Kawan-kawan setia

Sabtu, 24 Januari 2009

Ahlan wa Sahlan Wani@Wendy

Mungkin tidak ramai yang kenal pelakon dan penerbit filem juga drama TV, Wendy Wong. Saya sejak dulu secara tak sengaja selalu membaca kisah Wendy, yang kalau tak sila saya berkawan baik dengan pak Edi, eh silap Eddy Park juga pelakon, pengarah dan penerbit drama berbangsa Cina. Bila Eddy (Alif ) memeluk Islam saya berdoa dalam hati agar wanita ini juga mendapat hidayat untuk memeluk Islam. Entah mengapa, saya bukan kenal sangat, dan tak pernah tengok drama lakonannya tetapi hati kecil saya berkata Wendy seorang wanita yang baik, berbudi-bahasa, semoga di suatu masa dia akan menerima hidayah. Bila saya terbaca berita Wendy dah menjadi Wani, saya bersyukur kepadaNya bahawa gerak hati saya dimakbulkan. Setelah hampir dua bulan memeluk Islam, Wendy Wong atau nama Islamnya, Wani Wendy Wong Abdullah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Yacob Chik, 58, di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini, hari ini Jumaat semalam. Pada majlis yang serba ringkas itu, Wendy yang kini selesa disapa Wani menerima mas kahwin RM80 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki antaranya sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran yang mempunyai terjemahan di dalam bahasa Mandarin. Majlis bersejarah pasangan mempelai itu telah dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Antara yang hadir ialah penulis lirik Habsah Hassan, Louisa Chong, Rubiah Suparman dan Ahmad Tarmimi Siregar. Ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Wani melahirkan rasa bersyukur setelah hubungan cinta mereka yang terjalin itu berakhir dengan ikatan perkahwinan dan mengakui dirinya tertarik dengan sifat prihatin Yacob, juga adalah salah seorang yang banyak mengajarnya tentang agama Islam. Wani dan suami dijadualkan berangkat mengerjakan umrah pada 15 Mac depan, selepas berbulan madu.
(Wani telah memeluk agama Islam pada 28 November lalu di rumah Habsah Hassan t di Taman Tun Dr. Ismail)

Tiada ulasan: