Kawan-kawan setia

Sabtu, 10 Januari 2009

Bila orang Cina dan India membawa bendera PAS

Fenomena menarik dapat disaksikan semenjak PRU ke 12 yang lalu, dimana kaum bukan Melayu dan bukan Islam tanpa rasa takut, segan, terasing, dengan berani dan bangga telah dilihat melilit kain hijau PAS ke kepala dan membawa bendera PAS bersama-sama, berganding bahu dengan kaum Melayu Islam ahli dan penyokong PAS. 5 tahun dulu suasana begini dirasakan mustahil berlaku, kecuali dalam mimpi, kini ianya realiti yang harus ditelan oleh musuh-musuh PAS. Suasana menakutkan musuh-musuh PAS ini menjadi kenyataan yang boleh dilihat hari ini bilamana 5 negeri telah menjadi kerajaan PAS dan sekutunya. Landskap baru politik negara telah memberi impak yang besar kepada kerajaan BN dimana masing-masing tuduh-menuduh, meletakkan kesalahan kepada orang lain. Kejatuhan kerajaan persekutuan BN tidak dapat dielak lagi. Walaupun media yang dikuasai BN masih kuat berdiri dibelakang menyokong parti yang hampir reput, tetapi berapa lama sanggup disokong. Bila orang Cina dan India yang bukan Islam sudah menjunjung bendera PAS, tiada lagi ayat yang boleh merubah pendirian mereka walaupun PAS dicop ekstrimis, perkauman sempit dan sebagainya, ianya tidak akan mengguris kesatuan baru yang akan menjadi tonggak negara menggantikan BN yang sedang tumbang oleh keangkuhan pemimpin mereka sendiri terhadap rakyat selama ini. Kelebihan perjuangan PAS kerana tidak memperjuangkan bangsa semata-mata, bahkan melangkaui sempadan kaum dan agama. Dibawah pemerintahan PAS, ia memberi keadilan tanpa mengira bangsa dan agama. Semua rakyat mempunyai hak yang dilindungi oleh Islam tanpa pilih kasih.

Tiada ulasan: