Kawan-kawan setia

Khamis, 1 Januari 2009

Ciri-ciri pemimpin

Wan Farid menyalahkan pembangkang memfitnah beliau berikutan tersebar gambar beliau di internet dan SMS, berkaraoeke dan disebelahnya seorang wanita. Beliau merasakan ada pihak yang mengerat foto tersebut supaya kelihatan seperti berada dikelab bersama wanita bukan muhrim. Untuk menjernih suasana beliau menampilkan foto penuh (seperti yang dipamerkan) sehingga terlupa dan mendedahkan satu lagi persolan terhadap beliau sebagai pemimpin yang bakal diadili dan dipilih rakyat Kuala Terengganu, negeri Islam Hadhari. Pada saya ada dua perkara yang tersirat dari isu ini:
1) Layakkah seorang yang datang dari keluarga karaoeke menjadi pemimpin umat. Pemimpin umat Islam sepatutnya orang yang mukmin, berperibadi Muslim, warak, menjauhi fitnah, menjauhi perkara lagho, serious dalam hidup sedangkan Wan farid mendedahkan beliau sekeluarga tidak menmpunyai ciri-ciri tersebut. bagi orang biasa, rakyat umum mungkin ukurannya berlainan sedikit.

2) Perbuatan menyebarkan foto tak semestinya dari musuh politik seperti parti pembangkang, mungkin juga dari kalangan beliau sendiri yang tidak sebulu dengan beliau. Bukan mudah bagi pembangkang untuk mendapatkan foto keluarga seperti itu melainkan memecah masuk ke rumah beliau dan mencari serta mencuri foto tersebut. Mungkin juga beliau sendiri lakukan untuk mendapatkan simpati pengundi dan tuduhan akan pergi kepada pembangkang.

2 ulasan:

al-brangi berkata...

depa sendiri buat hal depa pulak melalak kata depa di aniaya.
Biasalah tu

pasbangi berkata...

Tapi Ji kalau ana la, tengok foto tu dah tak selera nak undi, kredibiliti bro, hancus