(Foto Berita Harian)Jurulatih badminton kebangsaan, Datuk Haji Misbun Sidek diserang penyakit yang belum dapat disahkan namanya dan diagnosis awal menyatakan dia kemungkinan mengalami jangkitan paru-paru. Misbun mula diserang lemah badan sebaik pulang daripada menunaikan fardu haji di Makkah 18 Disember lalu dan tiga hari selepas itu terpaksa menjalani rawatan di klinik untuk memasukkan air dalam badannya akibat keletihan. Walaupun sudah pulih sedikit selepas rawatan itu, namun beliau masih merasai lemah badan, kesejukan serta batuk yang berterusan dan semakin melarat memaksa adiknya, Jalani membawa Misbun ke hospital swasta, malam kelmarin untuk mendapat rawatan pakar. Kita doakan beliau akan sembuh nsegera bagi membolehkan beliau kembali bertugas kepada kecemerlangan badminton negara.













berlalu. Bermacam tragedi melibatkan tanah runtuh berlaku sepanjang 15 tahun selepas tragdei Highland Tower, begitulah sikap latah beulang dan hilang, berulang dan hilang. Terkini tambah lagi satu siri tragedi serupa di Bukit antarabangsa, kita melatah untuk kesekian kalinya dan begitu juga bermacam pelan tindakan dibuat bahkan petang tadi Parlimen mengadakan usul tergempar yang di bawa oleh YB Azmin Ali. Kita lihat selepas ini apa yang terjadi dari pelan tindakan dan usul tergempar adakah pembangunan di atas bukit terus meriah atau sesuatu sebaliknya supaya kita tidak lagi meneruskan sikap latah dan kemudia kembali sepi.