Kawan-kawan setia

Jumaat, 16 Januari 2009

Anak pemimpin PAS sekalipun.....

Wan Farid cuba menjelaskan siapa sebenarnya seorang gadis yang duduk di sebelahnya dalam sekeping foto beliau sedang berkaraoke yang disebar meluas di internet. Beliau menyifatkan penyebaran itu sebagai satu serangan peribadi terhadapnya dalam pilihanraya kecil ini, calon BN itu berkata beliau enggan membalas serangan tersebut. Gadis itu, katanya, anak saudaranya sendiri yang juga "berpangkat cucu kepada seorang pemimpin PAS". "Kalau saya mendedahkan identiti orang tersebut, nanti ada orang yang susah hati. "Kempen saya ialah kempen yang positif dan bukannya negatif," katanya dalam sidang media di bangunan Umno Kuala Terengganu hari ini. Gambarnya berkaraoke itu telah menjadi senjata terhadapnya bagi berdepan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dalam kempen di kawasan parlimen Kuala Terengganu. Sebenarnya kalau anak pemimpin PAS sekalipun, ianya tidak merubah keadaan dan tetap mengurangkan darjah kewibawaan seorang peminpin jika berkelakuan sedemikian. Seorang pemimpin sepatutnya menjadi contoh tauladan yang baik, berakhlaq dan menjauhi perbuatan lagho.

Tiada ulasan: