Kawan-kawan setia

Sabtu, 17 Januari 2009

Gadis Melayu menjelang PRK P36

(Cerita dan foto dari MStar)
TV9 selama 3bulan lalu berusaha mencari ikon Gadis Melayu akhirnya semalam berjumpa dengan Khairul NoormAIDAh Zali atau mesra dengan panggilan Aida. Berusia 23 tahun, antara gadis paling Melayu berbanding dengan ramai lagi calon ikon yang dicari. Apakah kriteria MELAYU yang di ambil kira kena dengan subjek yang di gelar Melayu, mungkin pakar pengajian Melayu boleh komen. Dengar ceritanya, kemenangannya pada malam itu dek kerana gadis paling Melayu Aida ini telah mempamerkan persembahan yang menarik dengan bacaan puisi bertemakan kasih sayang kepada ibubapa serta turut diselitkan elemen drama memaparkan balasan Tuhan terhadap anak yang derhaka. Berasal dari Kuantan, Pahang Aida juga telah menunjukkan kebolehan luarbiasa dengan menyanyi 'rap' dalam bahasa Arab di dalam persembahannya itu bersama artis jemputan, Akhbar. Yang ni nak tanya sikit apa kena mengena Melayu dengan RAP Arab pulak?, pening tu. Tetapi semasa sesi menjawab soalan dari juri profesional, yang merupakan Pakar Bahasa dan Karyawan Tamu dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim tentang tiga ciri utama yang diperlukan bagi menjadi ikon Gadis Melayu Aida telah memenuhi jawapan dengan cemerlang, yang ini boleh tabik la..
Selain dari Datuk Prof Nik, program pencarian Gadis Paling Melayu ini telah diadili oleh lima juri profesional iaitu, Toh Puan Seri Diraja Noor Aini , Datuk Nor Bahyah Mahmood, Fazley Yaacob serta Rahman Hughes.

2 ulasan:

al-brangi berkata...

buatlah apa-apa pun, jangan niat nak menghalalkan cara

pasbangi berkata...

comel juga budak Melayu ni, boleh jadi calon menantu