Kawan-kawan setia

Jumaat, 28 November 2008

AlFaatihah

Timbalan Menteri Pelajaran meninggal
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. Difahamkan Razali, 59, yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu rebah ketika bermain badminton di institut itu. Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang

Rabu, 26 November 2008

Ahad, 23 November 2008

Kenapa GAPENA baru nak garang?


Tajuk paparan media hari ini "Kerajaan P. Pinang angkuh, tidak bertanggungjawab" menunjukkan betapa garangnya GAPENA bila Bahasa melayu dipinggirkan. Syabas diucapkan, cumanya tak kan dengan kerajaan Pulau Pinang sahaja nak tunjuk GAPENA garang bila menyentuh kedaulatan Bahasa Melayu. Setahu saya sudah sekian lama Bahasa Melayu dipinggirkan, bahkan badan yang memperjuangkan Bahasa Melayu pun turut dipinggirkan iaitu DBP. Kewujudan DBP seolah melukut ditepi gantang, hanya tinggal simbol sahaja. Kedaulatan Bahasa Melayu sudah lama dipinggirkan oleh UMNO bahkan nama UMNO sendiri bukan Bahasa Melayu tetapi bahasa penjajah, sama seperti MCA, MIC bahkan DAP juga mengambil bahasa penjajah sebagai nama parti, tapi tak apalah DAP, MCA dan MIC bukan parti Melayu. Berbalik kepada kegarangan GAPENA kita tidak pasti atas sebab politik atau memang GAPENA ikhlas memprjuangkan nasib Bahasa maelayu. Jika GAPENA ikhlas memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu sila bagi maran juga kepada semua kerajaan dalam Malaysia ini termasuk kerajaan Persekutuan supaya kembalikan kedaulatan Bahasa Malaysia. Termasuk juga agensi kerajaan, swasta, stesyen radio, stesyen TV, guaman dan semuanya.
Gesaan GAPENA supaya rakyat Pulau Pinang bertindak tegas membantah langkah kerajaan negeri itu yang berdegil dan mahu meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam bahasa lain selain bahasa Melayu hendaklah dilihat dari berbagai sudut. Ketua II Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar berkata, sudah tiba masanya rakyat di negeri itu bersatu serta menunjukkan ‘kejantanan’ sebenar dalam isu tersebut. ‘‘Tindakan kerajaan Pulau Pinang disifatkan degil dan tanggungjawab kini terletak di tangan rakyat negeri itu sendiri untuk menentangnya. ‘‘Kedaulatan bahasa Melayu seharusnya sentiasa diangkat dan pertukaran kepada bahasa lain pada papan tanda sebenarnya tidak membawa maksud apa- apa,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam satu bahasa lain di samping bahasa Melayu bagi mempromosikan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia.
KM sebelum itu sudah menjelaskan bahawa nama jalan itu akan ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan jawi, manakala dalam bahasa Melayu tetap dikekalkan sebagai menghormati ia sebagai bahasa kebangsaan. Berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.
Sementara itu, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menyebut bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi kecuali bagi perkara yang tertakluk kepada perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan..

Sabtu, 22 November 2008

TV3 terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan PAS Kedah

TV3 berita jam 8 malam ini (Sabtu 22 November 2008) terus menerus menyiarkan berita fitnah terhadap Kedah tanpa rasa sesal atas berita tidak tepat sebelum ini bahkan kali ini TV3 menambahkan lagi komen tak berasas bekas PM yang tidak mengetahui hakikat sebenar kejadian dan mengulas berdasarkan berita yang terdapat dalam media yang memang tak tepat dan bertujuan jahat. Sikap tidak profesional TV3 yang berterusan sepatutnya diajar cukup-cukup oleh rakyat yang mementingkan keadilan dan ketelusan. Kita masih merasa kesan terbitan TV3 dalam melodi yang meresahkan semua pihak samada yang kena terjah atau yang menonton betapa maruah peribadi sesorang rakyat yang sepatutnya dilindungi sudah dijadikan bahan mendapatkan rating TV dan mendapat keuntungan. TV3 dengan program JOM HEBOHnya walaupun dikritik hebat oleh para ulamak temasuk mufti, dengan degilnya terus menerus mengadakan JOM HEBOH sehingga ke hari ini. Jadi apa bahasa yang patut dikatakan terhadap sikap TV3, mungkin PR kena percepatkan pengambilan kuasa seterusnya tamatkan saja lesen TV3. Buat masa ini bagi mereka yang cintakan keadilan boleh buat, pulaukan TV3 sehingga para penerbit di TV3 faham kita bukan anti TV3 tetapi pengisian kandungan TV3 banyak menyakiti rakyat Malaysia yang bukan saliran dengannya.

su ladang babi: RTM,TV3 berniat jahat terhadap Kedah

Mohd Khalil Abdullah Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Media pro Umno-Barisan Nasional (BN) sekali lagi cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS,KeADILan dan DAP.
Jika sebelum ini, media cetak memainkan peranan dengan menjadi agen penyebar dakyah dan permainan licik politik BN,kini media elektronik menjadi senjata apabila RTM dan TV3 cuba memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini mendedahkan bagaimana kerajaan Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat jahat.
Menurutnya, siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008 mendedahkan tembelang sebenar kedua-dua stesen televisyen tersebut apabila menyiarkan berita yang jauh terpesong dan berniat jahat.
"Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakal membuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.
"Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu pembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009),"jelasnya.
Tambahnya,siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.
"Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.
"Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu melalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman,"katanya lagi.
Helmi juga mendedahkan,sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusan Kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.
"Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesen televisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 November melalui slot Buletin Utama.
"Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besar juga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4 Disember 2007 itu dan setelah mendapat nasihat daripada pihak Vertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bila ladang berpusat itu akan dibina,"jelasnya lagi.
Beliau juga menambah, bahawa Ustaz Azizan juga menyatakan pembinaan ladang ternakan itu adalah untuk kebaikan semua pihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah seperti pencemaran, bau busuk dan seumpamanya.
Menurut Ustaz Azizan,kata Helmi, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladang ayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahan rakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.
Oleh itu katanya, dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satu tempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkin atau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.
"Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedah lebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahan jika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah dan memusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.
"Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipun jauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yang luas, jika andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa berita berkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebih membela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan dan ditempatkan di kawasan yang terpencil,"tegasnya.
Pimpinan Pakatan Rakyat kecam media pro Umno-BN
Sementara itu, baru-baru ini pemimpin Pakatan Rakyat, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sepakat mengecam konspirasi media pro Umno-BN yang sedang bertungkus lumus untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah, adu-domba dan memainkan isu-isu sensitif bagi mengelirukan rakyat.
Selain untuk mencetuskan kemarahan rakyat, tindakan media pro Umno-BN itu juga bertujuan untuk menjatuhkan reputasi lima kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin.
Perkara ini didedahkan oleh ketiga-tiga mereka pada 'Majlis Makan Malam dan Bengkel Mini Pakatan Rakyat' yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang dekat sini baru-baru ini.
Presiden PAS dalam penegasannya bimbang peranan yang dimainkan oleh media arus perdana boleh mengancam kestabilan dan kemuafakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung dengan segera.
Kata beliau, peri pentingnya media telah dibuktikan oleh MCA dengan mengambil alih dua buah akhbar utama berbahasa Cina, Nyangyang Siang Pau dan Sin Chew Daily selepas pilihan raya kecil Lunas bagi menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap pembangkang.
Sementara itu, Ketua Umum KeADILan menyifatkan media arus perdana bertindak 'kasar' dengan melaporkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama seperti yang berlaku ke atas exco kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu serta editor Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin.
"Media sekarang ini mainkan isu perkauman. Bangkitkan isu agama. Seolah-olah terdapat pergeseran dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan ini amat merbahaya," tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Justeru itu, ketiga-tiga pemimpin mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan laporan-laporan berniat 'jahat' yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang dikuasai Umno-BN. - mks.

Umat Islam dilarang sertai yoga

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
PUTRAJAYA: Umat Islam negara ini diminta tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan.
Arahan itu terkandung dalam fatwa yang diumumkan Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini.
Pengerusi majlis itu, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, Majlis Muzakarah Kebangsaan juga bersetuju dan memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.
Jelasnya, perkara tersebut telah diputuskan oleh Majlis Muzakarah Kebangsaan yang bersidang 22 hingga 24 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan. Tambah beliau, amalan fizikal senaman yoga tanpa unsur-unsur tersebut pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.
Namun demikian beliau menasihati umat Islam agar meninggalkan amalan tersebut kerana dikhuatiri akan menghakis akidah mereka.
“Tiga perkara yang boleh menghakis akidah umat Islam adalah kepercayaan di hati, menerusi perkataan dan perbuatan.
“Memandangkan terdapat elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis. Saya nasihatkan mereka tinggalkannya (yoga) dan pilih senaman lain seperti berbasikal,solat, zikir dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.
Tambah beliau, Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan fatwa berhubung isu tersebut.
Jelasnya, pelaksanaan dari dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Kuasa perlaksanaan dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Setelah ia diwartakan barulah kita boleh tahu apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang masih mengamalkannya,” katanya.
Ketika ditanya adakah keputusan majlis fatwa ini akan dipertikaikan oleh masyarakat bukan Islam, Shukor berkata:
“Fatwa ini khusus kepada umat Islam. Masyarakat agama lain masih bebas meneruskan amalan yoga. Kita menghormati agama-agama lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.”
Awal bulan lalu pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Menurut Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.
"Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan Tuhan," katanya.
Yoga adalah amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. (MStar Online)

Rileks sekejap: Zaman kegilaan UMPC







Zaman berubah, selera pengguna pun turut berubah terutama pengguna peralatan berteknologi tinggi seperti handfon, Notebook, TV dan lain-lain. Kalau dulu handfon sekadar keperluan membuat panggilan dan menerima panggilan, sekarang selera pengguna makin bertambah dengan adanya PDA handfon dan lagi terkini PDA Kamera Handfon. Walaupun sudah ada PDA berkamera dan TV tetapi TV handfon belum popular lagi. Yang menakjubkan TV handfon ini kualiti gambarnya fantastik walaupun hanya mempunyai antena sebesar bilah mancis cap cili sedangkan TV kat rumah tu walaupun antena sepanjang 3kaki tapi gambarnya alahai, kejap terang sekejap berbintik-bintik. Saya tidak ingin menulis lanjut tentang handfon, tetapi tentang trend baru notebook yang bersaiz kecil antara 7 inci hingga 10inci yang dipanggi UMPC, settop atau nettop. Kebanyakan set UMPC ini menggunakan processor Intel Atom walaupun ada yang mnggunakan processor AMD dan lain-lain processor tetapi kebanyakan pengguna lebih memilih Intel. Dengan saiz yang kecil tentu sekali kelihatan comel, menarik dan senang di bawa. Walaupun bersaiz kecil namun dari segi performan dan aplikasi tidak berbeza dengan notebook biasa. Saya sendiri menggunakan UMPC Acer One dengan harddisk 120GByte dan 1G memori. Saya puas hati dengan netbook ni, portable dan comel. Pada awalnya saya lebih berminat dengan HP2133 kerana selama saya menggunakan notebook HP ini saya dapati produk HP sangat relaible. Entah macam mana, timbang punya timbang saya memilih Acer Aspire One dan saya berpuas hati dengan performannya. Kekurangan yang terdapat pada UMPC atau nettop hanyalah ketiadaan DVD drive, tetapi boleh menggunakan external DVD. Pada saya DVD drive tak perlu sangat kerana kebanyakan kerja saya, saya muatkan dalam thumbdrive 16Gbyte. Antara jenama popular terkini: Acer Aspire One, ASUS eePC, MSI mini U1000, Dell, HP2133 Twinhead dan lain-lain.

Sedikit tentang spesifikasi UMPC
Operating System: Genuine Windows XP Home Edition
Platform: Intel Atom processor N270 (1.60GHz) Mobile Intel 945GSE
Express Chipset (DDR2 400/533MHz)
Mobile Intel 82801GBM Chipset
System Memory: 1GB RAM DDR2
Display: 8.9" WSVGA high-brightness Acer CrystalBrite TFT LCD 1024x600 pixel resolution* LED backlight* LVDS interface* 262.000 colours supported
Storage: Hard Disk Drive: 120GB
Storage expansion: SD Card ReaderMulti-in-1
card reader: Supporting Secure Digital (SD) Card, MultiMedia Card (MMC), Reduced-Size Multimedia Card (RS-MMC), Memory Stick, Memory Stick Duo, Memory Stick PRO Duo
Audio: High-definition audio support Two built-in stereo speakersMS-Sound compatible Built-in digital microphone
Communication: Integrated Acer Crystal Eye webcam, supporting 0.3 megapixel resolution.WLAN4: Acer InviLink 802.11b/g Wi-Fi CERTIFIED network connection, supporting Acer SignalUp wireless technology.LAN: 10/100 Mbps Fast Ethernet
Dimensions: 249 (W) x 170 (D) x 29 (H) mm
Weight: 0.99 kg
I/O ports: Multi-in-1 card readerSD Card reader for storage expansionThree USB 2.0 portsExternal display (VGA) portHeadphone/speaker/line-out jackMicrophone-in jackEthernet (RJ-45) portDC-in jack for AC adapter

Selamat berangkat ke Tanah suci

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci kepada seorang lagi personaliti hebat Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, semoga beliau dapat memperolehi anugerah haji mabrur. Kita doakan beliau selamat tiba di Tanah Suci dan selamt kembali untuk meneruskan bakti kepada rakyat Malaysia yang tercinta. Aamin

Berita ringkas dari Perak


TITI SERONG: Kerajaan negeri akan sentiasa melihat kesusahan rakyat yang berada di kampung tanpa mengira bangsa sesuai dengan konsep negeri berkebajikan yang diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan bantuan tambahan miskin tegar yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebanyak 8 orang untuk kaum Tionghua di Kuala Bagan Tiang di sini hari ini.
Drs. Khalil sedang memberikan ucapan ringkas. Hadir sama dalam majlis ringkas tersebut ialah Ketua Kampung, Hj. Bakhtiar dan beberapa pemimpin Kaum Tionghua setempat.
ADUN Titi Serong juga menerangkan beberapa dasar untuk membantu rakyat termiskin yang diluluskan dalam Sidang DUN yang lepas, antaranya beliau menjelaskan pada tahun hadapan kerajaan negeri akan memberikan sumbangan kepada keluarga simati sebanyak RM 1000 dikalangan warga tua 65 tahun ke atas dengan Takaful Kifalah yang diperkenalkan.

dari Michael kepada Mikael

LOS ANGELES - Raja pop, Michael Jackson memeluk agama Islam dalam satu majlis di rumah seorang rakannya di Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar melaporkan penyanyi berusia setengah abad yang sebelum ini menganuti mazhab Kristian Jehovah's Witness itu menukar namanya kepada Mikaeel.
Michael yang digelar Jacko kerana perangainya yang pelik duduk di atas lantai berdepan dengan seorang imam dalam majlis tersebut.
Penyanyi yang merupakan antara terhebat sepanjang zaman itu memeluk Islam beberapa hari sebelum dia dijadualkan menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi London.
Penyanyi di mana album lebih 750 juta unit terjual di seluruh dunia itu disaman oleh putera kedua Raja Bahrain kerana gagal menghasilkan album selepas menerima wang pendahuluan miliknya.
Satu sumber memberitahu bahawa majlis itu berlangsung pada minggu ini sewaktu Michael merakamkan album terbarunya di rumah seorang pemain keyboard yang menggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro.
Bintang yang memiliki banyak lagu popular termasuk The Way You Make Me Feel itu dilihat agak muram sebelum dua rakannya yang telah memeluk Islam memberikannya nasihat.
Pencipta lagu dari Kanada Michael, David Wharnsby dan penerbit album, Phillip Bubal, dilihat berada bersama-sama Michael sepanjang majlis itu berlangsung.
"Mereka mula menerangkan kepada Michael mengenai Islam dan bagaimana kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik selepas memeluknya. Michael lebih tenteram selepas itu," kata sumber berkenaan.
"Seorang iman dipanggil dan Michael kemudian melafaz dua kalimah syahadah," tambahnya.
Kata sumber berkenaan, Michael memilih untuk menggunakan nama Mikaeel iaitu salah satu malaikat dalam Islam dan menolak satu lagi nama yang diberikan kepadanya iaitu Mustafa yang bermaksud orang yang terpilih.
Turut berada dalam majlis untuk bersama-sama meraikan detik bersejarah saudara baru itu ialah penyanyi Yusuf Islam, 60 yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens.
Pada tahun lalu, seorang abang Michael, Jermaine Friday berkata, penyanyi itu menunjukkan minat untuk mendalami Islam sejak dia memeluk ajarannya pada tahun 1989.
"Sekembalinya saya dari Mekah saya memberikan sejumlah buku mengenai Islam dan dia bertanyakan banyak soalan mengenai ajaran tersebut dan saya memberitahunya ia sesuatu yang indah dan mententeramkan," jelas Friday.
"Michael membaca semua buku yang saya berikan dan dia berbangga kerana saya menemui sesuatu yang memberikan ketenangan dan kekuatan diri," tambahnya.
Friday memberitahu, berdasarkan minat mendalam yang ditunjukkan oleh saudaranya itu dia percaya bahawa Michael akan memeluk Islam pada suatu hari nanti.
"Banyak yang boleh dia (Michael) lakukan bagi memperbaiki diri seperti yang saya lakukan," ujarnya.
Pada Isnin depan, Michael dijadualkan memberi keterangan di sebuah mahkamah di London berhubung tuntutan ganti rugi sebanyak AS$7 juta (RM25.3 juta) oleh Sheikh Abdullah bin Hamad Al Khalifa iaitu putera kedua Raja Bahrain.
Beliau mendakwa memberikan sejumlah wang itu sejak tahun 2005 sebagai bayaran pendahuluan menghasilkan album untuk sebuah syarikat rakaman miliknya.
Menurut Sheikh Abdullah, beliau turut memberikan sebuah kereta mewah baru jenama Rolls Royce berharga AS$120,000 (RM434,727) untuk kegunaan Michael.
Putera berkenaan dan Michael menjalin persahabatan ketika penyanyi itu tinggal di Bahrain selepas dia dibebaskan daripada tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia 13 tahun pada 2005.
Michael mengalami masalah kewangan sejak dia ditahan pada tahun 2003 dan baru-baru ini dia menukar hak milik Neverland Ranch kepada sebuah firma hartanah kerana gagal melunaskan bayaran bulanan.
- Agensi

Penting: Sila ambil perhatian


Pasang tali pinggang percuma di Perodua mulai 15 Disember
PUTRAJAYA - Orang ramai boleh memasang tali pinggang bagi penumpang belakang yang melibatkan model kereta seperti Kancil, Kelisa, Kenari, Kembara dan Rusa secara percuma di cawangan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Perodua) mulai 15 Disember ini.
Timbalan Pengarah Urusan Bahagian Perancangan Korporat Perodua, Abidullah Mohd. Omar berkata, perkhidmatan itu disediakan di 43 buah cawangannya seluruh negara.
"Buat masa ini hanya cawangan Perodua sahaja yang melakukan pemasangan tersebut dan ia belum lagi diperluaskan kepada wakil pengedar.
"Pemasangan itu mengambil masa di antara 30 hingga 90 minit dan saya minta agar temu janji dibuat dulu dengan menghubungi cawangan yang terlibat untuk elakkan berebut dan lewat," katanya pada sidang media bersama JKJR di sini semalam.
Sementara itu, Pengarah Urusan Bahagian Kualiti Kumpulan Proton, Azmi Idris berkata, perkhidmatan memasang tali pinggang keledar bagi penumpang belakang secara percuma bagi kereta Proton adalah bagi model dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 pada 13 November lalu.
Kemudahan itu ditawarkan kepada 225,930 buah kereta yang mana ia tidak dipasang tali pinggang keledar bagi penumpang di tengah-tengah tempat duduk belakang kereta berkenaan yang melibatkan 144,000 buah model Proton Saga dan 81,930 buah lagi adalah model Gen2.
Bagi tujuan itu, pengguna boleh menghubungi pusat servis Proton yang berdekatan atau menghubungi Proton.icare di talian bebas tol 1300-880-888 atau melalui laman web, www.protonedar.com.my.

Penulis blog Kickdefella disambung jaminan polis kali kedua

Petikan MStar Online, laporan oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang ditahan mengikut Akta Hasutan, disambung sebulan lagi jaminan polis terhadapnya hingga penghujung tahun ini. Beliau sebelum ini pernah membuat cadangan di laman blognya supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.
Lanjutan jaminan polis itu adalah yang kedua selepas beliau dibebaskan pada 20 September lalu.
Syed Azidi, 38, dimaklumkan mengenai perkara tersebut setelah hadir di Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi bagi mendapatkan perkembangan terbaru tindakan polis terhadapnya.
"Saya hadir hari ini bagi mendapatkan perkembangan mengenai kes saya, bagaimanapun pegawai penyiasat yang menguruskan kes saya sebelum ini telah ditukarkan.
"Jadi tadi pegawai penyiasat DSP Mahfuz Abdul Majid memaklumkan bahawa jaminan terhadap saya disambung sebulan lagi," katanya ketika menghubungi mStar Online.
Beliau perlu hadir melapor diri pada 21 Disember depan.
Syed Azidi yang hadir bersama keluarga bagaimanapun yakin bahawa tiada kes kes terhadapnya berikutan perkembangan semasa. "Ini kali kedua lanjutan jaminan polis, jadi saya rasakan bahawa sebenarnya tiada kes untuk mereka ambil tindakan terhadap saya.
'Mungkin sekadar nak selamatkan orang-orang tertentu," katanya. Pada 17 Oktober lalu, beliau hadir di jabatan yang sama namun dimaklumkan bahawa jaminan polis disambung sehingga 21 November (hari ini). Syed Azidi ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bharu, Kelantan pada 17 September lalu. Beliau telah ditahan reman empat hari tiga malam di Bukit Aman

Tiada permit ceramah Pas Ahad ini

Saya tak faham ungkapan-ungkapan ini: Polis tidak membenarkan ceramah kerana tiada permit, polis tidak memberi permit kerana mengganggu orang awam. Yang mana satu betul ni?, minta permit tak bagi, tiada permit diharamkan program. Bagi saya Polis bagi saja permit, soal lalu lintas masaalah kecil. Polis boleh bantu mengawal lalulintas bersama Unit Amal, tiada masaalah. Polis kan penjawat awam, digaji dari cukai terhadap rakyat, kena buat kerja untuk rakyat. Lagipun piagam yang pasukan Polis gemgam ialah ssedia berkhidmat. Sementelah lagi kalau program BN boleh je, dimana saja, kenapa bila program bukan BN susah sangat nak berikan kerjasama. Tengok kat Ampang Jaya ni, Polis menolak permohonan Pemuda Pas bagi mendapatkan permit untuk mengadakan ceramah umum di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahad ini kerana ia diadakan di tempat terbuka. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata ceramah terbuka 'Mansuhkan ISA' itu boleh mengganggu ketenteraman awam dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar. Katanya permohonan bagi mengadakan ceramah umum itu dibuat oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pandan, Nik Mohd Rasyid Nik Mohd Yusoff pada 17 November lalu.
“Kita telah berjumpa dan berbincang dengan penganjur pada pukul 10 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan telah menasihatkan mereka supaya ceramah tersebut diadakan di dewan-dewan tertutup MPAJ yang ada. “Setelah kita kaji dan teliti permohonan tersebut dan juga aduan-aduan yang kita terima daripada orang ramai berhubung ceramah yang akan diadakan itu, kita mengambil keputusan untuk tidak meluluskan permohonan permit itu,” katanya. Abd Jalil turut menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri ceramah di padang tersebut kerana tiada permit dikeluarkan dan akan menyalahi undang-undang.
“Jika ceramah itu akan terus diadakan di kawasan itu dan orang ramai terbabit dalam ceramah itu, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka". Jadi nak buat macam mana, kita kena hormati pihak Polis, mungkin masih belum terbuka hati membantu kita, InsyaAllah disuatu masa nanti Polis akan lebih berlembut dan sedia berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang politik. Kita pun rakyat Malaysia juga yang saban tahun membayar segala cukai yang diwajibkan kerajaan.

Jumaat, 21 November 2008

TV3 dan Melodinya

Heboh seantero dunia hiburan di Malaysia kisah terjah PROGRAM melodi yang telah menimbulkan suasana tidak aman beberapa individu. Asalnya program Melodi di adakan bagi menghidangkan perihal dunia seni dalam negara, telah menjadi medan laga dan fitnah terhadap individu tertentu. Tidak hairanlah Melodi baru-baru ini menerima pukulan hebat yang boleh menjejas kredibiliti yang dibina sejak sekian lama dengan laporan tidak profesional terhadap majlis perkahwinan ekslusif dua artis berlainan negara Asraf dan Bunga. Semua ini berpunca dalam satu insiden menunjukkan wartawan Melodi yang dikatakan cuba memanipulasi cerita sebenar di sebalik majlis persandingan pasangan tersebut hujung minggu lalu. ekoran program tersebut hampir seluruh media terkemuka dalam negara membidas Melodi kerana dianggap menghidangkan fakta yang kurang tepat mengenai insiden berkenaan. Ini menyebabkan pengurusan Ashraf, Beyond DDB bangkit mempertahankan maruah mereka yang dikatakan tercemar ekoran pendedahan berkenaan. Memetik ulasan wartawan Kosmo, sebenarnya isu Melodi tersalah fakta seperti ini tidak seharusnya berlaku apatah lagi jika kita melihat kepada kematangan rancangan yang disukai ramai itu. Melewati usia lebih satu dekad, Melodi tidak lagi memerlukan berita-berita sensasi yang 'murahan' sekadar untuk menaikkan rating penonton. Mengikut laporan dalam Kosmo, yang menemubual beberapa artis yang mengaku pernah terkena terjah Melodi seperti anggota KRU, Norman pernah berdepan dalam situasi ini yang disifatkan tidak adil sama sekali kepada dirinya. Menurutnya oleh kerana penggunaan teknik visual yang dilakukan, masyarakat mula membuat kesimpulan awal bahawa dia dan seorang penyanyi terkenal pernah bersengketa dalam salah satu episod Melodi tahun lalu. Gambaran mengelirukan yang diselit itu secara tidak langsung dilihat sebagai bukti beliau memang ada perselisihan faham tersebut. Begitu juga dengan penyanyi dan pelakon SPAQ Ifa Raziah, dia pernah mengalami saat 'dimanipulasi' kira-kira dua atau tiga kali dengan Melodi. Bagaimanapun beliau akui Melodi banyak berjasa meskipun adakalanya juga mengaibkan dengan cerita tertentu. Benda ini ibarat diluah mati bapa, ditelan mati emak. Penyanyi Noryn Aziz juga mendakwa pernah menerima tempias soalan provokatif Melodi, hanya mengambil pendekatan memberikan ulasan secara tenang, tanpa perlu melatah kerana kadang-kadang, perkara yang ingin ditanya biasa-biasa saja, namun ia boleh menjadi isu besar lebih-lebih lagi apabila diaju soalan dalam nada yang berlainan. Apa-apapun kembalilah kepada tuntutan agama supaya keharmonian dapat dijaga sepanjang masa. Ingatlah dosa memfitnah dan melaga-laga sesama manusia adalah terlalu besar bahkan jika menutup aib orang lain lebih utama dan digalakkan oleh agama. Fikir-fikirkan lah wahai TV3 dan Melodi kembali ke pangkal jalan

Ayah Pin turun ke dunia setiap hujung minggu?

Pengikut kerjaan langit percaya lehiilangan ketua ajaran sesat ayah pin bukan hilang tetapi naik ke langit bertakhta di atas langit. Setelah media heboh tentang kelibat ayahpin di Besut, mungkin ayah Pin sesekali turun melawat keluarganya menghilangkan rindu. Penduduk yang mendiami sekitar perkampungan ajaran sesat ayah pin di Hulu Besut mendakwa sering kali melihat Ayah Pin muncul di kawasan tersebut pada setiap hari Ahad, setiap hujung minggu untuk bertemu dengan ahli keluarganya . Rutin itu dipercayai telah bermula sebelum media dapat menghidu kehadiran semula ayah pin di kawasan tersebut baru-baru- baru ini.
Walaubagaimanapu beliau sukar ditemui orang ramai kerana dia pulang secara senyap-senyap dan mengelak dari muncul di kalangan orang ramai. Yang menjadi kehairanan rakyat Malaysia ialah sikap JHEAT yang seakan mengelak dari memburu pesalah syariah ini hinggakan KPN pun menyatakan pihak polis masih tertunggu-tunggu arahan Jabatan itu untuk menangkap ayahpin. Begitu juga pemimpin tertinggi kerajaan negeri iaitu MB Terengganu turut hairan dengan sikap JHEAT ini menyebabkan sekali lagi beliau mengarahkan supaya ayahpin ditangkap dan hadapkan ke mahkamah. Wallahu A'lam, tengoklah apa jawapan JHEAT.

Waspada Virus dan cecacing menjelang yahun baru


Virus serang 500,000 komputer
LONDON: Pengguna internet di seluruh dunia diingatkan berwaspada berikutan ancaman serangan 'kemuncak' virus secara besar-besaran pada Isnin depan yang turut disifatkan hari paling buruk bagi serangan virus seumpamanya. Akhbar The Guardian melaporkan semalam, amaran oleh pakar keselamatan komputer itu dibuat berdasarkan analisis maklumat mengenai virus dan cecacing internet merangkumi lebih 500,000 komputer di seluruh dunia. Selain amaran peningkatan ancaman dan serangan virus pada November dan Disember, pakar keselamatan komputer juga mengingatkan ancaman lain.
Ini disebabkan pengiklan dan penyangak sudah cuba menggunakan populariti bakal Presiden Amerika, Barack Obama sebagai muslihat memperdaya pengguna memuat turun virus. Berikutan itu, pakar keselamatan daripada syarikat PC Tools menyifatkan tarikh 24 November sebagai berkemungkinan menjadi hari kemuncak serangan dan kemuncak kegiatan virus bagi 2008. Data 2007 menunjukkan kemuncak serangan virus, cecacing dan ancaman lain berlaku tiga hari sebelum cuti umum 'Thanksgiving' Amerika Syarikat, yang meramalkan keadaan sama mungkin berulang tahun ini.
Syarikat itu mendakwa peningkatan kegiatan virus itu juga berkemungkinan disebabkan meledaknya kegiatan beli-belah menerusi internet menjelang Krismas. – Agensi

Khamis, 20 November 2008

Sayap baru PAS?


Jika tidak ada sebarang masalah, Muktamar PAS pertengahan tahun depan akan membincangkan pembentukan satu lagi sayap parti Islam itu. Ia akan dikhaskan untuk orang bukan Islam. Demikian kata Dr Mujahid Yusof Rawa selepas pulang dari retreat PAS di Langkawi kepada wartawan Siasah baru-baru ini. Berikut adalah hasil perbincangan Siasah dengan Mujahid.
PAS telah menang sebanyak 23 kerusi Parlimen dalam pilihan raya 2008 lalu. Sebahagian dari kerusi itu adalah hasil sumbangan undi orang bukan Islam terhadap PAS.
Kota Raja, Kuala Selangor, Titiwangsa, Pokok Sena, Parit Buntar dan beberapa kawasan Parlimen lagi adalah antara sumbangan mereka kepada PAS.
Dr Mujahid Yusof Rawa adalah antara pihak terlibat dalam usaha memujuk mereka memberikan undi kepada PAS. Melalui Lajnah Perpaduan Nasional yang dipimpinnya, Kelab Penyokong PAS ditubuhkan.
Menjelang pilihan raya lalu, kelab ini ditubuhkan di mana-mana. Berbondong-bondong orang bukan Islam, semada Cina atau India yang menyertai kelab ini. Bagi mereka, PAS adalah alternatif kepada Umno yang korup dan recist itu.
Namun, Mujahid mengaku, sokongan orang bukan Islam kepada PAS ini sedikit sebanyak terjejas dengan beberapa isu yang berlaku selepas pilihan raya umum. Ia bermula dengan apa yang dinamakan isu muzakarah Umno dengan PAS. Ia pula katanya dibuat atas kepentingan Melayu Islam. Kemudian isu itu berkembang ke PAS akan menyokong pembentukan kerajaan Pakatan di peringkat Pusat jika majoriti anggota Parlimennya adalah Melayu dan Islam.
Terakhir, isu perlantikan Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Penentangan PAS terhadap perlantikan itu dianggap kerana Madam Low adalah Cina.
"Saya sangat berbesar hati kerana ketika menggulung perbincangan tentang kertas yang saya bentangkan ini, Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz berkata, rancangan ini perlu dipercepatkan," cerita Mujahid kepada Siasah.
Mujahid menyatakan perkara ini ketika ditanya apakah respon pimpinan PAS terhadap kertas cadangan beliau agar satu dewan yang dikhaskan untuk orang bukan Islam dibentuk dalam PAS.
Mujahid membentangkan kertas cadangan agar satu Dewan dibentuk untuk membolehkan orang bukan Islam aktif secara rasmi dalam PAS di retreat PAS di Langkawi 7 ke 9 November lepas. Hampir 40 pemimpin PAS yang mengganggotai Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama menyertai retreat itu.
"Mereka ada antara 15,000 ke 20,000 orang yang aktif dalam kelab penyokong PAS ini. Namun sebagai ahli kelab, mereka tidak ada ruang untuk aktif yang jelas dalam parti. Jadi kita cadangkan agar kita tubuh satu sayap baru kepada PAS iaitu satu dewan untuk mereka. Namun, namanya belum kita muktamadkan lagi," kata Mujahid ketika ditemubual di pejabat pembangkang di bangunan Parlimen.
Ketika ditanya, apa respon pemimpin yang lain, Mujahid berkata, hampir kesemua mereka menyokong cadangan beliau itu. Hanya sebahagian kecil menimbulkan beberapa persoalan mengenainya, yang lain menyokong.
"Presiden PAS sendiri menganggap sudah tiba masanya PAS menerima orang bukan Islam ini sebagai ahlinya," cerita Mujahid.
Selepas ini, kata Mujahid, beliau akan menyediakan kertas pelaksanaan kepada cadangan ini. Beliau berharap, menjelang muktamar PAS tahun depan, semuanya sudah siap."Kita harap, dalam muktamar akan datang, para perwakilan dapat membahaskan cadangan ini dan seterusnya meluluskannya.
"Jika diluluskan muktamar, kita akan serahkan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk diluluskan sebelum kita dapat melaksanakannya dan mula membuka pintu kepada orang bukan Islam untuk menjadi ahli parti Islam ini," kata Mujahid.
Mujahid berbangga, jika diluluskan nanti, PAS akan menjadi satu-satunya parti dan gerakan Islam di dunia ini yang mempunyai keahlian bukan Islam.Ketika ditanya, apakah cadangan beliau ini ada kaitan dengan apa yang dibuat oleh Tayyib Erdorgan di Turki dalam memperkasakan Parti AK, Mujahid berkata, tidak bahkan lebih dari itu.
Erdorgan telah melantik beberapa menterinya dari kalangan bukan Islam padahal di Turki penduduk Islamnya adalah 90 peratus berbanding di Malaysia hanya 55 peratus sahaja Islam.
"Jika 90 peratus Islampun boleh lantik orang bukan Islam sebagai calon dan pemimpin, apatah lagi kita di Malaysia," kata Mujahid.
Bagi beliau, sebelum diterima sebagai ahli, mereka perlu memahami PAS dengan mendalam terutama sekali dasar perjuangan PAS iaitu Islam.
Ke mana mereka selepas menjadi ahli dewan ini? Ini menjadi soalan panas yang sudah tentu ingin diketahui oleh ahli baru PAS ini selepas mereka menjadi ahli PAS.
"Pertama, sebagai ahli mereka bebas bergerak dalam PAS tetapi buat permulaan ini dalam sempadan dewan mereka. Mereka juga akan menjadi perwakilan dalam muktamar melalui dewan mereka.
"Mereka juga akan dipilih untuk mewakili PAS dalam pilihan raya umum akan datang. Kita akan pastikan ada di kalangan mereka dapat menjadi calon PAS untuk kawasan-kawasan tertentu. Kita harap ia akan berlaku mulai pilihan raya ke 13 nanti," beritahu Mujahid.
Di samping itu, katanya, beliau akan mencadangkan agar anggota dewan ini akan dilantik sebagai senator, anggota majlis kerajaan tempatan dan sebagainya.
"Dengan cara ini, mereka akan terasa mereka bukan dipergunakan oleh PAS tetapi menjadi sebahagian dari kita," kata beliau.
Ketika ditanya, oleh kerana naturenya mereka bukan anggota penuh PAS dan ada kecenderungan pihak-pihak tertentu untuk menyifatkan mereka sebagai ahli kelas dua dalam PAS, Mujahid menjelaskannya:-
"PAS ini sudah 50 tahun bergerak dan tidak ada orang bukan Islam menjadi ahlinya. Jika kita buka pintu untuk mereka menjadi ahli, ini satu perkembangan baik untuk PAS. Sudah tentu selepas ini, ia akan berkembang sesuai dengan perkembangan semasa. Kita tidak tahu ia berkembang ke mana. Jadi saya tidak fikir soal ahli kelas dua ini berbangkit," kata Mujahid.
Mujahid yakin, dengan masuknya orang bukan Islam ke dalam PAS ini akan melahirkan satu suasana perhubungan yang baru dalam masyarakat negara ini khasnya dalam PAS sendiri.Hubungan antara kaum tidak akan menjadi entnocentrik lagi tetapi akan menjadi multicentrik.
Apabila ini berlaku, tidak akan berlaku lagi soal perkauman dan racist di kalangan masyarakat dan perpaduan yang sebeginilah yang hendak dicapai, kata beliau.

Program DUN Bangi akan datang




Diskaun tol biar menyeluruh

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL(WARTAWAN UTUSAN)
TANPA boleh menafikan, tawaran diskaun kadar tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite seperti yang diumumkan semalam merupakan satu kelegaan yang cukup besar kepada pengguna jalan raya.
Malah langkah syarikat PLUS Expressway Berhad itu diharapkan turut disusuli oleh syarikat pengendali lebuh raya lain terutamanya yang beroperasi bagi perjalanan dalam bandar di sekitar Lembah Klang.
Bagaimanapun dalam meneliti tawaran diskaun itu, dapat diperhatikan ia sebenarnya tidak lebih daripada strategi dari perspektif ekonomi bertujuan mendapat lebih keuntungan daripada peningkatan kadar trafik di lebuh raya.
Ini kerana penawaran diskaun itu secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai pemandu menggunakan lebuh raya berbanding jalan negeri terutamanya bagi perjalanan jarak jauh kerana penurunan kadar tol yang agak tinggi.
Meskipun diskaun kadar tol itu ditawarkan pada waktu perjalanan yang agak janggal dan sangat jarang dilakukan iaitu pada tengah malam sehingga awal pagi, namun ia masih merupakan satu penjimatan yang sangat besar kepada pengguna jalan raya.
Mengambil contoh penjimatan sebanyak RM2.70 perjalanan dari Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Ipoh Selatan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan misalnya, ia sekurang-kurangnya mampu mengurangkan beban kos perjalanan dalam situasi ketika ini.
Namun dalam menawarkan diskaun kadar tol itu, ia tidak seharusnya dilihat dari perspektif ekonomi semata-mata, sebaliknya sumbangan syarikat dengan keuntungan jutaan ringgit itu kepada masyarakat dari sudut khidmat sosial.
Sebagai pengguna yang tidak mempunyai banyak pilihan untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi melainkan menggunakan lebuh raya, syarikat pengendali seharusnya memperluaskan tawaran diskaun kadar tol itu kepada seluruh pengguna jalan raya.
Antaranya seperti yang dijelaskan oleh Ketua Program Pengurusan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor, ialah dengan memberikan diskaun kepada pengguna pada waktu puncak atau perdana iaitu ketika lebuh raya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna.
Ia termasuk memberikan diskaun kadar tol pada hari-hari tertentu dalam seminggu atau sebulan pada waktu perjalanan padat seperti sebelum dan selepas waktu pejabat.
''Pemberian diskaun ini secara tidak langsung dapat dinikmati oleh semua pengguna lebuh raya berbanding hanya segelintir pemandu seperti tawaran diskaun yang diumumkan," katanya.
Dalam menyambut baik diskaun kadar tol lebuh raya itu juga, ia bagaimanapun tidak dapat mengelak daripada kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya terutamanya kadar kemalangan yang sudah sedia tinggi di negara ini.
Umum mengetahui 80 peratus daripada punca kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu termasuk memandu dalam keadaan letih dan mengantuk kerana rehat yang tidak mencukupi.
Malah, kesilapan mengatur jadual perjalanan juga iaitu pada sebelah malam yang kebiasaannya digunakan untuk tidur turut meningkatkan risiko terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Risiko kemalangan jalan raya itu pula dengan mudah dapat dikaitkan dengan tambahan 10 peratus lagi kadar diskaun tol yang diberikan bagi pemanduan bermula tengah malam sehingga awal pagi pada musim perayaan.
Memilih
Tambahan diskaun itu boleh mendorong pengguna jalan raya memilih untuk memulakan perjalanan yang panjang pada waktu yang tidak tepat iaitu tengah malam semata-mata untuk mengejar kadar diskaun tol tersebut. Dengan pertambahan kenderaan di lebuh raya pada waktu yang sama, risiko kemalangan akibat mengantuk atau keletihan itu juga menjadi semakin besar.
Dari sudut yang lain, pertambahan bilangan kenderaan yang keluar semata-mata untuk berjimat kadar tol itu juga akan menyebabkan kepadatan trafik yang luar biasa.
Bagi mereka yang pernah terperangkap dalam kesesakan sewaktu cuti perayaan umum seperti Hari Raya Aidilfitri yang baru lalu misalnya, pasti menyedari betapa azabnya perjalanan memandu ketika musim perayaan.
Sebagai contoh perjalanan dari Plaza Tol Duta ke Plaza Tol Ayer Keroh yang kebiasaannya mengambil masa hanya satu jam, mampu mencecah sehingga lebih tiga jam pada kebanyakan waktu ketika musim perayaan. Bayangkan pula bagaimana sesaknya apabila kebanyakan pengguna keluar pada waktu yang sama semata-mata untuk mendapatkan tambahan diskaun tol sebanyak 10 peratus tersebut?
Seharusnya pada musim perayaan yang sudah diketahui bilangan kenderaan akan meningkat berpuluh kali ganda, syarikat pengendali lebuh raya lebih berbesar hati untuk memberikan diskaun kadar tol secara lebih menyeluruh.
Malah, syarikat-syarikat ini sebenarnya masih mampu menjana keuntungan sekiranya diskaun tol itu diberikan sepanjang hari sekali pun kerana hakikat bahawa pengguna jalan raya juga akan bertambah secara mendadak pada musim perayaan.
Justeru adalah wajar sekiranya PLUS Expressway Berhad serta syarikat pengendali lebuh raya lain tampil dengan cadangan penurunan tol yang tidak hanya bersandarkan kepada perspektif ekonomi semata-mata, sebaliknya lebih utama mendahulukan keselamatan pengguna jalan raya.
Seperkara yang turut menarik perhatian ialah kesediaan 22 syarikat konsesi lebuh raya kecuali Maju Expressway mendedahkan kepada umum perjanjian konsesi antara kerajaan dengan syarikat pengendali lebuh raya terbabit.
Pendedahan itu berikutan persetujuan Kabinet terhadap memorandum Kementerian Kerja Raya bertajuk Pengelasan Semula Perjanjian Konsesi Lebuh Raya yang Sedang Beroperasi Supaya Dapat Didedahkan Kepada Umum.
Ramai yang sememangnya ternanti-nantikan butiran lengkap perjanjian konsesi itu yang boleh didapati mulai 1 Januari kerana ia antara lain akan menemukan kepada jawapan kewajaran syarikat lebuh raya untuk menaikkan kadar tol bagi selama masa tertentu.
Butiran perjanjian konsesi itu juga bakal menjelaskan mengenai isu-isu yang menjadi perdebatan umum setiap kali ketika kadar tol dinaikkan terutamanya dakwaan bahawa ia berat sebelah dan menguntungkan pemegang konsesi tol.
Paling akhir kadar tol dinaikkan ialah pada 1 Januari 2007 membabitkan lima lebuh raya di sekitar Lembah Klang dengan kenaikan antara 20 peratus hingga 60 peratus atau 30 sen hingga RM1.
Namun timbul persoalan mengenai kewajaran mendeklasifikasikan dokumen perjanjian itu yang boleh dikelaskan sebagai rahsia rasmi kerajaan dan sekiranya butiran itu didedahkan sama sekali, siapa sebenarnya yang mendapat manfaat?
Bagaimanapun bagi Abd. Rahim, keputusan mendedahkan butiran perjanjian itu adalah satu langkah yang tepat dalam memberikan gambaran sebenarnya perjalanan operasi lebuh raya di negara ini kepada seluruh rakyat.
Sebagai pengguna yang membayar tol setiap kali menggunakan lebuh raya katanya, rakyat mempunyai hak untuk meneliti semua aspek mengenainya termasuk operasi syarikat konsesi serta aliran kewangan syarikat terbabit.
Sementelah butiran dokumen perjanjian itu juga tidak membabitkan isu-isu keselamatan negara, maka adalah sangat wajar bagi kerajaan berkongsi maklumat tersebut dalam merungkai kemelut berhubung perjanjian konsesi.

Petronas bayar RM66.6b royalti sejak 1990

KUALA LUMPUR 20 Nov. — Sejumlah RM66.6 bilion royalti minyak dan gas telah dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan dan tiga negeri pengeluar minyak dari tahun kewangan berakhir 31 Mac 1990 hingga tahun kewangan berakhir 31 Mac tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri S.K. Devamany berkata daripada jumlah itu, sejumlah RM33.3 bilion telah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, RM11.9 bilion kepada Sarawak, RM 3.4 bilion kepada Sabah dan RM18.0 bilion kepada Terengganu.
“Bagaimanapun sejak Ogos 2000, Petronas telah membayar royalti kerajaan negeri Terengganu kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan,” katanya menjawab soalan Datuk Richard Riot Jaem (BN-Serian) pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Riot meminta kementerian menyatakan jumlah royalti minyak yang telah diberikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak sejak 1990 hingga sekarang.
Dalam perkembangan lain, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata keperluan Permit Import (AP) bagi aktiviti mengimport simen dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak sudah dimansuhkan selepas 5 Jun tahun ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) yang meminta kementerian menyatakan halangan dari segi undang-undang yang melarang pengimportan simen dari Semenanjung ke Sarawak dan sebab larangan itu dikenakan.
— BERNAMA

Ahad, 16 November 2008

Bila sudah ajal tiba

Media melaporkan sdeorang pekerja zoo rakyat Malaysia, Nordin Montong, 32, dari Sarawak maut dibaham harimau putih (Harimau Benggal) di zoo Singapura, telah bersikap aneh, menjerit serta mengacah sekumpulan harimau terbabit dengan sebatang penyapu sebelum kejadian serangan itu. Pekerja lain yang bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan beliau walaupun berjaya mengawal dua ekor harimau itu, tetapi seekor lagi terus menyerang mangsa hingga membawa kepada cedera parah. Nordin dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecedera an di bahagian kepala dan leher.

Apa terjadi dengan TRANUNGKITE?


Hari ini saya terkejut bila melayari Tranungkite.net kerana bahasa-bahasa lucah membanjiri forum yang sepatutnya medan mengasah minda pelayar. Apa terjadi?, mungkinkah moderator sudah letih melawan provokasi golongan otak kuning yang didalangi parti tertentu yang sedang karam?. Tranungkite begitu popular bagi peminat politik yang sepatutnya menjaga standard atau piawaian politik Islam. Golongan otak kuning dan tak mesra budaya dan berjiwa Islam sepatutnya dinyahkan dari berforum di tranungkite apalagi tranungkita ditunjangi oleh sayap sebuah parti politik yang berhemah tinggi.

PAS komited terhadap perpaduan kaum


PAS mengikuti perkembangan mutakhir dalam isu dan persoalan yang membabitkan kepentingan Perpaduan Nasional.
Perkembangan terkini menggambarkan ketidakpuasan hati kaum lain melalui kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan parti-pari politik samada dari komponen BN ataupun dari Pakatan Rakyat.
Isu kenyataan tentang pertikaian fakta sejarah, tuntutan kuaota 30% pemilikan korporat untuk bumiputera dan perlantikan Pengurus Besar PKNS bukan dari orang Melayu.
Begitu juga sebaliknya kenyataan yang menyinggung masyarakat bukan Melyu telah menimbulkan berbagai perspektif yang boleh menggugat perpaduan sekaligus kestabilan politik negara.
PAS menyeru supaya semua pihak mengawal emosi masing-masing dan melihat perspektif yang lebih besar dari kepentingan politik perkauman. Sepatutnya konsensus terhadap Kontrak Sosial, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara menjadi penghayatan yang perlu ditajdidkan maknanya untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.
Oleh itu Lujnah Perpaduan Nasional ingin mencadangkan kepada semua pihak langkah berikut;
1. Kita harus mengecam diri kita sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat dan mempunyai susurgalur budaya dan sejarahnya yang tersendiri. Pengecaman kepada kaum dan identiti budaya masing-masing hanya akan meningkatkan lagi ketaksuban dan sentiment perkauman.
2. Hindari syak wasangka dan mentaliti ethno-centric yang sentiasa mengundang konflik sosial samada secara sembunyi atau nampak yang melihat kaum lain dengan kacamata kebencian dan permusuhan.
3. Hayati kontrak sosial sebagai satu toleransi yang asasnya meletakkan Raja Melayu, Agama Islam dan orang Melayu sebagai asas kepada terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia. Dengan pemahaman ini masing-masing akan lebih peka dalam menyampaikan apa sahaja pandangannya yang membina untuk negara.
4. Perlembagaan Persekutuan adalah semangat yang memandu apa sahaja transformasi politik hari ini supaya tidak tersasar niat dan semangat patriotik kita sebagai warganegara yang bertangungjawab kepada negaranya.
5. Pembentukan negara kita mestilah dengan acuan kita, pandangan dan pendapat dari luar tidak boleh diciplak secara totok tanpa kesesuaian dengan proses yang unik yang dilalui oleh negara kita.
6. Penghormatan kepada Islam sebagai agama resmi persekutuan negara hari ini seharusnya menjadi nilai paling supreme kepada seluruh warganegara Malaysia dengan tidak menyekat kebebasan menganut agama lain.
Lujnah Perpaduan Nasional yakin dengan langkah ini, keruncingan dari masalah perkauman hari ini dapat diselamatkan apatah lagi selama ini negara kita diperintah dengan hegemoni BN yang menyalahgunakan kerangka dan asas negara untuk tujuan kepentingan sempit politik perkauman yang mereka amalkan.Sekian
Dr Mujahid Yusof Rawa
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS
Ahli Parlimen Malaysia.
5/11/08

Ahad, 9 November 2008

3 pengebom Bali jalani hukuman mati ditembak

CILACAP, Indonesia: Tiga pengebom Bali, yang didapati bersalah menyebabkan kematian 202 orang enam tahun lalu, menjalani hukuman mati ditembak tengah malam tadi.
Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan pada pukul 11.30 malam tadi, beberapa kilometer dari penjara dikawal ketat di pulau Nusakambangan island.
Qadar Faisal, salah seorang peguam mereka berkata, jenazah ketiga-tiga mereka telah dibawa dengan helikopter ke kampung mereka untuk tujuan pengebumian hari ini.
Dalam pada itu, laporan Bernamasemalam menyebut sejak Mahkamah Agung Indonesia memutuskan hukuman mati itu akan dilaksanakan pada awal bulan dan tidak akan melepasi 15 November, media massa tempatan baik cetak mahupun elektronik dan TV tidak putus-putus melaporkan pelbagai aspek pelaksanaan hukuman tembak itu.
Berpuluh wartawan tempatan dan asing sudah menunggu sejak beberapa hari lepas di pelabuhan menuju ke pulau itu dan di kampung halaman lelaki yang mereka istilahkan sebagai 'Pengebom Bali' itu.
Semalam keluarga seorang daripada pesalah itu, Amrozi, dilaporkan telah bertolak dari kampungnya di Lamongan, Jawa Timur menuju ke penjara Nusakambangan di Cilacap Jawa Tengah.
Laporan media massa tempatan menyebut mereka yang diiringi dua pegawai pemerintah ialah kedua-dua isteri Amrozi iaitu Choiriyana dan Rochma, juga kedua-dua isteri seorang pesalah lagi, Muklas, iaitu yang dikenali hanya dengan nama Paridah yang berasal Malaysia dan Ana dari Solo, Jawa Tengah.
Seorang anaknya yang masih belajar di sekolah rendah dan dua adik beradik kandung Amrozi juga turut berangkat.
Petanda ke arah dekatnya pelaksanaan hukuman mati itu sudah cukup banyak dilaporkan termasuk persiapan tiga buah helikopter oleh pihak berkuasa untuk membawa jenazah ketigatiga mereka ke kampung halaman masing-masing dan keterangan keluarga Amrozi bahawa mereka dilarang mengkafankan semula jenazah itu.
Di kampung halaman Amrozi pula, pihak keluarganya malah mengeluarkan pas khas yang menurut TV tempatan diberi label "Kafilah Syuhahad" untuk memastikan wartawan yang akan membuat liputan benar-benar wartawan.
Panjangnya waktu yang diambil untuk melaksanakan hukuman mati itu membuat banyak pihak tertanyatanya dan terbaru ialah tokoh terkemuka dari Parti Amanat Nasional, Amien Rais.
Menurut agensi berita Antara, keraguan Amien itu berpunca daripada sikap pemerintah Indonesia yang tidak kunjung tiba memberi kepastian tentang pelaksanaan hukuman mati itu.
"Saya menilai pemerintah ragu-ragu dalam menentukan sikap eksekusi ini.
"Masakan kes yang sudah berlangsung enam tahun dan hukumannya telah jelas dijatuhkan masih juga menjadi misteri, ini dunia yang aneh," katanya, yang menambah bahawa keraguan pemerintah itu membuat masyarakat tertanya-tanya.
Beliau meragui kemampuan Amrozi dan rakan-rakannya membuat bom sebesar yang digunakan di Bali itu dan mendesak pemerintah mencari dalang yang sebenarnya.
Belum dapat dipastikan sehingga malam ini sama ada semua petanda itu menunjukkan hukuman mati ke atas mereka, yang turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa terutama keluarga rakyat asing yang mati dalam tragedi itu, akan dilaksanakan dinihari esok. BERNAMA

Maut kerana NGV

Laporan Berita harian:
MELAKA: Tindakan seorang peniaga mengubah suai sistem gas asli kenderaan (NGV) pada kenderaannya menggunakan tong gas memasak, membawa padah apabila dia maut selepas tangki itu meletup di sebuah stesen minyak di Jalan Datuk Seri Md Zin Abd Ghani, Batu Berendam, dekat sini, malam semalam. Dalam kejadian jam 7.51 malam itu, kaki kiri Muhammad Hailmi Ishak, 25, hancur sehingga serpihan tulangnya tertinggal di dalam kenderaan terbabit dan perutnya terburai. Mangsa yang berasal dari Kampung Parit Yusof Laut, Parit Sulong, Johor, meninggal dunia lima jam selepas dirawat di Hospital Melaka (HM). Abang mangsa, Mohd Rosli Ishak, 30, dan seorang lagi rakan mereka, Razali Md Zin, 31, yang berada di tempat kejadian cedera parah akibat letupan itu.

Saranan JPJ: Pasang tangki NGV di bengkel bertauliah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan pemilik kenderaan supaya mendapatkan khidmat bengkel bertauliah sebelum memasang peralatan tangki gas asli (NGV) pada kenderaan masing-masing. Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, perbuatan terlalu berjimat dengan memasang sendiri peralatan NGV bukan sahaja boleh mengundang bahaya, bahkan menyebabkan kecederaan dan maut. "Jangan hendak jimat belanja dengan mencari pemasang NGV tanpa tauliah. Kita tidak mahu pemilik kenderaan memasang sendiri peralatan NGV kerana ia berbahaya kepada diri dan keselamatan orang lain". Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program JPJ Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah JPJ negeri, Mohd. Kamal Saad.
Tambah beliau, pemilik kenderaan sepatutnya mempunyai kesedaran yang tinggi dan mencari bengkel yang diiktiraf serta memasang peralatan NGV mengikut peraturan.
"Pemasangan tangki NGV ini hendaklah mengikut peraturan ditetapkan dengan mendapatkan perkhidmatan di bengkel berdaftar dan lulus JPJ yang mempunyai sijil pemasangan," kata beliau.
Menurut Solah, pemilik kenderaan yang melanggar pematuhan syarat pemasangan NGV termasuk bengkel yang memasangnya boleh dikenakan tindakan tegas oleh JPJ.
Tegas beliau, JPJ boleh mengenakan tindakan mengikut kaedah kenderaan motor (pembinaan dan kegunaan 1959) di mana pemilik kenderaan yang gagal mengikut undang-undang ditetapkan JPJ boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Pemilik kenderaan yang telah memasang tangki gas NGV perlu membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk memastikan pemasangan mengikut syarat dan piawaian ditetapkan JPJ.
"Ini adalah langkah keselamatan yang perlu diikuti oleh pemilik kenderaan bagi mengelakkan berlakunya letupan pada alat tersebut seperti mana yang berlaku sebelum ini," jelas beliau.
Dalam satu perkembangan, Solah berkata, buat masa ini terdapat 72 buah bengkel berdaftar yang menjalankan perkhidmatan pemasangan peralatan NGV.
"Kita akan menyenaraikan 72 bengkel berdaftar pada minggu hadapan di laman web http://www.jpj.gov.my kerana JPJ kini mempertingkatkan sistem maklumat untuk kemudahan orang ramai berurusan," ujar beliau.

Sheikh Muszaphar nafi kumpul RM1.2 juta

Laporan Utusan malaysia:
''Begitu juga dengan isu bayaran, saya sendiri tidak pernah menetapkan sebarang bayaran dan tidak tahu menahu dengan pembayaran yang akan diberikan kepada saya,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar milik pembangkang bahawa angkasawan negara itu telah memperoleh pendapatan hampir RM1.2 juta hasil siri ceramah yang dilakukannya di seluruh negara sejak tahun lalu.
Sheikh Muszaphar dilaporkan mengenakan bayaran sebanyak RM8,000 untuk satu jam berceramah.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak-pihak tidak bertanggungjawab tersebut menghentikan tohmahan terhadapnya.
Beliau turut meminta orang ramai agar menghubunginya untuk mendapatkan maklumat sahih bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya sebagai orang kenamaan yang hadir pada majlis tertentu.
''Sejak pulang ke bumi, tumpuan saya kini membantu dan memberi sokongan kepada belia, golongan muda dan pelajar sekolah agar mereka dapat menjadi modal insan negara yang terbaik,'' katanya.
Sheikh Muszaphar memberitahu, beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam waktu terdekat kerana perlu ke Jepun untuk memberi ceramah mengenai ekonomi global Isnin ini.

Rileks sekejap

TIPS Membeli kamera digital (Still Photo)
1. Pilihlah yang berjenama, bukan riak tapi kualiti kamera dijamin oleh pengeluar dan diakui oleh semua pengguna.
2. Jenama yang diakui bagus masa ini Canon, Nikon, Fuji, Sony, Olympus, Casio, Panasonic dll
3. Sekurang-kurangnya 3x optical zoom, digital zoom tak bermakna apa-apa jangan terpesona
4. ISO yang tinggi, sekurang-kurangnya 800, sekarang sudah ada kamera digital kompak yang mempunyai ISO sehingga 3200. ISO berguna semasa kita ambil foto di lokasi yang kurang cahaya.
5. Pilih kamera yang mempunyai storage (Flash memori seperti SD, xD, MS, CF dll) yang murah dan mudah di dapati. Saya sendiri suka memilih Kad memori SD - Secured Digital kerana popular, murah dan mudah diperolehi gantiannya juga kebanyakan Notebook dilengkapi pembaca kad SD. Jadi kita tak perlu membawa kabel khas setiap kali ingin download foto dari kamera ke Notebook. Biasanya Fuji dan Olympus menggunakan kad memori xD dimana saiznya kecil tetapi mahal dan susah di dapati. Sony kebanyakan kameranya menggunakan MS (Memory Stick). Bagi kamera SLR biasanya kamera jenis ini menggunakan CF (Compact Flash)
6. Kabel untuk download pilih kabel standard, yang mudah dicari penggantinya.
7. Bagi pencinta foto ala-ala paparazi yang ingin membawa kamera selalu, belilah handset yang ada kamera, mahal sikit tapi tak perlu mambawa dua tiga alat dalam poket. 3 janama yang diakui bagus terkini seperti samsung, Nokia dan Sony Ericsson. Yang terbaru SE C902 menggunakan lens Cybershot dan resolusi 5Megapixel yang menghasilkan foto yang cantik dan setanding dengan kamera biasa. Lain-lain Handset SE seperti K550i, K6xx, K7xx, K8xx, dan Cxxx. Nokia pula mempunyai siri kamera yang telah terkenal seperti siri N95 dll. Samsung memang produk baru yang sedang naik mempunyai bermacam produk kamera phone yang diakui bagus.

Penyakit Facebook

Facebook sangat popular dewasa ini bagi penggemar komunikasi secara nertworking macam MLM juga la. Dalam Facebook peserta boleh chatting, berita, tengok foto, video, mail dan berbagai lagi. Dalam dunia sekarang ni komunikasi begitu mudah dengan hanya klik tetikus sahaja. Yang pening sikit pasal Facebook ni ialah auto rangkian. Jika anda ada e-mail dan senarai nama contact dalam e-mail, facebook akan secara automatik menghantar semua nama dalam senarai tersebut kepada kenalan yang mengajak anda menyertai facebook. Jika contact dalam senarai and setuju pula menyertai facebook anda, facebook akan memberi anda secara automatik pula kenalan contact anda tersebut. Begitulah seterusnya, rangkaian tersebut tidak akan berhenti. Kalau nak tahu penig tak pening cuabalah jadi ahli.

Selamat berangkat Dr Fauzi


Minggu lepas saya berkebetulan berjumpa dengan Prof Madya Dr Fauzi Deraman, seorang pendakwah gigih dan antara ulamak yang disegani. Beliau memaklumkan akan bertolak ke tanah suci minggu ini. Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat berangkat semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali untuk terus menabur bakti kepada ummah yang dahagakan ilmu dan pimpinan Dr. InsyaAllah

Elak dari terkena demam Chikungunya

Demam jenis ni memang payah, bukan sahaja menyebutnya payah, mengubatkannya pun payah. Pengalaman saya menjaga keluarga yang terbabit dengan kes demam ini amat memeningkan. Untuk panduan tuan puan mengenali pengidap penyakit ini ianya bermula dengan demam yang pelik, kadang-kadang mengalami demam yang terlampau panas, kadang-kadang berubah terlampau sejuk macam pengidap demam kura-kura. Kemudian akan disusuli dengan keluar ruam dan gatal, kulit mula keluar bintik kemerahan dan pada peringkat ini saya mulanya menyangka allergic ubat tetapi itulah dia antara peringkat-peringkat demam ini. Bila masuk minggu ke empat atau ke lima segala sendi akan bengkak dan amat sakit hingga tidak mampu memegang apa saja.
Mengikut penerangan doktor yang merawat, sehingga ini tiada ubatan khusus untuk menyembuhkan demam ini. Biasanya pesakit akan diberi ubat tahan sakit sahaja. Kalau dimasukkan ke wad pesakit akan dimasukkan air sehingga sembuh dari penyakitnya. Jadi seperti kata bijakpandai mencegah lebih baik dari mengubat maka elakkanlah diri dari dijangkiti demam ini dengan memastikan kebersihan sekitar rumah dan jangan biarkan nyamuk aedis membiak. Untuk mengenalpsti penyakit ini doktor akan mengambil 4 tiub darah dan di bawa kemakmal untuk ujian.

Sabtu, 8 November 2008

Berita dari Perak

Rakyat perlu diberi kefahaman Islam menyeluruh
LENGGONG, 5 Nov (Hrkh) - Pimpinan PAS di semua peringkat, lebih-lebih lagi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan semua Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru memperbanyakkan program-program tarbiyah, kuliah, pengajian dan seumpamanya.Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim , berkata program-program itu diadakan bertujuan memberikan kefahaman yang jelas kepada semua peringkat rakyat mengenai Islam sebagai agama yang syumul.Katanya, hanya dengan kefahaman yang jelas terhadap Islam akan memberikan kesedaran kepada orang Melayu khususnya untuk menyokong perjuangan Islam dan memberikan undi kepada PAS pada pilihan raya akan datang.Bagi merealisasikannya, katanya Adun-Adun dan Penyelia-Penyelia Dun disarankan supaya menjadi Imam solat di masjid atau menjadi makmum di belakang Imam.Malah, katanya kehadiran Adun-Adun dan Penyelia-penyelia Dun pada setiap program pengajian di masjid dan surau adalah contoh terbaik untuk diikuti oleh seluruh rakyat."Pada Pilihan Raya Umum 12 lalu undi orang Melayu kepada PAS hanya melonjak 5 peratus saja seperti yang dilakukan kajian oleh badan bebas Merdeka Center, sebaliknya sokongan kaum Cina dan India lonjakannya sangat mengkagumkan."Sehubungan itu untuk mendapatkan sokongan serta undi orang Melayu hanya dengan memberikan kefahaman yang jelas terhadap Islam," katanya kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis Sepetang Bersama Menteri Besar Perak di Pusat Info Rakyat di Lenggong petang kelmarin.Program itu, walau bagaimanapun tidak dapat dihadiri Menteri Besar, Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin yang mewakilkannya kepada Drs. Khalil Idham Lim, dihadiri hampir 1000 penduduk, termasuk kaum Cina dan India.Hadir sama Adun Gunung Semanggol, Ramli Tusin; bekas calon PAS Parlimen Lenggong, Ustaz Zulkifli Zakaria; Yang diPertua PAS Kawasan Lenggong yang juga Penyelia Dun Kenering, Shukri Ahmad; Penyelia Dun Kota Tampan (KeADILan), Haji Hamzah Mat Zin; Setiausaha PAS Kawasan Lenggong, Abu Bakar Mat Salleh dan pimpinan DAP.Drs. Khalil Idham Lim berkata, beliau yakin sekiranya orang Melayu rata-ratanya memahami Islam sebagai ad-din (sebagai satu cara hidup yang menyeluruh), mereka tidak akan memilih Umno kerana Umno tidak memperjuangkan Islam.Sebelum itu di dalam ucapannya, beliau meyakinkan masyarakat Cina khususnya supaya tidak takut kepada PAS yang memperjuangkan Islam kerana nenek moyang mereka (Cina) telah lebih awal lagi memeluk Islam berbanding orang Melayu.Ditanya mengenai pengagihan bantuan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal sempena perayaan, katanya kerajaan negeri telah dan akan menyumbang 50 hamper untuk setiap Dun melalui Adun dan Penyelia Dun Pakatan Rakyat."Bukan hanya untuk perayaan bagi umat Islam, malah juga sumbangan untuk Deepavali, Hari besar Cina dan Krismas yang akan datang ini," katanya.Drs. Khalil Idham Lim turut menyampaikan bantuan kepada beberapa penerima pada majlis itu, termasuk penerima dari kaum Cina dan India.

Agenda PAS Bangi terkini

PAS Seksyen 3 Tambahan Bandar Baru Bangi akan memulakan sesi sulung PASTI As Shafie bermula Januari 2009 selepas pembukaannya telah disempurnakan oleh ADUN Bangi Yb Dr Shafie Abu Bakar bulan Ramadhan yang lalu. Sebagai langkah mempromosikan PAST As Shafie pihak pengelola PASTI akan mengadakan hari terbuka dan sesi pendaftaran yang bakal diadakan hari ini dan esok. PASTI As Shafie Seksyen 3 Tambahan bertempat di alamat No 10, Jalan 3/48, Seksyen 3 Tambahan. Lembaga pengelola mengalu-alukan kehadhiran ibu-bapa dan seterusnya mendaftar anak-anak mereka dalam sesi pra sekolah atau pun jagaan harian.


Sementara itu, satu program Munaqashah Ucapan Dasar Presiden akan di adakan pada hari Sabtu 15 November 2008 bersamaan 17 Zulkaedah 1429 bertempat di Dewan Cempaka Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Ustaz Idris Ahmad dari Pemuda PAS Pusat akan memberikan ucaptama dlama program nanti.

Pengarah Politeknik Sabak Bernam bermain politik?

Harakah: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Yaakob Sapari membantah keras tindakan Kementerian Pelajaran yang melarang beliau menghadiri sebuah program keusahawan di Politeknik Sabak Bernam. Beliau telah menerima jemputan menghadiri program anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu yang akan diadakan pada Sabtu, 8 November yang dibiayai kerajaan negeri Selangor. Bagaimanapun, pihak penganjur telah menghubungi beliau hari ini (Jumaat) memaklumkan Pengarah Politeknik Sabak Bernam telah melarang beliau hadir ke program tersebut. "Saya membantah sekeras-kerasnya larangan ini kerana ia bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau, jika itu menjadi prinsip dalam pentadbiran negara ia bermakna kerajaan negeri Selangor berhak menghalang pihak pembangkang Selangor (Umno-BN) menggunakan premis seperti dewan dan tanah lapang milik kerajaan negeri. Surat bantahan Yaakob bertarikh 7 November itu dihantar kepada Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein ke pejabatnya di Putrajaya. - lanh

MOSTI siasat pendapatan Angkasawan Negara?

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diberitakan akan menyiasat dakwaan orang ramai bahawa angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah memperoleh pendapatan hampir RM1.2 juta hasil siri ceramah yang dilakukannya di seluruh negara sejak tahun lalu. Timbalan Menterinya, Fadillah Yusof melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan itu dan menyifatkan tindakan angkasawan berkenaan sebagai 'tidak patut' sekiranya spekulasi itu terbukti benar. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang mendakwa Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran sebanyak RM8,000 bagi setiap satu jam berceramah sedangkan kejayaan beliau menjadi angkasawan adalah dari bajet kantong dana rakyat. Tentu sekali jika dakwaan itu benar, ia tak patut berlaku disebabkan Sheikh Muszaphar telah diwar-warkan sebagai ikon negara dan juga merupakan tiket dan lambang kepada kejayaan Malaysia yang perlu lebih rasional dalam membuat sebarang keputusan dan menjaga imejnya yang baik.

Kepimpinan politik rasuah lemahkan kekuatan negara

Melihat tajuk Utusan malaysia tersebut, yang memetik ucapan Ketua Menteri Sarawak bahawa kepimpinan politik yang dipenuhi dengan rasuah dan salah laku akan menyebabkan kekuatan sesebuah negara menjadi lemah, amat relevan dengan senario UMNO dewasa ini. Dalam akhbar yang sama juga, dengan tajuk yang lain "UMNO terima 900 aduan politik wang" menguatkan lagi dakwaan UMNO lah sebenarnya yang menjadi punca negara lemah. KM itu juga menyebut
lagi dimana kekuatan masyarakat dan sesebuah negara itu adalah bergantung kepada kepimpinan politik yang mantap terutamanya dari segi integritinya. Sebagai warga sebuah negara yang sepatutnya sudah matang, rakyat Malaysia dapat mengukur sejauh mana kepimpinan yang dibawa oleh UMNO dan BN akan mencorak masa depan negara. Sebuah pertubuhan yang begitu sakit mampukah menawarkan sebuah kepimpinan negara yang sihat dan berintegriti.

Jumaat, 7 November 2008

Bersedia hadapi musim banjir

Media hari ini melaporkan dari Putra Jaya bahawa kerajaan menjangkakan beberapa kawasan rendah di seluruh negara akan dilanda banjir yang bermula pada pertengahan bulan ini hingga Mac tahun depan. TPM Najib menyatakan kajian dan gambar satelit telah diambil oleh Jabatan Meteorologi dan merekodkan taburan hujan bagi Disember dan Januari akan melebihi paras biasa. Jadi semua jabatan dan agensi kerajaan yang terbabit diarah bersiap sedia untuk menghadapi musim banjir atau mungkin menjadi bah. Untuk persediaan ini dimaklumkan kerajaan telah mewujudkan lebih 4,595 pusat pemindahan mangsa banjir, 1,775 buah bot penyelamat dan 20 buah helikopter sebagai pengangkutan udara.
Selain itu, kata beliau, kerajaan turut menyediakan 450 buah pangkalan hadapan, 1,182 pasukan Kesihatan dan Perubatan serta 13 unit Jambatan Bailey. Bagi kita di DUN Bangi ini tempat yang kerap dilanda banjir ialah Kajang sekitar tepi sungai dan di Bangi Lama. Bagi megelakkan kejadian yang tidak diingini, musim hujan ni tolonglah nasihatkan anak-anak jangan pergi main kat lombong ke kat parit ke ataupun sungai walaupun dah biasa dengan air. Saya masih ingat beberapa bulan lalu banjir melanda Kajang dan paling teruk ialah sekitar Metro Kajang dimana beratus kenderaan tenggelam dalam tempat pakir bawah tanah Metro dan peniaga di Metro telah mengalami kerugian ribuan ringgit kerana tidak sempat menyelamatkan barang dagangan.

Tersalah tangkap tapi berbaloi

Saya mulakan tulisan pagi ini Jumaat 9Zulkaedah dengan kembali semula ke negara kita Malaysia setelah berada di AS bersama bakal presiden kulit hitam pertama, Mr Obama. Ye la ramai yang memberi tahniah di atas kejayaan tersebut tapi percayalah AS tetap uncle SAM, pembuli antarabangsa walau siapa ketuanya. Pagi ini kita ke Pasir Mas pula, ada berita tehangat tentang orang kampong di sana tersalah serang hendap. Mulanya ingatkan pencuri masuk kampong, rupa-rupanya sepasang laila majnun sedang memadu kasih dalam kereta disebuah kebun getah dimalam yang gelita. Yang buat orang kampong terkejut beruk ialah yang ditangkap tu sangat dikenali, bekas AJK UMNO Pemuda Rantau Panjang. Yang menjijikan ialah yang telah ditangkap khalwat bersama salah seorang wanita di sebuah kebun getah itu suami dab bapa orang dan pasangannya pulak isteri orang. Mengikut cerita orang kampong yang menangkap psasngan sejoli ini, mereka menyangka sebuah kereta yang diletakkan di sebuah kebun getah di Kampung Tok Pelandok itu adalah pencuri, lalu bertindak mengepung kereta tersebut, tetapi mendapati sepasang lelaki dan perempuan berada di dalamnya. “Kedua-dua pasangan tersebut berada di kawasan itu kira-kira jam 8.30 malam sehinggalah mereka berdua dikepung oleh penduduk kampung kira-kira jam 9.30 malam". Aduh bayangkan, malam yang gelita, bersama wanita jelita, berduaan dalam kereta.. Lebih teruk lagi yang lelaki itu bukan orang biasa bahkan dipercayai mempunyai jawatan tinggi dalam jabatan kerajaan manakala perempuan itu juga mempunyai kedudukan dalam parti dan pertubuhan bukan kerajaan. Kedua-dua mereka telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Jajahan Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Rabu, 5 November 2008

Pemimpin dunia memberi tahniah kepada Obama


George Bush, US president
"What an awesome night for you, your family and your supporters. You are about to go on one of the great journeys of life. Congratulations and go enjoy yourself.''
Nicolas Sarkozy, French president
"With the world in turmoil and doubt, the American people, faithful to the values that have always defined America's identity, have expressed with force their faith in progress and the future.
"At a time when we must face huge challenges together, your election has raised enormous hope in France, in Europe and beyond. France and Europe ... will find a new energy to work with America to persevere peace and world prosperity."
Kevin Rudd, Australian prime minister
"Senator Obama's message of hope is not just for America's future, it is also a message of hope for the world as well. A world which is now in many respects fearful for its future.
"Australia looks forward to working closely, in close partnership and in close friendship with an America under this new Obama administration."
Stephen Harper, Canadian prime minister
"I look forward to meeting with the president-elect so that we can continue to strengthen the special bond that exists between Canada and the United States.
"In the weeks and months ahead Canadian officials and diplomats will be working closely with members of President-elect Obama's transition team. Ministers in our government look forward to building a strong working relationship with their counterparts in a new Obama cabinet."
Helen Clark, New Zealand prime minister
"The New Zealand government very much looks forward to working with the new Obama administration.
"Senator Obama will be taking office at a critical juncture. There are many pressing challenges facing the international community, including the global financial crisis and global warming. We look forward to working closely with President-elect Obama and his team to address these challenges."
Hamid Karzai, Afghan president
"I applaud the American people for their great decision and I hope that this new administration in the United States of America, and the fact of the massive show of concern for human beings and lack of interest in race and colour while electing the president, will go a long way in bringing the same values to the rest of world sooner or later.
I applaud the American people once again and hope that this election and President Obama's coming into office will bring peace to Afghanistan, life to Afghanistan and prosperity to the Afghan people and to the rest of the world."
Mwai Kibaki, Kenyan president
"We the Kenyan people are immensely proud of your Kenyan roots. Your victory is not only an inspiration to millions of people all over the world, but it has special resonance with us here in Kenya."
Pakistan embassy in Washington
"President (Asif Ali) Zardari expressed the hope that Pakistan-US relations will be enhanced under the new American leadership that received a popular mandate in Tuesday's poll."
Kgalema Motlanthe, South African president
"Africa, which today stands proud of your achievements, can only but look forward to a fruitful working relationship with you both at a bilateral and multilateral levels in our endeavour to create a better world for all who live in it.
"We express the hope that poverty and under-development in Africa, which remains a challenge for humanity, will indeed continue to receive a greater attention of the focus of the new administration."
Saeb Erekat, aide to Palestinian President Mahmoud Abbas
"We hope the president-elect in the United States will stay the course and would continue the US engagement in the peace process without delay. We hope the two-state vision would be transferred from a vision to a realistic track immediately."
South Korean presidential blue house
"We believe the election of Obama is due to the American people's support for his message of new change and hope.
"President Lee Myung-bak has made change and reform an important policy priority since his own election and the two leaders share their philosophy in this regard."
Susilo Bambang Yudhoyono, Indonesian president
"Indonesia especially hopes that the US, under new leadership, will stand in the front and take real action to overcome the global financial crisis, especially since the crisis was triggered by the financial conditions in the US

Obama on verge of historic victory

Anne Davies, Chicago November 5, 2008
Senator Obama has made history today by becoming the first black president of the US after.
Partial results show Senator Obama has won the crucial battleground state of Ohio and is leading in Florida, two states that President George Bush won in 2004. He has also held the important Democrat state of Pennsylvania, which his rival John McCain had fought hard to win as insurance. There were also signs that Senator Obama would win previously Republican states in the midwest and the south, with Iowa declared for Senator Obama and North Carolina leaning towards him. The first batch of early numbers in the battleground states show a strong swing to the Democratic candidate. Early numbers in Florida show Senator Obama leading Senator McCain 53% to 47%. The Illinois senator is also proving competitive in Indiana and North Carolina, two Republican strongholds
exert: Theage

Kota Bharu Bandaraya Islam@Wi-Fi City


KOTA BHARU, 4 Nov (Hrkh) - Kota Bharu kini melangkah setapak lagi ke arah memperkenalkan perkhidmatan Wi-Fi (akses internet tanpa wayar) secara percuma, kata anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan.
Beliau berkata, sebuah konsultan yang dilantik sedang mengkaji sejauh mana kemampuan perkhidmatan Wi-Fi dapat dilaksanakan di Kota Bharu bagi kemudahan orang ramai mengakses internet.
"Malah Kota Bharu mungkin bandar pertama di negeri ini yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma, biar pun Pulau Pinang juga sudah mengisytihar kemudahan internet percuma.
"Wi-Fi City bukan sekadar mahu Kota Bharu dikenali dengan pelbagai panggilan seperti Kota Budaya atau sebagainya, tetapi Wi-Fi merupakan satu program baru yang dirancang kerajaan negeri," katanya di sini.
Menurutnya sekarang beberapa tempat sudah dapat diakses internet secara percuma antaranya kompleks Kota Darulnaim, hotel-hotel dan restoran-restoran makanan segera.
Beliau berkata internet turut menyumbang kepada gejala negetif sekiranya pengguna sengaja mengakses kepada laman-laman web yang tidak bermanaat.
"Jika keadaan itu tidak ditangani dengan betul menyebabkan masyarakat menjadi porak-peranda terutama membabitkan perilaku seksual dan jenayah termasuk di kalangan remaja.
"Teknologi maklumat memberi kesan amat besar kepada status sosial, budaya dan kegiatan ekonomi rakyat," katanya.
Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi menjelaskan kerajaan negeri sentiasa mengikuti perkembangan bidang sains dan teknologi.
Mulai Khamis ini akan berlangsung Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri 2008 bertempat di Balai Islam. Karnival itu diadakan sehingga 9 November.
Beliau juga berharap media nasional turut melaporkan secara jujur program-program yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi membolehkan lebih ramai lagi rakyat mengetahui perkembangan yang berlaku. - mj

Ahli Parlimen PR keluar dewan, bantah sikap Najib

Di lobi Parlimen Anwar memberitahu wartawan bahawa beliau hairan dengan tindakan Menteri Kewangan enggan memberi laluan untuk memohon penjelasan. "Apa yang dipersoalkan ialah Najib mengemukakan angka baru dalam penggulungannya. "Tiada makna kalau kami hanya datang untuk mendengar, kami boleh baca sendiri. "Apa yang kami mahukan ialah penjelasan kepada angka-angka baru ini," katanya. Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat ketika ditanya mengapa pembangkang tidak tunggu kerana Najib sendiri mengatakan akan memberi laluan selepas membentangkan langkah-langkah tambahan Bajet 2009 berkata:
"Ini bukan soal boleh tunggu atau tidak." Katanya, ahli-ahli Parlimen sudah menunggu selama dua minggu supaya kerajaan membentangkann bajet yang baru kerana bajet yang lama sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan seolah-olah menidakkan cadangan yang dikemukakan oleh pembangkang supaya membentangkan bajet baru, yang lebih relevan.
Ia merupakan ucapan penggulungan pertama bajet bagi Najib selaku Menteri Kewangan.
Bajet 2009 telah dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Ogos lalu dan kemudian bertukar portfolio dengan Najib. (Petikan MStar)

Maghribi haram majalah Perancis hina Islam

Kerajaan Maghribi mengharamkan edisi terbaru majalah Perancis, L'Express International kerana menghina Islam dalam artikelnya yang berkaitan dengan hubungan antara agama Islam dan Kristian. Menteri Penerangan, Khalid Naciri berkata beliau tidak ada pilihan tetapi mengharamkan keluaran terbaru majalah berkenaan kerana mengandungi bahan penghinaan. Menteri itu berkata kod akhbar di negara berkenaan membenarkan kerajaan menutup atau mengharamkan mana-mana penerbitan yang didapati menghina Islam atau raja.
Kulit depan L'Express bertajuk 'The Jesus-Muhammad Shock' atau 'Kejutan Nabi Isa-Muhammad', yang juga tajuk buku yang ditulis oleh Christian Makarian, salah seorang ketua pengarang majalah berkenaan. Majalah mingguan itu berkata siri artikel itu ditulis menjelang pertemuan yang dirancang di antara sarjana Muslim dan Kristian di Rom minggu ini dan bertujuan 'membantu dialog antara Islam dan Kristian'. Naciri tidak menyatakan secara khusus apa yang disifatkannya sebagai bahan yang menghina, tapi memberitahu Associated Press bahawa "negara kami tidak harus diperalatkan oleh mana-mana pihak untuk menyebarkan artikel yang boleh menyinggung penganut agama atau mengganggu ketenteraman."
Kenyataan laman web L'Express menyatakan majalah berkenaan tidak memahami reaksi Maghribi itu, terutama kerana langkah teliti diambil bagi menepati norma Islam, termasuk menutup wajah Nabi Muhammad SAW dengan kain putih sebelah menyebelah dengan potret Nabi Isa yang juga ditutup, selaras dengan kehendak agama Islam. Edisi Perancis majalah itu bagaimanapun tidak menutup wajah berkenaan. Salah satu artikel dalam majalah itu membandingkan Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW dan memetik ayat suci al-Quran yang "membenarkan perbuatan ganas terhadap mereka yang enggan mematuhi undang-undang Islam". Ia juga mendakwa kononnya Nabi Muhammad SAW mempunyai dua perwatakan, salah satunya sebagai seorang pejuang dan satu lagi sebagai orang yang enggan berperang.
Maghribi adalah pusat pelancongan dan penyokong kuat Amerika Syarikat dan Eropah dan sejak akhir-akhirnya ini menyaksikan peningkatan fahaman politik keislaman. – Berita Harian:AP

Obama masih medahului McCain dalam persaingan Presiden Amerika




Laporan media antarabangsa menyebut kini masih kelihatan deretan rakyat Amerika berbaris menunggu giliran mengundi calon yang berkelayakan bagi menjawat jawatan No 1 Amerika Syarikat. Walaupun ada calon bebas namun rakyat AS memilih antara 2 personaliti yang sedang bersaing, yang bakal mencipta sejarah tersendiri. Obama jika menang akan mencipta sejarah sebagai presiden kulit hitam pertama AS, sementara McCain pula jika dipilih akan melakar sejarah AS sebagai presiden paling tua dipilih. Terkini Obama masih mendahului McCain dengan mendapat 52.1% undian sementara McCain mendapat 44.5%. Selebihnya undi yang diraih oleh calon bebas.

Ahad, 2 November 2008

DS Najib menang tanpa bertanding


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan kedudukannya untuk menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO selepas menerima 134 pencalonan sehingga pukul 6 petang ini. Jumlah pencalonan itu menutup peluang calon lain untuk melepasi kuota kelayakan 58 pencalonan sekiranya mahu menentang Najib pada pemilihan Mac depan.
Bahagian yang mencalonkan beliau hari ini ialah Teluk Kemang, Tawau, Kota Raja, Jerantut, Segamat, Ayer Hitam, Kulim/Bandar Baharu, Batu Kawan, Tampin, Sekijang, Tanjung Malim, Kapar, Kuala Pilah, Indera Mahkota, Balik Pulau, Pandan dan Klang. Seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang setakat ini memperoleh satu pencalonan daripada bahagiannya sendiri, semalam. - Utusan

Transkrip sidang media yang dimanipulasi oleh akhbar Utusan

DS Hadi : Soalan teruslah
Lee : Dato Seri, dengar ucapan Dato' Seri kata tambah 5% sokongan undi sokongan dari Melayu boleh memerintah semula negeri Terengganu boleh Dato' Seri ulas sikit, pasal tadi Dato Seri Kata dengan undi yang baru baru dapat 20 kerusi parlimen, boleh ulas balik
DS Hadi: Yang pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihanraya seringkali bergantung kepada undi penentu. Undi penentu ini kebiasaannya adalah undi atas pagar yang tidak berparti Sebenarnya 40 peratus lebih undi yang kita capai adalah undi PAS sama ada ahli atau pun penyokong. Kita dapati PAS mempunyai pengaruh yag sangat kuat di negeri Terengganu.
Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pun pengundi hantu yang dibawa dari luar yang dilakukakn melalui politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama daripada SPR dan pendaftaran Negara.
Menunjukkan bahawa kekuatan UMNO Terengganu bertongkat kepada cara-cara tersebut.
Kita boleh membuat perubahan dalam rakyat negeri Terengganu sendiri dengan sedikit perubahan itu, Insya-Allah terlaksana apa yang disebut tadi Kita mesti sedar bahawa kalau pemilihan Umno mereka dipengaruhi oleh 'money politic' politik wang maka pilihan raya umum lebih-lebih lagi lah, kalau dalam parti pun itu cara dia pilihanraya umum lebih-lebih lagi
Khairul Rizal : Hah apa ni, penubuhan Kerajaan baru yang diwar-warkan oelh Anwar Ibrahim, macaman strategi politik penubuhan itu
DS Hadi : Kita tunggu, tunggu daripada perubahan ahli-ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang lain
Lee: DS Anwar bercakap dia rasa pada situasi sekarang amat sukar
DS Hadi: Tidak mustahil, walaupun sukar tidak mustahil boleh berlaku, dengan perpecahan yang berlaku dalam Umno sekarang Sebagaimana perubahan boleh berlaku semasa perpecahan tahun 90, akhir tahun 80-an bila Tengku Razaleigh keluar daripada Umno dan berlaku lagi tahun 99, 98, bila Dato' Seri Anwar dipecat, dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan yang berulang hari ini, bahkan terdapat di kalangan orang Umno sendiri contohnya Dato' Musa Hitam mengatakan Umno sudah dihingapi penyakit tua, Musa Hitam kata bukan saya kata
Lee : Jadi Dato' Seri masih yakin boleh lagi lah dalam...
DS Hadi : Perubahan boleh berlaku, tidak mustahil Saya tak baca Dato' Seri Anwar buat kenyataan saya baru balik
Lee : Dia (DS Anwar) kata situasi macam ini susah sikit
DS: Saya baru balik
Lee : Dia mengakui 'chances' kurang lah
D W Mutalib : Kesan pemilihan UMNO.
DS Hadi: Iya...kita tunggu pemilihan UMNO, lepas pemilihan
Khairul Rizal: Aaa...pimpinan di negeri Terengganu akan memecat beberapa Exco yang tidak mengikut arahan dia...yang baru-baru ni.
DS Hadi: Itu hal dalaman Umno, saya tak mahu campur.
Lee: Dato' Seri boleh komen sikit tak itu.. isu Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku PKNS nampak...aaa...bantahan dari PAS Selangor.
DS Hadi: Saya baru balik daripada luar negara baru,aaa... sehari, tak dapat maklumat, dan saya memerlukan maklumat dari kawan-kawan Selangor, tak boleh beri...komen.
Lee: Pasal dia kata...bantah sebab bukan Melayu.
DS Hadi: Iya...Saya kena dengar dari Selangor dulu.
D W Mutalib: Pelantikan tu pemangku kan.
Lee: aa...pemangku.
D W Mutalib: it is acting...so..its not a final decision.
DS Hadi: Aaa..Kalau pemangku itu boleh.
Lee : Maknanya kalau pemangku itu boleh terimalah ke macamana?
DS Hadi: Saya kena dengar keputusan Selangor dulu.
Lee: Sama dengan isu pemansuhan saham 30% Bumiputera, dapat tentangan dari PAS juga, So...macamana?
DS Hadi: Itu juga saya mesti dapat penjelasan dari Selangor, kita tunggu baru balik dari luar negara, tak pergi lagi...apa nama ni...pejabat di Kuala Lumpur.
Lee: Dato' Seri beri komen secara am lah, kalau seseorang itu tidak diterima sebab dia bukan Islam, dilantikkan jawatan ini kalau disebabkan dia bukan Islam, so...alasan diberikan...
DS Hadi: Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu Islam...sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum.
Khairul Rizal: Dato' Seri,ada pergolakan di antara Keadilan dan PAS dalam pembentukan kerajaan Baru...?
DS Hadi: Kerajaan baru pun tak ada lagi...bagaimana kita nak bergolak, nanti ada kerajaan dulu lah.Kerajaan Pusatlah...kerajaan negeri kita dah selesai di mana apa nama ni...Kedah, Perak, Kelantan lebih awal daripada negeri-negeri yang dikuasai oleh Umno...lebih awal Kita semua tahu.Perlis berapa minggu baru selesai. Terengganu berapa minggu...dekat sebulan nak selesai...kita lepas pilihan raya tubuh kerajaan. Mungkin masud soalan tu kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat kena tunggu dulu.
Sazali: Dengan perpecahan dalam Umno sekarang ini. Ada yang sudah untuk memasuki Pakatan. DS Hadi: Yang masuk pun dah ada.
Sazali: Dari pimpinan Umno?
DS Hadi : Iya...ada pimpinan Umno yang masuk.
Lee: Bila kan..kemuka nama yang disebut tadi lah...pemimpin yang sudah masuk dalam.
DS Hadi: Bila tiba masa lah.
Sazali: Tak boleh beritahu ya?
DS Hadi: Aah...tak boleh lah.
Lee : Dato' Seri...pemimpin UMNO ke pemimpin Barisan Nasional?
DS Hadi: Umnolah...Umnolah...sebab baru ni saya pergi ke Johor sebelum pergi ke luar Negara, tiga minggu lepas, terima borang 200, 200 orang sebuah kampung setinggan ahli Umno.
Khairul Rizal: Di mana?
DS Hadi: Di Johor...di Johor
Zulkifli: Perkembangan terkini Razak Baginda...lepas...mungkin ada komen dari sudut penghakiman.
DS Hadi: Itu urusan mahkamah, apa yang saya mahu supaya mahkamah betul-betul adil dan telus.
Saya buat penegasan sekali lagi, calon Perdana Menteri mesti bersih, sebab itu saya mahu Dato' Seri Najib mesti dibersihkan oleh mahkamah, melalui mahkamah melalui BPR mesti bersih, itu adalah amalan negara demokrasi
.
Di negara Barat yang mengamalkan demokrasi, di Amerika di England mana-mana pun, kalau ada tuduhan ada berita saja, pemimpin itu mesti dibawa ke Jawatan kuasa 'Senate' atau pun 'Congress' kalau perlu mahkamah...mahkamah.
Sehingga betul-betul dia membersihkan diri dia daripada tuduhan, baru dia layak jadi pemimpin. Dan kita mengharapkan Perdana Menteri sebelum mengundur diri meninggalkan jasa yang baik.
Membetulkan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh mereka terdahulu, seperti memulihkan badan kehakiman, BPR, SPR ! Insya-Allah kalau Perdana Menteri boleh buat perubahan-perubahan ini, beliau meninggalkan jasa yang baik.
- mks._