Kawan-kawan setia

Khamis, 15 Januari 2009

Jangan jatuhkan imej sebagai bekas MB Selangor

Tindakan Dr Khir menyerkap jarang dianggap sebagai menjatuhkan kredibiliti beliau sendiri bila menuduh MB sekarang TS Khalid mendapatkan kereta mewah jenis Lexus secara tidak berakhlaq. “Kereta itu saya beli cash (tunai)...saya beli sebelum pilihan raya lagi,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bahawa kereta mewahnya dibeli Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk kegunaannya yang disiarkan di sebuah laman web semalam. Menurutnya, kereta mewah jenis Lexus model 460 itu dibeli menggunakan duitnya sendiri dan bukan diberikan KDEB seperti yang dinyatakan bekas menteri besar itu.“Dia (Dr Mohd Khir) sepatutnya menyiasat terlebih dulu sebelum membuat kenyataan. Kereta itu saya beli pada Julai 2007 sebelum pilihan raya umum lagi.“Malah, saya mampu untuk memilikinya kerana sebelum ini pun saya pengerusi beberapa syarikat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.
TS Khalid berkata, beliau tidak berniat menyalahgunakan kuasa sebaliknya ada individu yang tidak puas hati dengan sengaja menimbulkan isu itu. “Dia juga perlu minta maaf di atas kenyataannya itu,” katanya.Semalam sebuah laman web melaporkan pendedahan yang dibuat bekas Menteri Besar Selangor itu bahawa jenis Lexus itu dibeli KDEB dan harganya hampir mencecah RM1 juta

Tiada ulasan: