Kawan-kawan setia

Isnin, 5 Januari 2009

Gempar: Jiran ibupejabat UMNO dilelong,...next...

KUALA LUMPUR - The Mall yang merupakan perintis dan antara kompleks beli-belah moden terawal di sini bakal dilelong kepada orang ramai di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pada 20 Januari ini. Dalam pengisytiharan jualan yang diiklankan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 2 Januari lalu, deskripsi lelongan merangkumi harta di podium kompleks beli-belah yang dikenali sebagai The Mall, menara pejabat yang dikenali sebagai Putra Place (bermula dari tingkat 10 hingga 33) dan hotel (tingkat 11 hingga 21).
Ia juga melibatkan servis apartmen (tingkat 22 hingga 34), pangsapuri yang dikenali sebagai The Legend (34 hingga 35) serta 1,323 tempat meletak kereta di tingkat bawah tanah 1 dan 2 serta tingkat lima hingga lapan.
Dalam pernyataan pengisytiharan itu, Commerce International Merchant Bankers Bhd. disebut sebagai plaintif sementara Metroplex Holdings Sdn. Bhd. bertindak sebagai defendan.
Metroplex ialah pemilik berdaftar dan bertindak menguruskan sepenuhnya bangunan tersebut yang terletak di Putra Place, 100 Jalan Putra di sini.

Tiada ulasan: