Kawan-kawan setia

Jumaat, 9 Januari 2009

Henti-hentilah memusnahkan rumah tangga orang

Saya bukan peminat Siti dan tentu sekali bukan peminat Datuk K, cuma saya sedih dengan suasana sosial masyarakat yang terus menerus menuju kehancuran. Setelah berbelas pasangan bercerai-berai dek gosip, kini taufan tersebut melanda rumah tangga Siti dan suami. Saya doakan mereka dapat bertahan dengan cubaan demi cubaan ini sehingga ke akhir hayat. Membuat gosip, fitnah, berusaha supaya rumah-tangga orang musnah supaya menjadi bahan berita yang sensasi, adalah satu usaha yang dibenci Tuhan. Sepatutnya masyarakat berusaha memperbaiki institusi keluarga supaya lebih teguh dan aman. Setakat ini berbilang kenyataan media dibuat oleh Siti dan suami, terpaksa sangkal itu, sangkal ini, tepis itu, tepis ini, entah sampai bila.
Semalam kenyataan media dibuat lagi, mengulas gosip yang melanda rumah tangganya sejak akhir-akhir ini. Siti berkata, dia belum bersedia meninggalkan bidang seni dan masih mahu berbakti kepada industri.“Bagaimanapun, saya perlu mematuhi keputusan suami jika itu dirasakan tepat dan terbaik untuk menghentikan segala fitnah ditaburkan terhadap rumah tangga kami.“Datuk K ada menyuarakan pandangan kepada saya supaya berhenti menjadi ‘public figure’ Rabu lalu, tetapi saya memujuk dan memintanya bertenang.
“Kemudian kami berbincang bagaimana cara terbaik menghentikan sebarang gosip,” katanya dalam sidang media bersama suami Datuk Khalid malam tadi.
Sejak kebelakangan ini, gosip tersebar luas di media cetak dan Internet mengenai keretakan rumah tangga mereka. Antara dakwaan yang dibuat pihak tertentu, Siti sudah memfailkan perceraian, bahkan turut menyebut Datuk K menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis BMW kepada seorang pelakon yang juga bekas pramugari. Siti juga turut melahirkan simpati terhadap suaminya gara-gara gosip itu yang mencalarkan imej serta kredibiliti Datuk K sebagai seorang ahli perniagaan. Datuk K yang berada di sisi Siti pula mengakui, dia meluahkan pandangannya itu kepada Siti kerana tertekan dengan spekulasi mengenai rumah tangga mereka.“Sebelum ini, media pernah mengusik saya dalam ruangan gosip, tetapi saya tidak pernah mengendahkannya atau melenting. Bagaimanapun, tuduhan kami bercerai sesuatu yang melampau.“Untuk pengetahuan, sepanjang perkahwinan kami tidak pernah bergaduh kerana Siti seorang yang sangat bertoleransi. Saya amat menyayangi isteri saya, saya bahagia dan gembira bersamanya.“Untuk lukakan hati dia, nauzubillah saya tidak akan sekali-kali melakukan perkara itu. Sebab itu saya tidak faham kenapa orang memfitnah saya kononnya ada ‘affair’ dengan perempuan lain sedangkan boleh dikatakan setiap masa Siti ada bersama saya,” katanya. Datuk K juga menegaskan, jika penyebaran fitnah mengenai rumah tangga mereka berterusan, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan maruahnya.“Saya akan mengambil tindakan undang-undang jika berita yang disiarkan tidak benar dan mengaibkan maruah saya.“Di sini saya merayu kepada pihak media seandainya mereka ingin menulis sesuatu berita yang diambil daripada Internet, bertanyalah kebenaran itu kepada kami terlebih dulu sebelum menyiarkannya,” katanya

Tiada ulasan: