Kawan-kawan setia

Jumaat, 9 Januari 2009

Hampir 10,000 menyahut seruan Jihad

(Foto MStar Online)
Syabas dan tahniah, anda memang berani. Di anggarkan hampir 10,000 yakyat Malaysia berbagai latar-belakang berarak menyertai perhimpunan aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi membantah pencerobohan Israel di Gaza yang kini masuk hari ke-12.
Perhimpunan anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Pusat dan 15 NGO itu turut menyerahkan memorandum bantahan bagi menggesa campur tangan segera AS dalam menangani konflik di Palestin. Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang mengetuai perhimpunan tersebut berkata pertambahan jumlah penyertaan orang ramai dalam perarakan yang bermula dari bangunan Tabung Haji selepas solat Jumaat itu menunjukkan keperihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin di Genting Gaza.
Keganasan Israel terhadap penduduk Gaza di Palestin telah mengorbankan lebih 700 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak tidak berdosa sejak serangan pada 27 Disember lepas.
Dalam pada itu Salahuddin berkata beliau tidak menolak kemungkinan bahawa perhimpunan yang sama akan diadakan minggu hadapan jika penindasan di Palestin masih berlanjutan. Kejayaan perhimpunan petang tadi juga atas kerjasama pihak polis yang mengawal pergerakan tersebut dan semua jalan menuju ke kedutaan AS telah ditutup.

Tiada ulasan: