Kawan-kawan setia

Jumaat, 16 Januari 2009

Adakah anda perasan situasi sedang berlaku ini?

Trend tidak sihat ini sedang merebak sekarang iaitu trend fesyen bungkus nangka. Suatu masa dulu cara berpakaian begini terdapat di barat dan jepun bilamana ada perlumbaan kereta atau superbike. Kini telah dimuat-turun ke SIC dan terkini ke PC Fair. Mungkin jika tidak dikawal akan merebak ke pusat-pusat membeli belah sebagai pelaris atau promoter. Pom-pom girl juga berpakaian seperti ini bila ada kejohanan. Apa tindakan kita?, membiarkan sahaja terus berlaku kerana menghayati hakikat permodenan atau merancang memperbaiki sebaik yang boleh. Pada saya kita alu-alukan F1, perlumbaan superbike di SIC, kapcai, motorcross, PC Fair dan sebagainya, tetapi tak perlulah menyalin 100% apa yang terdapat dibarat.





Tiada ulasan: