Kawan-kawan setia

Jumaat, 16 Januari 2009

Ezam ada surat DS Anwar kepada Dr Mahathir?

Kalau Ezam mendakwa ada surat DS Anwar kepada Tun Dr M, DS Anwar juga ada surat Ezam kepada PakLah dan KJ, begitulah ceritanya. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dalam kenyataannya yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam berkata bahawa Anwar akan mendedahkan isi kandungan surat yang dihantar oleh Ezam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin meminta jawatan dan beberapa kepentingan lain dalam UMNO. Walaupun kenyataan ini dinafikan sambil mencabar DS Anwar dalam masa tujuh hari supaya mendedahkan bukti isi kandungan surat itu, namun moralnya di sini apalah si Ezam ni kemaruk sangat menghentam peribadi DS Anwar setiap kali pilihanraya kecil. Kalau ya pun kemaruk menjadi ahli UMNO tak usahlah gigit orang yang dah menyuapkan makanan kepada kita sejak sekian lama.

Tiada ulasan: