Kawan-kawan setia

Khamis, 8 Januari 2009

Dakwaan mangsa tanah runtuh,Kerajaan Selangor kena jawab

Hanya janji kosong’
HULU KLANG: “Satu sen pun kami tak dapat, semua dijanjikan sebelum ini hanya janji kosong semata-mata,” demikian ulas Persatuan Penduduk Bukit Antarabangsa, apabila ditanya mengenai bantuan dijanjikan kepada mangsa tanah runtuh oleh kerajaan negeri Selangor kira-kira sebulan lalu.Malah, mereka mendedahkan potongan harga sehingga 15 peratus untuk membeli rumah di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seperti yang dijanjikan sebelum ini hanya indah khabar dari rupa saja.Timbalan Pengerusi persatuan itu, Raymond Jagathesen, berkata mangsa tanah runtuh terpaksa menduduki rumah yang serba tidak lengkap.“Saya sendiri pergi ke sana (perumahan PKNS yang dijanjikan) tempoh hari bersama beberapa orang mangsa...kami terkejut kerana rumah mereka janjikan itu tidak sempurna.
“Selain pintu, rumah terbabit tidak mempunyai tingkap malah kelihatan seperti ditinggalkan selain keadaan sekelilingnya semak-samun.
“Lebih malang lagi, rumah itu diberikan kepada mangsa kerana difahamkan sudah lebih empat tahun tiada nilai di pasaran,” katanya.Kata Raymond lagi, dia menerima banyak rungutan daripada mangsa khususnya pemilik 14 banglo.“Selain daripada rumah tak sempurna, potongan harga dijanjikan sebelum ini rupanya tidak sampai 15 peratus.“Potongan harga hanya lima peratus saja malah jauh dari jumlah asal dijanjikan...ini jelas membuktikan mereka seakan tidak serius ingin membantu kami di sini,” katanya.Sementara itu, Presiden persatuan penduduk, Datuk N Muniandy ketika dihubungi berkata pihaknya amat kesal dengan sikap acuh tidak acuh kerajaan negeri (Sila rujuk Harian Metro Online)

Tiada ulasan: