Kawan-kawan setia

Khamis, 15 Januari 2009

Jangan buat bila memandu sendirian

Pada saya tindakan Aleya turun kereta dan melihat kesan dirempuh oleh kenderaan lain sangat bahaya bila memandu keseorangan. Kejadian dirempuh dan perempuh mengamuk lalu menghentak cermin belakang kereta hingga pecah adalah kes jenayah yang minima. Apa kata kalau yang merempuh tersebut memang samseng jalanraya, bukan sahaja cermin kereta pecah silap-silap kepala pun pecah. Penyampai Radio Hot FM yang bernama Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, tidak mengambil iktibar daripada yang pernah menjadi mangsa pembuli jalan raya. Walaupun katanya dia mahu meminta penjelasan berikutan keretanya terbabit kemalangan kecil dengan motosikal ditunggangi seorang lelaki tersebut namun Polis sudah menasihatkan, ambil seberapa minima maklumat terus buat laporan di Balai Polis, tak payah cek-cek lagi. Dalam kejadian pagi semalam Aleya telah dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal dan beliau keluar meninjau kerosakan dan berlaku sedikit pertengkaran menyebabkan lelaki itu mengamuk sebelum membuka topi keledar dan menghentak cermin belakang keretanya hingga pecah. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Aleya memandu berseorangan untuk ke tempat kerja di Sri Pentas, Bandar Utama. Dia yang memandu kereta jenis Honda dilanggar sebuah motosikal yang dinaiki sepasang kekasih. “Dia terus beredar tanpa rasa bersalah. Saya benar-benar terkejut dengan kejadian itu, namun mampu mengawal perasaan walaupun takut dengan tindakan itu.“Walaupun dalam keadaan menggeletar dan trauma, saya terpaksa memandu hingga ke pejabat berikutan terpaksa memulakan tugas jam 10 pagi,” katanya yang pertama kali mengalami kejadian seumpama itu sejak menggunakan kereta itu, September lalu.

Tiada ulasan: