Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas," katanya.

Sambil menambah beliau diberitahu wang banyak digunakan Dr. Mahathir menjelaskan, pada masa lalu cuma ketua-ketua Pemuda bahagian sahaja dapat.

"Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

"Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu.

"Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat," katanya.

Kini, kata beliau, cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai.

MENAWARKAN SOKONGAN

"Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur," katanya lagi.

Malah katanya, mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

"Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka.

"Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka," katanya.

Dr. Mahathir menambah, orang ramai sudah jelek dan muak "dengan Umno, orang UMNO dan pemimpin UMNO."

"Perasaan benci kepada Umno sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat," katanya

Macam-macam: Pengkid diharamkan

KOTA BHARU: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan perlakuan 'pengkid' atau wanita yang menampilkan diri menyamai lelaki, sama ada dari segi pergaulan, tingkah laku atau berpakaian, haram dan dilarang sama sekali. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata pengharaman itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini di kalangan remaja perempuan yang cenderung mengamalkan cara hidup lelaki. Beliau berkata, fenomena pengkid kini menjadi isu serius di kalangan anak gadis di negara ini dan ia perlu ditangani segera supaya tidak berkembang hingga sukar diatasi pada masa depan.

Cadangan Zul Kulim: Bina masjid Cina di Kuala Lumpur

Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Noordin hari ini mencadangkan agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.Menurutnya, masjid seperti itu yang terdapat di Surabaya, Indonesia iaitu Masjid Cheng Ho yang dibina khas untuk masyarakat Cina Islam, haruslah dibina mengikut senibina Cina.‘‘Saya usulkan pendekatan dakwah ini kerana terdapat ramai masyarakat Cina di negara ini dan ramai yang telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada masjid Cina untuk memenuhi keperluan golongan tersebut.‘‘Saya mencadangkan agar masjid itu dibina di tapak Penjara Pudu yang berdekatan dengan Bukit Bintang kerana ia dikelilingi oleh masyarakat Cina,” katanya semasa membahaskan Bajet 2009. Zulkifli berkata, langkah tersebut akan dapat menarik masyarakat Cina termasuk di kalangan peniaga dan korporat di Bukit Bintang mendekati Islam serta akhirnya memeluk agama suci itu

Apabila YB Teo Nie Chin berbaju kurung

Kalau berdasarkan laporan media perdana, PAS dan DAP kelihatan bermusuhan secara teknikalnya. Saban waktu dicanang betapa berbezanya antara PAS dan DAP dalam berbagai sudut. Bermacam isu ditimbulkan supaya suasana tidak selesa PAS bersama DAP diapi-apikan lagi dengan kenyataan kedua-duanya yang dilihat bertentangan. Namun semua itu seakan hanya fatamorgana bila diperhatikan keadaan sebenar yang berlaku. Saya sempat merakam secara kebetulan dan terlihatlah keakraban PAS dan DAP yang tidak dihebohkan media, semasa mengunjungi rumah terbuka ADUN Bangi di Kompleks Sukan Bandar Bandar Baru Bangi, seksyen 15. Kunjungan Ahli Parlimen Serdang, ADUN Kajang dan beberapa orang lagi dari DAP(saya tak kenal) disambut mesra oleh ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar dan beberapa orang kuat beliau. Kita harap suasana begini berlaku dengan penuh keikhlasan, pinggirkan segala sifat perkauman, bina Malaysia baru berlandaskan semangat Malaysia. PAS sudah lama menolak politik perkauman dengan mengambil pendekatan politik Islam yang menghormati keadilan terhadap semua kaum dan pegangan Agama.

Khamis, 23 Oktober 2008

Sinar Harian: Kerajaan negeri komited atasi kilang haram

SHAH ALAM - Kerajaan negeri masih meneruskan Dasar Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran sehingga tahun 2010 dengan memberikan kumpulan sasaran yang terlibat memutihkan operasi mereka.

Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, berkata, mereka yang terlibat boleh membuat permohonan pertukaran kategori dan syarat nyata tanah daripada pertanian kepada industri serta mendapatkan kelulusan bagi bangunan atau premis yang digunakan daripada pihak berkuasa tempatan.

“Kerajaan negeri telah meluluskan insentif-insentif di bawah dasar ini antaranya, pengurangan premium tambahan iaitu potongan diberikan sebanyak 50 peratus, 30 peratus, dan 10 peratus bagi mereka yang membayar dalam tempoh tiga bulan, enam bulan dan sembilan bulan masing-masing,” katanya sewaktu menjawab pertanyaan yang diberikan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dalam Sidang DUN semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga membenarkan bayaran premium dibuat secara ansuran sebanyak 12 kali dalam tempoh 18 bulan atau 24 bulan dan pemilik tanah dikecualikan daripada dikenakan Premium khas atau denda yang ditetapkan di bawah Kaedah 11(6), Kaedah-kaedah Tanah Selangor 2003 kepada pemilik tanah yang melanggar syarat kegunaan tanah.

Katanya, untuk mempercepatkan proses tukar syarat, kuasa meluluskan permohonan tukar syarat telah diturunkan kepada Pentadbir Tanah tertakluk kepada kilang-kilang yang berada di dalam zon yang ditetapkan.

“Insentif juga diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Kebenaran Merancang (KM) dan pelan bangunan diproses serentak, denda KM digugurkan, denda Pelan Bangunan dikurangkan lima kali, bayaran denda lain juga dibenarkan dibayar secara beransur-ansur sebelum CF dikeluarkan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, sebagai insentif lain, perlanjutan tempoh pajakan tanah pertanian yang kurang daripada 15 tahun diluluskan atas kegunaan industri dan premium berdasarkan nilaian semasa dikenakan.

“Caruman Infrastruktur sosial sebanyak RM50 ribu seekar di Lembah Klang dan RM35 ribu seekor bagi kawasan di luar Lembah Klang juga dikecualikan,” katanya.

Beliau berkata, Program ‘Outreach’ telah dilaksanakan seperti pengedaran brosur, turun padang khidmat nasihat dan bantuan melengkapkan borang-borang berkenaan oleh pegawai-pegawai kepada pemilik-pemilik atau pengusaha-pengusaha Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) juga dijalankan.

Katanya, terdapat sebanyak 37 KTK beroperasi di bawah kawasan Majlis Perbandaran Selayang dan 33 Lesen Sementara telah dikeluarkan dan antara sebab utama mengapa kilang ini wujud adalah kerana pemilik tanah kurang faham mengenai tukar syarat kegunaan tanah dan menyebabkan mereka tidak membuat permohonan.

Katanya, pemilik tanah juga sukar mendapatkan pinjaman untuk menjelaskan premium tambahan yang dikenakan kerana pemilik tanah telah berusia dan tidak layak untuk membuat pinjaman.

Sedutan Perbahasan DUN Selangor - Kontraktor kebersihan bebas politik

SHAH ALAM - Isu anugerah penyapu kepada kakitangan kerajaan negeri oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kembali ‘bergegar’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam. Semuanya bermula selepas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Mohd Hassan Mohamed Ali melabelkan tindakan Dr. Khir itu sebagai tidak boleh diterima akal. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam juga berkata, anugerah tersebut seolah-olah menjadikan kakitangan awam sebagai 'alat' yang boleh dimanipulasikan. Beliau berkata, perkara itu turut diakui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyifatkan tindakan itu antara punca kakitangan awam menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

“Inilah punca YB (Dr Khir) berada di tempat sekarang (pembangkang),” katanya pada sesi perbahasan Bajet 2009, semalam. Mohd Hassan bangkit membuat penjelasan selepas Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia) mencelah membangkitkan isu anugerah penyapu kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, ketika Dr Khir membahaskan bajet tersebut. Mohd Hassan (Pas-Gombak Setia) turut mendakwa kerajaan negeri BN telah melantik syarikat kontraktor yang dimiliki penyokong kuat UMNO untuk mengendalikan pembersihan sampah di hampir semua pihak berkuasa tempatan (PBT). “Kerana itulah mutu khidmat kontraktor ini begitu jelak. Mengapa orang politik diberi kontrak ini,” katanya yang mengaku mempunyai senarai nama kontraktor itu tetapi enggan mendedahkannya dengan alasan mahu menjaga maruah individu terbabit.

Mohd Hassan berkata, kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan kontraktor yang diberi kontrak pembersihan pada masa akan datang diwajibkan mendaftar menerusi Sistem Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) selain bukan di kalangan orang politik. “Kita akan pastikan syarikat kontraktor yang mempunyai hubungan secara langsung atau ada kaitan dengan orang politik tidak diberi kontrak pembersihan,” katanya.

UMNO beralih arah, mengadakan perhimpunan, bertakbir

(Foto hiasan, tiada kena mengena dengan laporan akhbar)

PETALING JAYA 22 Okt. - Kira-kira 200 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim yang mahu menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.

Mereka membawa bersama sepanduk dan kain rentang yang mengutuk cadangan tersebut sambil melaungkan kata-kata seperti 'Hidup Melayu' dan 'Allahuakbar'.

Perhimpunan selama sejam bermula pukul 5 petang itu diadakan di hadapan pejabat Pusat Khidmat ADUN Kota Damansara di sini, diketuai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Harrison Hassan.

Harrison yang juga Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO berkata, sebagai seorang wakil rakyat beragama Islam, Mohd. Nasir sepatutnya tidak membuat cadangan sedemikian.

"Kita membantah sekeras-kerasnya cadangan tersebut dan memberi amaran supaya dia tidak membangkitkan lagi perkara ini," katanya kepada pemberita di sini.

Pada perhimpunan itu, beliau turut menyerahkan memorandum bantahan kepada setiausaha Mohd. Nasir, A. Sivarajan.

Kandungan memorandum tersebut juga mendesak Mohd. Nasir memberikan maklum balas terhadap bantahan yang dibuat itu.

Semalam, sewaktu sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Mohd. Nasir mencadangkan kerajaan negeri supaya menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.

Cadangan itu adalah sebagai salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan bukan Islam.

Menurut Harrison, cadangan berkenaan adalah mustahil dilaksanakan berikutan kutipan zakat diperoleh daripada orang Islam.

Rabu, 22 Oktober 2008

Berita Harian dilarang buat liputan sidang Dun Kelantan

KOTA BHARU, 22 Okt (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini menarik balik kebenaran kepada wakil akhbar Berita Harian membuat liputan sepanjang persidangan Dun yang berlangsung sekarang. Ketika persidangan bermula jam 9 pagi tadi, Ustaz Nusuruddin Daud berkata, selepas meneliti tiada permohonan maaf atau menarik balik berita yang disiarkan semalam, maka wakil akhbar itu tidak lagi dibenarkan membuat liputan sepanjang persidangan berlangsung sehingga 29 Oktober ini."Oleh itu saya meminta wakil akhbar berkenaan yang hadir pada pagi ini mengundurkan diri," katanya.Semalam beliau meminta akhbar berkenaan menarik balik berita yang menggambarkan Sultan Kelantan murka seperti disiarkan di halaman depan akhbar terbabit semalam (21 Oktober).Beliau memberi peluang sehingga hari ini kepada akhbar terbabit untuk menarik balik berita berkenaan yang disifatnya tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapat desakan demi desakan daripada penyokong kerajaan yang menganggap laporan tersebut mencemarkan istana dan kerajaan negeri."Saya memberi peluang sehingga esok (hari ini) untuk membolehkan akhbar berkenaan menarik balik berita yang disiarkan kerana tidak tepat dengan apa sebenar berlaku," katanya.Beliau membuat keputusan itu berdasarkan kepada Perkara 14, Peraturan-Peraturan Tetap Dewan.Perkara itu menyebut 'Dengan tertakluk kepada syarat di dalam Perkara 13, maka bolehlah Speaker memberi kebenaran kepada mana-mana wakil akhbar hadir pada persidangan Dun dengan syarat jika akhbar itu menyiarkan berita perjalanan dewan yang pada padangan Speaker tiada patut, bolehlah kebenaran ia ditarik balik.'

Cadangan menggunakan peraturan tersebut dibuat Wan Ismail Wan Jusoh (PAS - Melor).

Sebelum itu, Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS - Limbongan) ketika membahas ucapan menjunjung kasih mendesak tindakan dikenakan terhadap akhbar berkenaan yang dianggap menyimpang dari etika kewartawanan.Berita Harian dalam laporan di bahagian muka depan menyebut 'Sultan murka kerajaan PAS gagal tadbir Kelantan'.Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) sebelum itu ingin mendapat penjelasan berdasarkan kepada wajah Tuanku ketika berucap kelmarin, adakah dapat digambarkan dengan nada murka atau biasa.Sedangkan katanya, tiada pun pada ucapan itu digambarkan nada-nada marah seperti dilaporkan Berita Harian.

Mengulas isu yang sama, Ustaz Mohamad Mustafa (PAS-Demit) penggunaan istilah murka sebenarnya turut mencemarkan nama baik Sultan kerana ia tidak mencerminkan keadan sebenar yang berlaku kelmarin.Oleh itu beliau mencadangkan tindakan undang-undang diambil wartawan yang terlibat dan akhbar terbabit menarik balik kebenaran membuat liputan pada persidangan dewan.Abdul Fatah merakam ucapan tahniah kepada Speaker kerana tindakan yang diambil hari ini adalah langkah terbaik bagi mengelakkan perkara yang sama berulang."Speaker telah menunaikan janjinya semalam bagi menarik balik kebenaran diberi setelah akhbar terbabit tidak memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan.Ustaz Abdullah Ya'kub (PAS - Air Lanas) turut menyokong tindakan Speaker kerana ada perbezaan yang jelas di antara teguran dan murka. - mj/mns

Bernama: ADUN PAS kecam tajuk utama muka depan akhbar tempatan

KOTA BAHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada sesi perbahasan hari ini panas seketika apabila beberapa anggota kerajaan membidas tajuk muka depan sebuah akhbar tempatan berhubung titah ucapan Sultan Kelantan semasa merasmikan dewan itu semalam. Mereka yang terdiri daripada beberapa ADUN PAS itu berpendapat tajuk "Sultan Murka Kerajaan PAS Gagal Tadbir Kelantan" sebenarnya tidak menepati apa yang sebenarnya berlaku.
Menurut mereka Sultan setakat menegur beberapa kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.
Keadaan semakin panas apabila Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) mengesyorkan agar wartawan dari akhbar itu dilarang membuat liputan persidangan selama seminggu.
Zainuddin berpendapat tajuk itu telah mencemarkan imej kerajaan negeri dan berita itu telah membawa unsur tidak harmoni antara kerajaan dan Istana.
"Saya mohon akhbar terbabit menarik balik tajuk berita pada muka depan itu dan jika tidak wartawannya perlu dilarang membuat liputan lagi," katanya pada sesi perbahasan titah ucapan Sultan Kelantan. Syor Zainuddin itu disokong beberapa anggota PAS yang lain dan pada satu ketika Speaker, Mohd Nassuruddin Daud terpaksa menenangkan keadaan.
"Saya bagi masa kepada akhbar itu memohon maaf siarannya esok dan jika tidak, saya akan mengambil tindakan sewajarnya," kata Mohd Nassuruddin. Sultan Kelantan semalam pada titah ucapan perasmiannya itu telah menegur beberapa aspek kelemahan tadbir urus kerajaan negeri termasuk sektor pelancongan, pihak berkuasa tempatan, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan institusi masjid.
Baginda turut menyentuh beberapa projek kerajaan Persekutuan termasuk pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang berjalan tidak mengikut jadual.
Sementara itu ketua pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) meminta kerajaan Kelantan agar menyerahkan kesemua SAR kepada Kementerian Pelajaran untuk ditadbir dengan lebih baik. "Saya dapat laporan guru dan pelajar di 23 buah SAR yang telah diambil alih sangat gembira dengan keadaan sekarang dan saya rasa kerajaan negeri perlu mempertimbang untuk membenarkan kerajaan Pusat mentadbir SAR yang lain," katanya.
Ketika di luar dewan, Md Alwi turut meminta kerajaan Kelantan mengamalkan konsep penjimatan pada sektor tertentu bagi dijadikan tabungan ketika krisis ekonomi global.
Beliau juga mahukan Umno dan PAS mencari titik pertemuan yang membolehkan pemimpin duduk semeja membincangkan hala tuju bangsa, agama dan negara. BERNAMA

Sultan Kelantan MURKA kepda kerajaan Negeri?

Memetik laporan Beruta Harian hari ini dengan tajuk besarnya "Sultan Murka Kerajaan PAS gagal tadbir Kelantan" membuatkan saya tertarik untuk menelitinya secara serious. Namun bila saya baca dari baris- ke baris tak terdapat pula titah Banginda seperti yang tercatat pada tajuknya. Apakah ini cara media-media perdana melaga-lagakan PAS dengan Sultan?. Sikap beginilah yang membuatkan negara huru hara dimana seringkali ucapan-ucapan dipetik dengan rambang untuk selera sendiri atau kepentingan sesuatu puak.

Berita Harian, KOTA BHARU: Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan. Sultan Kelantan turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan pihak tertentu. "Beta ingin menarik perhatian kepada pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai bandar raya Islam sejak 2006. Perancangan dari aspek kebersihan dan keselamatan perlu dinilai semula kerana beta melihat beberapa elemen belum mencapai matlamat. "Beta berharap MPKB memberi fokus kepada elemen terbabit bagi menjamin pencapaian matlamat itu," titah baginda ketika menyempurnakan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini. Hadir sama, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Tuanku Ismail Petra bertitah, pertumbuhan sektor pelancongan negeri juga masih bergantung kepada segmen domestik yang menyumbang 80 peratus kemasukan pelancong ke Kelantan. "Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif," titah baginda. Bagi mengimbangi tanggungjawab pembangunan negeri pula, baginda menyarankan Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dikaji semula supaya tidak wujud pertindihan dan persaingan. Baginda turut menyentuh Laporan Ketua Audit Negara mengenai kedudukan kewangan Kelantan yang tidak kukuh apabila mengalami defisit akaun hasil disatukan pada akhir 2007 sebanyak RM326.34 juta berbanding RM155.86 juta pada akhir 2003. "Kerajaan negeri hendaklah mengelak membuat keputusan yang boleh mengurangkan kemasukan hasil. Agensi dan perbadanan kerajaan negeri tidak harus diberi keistimewaan lagi, manakala syarikat swasta yang gagal membuat pembayaran perlu diambil tindakan tegas. "Kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung kepada sumber hasil sedia ada. Usaha perlu digembleng untuk meneroka punca hasil baru dalam setiap sektor untuk membiayai kos pengurusan dan pembangunan yang semakin meningkat," tegas baginda.
Tengku Ismail Petra juga menegur mengenai masalah tanah terbiar di seluruh Kelantan yang ketika ini mencapai keluasan 21,458 hektar dan 910 hektar saja yang dibangunkan. "Beta berharap, kerajaan negeri mengambil peluang daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.5 bilion untuk memulihkan tanah terbiar bagi menjamin bekalan makanan negeri khususnya dan negara amnya," titah baginda. Selain itu, Sultan Kelantan tidak puas hati dengan pembangunan projek yang dirancang mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini kerana agak perlahan dan ada yang belum dimulakan. Ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli serta projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra. "Beta juga mendapat maklum, Kelantan adalah antara negeri yang disenarai dengan projek hab halal dalam RMK-9 membabitkan peruntukan RM17 juta. Bagaimanapun, projek ini belum dilaksanakan dan beta berharap ia dapat disegerakan. "Beta menyarankan kerajaan negeri turut menekankan pelaksanaan pembangunan hab halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal," titahnya. Sultan Kelantan juga berharap rangkaian perhubungan dibaiki, dinaiktaraf dan ditambah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan 53 program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan. "Sukacita beta mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu-Kuala Krai dan pelebaran Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. "Beta difahamkan, pelabuhan tidak disenaraikan sebagai projek infrastruktur di bawah ECER di Kelantan. Bagaimanapun, beta dimaklumkan kerajaan negeri meluluskan tiga projek pembinaan pelabuhan Tok Bali, pangkalan bekalan luar pesisir Kemasin dan pangkalan bekalan Kuala Besar. "Beta berharap kerajaan boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini," titah baginda sambil melahirkan rasa amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan dana khas sebanyak RM32.1 juta bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi Projek D'Raja Kelantan. Baginda turut menyarankan rakyat supaya berbelanja dengan berhemat bagi menangani kesan kenaikan kos sara hidup akibat krisis kewangan, kekurangan makanan dan kenaikan harga minyak dunia.

Banjir mula melanda

Seramai 1,249 orang daripada 293 keluarga di lima daerah di Kedah terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat sejak kelmarin.
Mangsa banjir di Kampung Alor Gunung, Alor Star terpaksa dipindahkan menggunakan bot penyelamat.
Kesemua mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung, Gunung Keriang, Alor Star.

Selasa, 21 Oktober 2008

Rumah Terbuka dan Jamuan Raya DUN Paroi

Semua Dijemput Hadir ke
Rumah Terbuka dan Jamuan Raya DUN Paroi
Sabtu 25 Okt 2008

2 ptg –5 ptg
Di Dataran Senawang (Depan Maybank) , N.Sembilan
Anjuran : Pusat Khidmat DUN Paroi
Bersama :
YB Tn Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani , ADUN Paroi
Sdr Zulkefly Mohamad Haji Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Agenda :
2 ptg – 5 ptg : Jamuan
3 ptg – 3:30 ptg : Ucapan ADUN Paroi

Isnin, 20 Oktober 2008

Tua Keladi fizikal manusia jiwa iblis

Perogol RM5 dijel 42 tahun
KLANG - Dengan memberi hadiah wang RM5 hingga RM50, seorang warga emas mengambil kesempatan merogol anak rakan sendiri berkali-kali sehingga mangsa melahirkan seorang anak luar nikah.

Bukan sahaja diselar, malah perbuatan keji Sutejo Pak Rudi, 65, akhirnya terbalas selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara 42 tahun ke atasnya.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud berkata, tertuduh masuk ke negara ini sepatutnya untuk mencari rezeki, tetapi telah mengambil kesempatan merogol seorang gadis tempatan.

Setimpal dengan jenayah yang dilakukan, Awang Kerisnada menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara bagi tuduhan pertama manakala 20 tahun bagi tuduhan kedua dan memerintahkan hukuman berjalan secara berasingan dari tarikh tangkapan, 23 Mac 2005.

Atuk durjana, rogol anak jiran 60 kali
SELAYANG BARU - Tidak sepadan dengan usia sudah menjangkau warga emas, seorang lelaki berusia 64 tahun yang hanya tinggal di rumah bersebelahan, sanggup merogol anak bongsu jirannya berusia 10 tahun lebih daripada 60 kali.

Suspek yang dikenali dengan nama ‘Tok Dad’, dilihat oleh jiran-jiran sebagai seorang yang pandai melayan kanak-kanak itu dikatakan sering mengumpan mangsa dengan kata-kata ‘tolong atuk buat kerja’ yang kemudiannya diupah aiskrim dan wang RM10.

Bapa kepada kanak-kanak malang yang hanya mahu dikenali sebagai Shaari, berkata, dia amat marah dan sedih dengan perbuatan suspek yang diumpamakannya seperti binatang itu.

Roboh rumah, 200 ahli Umno sertai PAS di Masai

JOHOR BAHRU, 19 Okt (Hrkh) -Tidak puashati dengan layanan dan sikap diskriminasi Umno yang berkuasa lebih 50 tahun, pagi tadi beratus ahli Umno telah istihar keluar daripada parti itu dan sertai PAS.

Kira-kira 200 daripada 500 ahli Umno termasuk lapan ahli jawatankuasa cawangan Umno Kampung Baru Plentong Tengah ,Masaitelah mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai PAS pagi tadi.

Mantan Ketua Pemuda Cawangan Umno kampung tersebut, Mohd Daud Mohd Isa telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu pertemuan yang diadakan di kampung tersebut pagi tadi.

Tindakan tersebut tercetus, ekoran insiden perobohan rumah penduduk pada 16 Oktober lalu yang tidak mendapat simpati daripada Umno.

Sementara itu, Ketua Cawangan Umno yang sama, Sahari Mohd Sham telah serah memorandum kepada Presiden PAS untuk membawa isu perobohan rumah tersebut ke parlimen. - mks._

Ahad, 19 Oktober 2008

Majlis Eidulfitri ADUN Bangi 2008: Kanak-kanak tidak dilupakan





Petugas sukarela PAS Bangi yang dedikasi






Memang mengkagumkan bila memerhatikan kesungguhan sukarelawan PAS bertugas tanpa mengira penat, masa dan wang ringgit dalam memastikan PAS sentiasa relevant di mata masyarakat. Dalam majlis Eidulfitri ADUN Bangi hari ini (19Oktober 2008) para petugas kelihatan telah bersedia sejak dari awal pagi, memastikan amanah yang diserahkan oleh pucuk pimpinan dilaksanakan sebaiknya. Sebelum majlis bermula, sebenarnya persediaan sudah bermula lebih awal dari itu. Sebaik sahaja majlis tamat baru kelihatan riak keletihan yang terpancul dari wajah-wajah mereka. Mungkin ada yang bercutikerja esok kerana terlampau letih. Bagaimanapun saya ucapkan tahniah dan syabas kerana majlis anda hebat dan tersusun. Tiada sebarang kekecohan berlaku dari awal hingga akhir memang meriah. Saya rasa YB pun bersetuju dengan saya, kerana semasa mengiringi beliau melawat dari khemah ke khemah YB senyum memanjang, bangga lihat anak buah bekerja bertungkus lumus sukarela dan cemerlang.

Warga bukan Islam turut dirai



ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar turut meluangkan masa meraikan warga Bangi dari kalangan bukan Islam. Kemesraan terjalin antara bukan Islam dan kepimpinan PAS perlu diperkemaskan supaya agenda PAS untuk semua akan menjadi satu slogan yang praktikal demi keharmonian kaum di bawah PR.

Semasa saya mengambil foto salah seorang dari kaum Tionghua yang hadir, dia memberitahu saya "tolong siarkan gambar saya dalam surat khabar, saya mahu bagitahu MCA, orang Cina macam saya tak mahu lagi MCA, kami mahu PAS pimpin kami".

Majlis Eidulfitri ADUN Bangi meriah

Bandar Baru Bangi 19 Oktober 2008, majlis sambutan Eidulfitri ADUN Bangi yang berlangsung hari ini mendapat sambutan meriah dari kalangan masyarakat Bangi. Berbagai juadah disediakan khas oleh cawangan-cawangan dibawah DUN Bangi. Sambutan yang berlangsung hari ini diadakan dalam suasana selesa berbanding dengan acara yang sama diadakan pada tahun-tahun sebelumnya dimana kebanyakan sambutan dibuat diperkarangan pejabat ADUN yang begitu terhad dan tidak dapat menampung kedatangan warga Bangi yang ramai. Dianggarkan hampir sembilan ribu tetamu hadhir meraikan majlis eidilfitri di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi ini. Turut kelihatan tetamu dari kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat seperi ADUN Kajang, Ahli Parlimen Serdang dan lain-lain. Warga Bangi dari kalangan bukan Islam, kaum tionghua, kaum India juga ramai hadhir bersama memeriahkan majlis. Tetamu telah disambut mesra oleh ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu bakar bersama pemimpin utama PAS kawasan Serdang.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Isu pengawal keselamatan UKM lagi?

Masih segar kisah pengawal keselamatan UKM Bangi yang disiarkan dimedia sebagai tidak profesional, besikap macam budak-budak dalam menangani mahasiswa yang bakal memimpin negara, kini UKM digegarkan lagi dengan isu pengawal keselamatan versus mahasiswa. Demostrasi yang sepatutnya aman menjadi kecoh gara-gara campur tangan pengawal keselamatan yang tidak mesra rakyat.

BANGI - Kemeriahan sambutan Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, bertukar kecoh apabila sekumpulan kira-kira 200 pelajar bertindak melakukan demonstrasi menuntut pilihan raya kampus disegerakan selama hampir satu jam.

Kumpulan yang dianggotai Solidariti Mahasiswa Malaysia dan disertai oleh gabungan pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UKM itu pada mulanya hanya mahu menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Namun, ia kemudiannya menjadi tidak terkawal apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka bertemu lebih lama dengan Khaled sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan mereka.

Keadaan kemudiannya bertambah gawat apabila kumpulan tersebut tidak berpuas hati dengan layanan pengawal keselamatan yang dianggap mereka sebagai 'kasar' menyebabkan hampir meletus pergaduhan.

Kekecohan itu kemudiannya memaksa campur tangan pihak polis mengawal keadaan tetapi kumpulan pelajar tersebut tetap tidak berganjak

Jumaat, 17 Oktober 2008

Bandar Baru Bangi terputus bekalan air

DENGKIL: Kerakusan pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan dengan mengorek pasir menyebabkan tiga paip utama di Kampung Revolusi Hijau di sini yang membekalkan air ke daerah Sepang, Kuala Langat dan Hulu Langat, pecah. Akibatnya, kira-kira 75,000 akaun atau dianggarkan 350,000 pengguna di tiga kawasan terbabit mengalami gangguan bekalan air mulai pagi semalam. Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Datuk Lee Miang Koi, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada aktiviti mengorek pasir berhampiran kawasan berkenaan.“Siasatan awal mendapati tiga batang paip bersaiz 1,500 milimeter (mm), 1,200mm dan 1,050mm di Kampung Revolusi Hijau pecah dan kami syak ia disebabkan kerja mengorek pasir. “Sehubungan itu, kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kira-kira jam 12 tengah hari tadi (semalam) supaya siasatan terperinci dijalankan.
“Sekiranya terbukti paip berkenaan pecah akibat kegiatan mengorek pasir, kami akan menuntut ganti rugi daripada pihak terbabit,” katanya ketika ditemui ketika meninjau ke kawasan paip pecah terbabit, petang semalam. Hadir sama, Pengarah Eksekutif Operasi Syabas, V Subramaniam. Berikutan kejadian itu, Lee berkata, Syabas mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah bagi memastikan masalah itu dapat diatasi segera selain melantik kontraktor serta-merta untuk kerja pembaikan tiga paip itu. “Kami sudah menggerakkan 33 lori tangki bagi membekalkan air buat sementara waktu kepada tiga kawasan terbabit, manakala sembilan lori tangki diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bergantung kepada permintaan.
“Kami turut menyediakan 438 tangki statik di kawasan yang dikenal pasti bagi memudahkan penduduk mendapat bekalan air dan membuka pusat operasi krisis 24 jam di ketiga-tiga daerah terbabit,” katanya. Lee berkata, tempoh gangguan tidak dapat dipastikan kerana ia membabitkan paip utama yang memerlukan jangka masa panjang dan dianggarkan tempoh tiga hari dari tarikh pembaikan paip berkenaan. “Lagipun kami terpaksa membuat jajaran semula sejauh 200 meter berikutan paip berkenaan tidak selamat untuk digunakan. “Kami juga perlu mendapat kelulusan Pejabat Daerah Sepang kerana jajaran baru membabitkan tanah orang kampung,” katanya. Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol, 1800-88-5252. Sementara itu, tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati parit kecil berhampiran paip utama itu mengalami hakisan, manakala laluan ke ladang kelapa sawit terputus akibat tanah runtuh. Malah, terdapat kesan parit berkenaan dikorek, seolah-olah empangan untuk melebarkan kawasan itu bagi mengelakkan air mengalir ke kawasan pengorekan pasir. Seorang saksi, Munirin Rahmah, 35, berkata ketika dalam perjalanan ke ladang kelapa sawit berhampiran kawasan itu kira-kira jam 8 pagi, dia mendapati terdapat kesan tanah runtuh di sekitar parit. “Semalam hujan lebat, jadi air parit ini melimpah...saya percaya pihak yang mengorek pasir cuba membuat empangan dengan melebarkan kawasan parit dan dihadang beberapa batang pokok kelapa sawit. “Tetapi, empangan itu tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak, lalu meruntuhkannya sebelum mengalir ke kawasan pengorekan pasir,” katanya

Selasa, 14 Oktober 2008

Persatusan Seniman pun bantah Datuk SRK?, Melaka oh Melaka

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.
Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.
"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.
"Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.
"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.
Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.
"Ikutkan, anak seni dan karyawan belakang kamera juga mempromosi bukan sahaja Melaka malah negara kita tetapi kenapa mereka tidak diberi perhatian.
"Kita harap mereka yang berjaya juga mendapat anugerah itu," ulasnya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang artis itu.
Antaranya adalah Harun Salim Bachik, Ahmad Idham, Datuk Aziz Sattar, Jalil Hamid, Arash Mohamad, Rahim Jailani, Mas Omar, Zulkifli Zain, Normala Omar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rusdi Ramli.
Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) pada pukul 4 petang esok.
Dalam pada itu, pengarah filem pecah panggung Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Ahmad Nadzri menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.
"Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?
"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema 'Filem Kita Wajah Kita'. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.
"Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis yang berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama," tegasnya.
Sementara itu, pelakon Arash Mohamad pula berpendapat alasan kerajaan negeri Melaka mengurniakan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana mempromosikan A' Famosa Resort, Alor Gajah melalui filem One Two Ka Four adalah tidak munasabah.
"Memanglah orang yang menonton filem tersebut mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?
"Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?," luah Arash yang dikenali menerusi drama tempatan seperti siri Masih Ada Cinta dan Badai Metropolis.
Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.
Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

Ahad, 12 Oktober 2008

AlBrangi semakin menyengat

Saya pun dah naik ketagih dengan tulisan AlBrangi, seperti yang saya katakan semasa mula-mula AlBrangi memasuki dunia blogger, pengalaman beliau dan kupasan yang bersahaja memang dinantikan. Posting terbaru dengan berbagai cerita telah dijalin dengan berbagai citarasa, yang lucu ada, yang pedas ada dan fakta yang tak pernah kita jumpa pun ada, teristimewa cerita pasal Datuk SRK,... Sekalong tahniah kepada AlBrangi, teruskan penulisan. Saya rasa Prof Hamirdin pun ketawa besar bilabaca AlBrangi....

Mencungkil Pengalaman Ku Li untuk faedah rakyat

Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub semalam secara peribadi mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk menyertai Pakatan Rakyat sekiranya Anggota Parlimen Gua Musang itu tiada sefahaman lagi dengan Umno.Salahuddin, yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, berkata tujuan mempelawa Ku Li adalah untuk memperkukuhkan pakatan pembangkang melalui idea dan pengalamannya terutama dalam bidang ekonomi.
“Secara peribadi saya mempelawa Tengku Razaleigh untuk menyertai Pakatan Rakyat. Setakat ini belum ada pertemuan secara rasmi lagi dilakukan untuk tujuan itu melainkan pertemuan biasa. Dua hari lalu saya lontarkan pelawaan itu kepada Tengku Razaleigh di Kota Baharu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS di Taman Melewar hari ini. (Foto hiasan, tiada berkenaan dengan berita ini)

Yau Con Seng dan PAS Negeri Sembilan

Menakjubkan, setiap kali saya menziarahi ADUN Paroi YB Hj Mohd Taufik maka sentiasa ada seorang berbangsa Cina yang bernama Yau ini disitu. Dimaklumkan beliau telah bersama dengan PAS N.Sembilan sejak 10 tahun yang lalu. Beliau begitu komited dengan perjuangan PAS. Mengikut tulisan Yb Hj Taufik dalam blognya, perjuangan Mr Yau sekian lama, hari ini dapat lihat kesannya.Pernah satu hari, ketika sedang berjalan di bandar Seremban dan bertembung dengan seorang auntie berbangsa Cina, sebaik saja mengetahui dari PAS Negeri Sembilan, beliau terus melaungkan " Oh! yeah PAS bagus!!" . Tiada lagi perasaan takut dan bimbang masyarakat Cina terhadap PAS dan menurut Yb Taufik beliau turut mengakui, salah satu faktor kemenangan PAS di DUN Paroi adalah sokongan besar pengundi-pengundi Cina terhadap PAS. Beliau begitu berterima Kasih kepada Mr Yau dan berdoa semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk untuk menerima Islam sebagai pegangan hidup. Di akhir tulisannya Yb Taufik mengakhiri dengan pertanyaan yang cukup mencabar "Orang Cina bukan Islam yang tidak pernah mengucap 2 X syahadah dan tidak pernah sujud atas sejadah pun kini telah menyokong perjuangan Islam, kenapa tidak KITA ?".
Pagi ini saya terkenang jemputan sahabat-sahabat Bandar Baru Bangi 3 Tambahan memaklum dan menjemput saya untuk hadhir ke Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian PASTI Seksyen 3 Tambahan pada 21 Ramadhan 1429 / 21 Sept 2008 yang lalu bertempat di PASTI Bangi 3 . Perasmian PASTI Seksyen 3 Tambahan tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar beserta penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan pelajarTahfiz Bestari, Serdang. Majlis berbuka puasa tersebut sayangnya tidak dapat saya hadiri kerana kebetulan berada diluar Selangor (balik kampung di Kelantan). Rasanya terkilan juga tak dapat bersama dan kalau sahabat-sahabat BBB3 buat majlis Eidul fitri kecil-kecilan InsyaAllah akan hadhiri. Saranan saya kepada penduduk sekitar BBB3, kalau ada anak-anak yang layak untuk dihantar ke PASTI BBB3 bagi sesi 2009 ini bolehlah daftar untuk sama-sama membantu pembangunan PASTI tersebut.
Kemeriahan bakal menjelang di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi bila majlis Eidulfitr ADUN Bangi di adakan di situ. Tarikh 15 Oktober adalah tarikh yang di nantikan oleh warga Bangi untuk beramah mesra dengan ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar. Ada sahabat-sahabat yang tanya saya kenapa tiada disebut Majlis bersama PR. Saya pun tak tahu bab tu, yang saya tahu ini majlis Dr Shafie untuk warga DUN nya. Pada saya DAP dan PKR boleh buat untuk DUN yang diwakili mereka. Setahu saya memang ada majlis bersama, tetapi di peringkat negeri di stadium Shah Alam. Walau bagaimana pun jom bersama Dr Shafie pada 19 Oktober nanti bagi memeriahkan majlis ini. Rasanya inilah kali pertama majlis hari raya dapat dibuat di tempat awam seperti mini stadium ini. Sebelum ini warga Bangi terpaksa berhimpit-himpit di pejabat PAS kawasan kerana tempat itu lah sahaja yang dapat disediakan selama ini.

Harga minyak dah turun bawah AS$78 setong, barangan pengguna makin mahal

Dilaporkan harga minyak ditutup di bawah AS$78 setong (RM273.78) semalam ekoran pelabur kini lebih bersikap pesimistik terhadap persekitaran ekonomi global yang dijangka menghadapi kegawatan. Minyak mentah berkualiti Light Sweet, ditutup rendah pada AS$77.70 (RM272.72) setong di New York Mercantile Exchange. Ini merupakan harga terendah yang pernah dicatat bagi kontrak hadapan sejak 10 September 2007. Sementara itu di London, minyak Brent rugi sebanyak AS$8.57 (RM30.08) untuk ditutup pada $74.09 (RM260.06) setong. Menurut penganalisis, harga minyak kini semakin murah diniagakan di pasaran antarabangsa sejak 13 bulan lalu dengan penurunan sebanyak 47 peratus daripada paras tertingginya yang menghampiri rekod AS$150 (RM526.50) setong, iaitu $147.27 (RM516.92) setong. Dijangkakan harga minyak akan terus turun pada paras AS$60 (RM210.6) setong.

Persoalannya, bagi kita rakyat marhain ini, bagaimana harga barangan pengguna, yang semakin meningkat. Bila ditanya peruncit, kenapa barangan pengguna semakin meningkat, jawabnya mudah sangat, sebab minyak naik, terpaksa bayar lebih kepada transportation. Sekarang minyak dah turun, dah 2x turun, dan dianggarkan harga runcit petrol akan menghampiri harga lama sebelum RM2.70. Adakah kita akan menikmati semula harga barangan ke paras harga lama seperti petrol seperti harga petrol?, Kementerian HEP kena jawab.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Melaka anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan???

10/10/2008 5:17pm
MELAKA 10 Okt. - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok. Dngan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.- Utusan

Khamis, 9 Oktober 2008

Malaysiakini: Raja Perlis nasihat Dr Asri terus berkhidmat

Oleh:Jimadie Shah Othman
Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah dinasihatkan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail supaya terus berkhidmat sebagai mufti Perlis.Baginda bertitah demikian sewaktu menerima Dr Mohd Asri mengadap di istana negeri di Arau pagi tadi.Dr Mohd Asri mengadap baginda berhubung keputusannya untuk bersara lebih awal, walaupun kontraknya hanya tamat Oktober tahun depan.Kontrak pertama beliau selama dua tahun berakhir bulan depan.Bagaimanapun, ia disambung selama setahun lagi, sehingga Oktober tahun depan.Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Dr Mohd Asri berkata, baginda mahu beliau terus bertugas sebagai mufti Perlis kerana berpuashati dengan prestasi perkhidmatannya."Baginda juga berkata, saya telah meletakkan satu 'level' yang tinggi kepada institusi ini (mufti)," katanya.Dr Mohd Asri juga berkata, selama ini baginda telah mendapatkan gambaran yang silap bahawa kontraknya tamat bulan ini.'Permainan politik'Oleh itu, katanya, sekiranya beliau mahu terus berkhidmat, bagi baginda bersedia menitahkan supaya kontraknya diteruskan.Bagaimanapun, katanya, baginda menyerahkan kepada beliau untuk keputusan beliau sendiri."Sekiranya saya berhenti, maka baginda akan mengeluarkan watikah penghargaan terhadap perkhidmatan saya (di Perlis)," katanya.
Diminta sama ada beliau akan menimbang nasihat baginda itu, Dr Mohd Asri berkata keputusannya untuk berhenti adalah muktamad.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan menimbang permintaan baginda supaya beliau melanjutkan sedikit lagi tempoh perkhidmatannya.
Semalam, Dr Mohd Asri mengumumkan akan bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” kata kepada Malaysiakini semalam.Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.Dr Mohd Asri yang juga bekas ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) juga berkata, beliau akan kembali mengajar di kampus itu di Pulau Pinang mulai 1 November ini.Selepas itu, katanya, beliau akan berlepas ke United Kingdom selama tujuh bulan mulai 1 Disember untuk menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.Sebelum meninggalkan jawatan itu, tambahnya, beliau akan mencadangkan penggantinya seperti yang pernah diamalkan oleh khalifah Islam yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq.

Kembalikan pada yang hak:Terengganu bakal terima semula royalti

Keputusan yang ditunggu-tunggu oleh kerajaan Terengganu selepas era Wan Mokhtar ialah ROYALTI MINYAK selepas di nafikan oleh kerajaan pusat bermula dari peralihan kuasa kepada PAS pimpinan TG DS Hj Hadi Awang. Media hari ini memaparkan Kerajaan Terengganu pimpinan Datok Ahmad Said dari UMNO bakal menerima bayaran royalti minyak kira-kira RM3 bilion secara terus daripada Petronas bagi hasil pengeluaran tahun depan jika harga bahan mentah itu kekal pada paras sekarang. Jumlah itu berdasarkan royalti lima peratus daripada lebih RM50 bilion setahun dari telaga minyak yang terdapat di negeri itu oleh Petronas. Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata, telaga minyak Terengganu menghasilkan minyak kualiti premium jenis Sweet Crude pada harga melebihi AS$100 setong.
''Royalti untuk pengeluaran minyak Terengganu tahun ini telah dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, kita cuba dapatkan bayaran secara terus daripada Petronas bermula Mac tahun depan.

Rabu, 8 Oktober 2008

Pembinaan replika gergasi Anwar? satu pembaziran?

Masih lagi hangat pasal replika DS Anwar di batu Cave. Tidak semena-mena orang-orang Islam Malaysia perihatin soal patung dan Akidah, soal pembaziran. Soal patung atau tugu bukanlah perkara baru, nun hampir sangat dengan parlimen ada patung, ada tugu dan ada oraang Islam pergi tabik hormat setiap tahun, tak mengancam akidah ke?. Mufti Perlis dah berapa kali mengingatkan supaya jangan menghormati tugu, namun berterusan sampai hari ini. Tapi bila kaum India PKR buat foto besar lekat pada plywood dan dirikan kat Batu Cave heboh seantero dunia. Ikhlas menegur kita alu-alukan, tetapi hipokrit, double standard tidak menunjukkan kepimpinan yang baik. Saya membaca komen-komen pemimpin-pemimpin politik Malaysia saya ketawa sendirian. Antaranya menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar DS Anwar di Batu Caves di sini dianggap sebagai suatu pembaziran dimana kos pembinaan sebanyak RM5,000 hasil bantuan penduduk dan para penyokong Anwar. Ada pula yang berkata, wang replika itu sepatutnya disalurkan kepada golongan rakyat miskin yang lebih memerlukannya di negara ini. Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya Anwar serta penyokongnya melaksanakan projek-projek bermanfaat untuk rakyat.
''Dalam kegawatan ekonomi kini, saya menyeru wang dimanfaat sepenuh pada tempatnya dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata,'' katanya ketika dihubungi media perdana semalam.
Manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Bernama berkata, pembinaan replika gergasi gambar penasihat PKR itu di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewa-dewakan pemimpinnya. Beliau berkata, adalah lebih baik wang bagi membina replika itu digunakan untuk membantu rakyat miskin.
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, tindakan parti PKR mendewa-dewakan Anwar itu jelas bercanggah dengan budaya rakyat tempatan.
Katanya, budaya masyarakat di negara ini sepatutnya memberi penghormatan kepada pemimpin secara sederhana.
''Adakah apabila negeri tertentu ditawan pembangkang, kerajaan tempatan turut memberi kelonggaran dalam membenarkan poster gergasi yang tidak mematuhi piawaian dibina?'' soalnya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan rasional replika gergasi Anwar dibina sedangkan masih terdapat rakyat miskin yang lebih memerlukan bantuan.
Malah, katanya, terdapat lebih banyak tokoh negara yang lebih layak dipamerkan dalam replika raksasa seumpama itu seperti bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
''Hakikatnya replika gergasi gambar itu sebenarnya lebih sesuai untuk memperingati jasa tokoh atau pemimpin yang meninggal dunia,'' katanya.
Tambahnya, beliau tidak percaya Anwar tidak mengetahui mengenai pembuatan replika gergasi gambar beliau.

Selasa, 7 Oktober 2008

Prof Dr Hamirdin, syarat PAS dalam PR isu nombor?

Oleh: Prof. Dr. Hj Hamirdin Ithnin
Untuk menulis posting ini saya menunggu masa yang lama dan ketenangan agar apa yang saya tulis ini ikhlas. Sebelum ini saya telah membuat satu posting dalam bahasa Inggeris agar misteri yang menyelubungi maksud kata kata atau kalau nak lebih sensasi gertakan presiden PAS kepada PR. Beliau, Dato' Seri presiden telah berulang kali mengatakan bahawa PAS akan keluar daripada PR .
Yang saya ingin cari ialah atas dasar apakah hendak keluar PR itu dipaksikan. Rahsianya terungkai apabila Dato' Seri presiden memberikan sebabnya dalam satu majlis di Marang sebelum hari raya yang lepas. Dalam majlis tersebut Dato' Seri berkata PAS akan terang terang meninggalkan PR sekiranya jumlah ahli parlimen PR yang bukan Islam melebihi jumlah ahli parlimen Islam. Sebelum ini Dato' Seri presiden ada menyebut, kalau Islam tidak memerintah, PAS akan meninggalkan PR.
Jadi jelas di sini, isunya adalah isu nombor. Kalau ahli parlimen Islam mengatasi ahli parlimen bukan Islam dari segi nombornya, maka PAS akan kekal dalam PR, kalau tidak bye bye. Ideologi tidak lagi memainkan peranan. Kalau jumlah ahli parlimen PR yang Islam mengatasi jumlah ahli parlimen bukan Islam, walaupun ideologi yang dianuti oleh pemerintahan itu nanti adalah sosialisme, maka PAS akan kekal dalam PR.
Saya harap PR berjaya membentuk kerajaan baru. Saya harap PAS kekal dalam PR selepas kerajaan baru itu dibentuk. Bermakna jumlah ahli parlimen Islam mengatasi jumlah ahli parlimen bukan Islam. Tetapi sekiranya kerajaan baru itu berjaya dibentuk pun, ideologinya adalah ideologi sosialisme, cara pemerintahannya adalah cara sosialisme, otaknya adalah otak sosialisme.
Sekiranya PAS berkeras atas dasar nombor, dan bukan atas dasar ideologi, saya baca akhlak melondeh seperti yang diajar oleh carburator dung akan dipalit lagi dan lagi.

Kembangkan dakwah sehingga di luar masjid

oleh: Fahri Abdillah al-Masri
Bulan Ramadan lalu, ada beberapa buah program televisyen popular yang mendapat tempat di hati peminat, seperti Tanyalah Ustaz, Syahadah, As-Salam USA, Kembara Ramadan, Jejak Rasul, Al-Risaalah dan beberapa rancangan lagi.
Dalam banyak-banyak program tv itu, antara yang menarik perhatian saya ialah program Tanyalah Ustaz. Daripada persoalan yang sekecil-kecilnya sehinggalah kepada soalan yang paling sukar, rumit telah cuba dijawab oleh para penceramah dan tetamu undangan tersebut.
Mungkin bagi sesetengah orang, soalan-soalan yang mudah itu sangat remeh. Tetapi bagi sesetengah orang, persoalan yang remeh itu amat besar bagi mereka. Kalau persoalan itu terjawab, maka lapanglah dada mereka untuk meneruskan amalan.
Selagi mana batu persoalan itu masih belum dipecahkan, nescaya penonton tidak rasakan keseronokan dalam beramal. Bayangkan kalau pertanyaan mereka masih belum terjawab, maka akan berterusanlah mereka beramal dalam keadaan resah gelisah.
Misalnya, ada seorang wanita yang bertanya adakah batal solatnya jika dia membuat tiga gerakan sepanjang solat terawih? Lalu dijawab ustaz, bahawa yang dimaksudkan dengan gerakan tiga kali yang membatalkan solat itu adalah khusus terhadap pergerakan anggota yang membabitkan pergerakan yang keras dan jelas kelihatan.
Sekadar gerakan kecil-kecilan, maka hal itu bukanlah membatalkan solat. Maka, puaslah hati wanita itu untuk beramal sebagai biasa dalam menunaikan solat terawih itu.
Sementara itu, ada pula seorang wanita yang meminta pandangan mengenai pengambilan pil bagi menghentikan haidh. Tujuannya ialah supaya dia dapat meneruskan puasa seperti biasa. Mungkin, wanita itu mahu mengelak qada puasa.
Saya sendiri sudah lupa apa jawapan ustaz itu. Namun, yang jelas pada fikiran saya ialah, ustaz itu tidak menggalakkan amalan tersebut. Huraian lanjutnya tidaklah saya pasti.
Kalau saya berada di tempat ustaz tersebut, maka kemungkinan besar saya cuba mencari jalan falsafah untuk menjawabnya. Jawapannya ringkasnya lebih kurang begini ...
Islam agama fitrah
Kita sedia maklum bahawa Islam adalah agama fitrah. Dan puasa adalah di antara amalan yang akan menuntun jiwa manusia ke arah sifat kemanusiaan (fitrah) itu.
Kesemulajadian, sifat asal dan tabiat, fizikal dan mental, rohani dan jasmani manusia itu adalah fitrah. Insan dibekalkan dengan sifat yang sebenarnya tidak menghancurkan alam ini. Jika insan itu menjadi perosak, maka dia meninggalkan fitrah kejadian asalnya.
Kepada kaum Hawa, Allah membekalkan kepada mereka satu kitaran putaran haidh yang melengkapkan kewanitaan. Kewanitaan adalah sebahagian daripada belahan kemanusiaan (fitrah). Selesai berpuasa, kita akan menyambut Aidil Fitri (kembali kepada fitrah).
Syahadan, tidakkah tindakan memakan pil guna menyekat kelancaran kitaran haidh telah menghalang salah satu fitrah asal kejadian seseorang wanita yang normal?
Bagaimanapun, kita tidak akan mengutarakan persoalan hukum hakam di sini melainkan hanya ingin mengingatkan falsafah puasa sebagai amalan atau alat untuk mengembalikan jiwa manusia agar kembali menemui tabiatnya yang asal.
Banyakkan dialog hukum hakam secara langsung
Kembali kepada topik bualan asal yang berkisarkan dakwah perlu dibawa keluar daripada masjid, maka rasanya menjadi suatu keperluan dalam kalangan stesen penyiaran, saluran tv memperbanyak acara soal jawab secara dua hala melalui telefon, sms dan mel-e seperti mana program Tanyalah Ustaz itu.
Melalui acara secara langsung, bualan dua hala seperti Tanyalah Ustaz itu, kita nampak kesannya lebih kuat berbanding soalan-soalan yang dijawab melalui mel-e setiap minggu di dada akhbar. Tempoh menjawab soalan-soalan itu terlalu lama di akhbar.
Sama a kita setuju atau tidak, kita harus akui bahawa kadar celik hukum dalam kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam ini berada pada tahap yang rendah.
Malangnya, golongan ini juga kurang membaca dan mereka tak tahu apakah bahan-bahan bacaan yang perlu dibaca. Selain itu, tidak ramai juga yang suka ke masjid, mendengar isi ceramah dan menghadiri sesi soal jawab tentang hukum hakam dalam masalah feqah.
Realitinya, ramai khalayak yang suka menonton tv. Jadi, saluran tv sememangnya saluran yang amat baik untuk mengasuh dan mendidik masyarakat kita melalui acara bual bicara seperti rancangan Tanyalah Ustaz itu.
Kebanyakan program seperti Halaqah, Forum Hal Ehwal Islam, al-Kulliyyah dan lainnya adalah bersifat sehala di mana hanya ustaz, agamawan, penceramah dan pendakwah saja yang memainkan peranannya untuk mempersembahkan idea.
Tetapi, ini tidaklah bermaksud rancangan itu kurang bagus. Malah ia perlu diteruskan dan seharusnya dikembangkan lagi dengan membanyakkan serta mempelbagaikan rancangan dakwah yang bersifat dua hala (sesi soal jawab) itu.
Ketika sedang asyik berjuang bagi menegakkan Negara Islam, maka jangan lupa bebanan tugas untuk mendidik insan hingga mereka terus beramal dengan sempurna. Amalan yang sempurna adalah amalan yang dilakukan tanpa wujud sebarang keraguan.
Dan amalan yang bersih daripada sebarang keraguan itu tercapai apabila setiap kekeruhan pertanyaan tentang selok-belok amalan itu dapat dijernihkan dengan segala jawapan.
Itu baru hal hukum-hakam sekitar persoalan solat terawih, amalan puasa, haidh dan nifas. Kita lihat masih ramai lagi masyarakat Muslim yang belum beres soal-soal kecil ini. Jadi, agak-agaknya, pertanyaan berhubung feqah Negara Islam sudah beres atau belum?
Kalau masih bersarang keraguan tentang feqah Negara Islam dalam hati dan fikiran orang Islam sendiri, apakah mudah laluan ke arah pembinaan Negara Islam di Malaysia di mana rakyatnya berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, berjalur fahaman dan ideologi

Pesanan untuk pemilik CRV, Camry, Hilux dan lain-lain kereta mewah

Jika anda pemilik Honda CRV sila awasi kereta anda, taktik terbaru pencuri CRV dengan menebuk lubang pada kenderaan dan matikan alat penggera, hanya mengambil masa tiga minit dan kereta mewah anda lesap. Begitulah modus operandi kumpulan curi kereta mewah yang bergelar Geng CRV yang sedang berputar ligat beroperasi khususnya di Lembah Klang. Menurut laporan Harian KOSMO, sindiket ini mempunyai rangkaian antarabangsa dimana setiap anggota diberi peranan tertentu iaitu daripada mencari kenderaan sasaran, mencuri kereta dan menghantar kenderaan ke gudang. Kebanyakan kenderaan yang dicuri sindiket ini akan 'dieksport' ke Dubai dan Kingston, Jamaica dan dijual dengan harga RM140,000 sebuah. Selain dari CRV tumpuan mereka juga kepada kereta jenis Toyota Camry dan Toyota Hilux. September lalu polis dapat menahan dua joki dimana meraka merupakan dua suspek aktif melakukan kegiatan mencuri kereta dan ditahan ketika sedang memandu keluar dua buah kereta curi dari tempat letak kereta. Pemeriksaan terhadap tiga buah kenderaan curi di pusat membeli-belah itu mendapati ia mempunyai kesan lubang pada bahagian kanan kenderaan yang ditebuk bagi mematikan alat penggera. Lubang sebesar pen kemudiannya ditampal dengan pelekat bagi mengaburi polis.

Limpahan produk makanan dari China yang meragukan

Kementerian Kesihatan semalam telah mengarahkan gula-gula White Rabbit Creamy Candy ditarik balik daripada pasaran dan dimusnahkan. Produk tersebut telah dikenal pasti mengandungi 135 bahagian setiap juta (ppm) melamin berbanding had standard 2.5 ppm.
Jika arahan itu tidak dipatuhi, para peniaga akan berdepan dengan tindakan tegas mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, selain arahan itu, pihak penguat kuasa juga akan menyita semua gula-gula tersebut dalam pasaran.
"Kementerian telah membuat ujian berulang dan mengesahkan gula-gula ini mengandungi 135 ppm melamin dan kandungan yang tinggi ini menjejaskan kesihatan. "Sehubungan itu, larangan juga termasuk kepada aktiviti mengimport gula-gula ini dari China," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Makmal Kesihatan Awam di Sungai Buloh, di sini semalam. Singapura sudah pun mengharamkan gula-gula sejakdipasarkan sejak 1972 lagi atas sebab yang sama.

Kecoh Foto gergasi DS Anwar

Kecoh di media berhubung dengan replika gambar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DS Anwar Ibrahim setinggi 12.2 meter di Batu Caves, Gombak juga telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat yang terkejut dengan tindakan tersebut.
Penduduk di kawasan tersebut yang menjadi penyokong tegar DS Anwar dilihat tidak menentang pembinaan replika itu walaupun telah menelan kos hampir RM5,000 dan mula mula dipasang pada 28 September lalu. Kebanyakan hujah yang dibangkitkan ialah berkaitan dengan soal agama kerana ia seolah-olah mendewakan Anwar. Menurut YDP MPS, Zainal Abidin Azim ADUN Batu Caves, Amirudin Shari telah menyerahkan replika yang dipasang di hadapan Wisma Keringat, Batu Caves bulan lalu telah mendapat kelulusan majlis dan baginya tak ada sebab replika tersebut dijadikan satu isu. Menurut Amirudin replika tersebut adalah inisiatif daripada para aktivis dan reformis serta penduduk Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu tidak mempunyai maksud lain selain untuk ucapan Selamat Hari Raya. Replika tersebut juga bukanlah sebuah patung dan ia akan diturunkan apabila tempoh waktunya. Walaubagaimanapun bagi kita, hal pembinaan replika ini sepatutnya dibincang Pas sebagai ahli komponen PR bagi mendapatkan nasihat dari sudut Agama.

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam komennya yang dipetik dari akhbar MStar, berkata tindakan penyokong Anwar membina replika setinggi 12.2 meter itu seolah-olah mereka terlalu mengagung-agungkannya. "saya tak salahkan Anwar, bukan dia yang pasang gambar itu. Penyokong beliau janganlah bertindak berlebih-lebihan kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam,". Tambah beliau tindakan memasang replika tersebut perlu dihentikan segera kerana bimbang perkara itu akan menjadi satu amalan dalam masyarakat. "Kita tak mahu perkara ini jadi satu amalan dalam masyarakat. Sekarang gambar Anwar, lepas ini mungkin gambar pemimpin lain pula yang akan diagung-agungkan," katanya. Beliau berkata, para penyokong seseorang pemimpin itu boleh memuji mengenai kepimpinan dan juga idealisme pemimpin mereka.
"Kita patut puji sumbangan pemimpin kita, bukan dengan cara memuja mereka," katanya.
Tegasnya umat Islam seharusnya menentang sebarang bentuk pembinaan patung dan mengelakkan sebarang unsur pemujaan.

Berita Harian 2: Sesi Perbicaraan Mahkamah RPK

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini semalam diberitahu artikel yang didakwa berunsur hasutan, ditulis pengendali dan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Raja Kamarudin hanya berdasarkan namanya (Raja Petra) seperti tertera dalam artikel itu. Saksi pertama pendakwaan, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Harme Mohamed, 39, berkata pengesahan hanya dibuat berdasarkan nama Raja Petra yang tertera sebagai penulis artikel yang bertajuk ‘Let's send the Altantuya murderers to hell’ dalam laman web www.malaysia-today.net pada 25 April lalu. Beliau berkata, menerusi dokumen laporan Malaysia Today yang ditunjukkan kepadanya di mahkamah, semalam, nama Raja Petra memang tertera dalam artikel 25 April lalu.


“Laman web Malaysia-Today berada dalam kawalan Raja Petra, dan mengikut dokumen ini namanya tertera sebagai penerbit artikel bertarikh 25 April 2008 itu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Roslan Mat Nor. Sementara itu, ketika disoal balas peguam Raja Petra, J Chandra, beliau bagaimanapun mengakui tiada sebarang bukti lain bagi mengesahkan ia ditulis Raja Petra. Malah, katanya, laporan pemeriksaan disediakan oleh unit forensik komputer SKMM tidak menyatakan bila artikel itu diterbitkan.
Raja Petra yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut hadir ke mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi ditemani isterinya, Marina Lee Abdullah, anak mereka dan kira-kira seratus penyo-kongnya. Menjawab soalan Chandra, Harme tidak menolak kemungkinan orang lain menggunakan nama Raja Petra untuk menerbitkan artikel dalam Malaysia-Today selepas dia ditahan mengikut ISA, 12 September lalu. “Walaupun hanya pemilik blog saja mempunyai nama dan kata laluan untuk memasuki laman itu, namun jika ia dikongsi dengan orang lain, sudah tentu sesiapa saja boleh memasuki laman terbabit untuk menerbitkan sebarang artikel,” katanya. Pada 6 Mei lalu, Raja Petra didakwa di mahkamah kerana menerbitkan artikel berbentuk menghasut bertajuk `Let's send the Altantuya murderers to hell' di laman web www.malaysia.today.net dan dituduh melakukan perbuatan itu di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, 25 April lalu.
Raja Petra turut diwakili Amarjeet Singh, manakala pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya Farhan Read yang akan memanggil tujuh lagi saksi. Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung hari ini.

Petikan berita Berita Harian

Dua negeri sokong uji HIV
KUALA LUMPUR: Kelantan dan Terengganu menyambut baik langkah kerajaan mewajibkan ujian saringan HIV kepada pasangan Islam di negara ini mulai tahun depan, berikutan langkah itu mampu melahirkan generasi baru yang bebas penyakit berisiko, di samping meningkatkan kebahagiaan keluarga. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), Abd Aziz Abd Rahman, berkata Kelantan sudah menguatkuasakan peraturan itu sejak 1 Januari 2006 dan setakat ini sekurang-kurangnya lima bakal pengantin lelaki dikesan positif HIV. Beliau berkata, Kelantan menyokong pelaksanaan syarat mewajibkan semua pasangan Islam yang akan berkahwin di negara ini, menjalani saringan HIV sebelum melangsungkan pernikahan mulai tahun depan kerana ia mampu meningkatkan kerukunan rumah tangga.
“Menerusi ujian ini, bakal pengantin boleh mengetahui status kesihatan diri pasangan masing-masing. “Sejak saringan HIV diwajibkan di Kelantan, kita mengesan antara lima hingga enam bakal pengantin di negeri ini terutama lelaki, positif HIV. “Bakal pengantin yang dikesan menghidap HIV dirujuk kepada pegawai kaunseling Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAHEIK dan turut dimaklumkan kepada pasangan mereka.
“Pasangan berhak membuat keputusan sama ada mahu membatalkan pernikahan yang dirancang atau meneruskannya. “Ibu bapa terutama wali pengantin perempuan juga akan dipanggil untuk kaunseling dan mereka berhak membuat keputusan, sama ada anaknya wajar meneruskan pernikahan atau sebaliknya,” katanya. Beliau mengulas laporan muka depan Berita Harian semalam, ujian saringan HIV terhadap pengantin baru akan dikuatkuasakan secara menyeluruh kepada semua pasangan pengantin Islam. Abd Aziz berkata, jika masih mahu meneruskan perkahwinan, pasangan yang menghidap HIV dinasihatkan lebih berhati-hati dan dirujuk kepada pegawai perubatan bagi mengelak zuriat hasil perkongsian hidup mereka turut terkena jangkitan penyakit itu,” katanya.
Sementara itu, kerajaan Terengganu tidak menghalang bakal pengantin yang menghidap HIV meneruskan perkahwinan, tetapi pasangan dan ahli keluarga mereka perlu dimaklumkan mengenai jangkitan itu bagi memudahkan pengambilan langkah pencegahan. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri itu, Khazan Che Mat, berkata langkah kerajaan mewajibkan bakal pengantin menjalani kursus perkahwinan lebih 10 tahun lalu bertujuan memudahkan ujian saringan HIV dilakukan kepada setiap pasangan. “Kita menyokong peraturan untuk mewajibkan pasangan Islam menjalani ujian HIV sebagai syarat sebelum dibenar melangsungkan pernikahan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Khazan berkata, walaupun perbincangan lanjut membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) belum dilakukan termasuk kaedah akan digunakan untuk memudahkan ujian, kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju agar penguatkuasaan peraturan itu dilaksanakan.