Kawan-kawan setia

Ahad, 25 Januari 2009

Dahlah tu salahkan Wan farid...


DIDAKWA ELITIS, "Apakah benar saya seorang elitis?' kata Wan Farid. Penjelasan Wan Ahmad Farid bermula dengan tulisannya bahawa beliau dilahirkan di Kampung Tanjung Surau Pasir - di sebuah rumah kayu yang disewa ibu bapanya. "Sehingga hari ini, rumah ini masih wujud. "Yang jelas, saya tidak dilahirkan di mana-mana hospital. Saya tidak pernah bersekolah tadika - terus ke darjah satu ketika usia tujuh tahun," kata beliau. Wan Ahmad Farid menambah, beliau ke sekolah dengan menaiki beca bersama-sama abang dan dua sepupunya.
"Ya, empat orang dalam satu beca. Hatta semasa ayah menjadi Pegawai Daerah Kemaman pun saya masih menaiki beca ke sekolah. "Hanya apabila saya di Tingkatan Satu saya menaiki bas sekolah," katanya lagi.

Bolehlah mulai sekarang hentikan meletakkan kesalahan kepada Wan Farid. Yang jelas, rakiyat KT bukan menolak Wan Farid semata-mata, tetapi lebih dari itu, UMNO. Ini telah diakui oleh BN, pleh IMNO oleh para pemimpin UMNO dan penasihat dalaman UMNO Tun Dr Mahadhir dalam blognya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahun 70 an, menaiki beca ke sekolah tu, kira senang laa,ramai anak orang susah cuma jalan kaki jer masa tu.

Rakyat bukan melihat elit tak elit kepada kehidupan dia zaman dulu, tapi lihat zaman sekarang. Bagaimana kehidupan dia zaman sekarang?...hanya dia yang tahu dan bandingkan ngan kehidupan marhain di negeri Terengganu,negeri hasil mahsulnya banyak tapi rakyatnya tak banyak hasil.
Fikirflah dengan wajarr, betapa kecewanya anak-anak Trg bila mendapat tahu hasil negeri hingga 7 billion, tapi kenapa mereka tidak terbela sebaliknya duit mereka yang masih didambakan kerajaan. Cukai pintu, rakyat tak bertanah, peluang pekerjaan, harga barang dan bermcam isu lagi. Siapa yang akan membela rakyat Trg? Wan Farid?? Kalau dah berpeluang menjawat Timbalan Menteri tak der apa yang dia dapa buat. Rakyat Trg hanya mengharapkan Pakatan Rakyat. Biarlah Wan Farid hidup dengan dunianya....

pasbangi berkata...

Sekilas ikan di air rakyat dah tahu jantan betinanya

~PakKaramu~ berkata...

Salam ziarah