Kawan-kawan setia

Jumaat, 2 Januari 2009

Hj Abd Wahid Endut calon PAS, PRK KT

Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi bin Awang telah mengumumkan calon PAS yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kuala Terengganu ialah Hj Abd Wahid bin Endut. Beliau mengumumkan calon tersebut sebentar tadi di Stadium Kuala Terengganu.
Hj Abd Wahid Endut merupakan Adun di DUN Wakaf Mempelam dua sesi berturut-turut. Pada pilihanraya yang lepas, beliau menang menewaskan wakil BN Othman Awang di DUN tersebut dengan majoriti 2,193 undi.Pada pilihanraya kecil kali ini, Hj Abd Wahid Endut akan berhadapan dengan calon BN iaitu Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas.Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu diadakan selepas penyandangnya Datuk Razali Ismail (BN) meninggal dunia. Pada pilihanraya umum ke-12 Datuk Razali menang dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS Mohamad Sabu (31,934 undi) dan calon Bebas, Maimun Yusuf (685 undi).

2 ulasan:

al-brangi berkata...

Abd Wahid Endut 52 tahun, lawan dia ntah 46 thn kot. Wahid walaupun masih muda lagi tp byk pengalaman

pasbangi berkata...

InsyaAllah pilihan tepat, kita doakan kemenangan besar PRK ini