Kawan-kawan setia

Sabtu, 31 Januari 2009

AlFaatihah untuk Abdul Qahar

Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam setelah Allahyarham dirempuh oleh sebuah kereta Honda CRV bernombor WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Allahyarham 23 tahun, dilanggar oleh CRV yang dipandu seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Saksi di tempat kejadian memaklumkan Mohd Farez meninggalkan kereta tersebut di lokasi kemalangan tanpa kunci kenderaan, sebaik sahaja kejadian berlaku yang menyebabkan pihak polis trafik sukar mengalihkannya dan diberitakan telah pulang ke Kuala Lumpur. Ekoran dari kejadian itu pihak keluarga Allahyarham akan membuat dakwaan terhadap kes tersebut di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian.
Orang ramai ternasuk bapa saudara Allahyarham, Mohd Hisham Awang melahirkan rasa kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Mohd Farez yang begitu ego ketika diminta memberi kerjasama kepada penduduk setempat sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku. "Kita kesal dengan sikap ego polis tersebut, yang seolah-olah berbangga dengan mengaku merupakan pegawai polis daripada Balai Polis Bukit Aman," katanya.

1 ulasan:

al-brangi berkata...

ni macam cerita Almarhum Hassan Al-Bana