Kawan-kawan setia

Khamis, 29 Januari 2009

Doa mangsa penindasan tiada hijab

Samy Vellu perlu hormati kedaulatan undang-undang
Doa mangsa penindasan selama ini supaya memecahkan kesatuan mereka menjadi kenyataan. Utusan Malaysia KUALA LUMPUR melaporkan Pergerakan Pemuda UMNO membidas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah kerana cuba meletakkan kedudukan mereka melebihi undang-undang negara.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka bertiga tidak sepatutnya melupakan prinsip asas undang-undang bahawa yang salah tetap bersalah.
Sehubungan itu, beliau meminta ketiga-tiga tokoh parti politik India dalam gabungan komponen Barisan Nasional (BN) itu menghormati kedaulatan undang-undang negara.
“Dia (Samy Vellu, Devamany dan Murugiah) siapa boleh meletakkan diri melebihi undang-undang negara, yang salah tetap bersalah.
Hishammuddin mengulas kemelut tuding menuding jari antara menteri, timbalan menteri, polis dan ahli politik berikutan kematian suspek kes curi kereta mewah, A. Kugan, 22, sewaktu disoal siasat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar baru-baru ini pula membuat kenyataan bahawa kedua-dua timbalan menteri itu mungkin menghadapi tindakan jika didapati melanggar undang-undang.
Sehubungan itu, Samy Velu dalam kenyataannya kelmarin menyatakan komitmen untuk melantik peguam mewakili dua timbalan menteri itu sekiranya mereka didakwa di mahkamah.
“Kami akan melantik seramai mana peguam yang boleh bagi mempertahankan mereka jika didakwa di mahkamah,” kata Samy Vellu yang menerajui MIC selama 30 tahun.

Tiada ulasan: