Kawan-kawan setia

Jumaat, 23 Januari 2009

Berapa kelajuan bas yang dibenarkan...?

Dah penat dah sebenarnya beleter pasal kenderaan berat yang memandu laju ni, pihak berkuasa tak peduli pun, buktinya senang saja, jika memandu dilebuh raya dengan kelajuan yang mengikut hadlaju contohnya 90km sejam disebelah kiri, anda pasti dipotong oleh bas express, lori treler dan berbagai kenderaan berat. Siapa yang memantau?...
Jadi apa nak heran degan berita tentang pakcik warga emas ini. Diberitakan semalam seorang warga emas mengalami cedera ringan apabila sebuah bas persiaran dari arah Jitra menuju ke Alor Setar merempuh rumahnya di Kampung Alor Senjaya. Suami mangsa, yang berusia 84 tahun, berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu melibatkan isterinya yang berusia 82 tahun, yang berada dalam bilik utama di bahagian bawah rumah mereka sedang tidur selepas selesai menunaikan solat Subuh. Tiba-tiba suami makcik itu terdengar satu bunyi dentuman yang amat kuat dari arah luar rumah terus cuba membuka pintu bilik dan memanggil isterinya tetapi usaha membuka pintu tersebut gagal dan hanya mendengar suara perlahan isterinya dari dalam bilik.Yang peliknya dia ternampak sebuah bas berada di luar rumahnya yang sudah merempuh sebahagian daripada bilik yang diduduki isterinya itu. Beliau kemudiannya memanggil jiran bersebelahan dan mendapatkan bantuan daripada mereka untuk menyelamatkan isterinya dengan memecahkan dinding di sebelah luar rumah. Saksi kejadian pula memberitahu beliau terkejut apabila tiba-tiba melihat sebuah bas dari arah yang bertentangan dengan laju melanggar pembahagi jalan dan terus merempuh sebuah rumah itu. Beliau pasti pemandu bas tersebut memandu dalam keadaan yang sangat laju sehingga gagal mengawal bas sehingga berlaku insiden.

Tiada ulasan: