Kawan-kawan setia

Khamis, 15 Januari 2009

Azilah mendakwa diarah membantu Razak Baginda?

Cif Inspektor Azilah Hadri, tertuduh dalam pembunuhan Altantuya memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia telah diminta oleh pegawai atasan polis (DSP Musa Safri?) untuk membantu penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang menjadi mangsa ugutan. Butir-butirnya:
> Azilah memberitahu bahawa DSP Musa Safri telah memberikan nombor telefon bimbit Abdul Razak dan memintanya untuk menghubungi Abdul Razak bagi mendapatkan butiran terperinci mengenai masalah dan bantuan yang diperlukan.
> Azilah menghubungi Razak melalui telefon bimbit dan setelah memperkenalkan dirinya dan memberitahu tujuan panggilan itu dibuat.
> Abdul Razak memberikan alamat pejabatnya dan memintanya datang ke situ.
> Dalam pertemuannya dengan Abdul Razak di pejabat itu, dia mendapati Abdul Razak kelihatan tertekan dan telah menceritakan tentang ugutan yang diterimanya dari seorang perempuan Cina dan seorang lelaki Cina.
> Razak tidak mahu mengikut kehendak lelaki Cina dan perempuan Cina itu.
> Razak memberitahu disebabkan ugutan itu, beliau telah mengupah seorang pengawal keselamatan untuk mengawal kediamannya serta mengupah seorang penyiasat persendirian.
> Selain ugutan, Razak turut memberitahu beliau bahawa lelaki Cina dan perempuan Cina itu juga pernah membuat kecoh di hadapan rumahnya di Bukit Damansara.
> Razak telah meminta Azilah supaya menasihati lelaki Cina dan perempuan Cina tersebut supaya jangan membuat kecoh di depan rumahnya serta meminta Azilah membuat rondaan di sekitar kawasan kediamannya itu.
> Oleh kerana untuk mendapatkan khidmat anggota polis bagi meronda kawasan rumahnya mengambil masa yang lama, Razak minta Azila sendiri meronda kawasan rumah disamping meminta Azilah pergi ke Hotel Malaya untuk menasihati perempuan Cina tersebut.
> Razak telah membekalkan Azilah dengan alamat rumahnya di Bukit Damansara juga alamat Hotel Malaya dan nombor telefon bimbit perempuan Cina tersebut.
> Selepas pulang dari pejabat Abdul Razak, Azilah berjumpa Koperal Sirul Azhar dan menceritakan pertemuannya dengan Abdul Razak dan memberitau masalah Razak yang diugut lelaki Cina dan perempuan Cina. Mereka berdua pergi ke Hotel Malaya untuk berjumpa dan menasihati perempuan dan lelaki tersebut.
> ....seterusnya,...semua orang tahu apa terjadi kepada Altantuya tetapi oleh siapa, arahan siapa?, hanya Allah sahaja yang tahu.

Tiada ulasan: