Kawan-kawan setia

Selasa, 13 Januari 2009

Hujah TV9: Farid Wajdi kutuk pemimpin cakap tak serupa bikin

Dengan hujah dari AlQuraan, sebentar tadi anak Datuk Dusuki yang bernama Farid Wajdi telah mengecam pemimpin politik yang cakap tak serupa bikin. Saya faham yang dilastiknya tak lain tak bukan DS Anwar, lebih tepat janji 16 September yang tidak menjadi kenyataan seperti dihebohkan. Hujah Farid disokong oleh seorang lagi panel Ridzuan Tee. Walaupun Ridzuan Tee berlapik dengan kekangan-kekangan suasana yang menyebabkan perancangan tertangguh, namun dilihat malam tadi dilihat seperti malam membelasah DS Anwar oleh kedua-dua panel. Ridhuan Tee juga menyamakan sikap pemimpin PR sama sahaja dengan pemimpin BN berdasarkan pengalamannya sendiri iaitu berjuang atas dasar kelompok bukannya keseluruhan rakyat tanpa mengira parti dan keturunan. Berbalik kepada hujah farid yang merujuk kepada Ayat AlQuraan "kenapa kamu tidak buat sebagaimana yang kamu cakap" mungkin Farid juga terlupa dirinya pernah menjadi calon BN semasa PRU ke 12 lalu tetapi tidak memenanginya. Jadi sama saja kalau macam itu ,cakap berlandaskan AlQuraan berdegar-degar, tetapi menjadi ahli parti dan calon politik, bersekongkol, dengan puak-puak yang meminggirkan AlQuraan.

1 ulasan:

Hamirdin b Ithnin berkata...

wah, pandai kau ngomen!