Kawan-kawan setia

Rabu, 14 Januari 2009

JAIJ takut, neraka tak takut...tepuk dada periksa iman

LAPORAN KOSMO DARI JOHOR BAHARU CUKUP MEMALUKAN - Mengandung lima bulan tetapi sanggup panjat bumbung mengelak diri daripada ditangkap JAIJ kerana berkhalwat bersama dua lelaki. Begitulah tindakan seorang wanita warga tempatan berusia 20 tahun yang sanggup menggadai keselamatan diri dan kandungannya selepas diserbu Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di Taman Nora di sini semalam. Bagaimanapun, dalam operasi pukul 3 pagi, wanita itu dapat ditahan bersama dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun yang tinggal serumah dengannya. Semasa diserbu, pemilik rumah itu membuka pintu selang beberapa minit pintu itu diketuk. Terdapat seorang lagi lelaki dalam rumah itu tetapi mereka menafikan kewujudan wanita dalam rumah tersebut.
Bagaimanapun, anggota JAIP menemui kasut dan aksesori wanita di dalam rumah itu sebelum mereka terdengar bunyi pintu jeriji besi di belakang rumah dibuka, lalu meninjau di belakang rumah itu dan ternampak seorang wanita di atas bumbung yang cuba menyeberang ke rumah bersebelahan, terkantoi juga..

Tiada ulasan: